Tuesday, December 16, 2008

Gadis hitam legam


@Lumut Jetty

Alhamdulillah. Selamat dah aku dan rakan2 jiwangers bercuti2 di Pangkor. Dr KL pukul 8.30. Sampai Lumut dalam pukul 1 lebih kot. Kat Lumut p mkn2 dulu, n tunggu bbrp lagi rakan2 untuk naik feri sesama. Nak tunggu naik feri tuh punyer la lama. Pastuh feri kene lepaskan untuk budak2 pertahanan awam dulu plak tuh. Mmg hampehh.

Sampai Pangkor, naik van kaler pink terus g chalet kat Teluk Nipah. Check-in smer bagai, then terus bertukar menjadi ikan duyung. Hehe. Terus la layan main2 air di gigi pantai. Ecewahh :p.


Mlm plak layan seafood kat gerai2 tepi jalan area Teluk Nipah tuh. Tapi dalam dok nak mkn2 tuh, window2 shopping dulu kat kedai2 cenderahati. Pastuh baru g mkn. Kitorg order siakap bakar, udang sweet sour ngan sayur campour jer. Harga kire ok laa. Dan rasa pun sgt sedap, terutaman udang dia. Pehhh...sedap gilerr. Ms shopping mopping tgk kedai cenderahati sblom mkn tuh, aku beli la benda sikit, pastuh smpi bilik baru perasan brg tuh dah takde. Ntah mana aku terlepas pegang benda alah tuh. Mmg tak teringat lansung. Sampai bilik baru perasan. Aku mmg ader masalah memegang barang2. Sbb dengan tidak sengaja aku bleh terlepas pegang barang tanpa sedar. Huhu.
Our dinner



Next day. Pagi2 lagi bangun pas subuh, terus g jogging. Jogging pun aku rasa dalam 2km jer. Pusing2 depan Teluk Nipah tuh jer. Pas jogging2, jln la tepi pantai sambil layan jiwang atas batu. Wahaha. Then terus sarap dan bertukar lagi untuk xtvt seterusnya iaitu snorkeling. Snorkel tak hengat la aku n nani, smpi legam2 dah muka.

Tunggu bot nk snorkeling

Pas snorkel2, balik bilik mandi bagai...aku n nani terus tido. Nmpk sangat dah letih. Bdak2 lain g mkn dulu. Pas bangun tido baru la kitorg g mkn. Pas makan kitorg plan ntuk merempit di sekitar pulau. Sewa la skuter. So merempit guna skuter laaa. Tak mencabar langsung. Hehe. Tapi mmg tanak sewa motor biasa sbb aku failed sikit bab2 gear neh. Dah la bukit2 kat pangkor neh. So merempit la kitorg sekitar pulau. Aku bawak moto, yang Nani kat belakang dok snappy2 gbr. Besau gak Pangkor neh. Penghujung jalan kitorg jumpa la Kota Belanda. Kat sini terjumpa lak burung enggang. So tak payah la pegi Sarawak untuk tgk burung enggang. Pangkor pun ada. Bg org yg cam aku yg tak minat sejarah, tmpt neh tak menariks pon ;p.

Hornbills


Peringatan: Adik2, jangan ikot akak yg tak suka sejarah eh. Tanamkan minat pd subjek sejarah.

Time kat Kota Belanda neh la motor takleh start plak. Hampeh. Suh pakcik2 kat situ tolong pun tak leh. Start manual pun takleh. Alih2, call la penyelamat kami, Encik Karl. Haha. Sia dtg jer, terus start, bleh plak. Bengong. Pastuh jalan lagi depan ader la batu bersurat. Tapi tak berhenti pun, sbb cam tak menariks jer :p. Pastuh jalan2 lagi sampai la kat simpang masuk Teluk Sedagas. Tempat yang Nani nak pergi sgt2 ;p. leh sbb kitorg jumpa simpang nk masuk tuh pun dah dekat 6.00 ptg, kitorg plannning untuk pergi esok pagi. So Pastuh patah balik, terus jalan2 lagi terus Jambatan Gantung. Sgt scary okeh jalan nk masuk tuh. Takder org pun. So tak naik pun tgk jambatan gantung tuh. Terus balik dan meneruskan perjalanan ker Teluk Dalam. Layan2 amik gbr, pastuh terus rempit smpi jumpa Teluk Dalam Resort. Lawa la resort neh dan kitorg mintak permission pak guard situ nk masuk amik gbr. Hehe. Pastuh terus balik, dah kul 7 lebih pun masa tuh.

Mlm, ader rancangan untuk bbq. Tapi hujan turun ya amat lebat. So kitorg berselubung jer dalam selimut tido. Tapi dah tgh mlm tuh bleh terjaga la plak sbb bunyi katak giler kuat tak hengat. Kuat giler arr. Serius tensi aku dgr bunyi katak2. Last2 aku ngan Nani dgr bunyi katak sambil kire ader baper ekor katak mlm tuh. Akhirnya ketiduran jugak kami. Hehe.

