Wednesday, May 27, 2009

I like to move it, move it. Move It!!

Orang tua-tua selalu kata, bila makan, jgn selalu pindah-pindah tempat takut nnti kahwin banyak. Tapi andai kata nasihat tuh ditukar kepada, 'jgn selalu pindah2 projek, nnti kahwin banyak', maka dalam tahun neh sahaja aku dah 3 kali kahwin. Hehe.

Esok aku pindah. Lagi. Pindah tempat dan pindah juga projek. Mungkin perkataan pindah tak berapa nak sesuai, tapi yang lebih sesuai sirih pulang ke gagang :D. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Aku kembali ke cinta pertama aku :D.

Neh skang aku tgh kemas2 pc aku pakai sekarang neh. Tuh pasal balik lambat. Backup lagu-lagu dan email-email. Kerapnya aku pindah tempat membuatkan aku dah tak payah nak suruh budak technical backupkan email aku. Sbb dah terer dah :D.

Tuesday, May 26, 2009

Tak tahu nk update apa

Untuk konsert Siti Nurhaliza, rasanya aku tak pergi tgk la kot. Tiket Rm80 dah habis. Tinggal yang mahal2 ajer. Banyak pulak tuh lagi yg tinggal. Tuh la...sape suruh jual mahal sgt kann. Ingat Diva sgt ker :p. Selain itu, takder member jugak yang nak menyapot dan menemani aku. Jdnya....aku tunggu dvd jer la. Dvd mesti dalam 40 hengget jer kann. Jd...kene sabar sikit untuk tunggu DVD nya keluar.

***

Selepas aku telefon mak aku dan memberitahu bahawa aku bercadang nak naik gunung angsi pada 6 dan 7 Jun ini, mak aku dan-dan terus ckp, "Balikkk". Untuk tidak menjadi anak durhaka, jadinya, terpaksalah aku kensel kan planning aku untuk mendaki gunung dan terpaksa lah aku pulang ke Ipoh dan kemudian menghadiri kenduri kendara. Cuti pun dah apply untuk hari isnin sbb mak aku tak bg balik hari Ahad...nnti kelam kabut katanya. Aisehhh.....

***

Mungkin ini adalah entry untuk sepanjang minggu ini. Minggu depan baru aku update lagi ... kalau rajin dan ada bahan :D. Mcm la ada orang nak baca pun kann ...

Friday, May 22, 2009

Ba date ba, ba bawah bi, ba depan bu

Smlm aku tgk Halaqah. Tajuk 'selsema babi'. Salah satu info yang aku dapat dr Halaqah semalam ialah, korang tau tak selsema babi neh pernah terjadi pada tahun 1918 dengan jumlah kematian yang begitu besar?? Haa...itulah yang Ustaz Danial Zainal Abidin ckp semalam. Pastuh akak pun gigih la google tadik. Ternyata benar yer noks. Kliks sinih. Pastuh ustaz neh ckp lagi bahawa babi neh adalah makhluk yang boleh menerima segala macam virus dan seterusnya menghasilkan virus baru yang lebih bahaya. Haa...kalau dah dasar babi tuh, babi jugak lah kan. Yer laa...kalau tak, takkan la semua jenis benda pun si babi neh boleh telan kann?! Kagum jugak la aku dengan babi neh. Powerful sungguh. Kalau alien ader antibodi yang kuat untuk menghalang dari jangkitan oleh virus-virus yang dicipta oleh babi, aku yakin, pasti alien akan menggunakan babi sebagai senjata menghapuskan tamadun manusia di muka bumi kan?

