Tuesday, June 30, 2009

Dia misteri dan wacko. Itu Jacko.

Kikiki. Dah dapat :D.



Knp dvd ajer??
Sbb kalau dgr jer lagu MJ, kurang feel. Apa yang lebih feel bila tgk performance dia. Tarian dia. Showmanship dia. Tshirt putih dia. Seluar senteng dia. Stoking putih dia. Pehhhhhh :D

R.I.P Mikaeel.

Thursday, June 25, 2009

Mana Setangginya


Ahad lepas aku berpeluang menonton teater Mana Setangginya dengan Cikgu Eena. Aku tgk tuh, adalah persembahan hari terakhir. Saja nak test tgk karya sastera tinggi hasil Datuk Nordin Hassan. Lagipun sbb karya ni sepatutnya menjadi tayangan pembukaan Istana Budaya, tapi atas sbb yang tak pasti tidak dapat ditayangkan. So rasa macam ada sesuatuh jer kan. Tuh yang pergi tgk tuhh.

Penonton ...ermm...bleh la kot....ramai jugak...tapi masih ada tmpt ksong. Yang pasti ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik.....juga pada malam itu ada 3 buah sekolah buat rombongan menonton teater tuh.

Aku tak berapa nk puas hati dengan mc malam tuh. Dia asyiklah memuji ke'havoc'an orang di tingkat 2 which is VIP seat. Hello!! Orang lain pon beli tiket jugak okeh.....jgn sbb itu tmpt VIP ko nak up lebeh2 pulakkk. Kalau jemputan dijemput, bgtau la siapa yang ddk kat tmpt VIP tuh atau siapa tetamu kehormat. Ini tak...asik-asik orang tingkat 2....choi sungguh! Nak gak aku tahu siapa manusia tingkat 2 tuh. Huh.

Di pertengahan persembahan, aku tak tau la dari mana atau siapa mereka ini, tetiba jer dok seta belakang aku. Memula seat tuh kosong jer. Salah seorang dari seorang remaja perempuan yang sungguh menganggu tumpuan aku. Sbbnya dia dok gelak-gelak. Kadang benda yang tak sepatutnya gelak pun dia gelak. AKu jd macam.....adoii...tak bestnya. Rasa macam tgk wayang. Dan dia juga bukan setakat gelak. Dia gelak sungguh mengada-ngada. Choii. Mmg tak bleh blah. Aku ngan Eena dok bisik2 kutuk sbb terasa sungguh annoying cara dia gelak tuh. Ingatkan dtg ngan pakwe, sbb mengada lebih. Bila habis tayangan, aku pun paling nk tgk muka budak ni. Rupa-rupanya datang ngan family. Huh. Sabar jer laaa.

Ini adalah sebuah teater yang sungguh berat. Mula-mula mmg tak paham sehinggalah kemunculan Azizah Mahzan yang membawa watak sebagai Mira yang menceritakan satu-satu peristiwa yang menghubungkan satu watak dengan watak yang lain.

Aku tak pasti kenapa, kadang-kadang aku tak dengar butir dialog yang dilontarkan dengan jelas. So sgt spoil lah bg aku. Adakah aku dekat dengan orkestra?? Tak pasti. Tapi rasanya tidak, sbb kalo ikutkan masa menonton Sirah Junjungan, tmpt aku lagi dekat dengan orkestra. Oleh kerana ini karya berat, setiap butir bicara dalam dialog mahupun lirik semasa watak menyanyi adalah sgt penting bagi aku. Sbb dari butir bicara tuh la aku nak faham jalan ceritanya.

Set untuk teater ini tak banyak pun. Rasanya hanya 2 set, tetapi diubah-ubah. Tapi set agak menarik, tak nmpk murah dan buruk. Costume mmg menarik. Dan lagi best, teater ni menggunakan kesan khas, ader letup2 sana sini. Terkejut gak la sikit. Dan yang paling best adalah adanya pari-pari cinta terbang-terbang. Saat babak cinta Iriam dengan Juda bercinta sambil nyanyi2 tuh, sungguh terasa si awang-awangan.

