Monday, November 15, 2010

Pejam mata dan dengar

Aaaa....ini entry untuk share ngan korang lagu yang sgt best *bagi aku* ini. Jumaat lepas layan event Malam Puisi Riong di Laman Beringin IB bersama Hanani dan Peminat Cik Ana. Walaupun tujuan utama hanyalah untuk temankan Peminat Cik Ana ini layan performance Cik Ana sahaja.....tapi bila ptg sebelum kejadian tgk balik list performer, ada Taheera Rosheeda.....aku terus excited nak layan sbb dgr lagu beliau di reverbnation sgt best.

It is a soothing and relaxing music. Sila bayangkan anda duduk di kerusi malas, sambil pejam mata dan dengarkan lagu ini dengan tiupan angin dari laut bersama bunyi ombak...hihihi. Bestkan?? :p. Bagi aku agak jarang lagu puisi dapat dilagukan dengan sedap. Lagu ini adalah puisi Rindu Ibu nukilan A Samad Said.

 

p/s cemana nak dapat suara best camni?? suara yang bila didengar....sedap jer :p

Thursday, November 11, 2010

Ada sesiapa merindui saya??


Haha. Dua bulan blog ini tiada update. Adakah masih relevan lagi blog aku ni?? Huhu. Dah makin malas nk update sekarang ni. Kadang2 rasa berkobar nak update. Tapi bila nak taip.....tak tau apa nak cerita....tak tau nak karang ayat macam mana.

Mungkin sebab jiwa pun tiada kacau bilau......maka aku lebih suka diam. Atau mungkin sbb facebook dah menjadi pengganti untuk aku....huhu. Atau mungkin sbb blog ni dah ramai sgt tahu kewujudannya?

Ok...tak payah ber-atau-atau la Cik Sue!! Cakap jer la kamu makin malas!! Haha

Ok dah...cukup setakat ini entry kemunculan terbaru! Haha...nntikan kemunculan seterusnya. Mungkin 2 bulan lagi? Hehehe :p

Thursday, August 5, 2010

Alahaiiii

Alahai....kesiannya aku dengan sorang pempuan kat fb neh....hanya sebab dia ade tulis hinanya sebuah negeri....dia dikutuk macam dia buat perkara yang jijik.

Aku kesian gila ngan dia. Kadang-kadang, status kita update tuh kita tak maksudkan, tapi org luar interpret lain. Penggunaan perkataan hina, bagi aku sekarang ni ada dua. Kadang2 aku guna gak perkataan hina ntuk menunjukkan betapa teruk tetapi sekadar ntuk bergurau.....bukan bermaksud hina itu sememangnyer hina yang jijik.Cthnya aku tulis, "Hinanya opis ko, bakul sampah pun takder". Ayat ni bukan bermaksud aku nk ckp opis tuh hina....tapi sekadar menjustifikasikan opis itu mcm ayat ni "aper la opis ko, bakul sampah pun takder".

Ntah siapa la yang menjadi punca membawa perkara ni jadi besar. Dah la nama penuh perempuan tuh ada, kemudian dengan gambar sekali. Dah kira mengaibkan orang dah tuh. Hal ni dah tersebar seantero network dan seterusnya bila search wujudla plak page fb bagi mengecam perempuan ni. Dan lebih menyedihkan aku, orang yang join page tuh pulak mengecam dan mengutuk perempuan ni dengan perkataan2 yang aku rasa sungguh tak sesuai macam 'perempuan haram jadah', 'perempuan gampang' hanya kerana sebab kecil. Dan kalau dilihat....semua yang menulis tu adalah kaum sebangsa aku. Sedihlah tgk. Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran orang kita.

Mungkin ada orang yg tak setuju dengan aku. So bg yang tak setuju....tapayah baca apa yg aku tulis dan sila move on dengan kehidupan korang. Aku hanya bg pandangan saja. Pandangan korang, sila buat dalam blog sendiri.

Friday, July 23, 2010

Nak resign dr blog-lah rasanya

Tuesday, June 22, 2010

Sesuatu yang dah lama aku nak buat

Selepas 28 tahun bernafas di muka bumi, baru hari ni aku layak serta berjaya menderma darah :D. Apakah maknanya itu kawan-kawan?

...
...
...


Yaaaa.....maknanyer aku dah gemuk ler :p.....huhuhu......walaupun sebenarnya takder makna sgt sebab aku adalah dalam golongan penerima universal.


 

Blog Template by YummyLolly.com