***

Pagi tadi aku mendengar rintihan kawan aku yang tensi dengan kerja dan kompeni dia kerja sekarang. So dia nak resign. Aku telah memberi galakan kepada beliau. Pastuh masa dia cerita tuh, aku pulak terlebih emo. Aku tak suka orang berlagak. Se-pencacai mana pun jawatan kita dalam sebuah kompeni, kita tetap aset dan kita ada tanggungjwb dan tak perlulah sampai nak menghina. Dan kalau kau adalah bos, kau pun perlu ada etika untuk bercakap dengan staff Huhu. Jd kenapa aku memberi galakan kepada beliau?? Sbb aku pernah melalui perasaan macam tuh jugak dulu. Mmg la kita amik risiko dengan keadaan sekarang dimana wang merupakan elemen penting juga dalam kehidupan. Tapi bagi aku yang lebih penting, adalah menjaga perasaan sendiri, menjaga hati sendiri. Bukankah Allah suruh kita menjaga seketul daging yang namanya hati. Jgn dibiarkan hati ini ditumbuhi tompok2 hitam. Sabda Rasulullah..

"...Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya.Dan apabila ia rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah hati...."

Korang tau tak, bila perasaan korang tak happy, dtg kerja pun rasa mcm2. Rasa tak ikhlas sbb kadang2 hati tuh menyumpah2 dan memaki. Yaa...kerana iman kita tak sekuat mana dats y kita fikirkan begitu. Kemudian sehingga perasaan dan rasa menderita itu sampai maximum, kadang-kadang kita berputus asa, kita tewas. Dan kemudian keadaan ini akan menyebabkan iman kita yang sikit tuh semakin menipis. Sebab itulah aku memberi galakan kepada member aku tu untuk beliau teruskan niatnya itu. Mungkin ini dugaan Allah dan dalam keadaan ini, bagaimana kita nak menjaga hati dan iman kita dari menjadi semakin rapuh. Jd mungkin salah satu cara adalah untuk keluar dari permasalahan itu iaitu dalam konteks ini, berhenti kerja. Dan kemudian berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada-Nya supaya dipermudahkan jalan untuk kehidupan seterusnya di dunia dan juga di akhirat. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan kita, kerana itulah juga Dia memberi kita ujian ini.

***

Kuku ibujari kaki aku dah tumbuh separuh. Sekarang ni dah nak masuk bulan 6. Aku pergi daki gunung dulu bulan 12 dan kuku baru tumbuh separuh. Jadi disini aku dapat satu teori bahawa, kuku ibujari kaki mengambil masa lebih kurang setahun untuk tumbuh sepenuhnya. Ok...mungkin ada sedikit ralat lah. Mungkin kalau makan mknn yang membentuk keratin lebih, akan lebih cepat kot. Tapi untuk mendapat keputusan yang tepat bagi setiap individu, cabut lah kuku kaki korang masing-masing dan tunggu dia tumbuh. Jgn lupa, catat pada kalendar bila anda cabut.


**

Tetiba hari ni entry aku mcm tazkirah dan sedikit disulami ilmu saintifik pulekk. Takperlaa...sempena hari Jumaat :D.

Thursday, May 21, 2009

Jan jan jala, jala itik jala ayam

Ada sesetengah orang, bila bosan dia main game. Aku jarang sangat nak main game. Entah...mcm tak berapa gemar. The only game aku main ialah Restaurant City dalam fesbook. Itupun sbb dah bosan tahap gaban sgt lah. Lgpun game tuh boleh tinggal2 ajer. Kadang2 aku tinggal pekerja aku semua sampai nak mati2 la jugak. Haha. Main Luxor masa belajar dulu pun semedang ajer tak complete level tinggi. Aku dengan game, tak berapa nak 'in' lah.

Selalunya kalau bosan, aku suka googling. Selalunya lepas habis link2 kat sebelah blog aku neh aku terokai....aku akan mula meng'google'kan diri. Google la apa sahaja yang terlintas dalam fikiran waktu itu. So tadi aku google 'matt romeo' sbb aku baru jer habis baca novel 'Keranamu Ainon', buku yang aku beli masa pesta buku hari tu. Matt romeo ni lah penulis dia. Saja la google....nak tahu siapa penulis dia sbb aku mmg suka gaya penulisan Matt Romeo neh sbb sgt kelakar.