Bab lakonan, Azizah Mahzan sudah tentu mantap. Sabrina Ali sbg Iriam dan Tony Eusoff sbg Juda, biasa-biasa shj.

Secara ringkas teater ini berlatarbelakangkan kaum yahudi. Tapi mesej dari karya ini adalah sesuatu yang relevan dengan situasi semasa. Terlalu banyak mesej yg disampaikan. Antaranya:-

- Bagaimana orang luar dipanggil untuk memimpin sebuah negeri yang kemudiannya membawa pengaruh buruk kepada masyarakat. Digambarkan oleh watak Uzza yang dibawa oleh Hawar untuk memimpin tanah barunya.
- Juga mengenai kaum tersebut yang ingkar arahan Tuhan kemudian mendapat malapetaka bila naga dtg menyerang pd babak akhir cerita ini.
- Permasalahan sosial digambarkan apabila Hawar, bapa kepada Juda adalah merupakan seorang gay.
- Tentang ketamakan manusia yang manhukan kuasa hingga sanggup untuk membuat fitnah. Digambarkan pada babak awal apabila Subat dan Silbi datang kepada Juda dan menuduh Iriam sebagap anak jin laut.
- Kisah Mira lakonan Azizah Mahzan juga membawa mesej yang menarik dimana beliau merupakan seorang yang kaya tapi akhirnya insaf dan bertaubat dengan Tuhan Krishna.

Tak banyak gbr aku ambil. Lagipun banyak goyang ajer. Maleh aku :p.

Gue keletihan amat dehhh

Aku letih sangat ni. Setiap hari berkemas dengan sungguh gigih, kerana aku akan berpindah. Ya...bukan berpindah kerja atau projek lagi. Kali ini pindah ke rumah sewa baru.

Dah seminggu aku bekerja keras mengangkut barang-barang. Dari hari Isnin lagi, lepas balik kerja aku terus ke rumah sewa baru hantar barang. Lepas tuh balik rumah kemas lagi. Then the next day nak turun pergi kerja bawak sikit-sikit letak dalam bonet dan seterusnya balik kerja hantar lagi barang. Begitulah seterusnya rutin hidup aku dalam minggu ini selepas pulang dari kerja. Kesian jugak dengan Cik Wahida kerana terpaksa menyusahkan beliau menuggu aku tiap kali lepas balik kerja. Huhuhu.

Letih amat. Tapi apakan daya. Ini jer caranya. Kudrat seorang, kene la angkut banyak kali. Nak angkut sekali gus, aku yang tak larat. Dengan nak menunggu lif lagi, angkat barang lagi.....huii....sgt mencabar :p. Hari ni bawak banyak sikit barang. So semalam pukul 12 jenuh la aku mengangkut satu-satu kotak sbb pukul 12 lif tak ramai orang guna. Aku pun tak paham apesal banyak sangat barang aku. Rasanya by hari sabtu, aku dah kene habis mengangkut sbb Ahad ader program penilaian pulak. Time aku tgh sibuk2 nak pindah laa, nak buat penilaian. Mmg serabut gila la aku rasa.

Pulak tuh hari Sabtu neh ada Peklan Frinjan edisi June. Line up agak menarik, tapi apakan daya aku nk mengemas rumah dan bersedia untuk penilaian. Kecewa tak dapat tgk mamat ni. Beliau ada disana. Huhuhu. Lagipun takder member untuk aku melayan ini event. Mak abah aku datang kl pulak tuh minggu ni, jaga geng bas sekolah sbb kakak aku pergi KK. Tapi tak dapat pun nk pergi rumah kakak aku minggu ni. Sekali lagi sebab nak mengemas barang dan bilik. Haihhhh. Letih dan serabut laaaa!!!