Pastuh dalam kul 5 lebih cam tuh Erni kejutkan kitorg untuk mkn bbq. Rupenyer bbq start dalam kul 4 camtuh tapi dgr citer kul 5 baru api leh hidup. Bayangkan, bbq pagi buta. Dengan diiringi karaoke oleh katak2 di tepian air2 banjir. Hehe. Tapi aper pun...sedap giler bbq pagi tuh. Sis Jen nyer resipi kot. Terima kasih yerk sis :D.



Abih bbq jer, ari pun dah siang. So aku n Nani meneruskan xtvt kami untuk jungle trekking ker Teluk Sedagas. Jadi merempit lagi sekali kami ke Teluk Gedung dan parking moto kat rumah orang kampung situ. So jalan masuk ke dalam hutan tuh, kitorg main redah jer. Ader la nmpk track orang sebelum neh jalan, so berpandukan jalan tuh jer la. At one point, kadang2 kompius gak ikot jalan mana. Tapi alhamdulillah tak sesat. Ambil masa 15 minit kitorg meredah hutan ntuk sampai Teluk Sedagas tu. Sampai jer Teluk Sedagas, hanya ade satu family jer kat situ dan kumpulan Pertahanan Awam yang datang sama kitorg masa kat Jeti Lumut tuh. Tapi derang blah hujung Teluk. Tak menganggu kitorg. Family tuh pun aku rasa dia dtg guna bot, sbb pagi tuh ader bot dtg hantar bekalan mknn kat diorg. Mmg betul la Teluk neh tak diexplore lagi. Landai jer. Bak kata Nani, rasa cam main2 air di swimming pool private. Kul 9.30 kitorg blah dari situ dan meneruskan xtvt kami dengan berkayak. Layan gak la berkayak neh sbb kitorg leh smpi tempat snorkeling smlm. Dan baru ku tahu sbnrnyer bila dah berkayak tuh, sbnryer di tgh laut tuh ader kawasan yang cetek smpi ko leh berjalan jer, tak payah berkayak. Silap tak amik gbr jer sbb ms berkayak kitorg mmg tak bawak kamera. Tapi aku bajet orang2 yang kat tepi pantai kalo perasan mesti ingat, magik ker ader orang leh jalan tgh laut? Hehe.

Abis xtvt berkayak, kitorg pun balik bilik untuk bersiap2 check out. Kul 12 check out dan masa tunggu feri tuh lagi sekali kene lepaskan Pertahanan Awam dulu. Aku mmg hangin laa. Masa pergi dah bg chance, neh balik pun kene bagi derang dulu feri. Aku dah nak rs muntah2 dah berhimpit beratus smbil berdiri. Sejam lebih gak la menunggu feri. Mmg hangin. Rasa cam nak berkayak jer dr Pangkor ker Lumut. Ecewahh ;p. Sampai Lumut, solat, mkn dan terus naik bas. Sampai KL pukul 8. Sungguh letihss. letihs aku nak mendobi baju.

Jadi hasil dari percutian ini, aku mendapat kulit yang lebih legam. Sampai orang perasan la muka aku terbakau. Adess. Tapi takper, janji kiter suka aper yang kita buat. Untuk keterangan lanjut, lawati blog nani :D dan gbr2 syok sendiri smer kat frenster n facebook. Sekian.

Monday, December 15, 2008

Lagu tiga kupang

Citer g Pangkor, akan update kemudian. Letihs lagi.

***
Aku suka giler ngan idola kecil. Neh aku tgh bukak youtube sambil cari video2 untuk episod sabtu lepas. Yerla, dah aku kat Pangkor, tadapat tgk. Ader tv pun, satu channel ajer.

Disini saya ingin mengistiharkan diri saya, bahawa saya peminat Wada. Suara best giler budak neh. Aku bajet, masa aku kecik2 pun suara aku cam dia. Hahahah. Tapi dulu takder program2 mcm ni, so bakat aku dipendam ajer. Skang neh dah berkarat pun. Haha. Tapi mmg kebanyakan budak2 dalam Idola Kecil ni, mmg aku suke la. Bukan berbakat dalam nyanyian jer. Tgk jd backup singer ngan menari pun boleh tahan. Mmg boleh jd penghibur. Neh tgh nk dok cari mp3 plak. Sapa ada??

Thursday, December 11, 2008

Tiada update

Tatau la nak update apa.Tapi takder update pon nak buat entry jugak. Apekes?? :p Nak buat update ucapan Hari Raya Aidiladha pun, raya dah lepas. Dah lebih dr hari tasyrik dah ni.

***

Esok aku nk bercuti2. Tadi dah siap kerja dan dah bagi pd bos pun untuk testing, walaupun aku tak puas hati sgt dengan kerja aku. Tapi bos yang suruh buat mcm tuh, so aku buat ajer la. Aku pun dah mls nak buat research2 bagai. Sbb hati dah nak bercuti jer.

***

Sekarang ni musim hujan jer petang2. Bbrp perkara aku nk buat asyik terbantut jer sbb keadaan musim hujan sekarang ni.

***

Semalam ada phone interview. Huh! Aku jawab macam hampeh. Confirm failed! Pagi semalam siap terkantoi lagi dengan bos. Dia nampak aku tgh bukak resume, siap tanya lagi. Huhu. Tapi aku buat bodoh jer la dan terus tuka topik tunjuk kerja yang dah siap.