Akhirnya....aku jumpa blog beliau. Haha. Mmg tak sangkalah sbb aku jumpa melalui comment2 kat blog orang lain. Tapi nampaknya beliau pun dah tak update blog itu. Jd agak kempunan lah nk baca tulisan lawak2 dan perasan bagus. Tapi takper, akhirnya juga...aku tahu siapa beliau sebenarnya. :D

Wednesday, May 20, 2009

Mencari teman hidup

Aku nak cari member neh, pergi tgk konsert Siti Nurhaliza 27/28 Jun neh kat Istana Budaya dengan Konsert Search this coming August.....jom la kawan-kawan. Aku keseorangan nehhhhh.


****

Mula-mula aku plan nak balik kg 5hb jun ni, lepas kerja smpi 7hb Jun....sbb ada jemputan kahwin. Rumah jiran 6hb dan rumah sepupu aku 7hb. Tapi mak aku ckp, kalau nak balik 7hb jugak, lebih baik tak payah balik sbb hari tuh sudah tentu mak aku sibuk di rumah sepupu aku tuh kan? So aku tetiba rasa mcm malas nk balik....sbb mak aku dah ckp macam tuh. Boleh escape pergi kenduri kahwin. Almaklumlah....nnti byk sgt soalan kene jwb sedangkan soalan-soalan tuh hanya Tuhan yang tahu jwpnnya :p. Lgpun on the same week ada perancangan untuk mendaki Gunung Angsi oleh Latepackers. Tapi mahal sgt la pulekk. Jd macammana yer?? Balik kampung atau naik gunung?? Bantu saya kawan-kawan.

Tuesday, May 19, 2009

Karutan

Berita gembira seseorang kadang-kadang boleh menjadi berita sedih bagi orang lain....kan??!


Monday, May 18, 2009

Emo Hujung Minggu

Aku geram betul bila baca novel, endingnya tidak seperti yg diharapkan. Sebagai contoth, heroin kene kahwin dengan si A , tapi last2 tgk kawen dengan Si B yang wataknya pun tak berapa nak ada dalam itu cerita. Bengang betul. Apa la susah sgt penulis tuh nak kahwinkan heroin dengan Si A tuhkann?! Perasaan aku bila baca ending mcm tuh seakan...err...putus chenta lah! Frust gilerrr! Tapi itulah kelainan dalam sebuah cerita. Yer tak? Expected ending pun aku tak suka jugak.

***

Tak best langsung Final AF tahun ni. Aku menonton mendengar sambil baca novel. Aku syak mmg Astro nak naikkan Hafiz, Aril dan Akim. Ape kes Yazid punya lagu tuh?? Dua-dua lagu tah hape2.

Friday, May 15, 2009

Suatu malam yang hening

Aku layan Grey's Anatomy.
Hampir pukul 1 pagi, aku mengantuk.
Switch off tv.
Makan Fucon dua bijik.
Amik feel position nak tidur.

Zzz...Zzz...Zzz...

**nnti aku sambung...nk g jenjalan kat The Mall pulak. Cam tak biasa, lunch hari jumaat kann :p

Ok...sambung balik cerita aku.

Pukul 2.15 pagi.
Tiba-tiba aku terjaga. Sakit giler.
Makan Indocin sebijik.

Sakit.
Sakit.
Sakit.

Makan Indocin lg sebijik.

Sakit.
Sakit.
Sakit.

Makan Fucon lg 2 bijik.

Sakit.
Sakit.
Sakit.

truttttt.....truttttt.....truttttt (bunyi alarm hp yang tak canggih)

Bukak mata. Huh?? Dah pagi?? Bila masa aku tidur?
Aku sendiri tak sedar bila aku tidur. Entah tidur sebab letih bergelut dengan sakit selama 2 jam atau overdose dadah.


***


Pagi td dgr hot fm. Pasal hari guru. Tetiba rasa syahdu giler dengar satu panggilan antara seorang bekas ank murid dengan gurunya. Berlinang air mata hakak.

SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu2 khasnya untuk cikgu2 aku dan kwn2 yang menajdi cikgu :D.


***

Lagi satu koleksi entry sampah

***

Aja - ko baca awal sgt...kan aku tulis nnti aku smbg :p

Thursday, May 14, 2009

Halwa telinga

Sejak aku melayankan diri di KLAB last week, dah jatuh cinta neh ngan performance2 masa kat KLAB tuh. Tiap hari masuk blog Kematz sbb nk layan performance. Neh adalah performances yang aku layan.

Beeha- Akulah Aku
Arus - Kakiku Dibibirmu
Mysthicus
Meor,Rahmat haron & The geng - Syuhada Memali

*Sila klik untuk layannzz

Tujuan aku bgtau saje nk kongsi ngan korang. So tak reti2 ker nk dgr dan layan?? :p

Wednesday, May 13, 2009

JW GIFT OF DIGNITY RELAY 2009

Tiada mood untuk update. Tapi sekadar mahu update aktivity aku hari Ahad lepas. Bertempat di ttdi, berlangsunglah JW Gift of Dignity Relay. Ini adalah acara lari2 secara berganti-ganti dengan 3 orang satu kumpulan. Seorang perlu berlari lebih kurang 3.5 kilometer. Sikit jer kan?? Celah gigi jer boleh lari . Haaa...yer la tuh. Hamek ko. Semput akak dek non. 3.5 kilometer pon bak sms Nany kat aku time lari, 'Nak mampus' :D (sempat lagi sms tu time lari). Bukit tak hengattt. Dah la tak ramai yang join, sbb pada hari yang sama juga berlangsung Larian Bomba. So tekanan tuh lebih laaa...sbb tanak jd last :p. Lepas tuh pulak, aku adalah second runner, bertambah lah tekanan sbb tahu ada orang tgh tunggu kita.

Aku satu group dengan Auzan dan Syazli. Kitorang Mixed team dan telah mendapat tempat ke 7 okeh u'olss :p. Berikut keputusan rasmi kumpulan aku :D. Kalo kira2, aku buat lebih kurang 7 minit untuk 1 kilometer. Huhu...takder improvement pun.

Slowmoverz 'D' - (Auzan, Sumarlina, Syazli)
7th Placing
19:32 / 42:55 / 59:22

Ini gbr berlagak

Rasanya dah setahun dah aku join ini acara lari2. Sbb tahun lepas tak silap mula dengan larian bonba juga. Tapi sbb tahun lepas kejar abang bomba tak dapat, so tahun neh tak pergi la larian bomba :p. Keinginan untuk teruskan aktiviti ini sudah semakin menurun. Apekah yang akan terjadi seterusnya. Nantikann!!


Ini bukan team aku, aku wakilkan ajer :p

Motif?? Mcm bg skrol je. Penat tak hengat la tuh :p

Tapaham mengapa muka aku sebegitu rupa

Tuesday, May 12, 2009

Things called art

Sabtu lepas melepakkan diri di Kuala Lumpur Alternative Book Fest (KLAB) kat Annexe CM. Sbnrnyer nak pergi tgk pelancaran buku Kacip oleh bro Pipi. Tapi aku tak kisah pun sbnrnyer, boleh jer beli online kann. Tapi Kematz sungguh2 ajak. Asik dok tanyer jer...nk pergi ker tak...nak pergi ker tak. Aku pun ok jer la...lgpun dia rajin nak pick up aku :D.