Tuesday, June 23, 2009

Akad

Sabtu lepas, seorang lagi rakan aku telah bernikah iaitu Puan Dalila bersama pasangannya Encik Iqbal. Huhu. Sedey jugak sbnrnyer, dah baper tahun ek aku dok sama ngan Puan Dalila. Ada la dalam 4 tahun kot. Banyak suka duka kitorang berkongsi bersama. Ecewahhhhh.

Pagi-pagi lagi dah berbaju kurung bagai. Pukul 9.30 ok. Aku rasa macam pelik masa kat petrol pump bila terasa macam orang pandang-pandang aku. Tak taulah sbb aku pakai baju kurung pagi-pagi lagi atau aku terlalu comel pagi Sabtu hari tuh. Hahaha.

Sampai Bdr Tun Razak pukul 10.20 pagi. Acara nikah sepatutnya pukul 11 pagi. Tapi biasa laaa....mesti lambat sikit kan. Dengan traffic jam lagi kat kl, pastu dengan pengantin nervouse berdebar-debar :p lagi. Berdebar ker?? Yang pasti pengantin perempuan tak berdebar langsung okehhhh :D. Selamba derkk dia jer. Haha.

Tak tau la acara nikah sebetulnya pukul berapa. Tak teringat nk tgk jam. Tapi alhamdulillah, Puan Dalila selamat dinikahkan dengan Encik Iqbal dengan sekali lafaz jer. Gelojoh tak? Haha. Harus dah hafal byk kali tuh.

Lepas habis acara nikah, seperti biasa acara sesi amik2 gambar dan makan-makan. Pukul 3, kitorang pun beransur pulang. Siap sesat-sesat lagi, konpius betul jalan area cheras neh. Sampai termasuk jalan ker Kajang nun. Hoho

Sampai rumah mmg aku terus tidur. Letih gila sbb malam sebelum tuh aku dating ngan abg agen insurans sampai kul 11.30mlm, lepas tuh aku menjalankan diri sorang-sorang ker uptown. Huhu.

Rakan-rakan yang mengenali Puan Dalila, nnti sama-sama kita pergi majlis resepsi beliau selepas raya yerk.

Muka aku seperti biasa, menten gemuk, tembun dan tembam. Sigh~~

Friday, June 19, 2009

Bebel

Wednesday, June 17, 2009

Bila bosan, jwb tagged adalah suatu aktiviti yang agak best

Ini jwpn tagged dr Cik Iszuanie cantik manis

1. Apakah perasaan anda sekarang?
tiada perasaan

2. Saya nak makan?
seafood di tepi pantai

3. Saya tak suka?
manusia berlagak

4. Impian saya?
bahagia

5. haiwan yg saya tak suka?
haiwan berbulu spt kucing

6. Saya harapkan?
kebahagiaan

7. Jika boleh putarkan masa?
mahu menjadi kanak-kanak

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
saya sudah tua

9. Handphone saya adalah sebuah?
seperti anak lelaki, lasak

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
korang kesah apehal??!!

11. Kawan-kawan saya?
saya sayang

12. Pernah dikhianati?
tak kot...ntah

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
buat tak kesah


Tuesday, June 16, 2009

Hujung minggu yang tiada hasil

Entah kenapa, aku giler malas nk update blog.

***

Jumaat lepas, bertempat di Laman Santai Istana Budaya berlangsungnya Malam Puisi Utusan. So aku, Kematz, Arina dan sorang lg member Kematz, Adek pergi layan ini acara. Walaupun memula ada perancagan untuk tgk Gadoh screening tapi aku rs cam malas sbb tak gigih nk ker Sri Damansara sana selepas kerja.

Acara start pukul 8.30 kot. Sebelum tuh lepak makan dulu dekat gerai belakang IB tuh. Habis mkn tgk-tgk dah penuh dah dekat Laman Santai tuh. So survey2 tempat, dapat la duduk kat satu meja yang ada sorang pakcik duduk sorang-sorang. Yg lg best, pakcik tuh siap belanja kitorang roti apa ntah, dengan teh tarik setiap orang satu. Huhu. Terima kasih pakcik :D.

