Tuesday, December 6, 2011

Lagi cubaan menjadi orang seni ....konon!

Tengok gambar dibawah ...


Woahhhh....mahal~ :p
Jadi kita cuba buat sendiri :P



Tada~~~


Hahaha. Sebenarnya tak terfikir nak buat pun. Tapi Ahad lepas meronggeng sorang2 ke Jusco dan kemudian ke Festival City. First time pegi Festival City, best jugak mall ni. Pastuh ternampak satu kedai nama Kaison. Jual bunga, barang2 hiasan dan sbgnya. Bila tengok tu mula la syok sendiri. Tengok ni nak...tengok tu nak. Boleh meroyan sorang2 dalam kedai tuh. Pastuh dah tgk barang-barang yang comel-comel, tu yang datang idea kunun nak buat benda alah ni. Jadi sebagai cubaan pertama, kira boleh la. Cuma pemilihan bunga yang salah. Dah beli takkan nak membazir pulak. Jadi gunakan jerlah. Tapi takper....next time bleh cuba buat dengan bunga yang betul pulak yer :p.

Monday, December 5, 2011

Cubaan menjadi Jimmy Choo?!

Ini la kerja aku sepanjang raya korban yg lepas. Raya pun macam tak raya jer sbb dok sorang2 kat rumah. Maka cari kerja la nak buat. Bila nampak manik2 banyak kat rumah tuh....terpikir nak transform kasut yang patut dibuang lama dah ni. Sebab malas, aku buat teknik crumble jer la....hahahha....tak payah nk design2....dan jahit tersusun2. Bantai jahit jer ikut suka asal tak nampak lagi base warna ungu tuh. :p



Yang sebelah lagi tuh the next day baru siap...tuh pun macam terpaksa siapkan sbb sebelah dah siap.  Takkan sebelah lagi taknak buat. Terpaksa la buat, tapi terlupa nk amik gbr. Apa pun kasut ni so not matching ngan tapak kaler ungu tuh....dan selepas menjadi realiti, kasut ni baru pakai sekali jer....hahaha...dan mungkin tak pakai dah kot. Baru perasan kaki makin besar :p

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Oh oh....selamat menonton filem ini semalam selepas menunggu setelah sekian lama. Overall aku bagi 3 bintang sahaja untuk filem ini. Seperti aku jangka, Maya Karin memang tak sesuai membawa watak Izzah dengan pelat yang beliau ada. Aku pun tak pasti pelat mat salleh atau pelat apa yang ada pada dia tapi yang penting butir bicara skrip beliau mencacatkan watak Izzah seorang gadis kampung. Tambahan pulak dalam filem ini Izzah adalah seorang ustazah yang mengajar mengaji *tiada dlm novel. Lakonan Aaron Aziz pula, biasa-biasa sahaja. Tiada yang menarik lakonan beliau dalam filem ini. KL Gangster masih merupakan lakonan terbaik beliau setakat ini, bagi akulah. Watak Mila Amylia yang dilakonkan oleh Lisa Surihani, bagi aku bolehlahh. Untuk Lisa Surihani yang kita nampak lembut, kira dia berjaya juga nak bawak watak perempuan yang agak garang camtu. Tapi itulah, bagi aku dia sekadar dapat membawa watak emosi tapi tidak pada personaliti. Sbbnya, Mila Amylia adalah seorang model terkenal, penggoda. Lisa Surihani sangat kurus untuk seorang model. Pakai baju seksi pun macam tak ada apa-apa :p. Tak nmpk macam model dan tak nampak gaya penggoda pun. Haihhh...

Dari segi jalan cerita, kalau anda bukan pembaca novel tersebut maka filem ini boleh dikategorikan sebagai best la jugak. Tapi jika anda seorang pembaca novel Ombak Rindu, maka filem ini mungkin akan membuatkan anda sedikit kecewa. Diulang...hanya sedikit. Tapi jangan kecewa kerana kekecewaaan anda semua akan terubat dengan kehenseman Aaron Aziz :D. Terlalu banyak olahan pada jalan cerita yang tidak bersandarkan pada novel. Maka bagi aku jika dilihat filem ini sebagai suatu adaptasi novel, maka filem ini tidaklah berjaya sebagai sebuah filem adaptasi. Tapi jika dilihat dari sudut sebuah filem genre drama-cinta-airmata yang hanya mengambil sedikit jalan cerita didalam novel sebagai rujukan maka filem ini berjaya.

Filem ini juga banyak bergantung kepada soundtrack yang sangat membuai-buai. Ya...soundtrack filem ini sangat sesuai dengan jalan cerita dan jika diperhatikan liriknya juga bersesesuaian. Maka soundtrack filem ini berjaya membawa mood setiap babak.