Sampai agak lewat, pukul 6.30 kot. Pastu sampai2 jer acara pelancaran dah habis, sempat tgk Dewangga Sakti perform. Pastuh jln2 kat luar...tgk barang2 menarik untuk digrab. Dan aku telah grab 3 buah buku (yang tak tahu bila masa aku nak baca). Pastuh masuk balik 'Bilik Panas' sbb dgr sore awek yg merdu nyanyi. Wooohhhh.....serius sore awek bernama Beeha neh mmg best sekalik. Performance lain adalah dr kumpulan ZHMT, ARUS(Lagu Kakiku Dibibirmu sgt unik ok), Mysthicus (best giler lagu derang) ,Adam Kasturi, Meor Pesta Jiwa (nyanyi lagu Tragedi Memali dgn backup oleh Rahmat Haron) dan seterusnya bacaan puisi dr Rahmat Haron sbg persemabahan pelancaran buku puisi poket karya Syaira Amira. Tgh dia baca...aku blah nk solat. Event pon habis pastu.

Pastu jenjalan seputar CM. Yerla...dah berapa lama tak pergi CM kan?? Best jugak CM ni, tapi sape pernah masuk toilet CM?? Cantek kann toilet CM. Sape yang tak pernah masuk, cubalah masuk. Melawat tandas :p.

Pastuh terus melantak kat Boraque Kopitiam Danau Kota. Pastuh tak reti2 nak balik rumah ker?!

Aku dh ader buku neh. Coolkan??


Kiri atas: ZHMT,AdamKasturi,Vo-Vince,Mysthikus,Arus,RahmatHaron

***

Ader sorg brader yang melukis kat bawah tuh sungguh hensem. Sempatla aku bertentang mata ngan dia. Kematz....gbr bro tuh mana??? :p

Monday, May 11, 2009

Tagged Dlm Mimpi

1) Aku Guna HandPhone Apa??? (Sekali Dengan Gambar)


2) Aku Guna Kereta/Motor Apa??? (Sekali Dengan Gambar)


3) Aku Guna Wallet Rupanya Macam Mana??? (Kalau Ada Gambar Lebih Bagus)


4) Aku Guna Apa Untuk Update Blog??? (Sekali Dengan Gambar)


5) Aku Guna Jam Tangan Apa??? (Sekali Dengan Gambar)



Aku tahu korang jeles. Takper, korang pun boleh sahaja dapatkan semua ini. Hanya perlu mimpi yang indah2 saja. Yaa....ini semua adalah dalam mimpi ok.

Friday, May 8, 2009

Kerja dah siap. Yay!

Ok...kerja dah siap. Boleh update dengan tenang :D.

Sbnrnyer takder aper pun nak update. Hehe. Cuma nk cerita bahawasanya, byk sungguh kenduri kahwin ujung bulan dan awal bulan depan.

Jiran depan rumah, Juli.
Syida, sepupu aku belah abah.
Member sekolah teknik, Izan. Yaa...si pengantin Italy itu.
Member sekolah semangkuk, Aja.
Officemate ade 2 jemputan. Inchek Aidil dan Inchek Norsalam.

Kalau balik ipoh awal bulan depan, kenduri Syida dan Juli pasti wajib pergi. Rumah Aja, insyaAllah. Izan, ko buat kenduri kat Sitiawan, jauh tuh dr rumah aku. Lagipun agak sukar untuk membahagikan diri kepada beberapa buah rumah pada hari yang sama :p. Inchek Aidil, rasanya tak dapek pergi jugak sbb kat Sungai siput sanun. Inchek Norsalam lagi la pulak, kak Johor. Mmg tak dapat pergi. Tapi ini cerita kalau balik Ipoh. Kalau tak balik Ipoh.....aku nk buat apa ek?? Hmm....nanti la gue pikirin gimana. Sebelum tuh ayuh layan lagu neh :D. Best jugak lagu nehh.


Cari Jodoh.mp3 - Wali Band


***

Apesal badge Facebook aku tak keluar mcm orang lain punyer badge?? Haihhhh

***

Rasa macam nak main2 air. Tapi kl jauh dari pantai. Ada pun pantai dalam jer. Mungkin sungai satu pilihan yang baik juga. Tapi minggu neh ade larian la pulak. Aisehh...

Aku nk siapkan kerja neh kejap

Nanti aku update :D
 

Blog Template by YummyLolly.com