Port tak berapa nak baekkk. So feel agak kurang. Tak boleh nk focus kepada setiap puisi yang dideklamasikan. Tapi dalam banyak-banyak puisi, aku suka Khalid Salleh dengan puisi 'Selsema Babi', tapi silap Kematz tak record. Choi sgtzz. Resignlah jd videographer. Haha. Siso Kopratasa baca puisi pun best jugak, tapi aku tak ingat tajuknya dan hasil nukilan siapa. Prof Dr hashim Yaacob pun ada. Aku sentiasa tabik pd beliau sbb walaupun beliau seorang professor pergigian, tapi beliau pandai menulis dan berpuisi. Selain tuh ada Mejar Faiz, Halim Yazid, Marsli N.O, Pyan Habib dan of course, Pak Samad.

Ada jugak artis diundang untuk memeriahkan majlis iaitu Datuk Siti :D, Hafiz AF dan Mila Af. Tak lupa jugak Kumpulan Hujan. Acara habis pukul 11. Seperti biasa, sesi2 syok sendiri pun berlangsung selepas itu.










***

Hari Sabtu Cikgu Eena ajak pergi Alamanda. Sementelah aku pun tak penah pergi, so sajer la on. Pehhh...tak best sgt la Alamanda. Dah la jauh. Jem tak hengat. Takder hasil pun aku g sana.

***

Hari ahad ptg, Nani tiba2 ajak pergi mandi sg belakang zoo. So aku ajak Cikgu Eena sekali. Bila sampai jer, macam takder tmpt boleh nk mandi sbb macam kene duduk chalet kat situ baru leh lepak mandi. Tak seswai langsung. So balik la dengan harapan yg musnah. Sekali lagi takder hasil pun.

***

Setelah tak dapat nak bermandi manda, kitorg terus menuju untuk makan di Kedai Mak Tim. Pehhhh...sedap siot beriani gam dia. Dah la byk...mmg berbaloi. Me bandung pun sedap, murtabak pun sedap. Service pun bagus. Jd ini jer la aktiviti yg mendatangkan hasil :D

***

Sekian hujung minggu saya.

Friday, June 12, 2009

Peta

Ini tagged dr Kematz. Sementelah aku pun kebosanan, aku jawab jer lah.

1. Search your house area using Google Maps.
2. Circle out your house.
3. Tag another 5 bloggers.



Aku dah circlekan rumah aku....tp bila aku upload baru perasan circle tuh hilang. Jd kerana aku giler pemalas, aku mls nk buat balik. Korang agak2 jer lah yang mana rumah aku. Untuk pengetahuan ini rumah sewa aku. Rumah kat ipoh tak masuk dalam google maps. Choi sgtz.

Tagged 5 orang?? Aku tangged korang, awak, anda, encik, puan dan cik sekalian.

Thursday, June 11, 2009

Bosan

Saya bosan giler. Mood nk update pun tak der. sigh**


Ini aksi selepas letih menunggu pengantin di kenduri kahwin

Ini aksi ikan bercumbu


Ini bukan lalang atau padi. Ini serai.


Friday, June 5, 2009

Terbaekkk

Ok. Sbb aku sgt suka dengan event Hari Bintang Jatuh. Disini aku kongsi beberapa persembahan 3 bintang venus yang aku suka. Nak full performance untuk sepanjang hari itu, sila ke blog Kematz.

Semboyan - Fynn Jamal feat Wani Ardy



Buka langkah jalan megah
Jangan gentar halilintar
Buka langkah jalan megah
Jangan takut awan ribut

Masih - Ana raffali


Ghost - Ana Raffali


Lagu ni dedicated special untuk kematz and da gang ok u'olls. Hik hik. Naseb baek aku gang dengan Kematz. Wahaha.