***

Sejak aku tukar theme neh, icon2 smiley aku semua dah hilang. dan aku pun tak ada banyak masa untuk install balik icon smiley dalam theme baru ni. Akan update kemudian.

***

Tak sangka aku pun ada pembaca hantu :p. Walaupun tak ramai, mungkin 1 ke 2 orang sahaja, tapi aku nk cakap juga... terima kasih ya! Ya...kamu :D. Kamu tahu siapa kamu ;D.

Thursday, December 4, 2008

Busy berfoya

Minggu neh minggu yang busy bg aku. Dari hari isnin sampai rabu arituh, sampai opis jer terus buat keje. Takde masa nak surf2, baca blog bagai. Tgk blog sendiri pon tak sempat u'olls. Tgk sekali imbas ajer. Bukan itu jer, ader member ym pun aku tak layan. Gigih kan akak bekerja? :p. Sbnrnyer kerja tuh bos aku bg minggu lepas ari selasa. Dia bg masa seminggu. Tapi dah seminggu aku tak dapat2 buat gak. Aku neh biase la...bile dah over dr expectation time tuh mula la gelabah. Dah la dpt bos tak bleh blah. Asik nk monitor jer aku buat aper. Sungguh tensi. Tapi nasib baik la jugak, minggu nih dia tak masuk opis. Selamat la akak. Dapat la aku buat keje ngan aman tanpa ganguan dan tanpa rasa bersalah sbb belum siapkan keje. Benda dah lama aku tak tgk. Dah 2 tahun aku tak buat, mana nk ingat. Banyak buang masa buat research. Pastu kat opis plak takde sape buat guna benda yg aku guna skang. Terkontang kanting la aku google sana sini selama 3 ari berturut2. Balik rumah pun sambung buat keje. Mmg sgt tekun la. Neh dah siap kerja ptg rabu arituh. Baru la nak lega sikit.

Tapi Rabu tuh plak tetiba aku menjadi bidan terjun la plak bantu karl untuk cari chalet nk bercuti kat Pangkor ngan jiwangers. Sbb plan sebelumnyer tak jd sbb orang tak cukup. Jenuh la plak google sana sini cari info psl chalet. Pas tuh call plak chalet sana sini.Tgk mana yg ader lagi bilik kosong. Biasalah, cuti sekolah kan. Byk chalet yang dah penuh. Pastu call ejen2 cuti. Yang mana bg pakej menariks. Sampai habis la kredit aku dok calling2 :p. Tengahari tadi baru setel. itupun karl ngan aku tawakal jer ngan tmpt kitorg booked tuh. Sbb ader keanehan sikit dengan cara booking dia :p.


Bulan nih jugak bulan yg sibuk bg aku gak. Minggu neh nak balik kg; Raya Haji la katakan. Ptg isnin bali sini balik. Tapi aku cuti sampai ari selasa. Ari selasa nak pergi OU. Nak tebus point insyaAllah sambil shopping mopping skit. Pastuh Jumaat nya plak aku g pangkor 3 hari 2 mlm. Minggu seterusnya, Sabtu, aku masuk Media Treasure Hunt. Ahad esoknya plak, aku masuk Malakoff Run. Then sambung hari khamis bersamaan dengan Krismas, aku ikot nany and arc team g daki gunung batu putih. Pehhh...first time neh beb. Mampus la aku kalo panchett. Harap2 tak. Kene start training balik mulai minggu neh. Dah lama tak training neh. Mau pancit smpi kempis.

Busy yang dicari sebenarnyer neh. Orang lain busy byk jemputan kenduri kawen time cuti2 sekolah neh. Tapi aku satu kenduri kawen pun takder bulan nih. Nampak sangat ramai kawan2 aku yang dah kahwin. Haihhhh.

Wednesday, December 3, 2008

Izan tak kasi aku hidup senang

Aku di tag. Lagi ;p. Oleh Mrs Mirko aka Izan. Tak pernah nak bg aku hidup senang sikit. Baru nk releks2 dr kerja yang baru jer siap :D. Dah la kene tulis2. Aku dah lama tak tulis2 neh. Eh...tp baru jer tadi tulis isi borang kwsp :p

1. Your name/username

Aku tatau la naper gbr neh jd camnih.

2. Right handed or left handed


3. Favourite letter to write

Soklan nak letter, tp aku jwb word ;p. Tgk org yg tag aku pun jwb word ...so aku ikut ajer ler. Perkataan ngantuk aku selalu tulis time aku mengantuk atas kertas yg selalunyer ader dok bawah keyborad atau laptop. Kertas contengan aku :D. Nmpk sgt aku selalu mengantuk

4. Least favourite letter to write


5. Write 'The quick brown fox jumps over the lazy dog'

Tahukah kamu bhw ayat diatas mempunyai kesemua huruf?? Percayalah because its not Ripley's believe it or not :D. Aku pun baru tahu masa test system :p.

6. Tag 6 people


 

Blog Template by YummyLolly.com