Keseluruhannnya, adakah aku kecewa?? Rasanya tidak. Tidak sekecewa aku menonton Nur Kasih The Movie. Ya, filem ini masih boleh diberi peluang dan masih boleh berdiri sendiri tanpa bersandarkan pada status 'adaptasi novel'. Adakah anda memerlukan tisu? Err....aku bawak tisu tak guna pun. Hahahaha.....ada la part sedih. Tapi takder la menangis tersedu sedan. Sedih lite-lite sahaja. Tapi boleh la sediakan juga tisu jika anda seorang yang punya hati yang rapuh tak sekeras hati saya ...kot  :p.Tapi Abang Aaron Aziz saya menangis berbakul-bakul dalam filem ini. Jika nk tgk Aaron Aziz mennagis...maka pergilah tonton :p. Tapi ada certain babak dan sekeras2 hati saya tidak pula membawa saya untuk ketawa pada babak yang tak perlu ketawa! Tapi ramai pulak penonton yang ketawa dan ....aku jadi pelik. Serius tak paham apa yang diorang gelakkan. Hmm


p/s : Suatu kenyataan yang perlu anda ketahui. Saya hanya minat Aaron Aziz sebab beliau hensem sahaja. Bukan dari segi lakonan. Bagi saya lakonan Remy Ishak, Zul Huzaimy lebih berkesan. Aaron Aziz?? Biasa-biasa sahaja. Jadi jangan ingat segala tentang Aaron Aziz saya akan puji. Contohnya drama 'Kekasih Awal dan Akhir' di tv9 arahan Aaron Aziz. Drama ini sangat tidak relevan dan rasional dan tah hape-hape. Dan saya tidak akan bagi lakonan Aaron Aziz 5 bintang hanya kerana beliau hensem. Sekian :p

Monday, October 10, 2011

Jatuh Cinta

Yaa....ini entry pengakuan terbuka. Saya sudah jatuh cinta. Jatuh cinta sangat-sangat. Siapakah dia? Jeng jeng jeng...






...
...
...



Inilah dia....



...
...
...




NINA-chan!!!




Budak ni tersangat-lah adorable!! Bijak pulak tu. Anak campuran Amerika dan Jepun. No wonder-lah kan. Tapi sebenarnya budak ni lebih dari kiut... tetapi juga bijak sangat~.


Aku sebenarnyer kenal Nina ni sbb ada orang share video beliau kat facebook. Lepas tuh seperti biasa aku pun tengoklah dan berkata dalam hati....comelnyer budak ni~~~~!! Kemudian setelah digodek-godek...rupanya ada satu channel khas beliau di-youtube iaitu Nina In Japan. Channel ni dibuat oleh ayah beliau 6 tahun yang lalu. Bermula dari Nina ni bayi sehinggalah umur beliau 6 tahun. Mula2 ayah Nina upload untuk sanak saudara serta rakan kat US jer, tapi akhirnya video2 tuh mendapat sambutan ramai. September baru ni.....adalah video terakhir beliau sebelum masuk ke sekolah. Jadinya pada saat aku kenal Nina, ayah beliau tidak akan lagi upload video Nina di youtube....huhuhu.


Sedih kot bila tahu takder lagi video Nina ni lagi sbb takder satu video pun yang aku tak terhibur. Kalau baca komen2 orang lain kat youtube pun...sangat sedih sbb takder lagi video Nina. Cuba la korang layan video2 beliau. Sangat best~~~~. Aku rasa setiap hari kot aku bukak channel tu dan layan video Nina tu walaupun berulang-ilang. Rasa rindu kat budak comel ni. Boleh? :p



So inilah video terakhir Nina....video kompilasi Nina dari bayi sehingga 6 tahun.


Will miss you Nina!!!

Wednesday, October 5, 2011

Froyo Fuyoo

Ohhoii.....ingatkan dah bersara!! hahahhahah

....

Takder nak sembang banyak pun. Cuma nak cakap yang Tutti Frutti adalah suatu trend sahaja. Sekian.....hahaha. Aku nk buh penyataan ni kat facebook.....ramai sangat pulak yg membaca. Tambahan pulak nnti takot ada yang menginggung perasaan kipas susah nak mati Tutti Frutti.....hehehe. Aku ni kan tak suka nak menyinggung perasaan orang lain. Cewahhhh. Tapi kalo tulis kat blog ni takper kot......hahahahaha.
 


Aku dah rasa dua jenis frozen yogurt(froyo). Sekali try Moo Cow....rasanya masam~~. Kawan aku cakap pulak ada bau lembu. Itu aku tak perasan sangat pulak. Kemudian sekali try Tutti Frutti....rasa ok...tak masam sangat. Boleh la dikatakan sedap. Tapi kalau nak dikatakan sedap sangat tuh takderlah. Macam aiskrim pun ada. Biasa jer kot. Sama macam dulu orang sibuk pegi Ice Room....bagi aku begitulah juga Tutti Frutti ni. Aku rasa kalau aku bukak kedai aiskrim berkonsepkan Tutti Frutti yang boleh letak segala macam topping dengan jenama SUKA SUKI dengan nilai 100gm bersamaan RM5...ramai jugak org datang dan akan famous jugak kot. Haruslah orang sibuk dok update status dan twitter dan blog dan berkata betapa coolnya kedai aiskrim SUKA SUKI ini.....hihihi.


Jadi jika anda mahu kelihatan cool, urban dan hip...maka anda perlu mencuba Tutti Frutti ini. Walaupun ada segerombolan jejaka yang kurang hensem, tapi kalau anda lepak di Tutti Frutti, serta merta anda akan kelihatan hensem!!




Tgk, Chairman Naza pun makan Tutti Frutti....haruslah anda pun jadi hensem dan kaya dan berjaya spt beliau kalau makan ni :D

Dan kalau anda ke Tutti Frutti Wangsamaju, ada gambar2 artis seperti Zahid AF dan Aaron Aziz *sila histeria!!! Jadi ini bermakna anda dan Aaron Aziz tiadalah bezanya. Anda juga kacak dan glamour!! :D

...

Entry ini bukan :-
- advertorial
- berniat menyinggung mana2 pihak sama ada hidup atau meninggal dunia
 

Blog Template by YummyLolly.com