Teori Lucu - Wani Ardy
]

Si gadis - 3 venus


Ini lagu yang sungguh asyik masyuk. Terbaekkkkk. Serius best sbb mengisahkan tentang betapa payah nya menjadi perempuan. Kadang-kadang perempuan ni cuba untuk memuaskan hati orang lain tapi sebanyak mana kita cuba puaskan hati orang lain pun, kadang masih tak mencukupi. Kerana manusia ni banyak ragam. Jadi lagu ni menyuruh kita menjadi diri kita sendiri. Selagi apa yang kita lakukan adalah benar, mengapa harus kita mempedulikan cakap-cakap orang lain...kan??? Cewahhh...bebel plak

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
satu kerja berat yang amat-amat membeban
apatah lagi menjadi gadis yang dirinya sendirian

keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

si gadis menelefonku mlm itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutup

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

si gadis terus meluahkan hampa hati
perlakuannya salah serba serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal bagaimana lagi

lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia

kita gadis mmg sering menyonsang rasa
mana cinta mana rasa mana Dia
dengar sini sabarkan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya si-Dia itu

lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia

perlu gagah usah goyah
perlu bangkit dan menjerit
ayuh gadis berhentilah kau menangis
tada da da....

Indahkan liriknya. Huhu...serius aku sangat suka...suka...suka!!


Hari bintang jatuh

Hari Ahad.
Hari paling ditunggu.
Hari bintang jatuh.
Hari 3 bintang venus berpujangga


Ahad, aku sambung lagi berpoya. Kali ni giliran Kematz pulak mengigihkan diri pickup aku. Pukul 12 kitorang gerak ke CM. Sampai ajer terus menuju ke foodcourt, lapar giler sehh. Tgh makan, si Romi pun sampai dengan berbaju putih baru beli kat Jusco katanya . Sbb event ini temanya putih. So gigih la semua pun pakai putih :p.

Habis makan, terus ke gallery annexe sbb ikot tiket performance start pukul 1. Tapi sampai-sampai, tgh sound check dan cik ana kita sedang rehearsal. So lepak luar gallery sambil tgk pameran lukisan dari Saharil dan Munkao.

Tak silap aku pukul 1.30 performance start kot. Tak sure sgt sbb time tuh aku g solat dulu. Masuk-masuk jer Fynn Jamal dan mula berpuisi. Event ni ada 2 sesi. Dimulai dengan Fynn Jamal, Ana Raffali dan kemudian Wani Ardy. Kemudian ada juga guest performances dari Rina S dan bacaan puisi dari Shaira Amira dan Ashraff Ishak.

Tentang 3 venus. Fynn Jamal, apa lagi yang boleh dikatakan. Terbaekkk beb. Ana, serius sgt sweet. Wani pulak, sgt cool dan selamba.

Fynn Jamal


Ana Raffali
Wani Ardy

Hari bintang jatuh ni sungguh santai. Mmg syiok stim la layan dan setiap kali 3 bintang venus neh buat performance, sungguh mengasyikkan. Mata aku tak nak lari dari pandangan 3 bintang ini. Tapi tak tahulah, dari di Pekan Frinjan, sampailah di Hari Bintang Jatuh, tempat port baekkkk kitorang mesti diganggu oleh makhluk2 halus. Itu la yg buat spoil sikit. Aku malas nak emo lebih2 pasal ni, sbb kematz dah emo lebih2 dalam blog dia. Haha.

Last performance menggandingkan 3 bintang ini menyanyikan lagi 'Si Gadis'. Sgt suka...suka...suka! Lagu ni juga ada dalam cd yang diorg bagi masa masuk. Mmg berbaloi-baloi lahkan, bayar rm15, dapat cd lagu free :D . Habis event seperti biasa sesi tangkap-tangkap gambar. Semasa ini juga aku tertangkap gambar dengan mamat ni. Huahuahua.



Habis ajer terus me'makan'kan diri di oldtown dan terus pulang kerumah. Apa?? Sambung berpoya? Cukup-cukuplah dua hari aku tak lekat kat rumah :D.




Dalam kotak magis


Thursday, June 4, 2009

Lepak @Lepaq

Adehh...gue busy ya amattt. Tak sempat nak update blog selalu-selalu. Ok, sekarang sambungan aktiviti aku minggu lepas.

Habis event Pekan Frinjan, aku, Kematz dan followwed by Romi & Joker (mcm satu nama band yang menarik..hehe)...gerak ker hartamas untuk melepak di Lepaq Cafe. Lagipun Lepaq celebrate 1st annivasary diorang. Jadi ada live band performance dari ptg smpi pagi.

Sampai ajer, gila ramai orang. Nak duduk pun takde tempat. So berdiri ajer la, smbil layan2 live performance tuh. Agak-agak dah tak larat...kitorang pergi food court area situ nk minum2.

Abis minum-minum, balik semula ke Lepaq dan sampai-sampai ajer Wani Ardy perform. Lega sbb ader member Kematz dah 'chup' tmpt untuk kitorang duduk. Layan lagi performance Wani Ardy dengan Mysthicus. Performance lain adalah seperti Caiptain G, Chot Ali dan owner Lepaq, Mr Dewa Lepaq.

Captain G

Chot Ali n Hafiz

Dewa Lepaq

Habis semua, balik...hantar Kematz dulu. Aku sampai rumah pukul 4.40 pagi. Dr semalam keluar 4.40 ptg untuk ke Pekan Frinjan. Dua belas jam aku berpoya.

Hiburan selama 12 jam adalah kegilaan ya kawan-kawan.

Tuesday, June 2, 2009

Pergi ke pekan menaiki beca

Sabtu lepas merembeskan diri ker Pekan Frinjan di Dataran Shah Alam. Pukul 4.40 keluar terus ker Shah Alam. Sebelum tuh ambil Kematz tepi Federal. Seriauuu sehh tunggu Kematz tepi hiway tuhhh. Kereta berdesup laju2 semua, terasa bergegar.

Sampai dataran pukul 5.30 kot. Sesi baca puisi baru mula. Dimulai oleh Adam Kasturi, Shaira Amira, Uthaya Shankar, Dila Raden, Vovin, Fazleen dan akhir sekali.....yaaa...Rahmat Haron. Paling aku excited nak tengok sudah tentulah Rahmat Haron. Adam Kasturi style jugak...tapi serius....aku terlalu bengap nak paham.

Gbr curi blog kematz, mls nk edit2

Next, sesi persembahan akustik. Tapi sesi mula malam. So lepak makan2 dekat Plaza Alam Sentral sambil melayan kerenah Kematz yang entah berapa kali asyik dok sebut...."Beeha,Beeha,Beeha". Cemuihh aku. Tapi aku layankan ajer. Siap amik gbr ala-ala stalker bagai. Tak bleh blahhh :p.

Neh first time aku lepak Shah Alam. Sebelum neh kalau datang tak singgah mana2 sbb asyik sesat ajer. Balik2 aku jumpa bulatan...lepas tuh bulatan...lepas tu bulatan lagi. Sungguh aman damai rupanya Shah Alam ni. Tak ramai orang. Huhu.

Ok sambung sesi persembahan akustik pada sebelah malam. Ingat start pukul 8.30. Tapi dianjakkan start lepas isyak. So amik port baekkkkk punya.

Performance malam tu ada ARUS, Wani Ardy, Jayzuan, Beeha, Dewangga Sakti, Mysthicus serta Meor dan Black.

ARUS punya performance mlm tuh best lg masa aku tgk di Annexe. Mungkin sebab baru belajar main keybod kot, nmpk sgt terkial2 dan kadang2 outtttt. Mysthicus.....nak ckp apa. Mmg best. Kematz siap beli cd. Eh..aku yg pergi beli. Dia pesan jer kat aku sbb sebuk nk record. Choi sgt kann. Terpaksa aku menebalkan muka kat gerai yg orang dah nk tutup tuh. Beeha...boleh laaa. Aku rs lagu 'Inilah Aku' mcm dia tukar lirik jer dr persembahan masa kat Annexe. Tapi tuh la...time dia perform, port kitorang yang baekkkk tuh telah di tak baekkkk kan oleh beberapa awek. Huhu. Meor dan Black mmg best.

Wani Ardy
Dewangga Sakti
Beeha
ARUS
Mysthicus
Meor n Black


Habis event, terjumpa Ana Raffali. So si Kematz terus jumpa dia sebab nak amik ticket untuk event esoknya. Siap berhutang lagi okeh. Masa tuh masing-masing duit tinggal sepuluh ringgit jer dlm purse. Haha. Tak bleh blah.

Selesai segala, terus decide nak lepak dekat Lepaq Cafe. Smbil nak minum2. Romi n Joker pun join sekali. So esok aku update pulak apa yg berlaku di Lepaq.

Monday, June 1, 2009

Kegedikan

Amaran: entry ini mengandungi kegedikan melampau-lampau. Ibu mengandung, anda dinasihatkan untuk tidak membacanya kerana anda mungkin akan over loya nanti.

Ini cerita selepas event Hari Bintang Jatuh 09. Untuk event Hari Bintag Jatuh, Lepaq dan Pekan Frinjan, akan di update kemudian sbb aku tengah kegedikan melampau2. Hehehe.

Masa event HBJ dah habis arituh, tetiba mata aku tertancap pada seorang jejaka. Dalam hati ckp, "Eh, mcm kenal laaa". Then baru la teringat, mamat neh pelakon. Terus bgtau Kematz. Mungkin mamat tuh perasan yang kitorg tgh peratikan dia, dia pun pandang dan ....SENYUM. Pehhhhhhhhh. Hati aku cairrrrrrrrrrrrr~~~~~. Saat dia senyum tuh, aku syak cupid dah panah hati aku. Waktu tuh baru aku percaya pada cinta pandang pertama. Hahahaha. Rasa nk histeria kat situ wehh. Terus secara automatik mendeclarekan diri sebagai peminat dan menggedikkan diri nak bergambar dengan dia. Voley?

Persoalannya, peminatkah?? Nama dia pun aku tatau :p. Hahaha. Biasala, akak neh, kalau bab2 pelakon neh mana ada nak minat2. Kalau seorang pelakon dia berlakon bagus, aku suka, tak bagus, aku tak suka. Nak hafal2 nama bagai?? Banyak lagi benda lain aku nk ingat seperti berapa banyak lg duit yang tinggal dalam akaun bank aku. Contohlah. Lainlah kalau nama dia Memey. Haruslah aku ingat. So berbalik pada cerita mamat neh. Dia ni tergolong dalam golongan pelakon yang aku suka lakonan dia lah.

Hari ni gigih aku masuk blog Romi sbb nak pergi tgk blog dan nak tahu nama dia. Hahaha. Yang best tuh, on the way aku nk g surau kat CM tuh, terus teringat lagu 'Kau Aku', OST drama Merah Putih lakonan dia neh. Itu nk pergi surau tuh. Astaghfirullah hal'azim :p.

Tgk gbr bawah....aku bersama cinta pandang pertama. Pandang pertama ker sbb aku penah tgk dia sebelum neh...dalam tv la tapi. Whateverlah! Yang pasti....kami sungguh padan kan??? Bagai pinang dibelah dua. Hahaha. Choi. Statement tak boleh blahh. Hahahaha. Mati la aku kene kutuk ngan kipas susah mati dia lepas ni. Tapi yang takbestnyer....apsal aku masih tak boleh menghilangkan dagu lapis aku neh. Demmm!


 

Blog Template by YummyLolly.com