Wednesday, October 7, 2009

Kerna Terpaksa

Ini entry yg terpaksa di buat. Sbb hari nih last aku ber'online' dalam minggu nih. So kerana tak nak korang rindu-rinduan kat aku, aku terpaksa mengagahkan diri buat entry sampah ini :p. Wahhhh....feeling divana sgt macam ramai peminat kannn :p.

***

Aku bukak blog budak SMKUK, tapi apesal sorang pun tak update pasal Potluck Raya kita arituh rakan-rakan sekalian?? Aku baru nak cedok sikit idea dari entry korang. Tapi choiii sorang pun tak hapdet. Hampehh. Aku pun dah kurang nak ada nafsu dengan blog skang neh. Mengapa yerk?

***

Ahad lepas bertempat di rumah Puan Aiza, berlangsunglah upacara PotLuck raya. Haaa....konsep baru okeh. No more open house. Tapi neh PotLuck. Suka sgt konsep neh ;p.


Jd berkumpullah warga Semangkuk dengan riuh rendahnyer menggamatkan rumah Puan Aiza. Bukan setakat meriah dengan gelak ketawa dan gossip hangat, tapi juga meriah dengan makanan-makanan yang meletopss, air tangan budak Semangkuk yang lite-lite baru nak try masak :p. Tapi u'olss, semua mknn marveles okeh. Masih teringat2 rendang Kak Sal dan soto Puan Aiza dan Makaroni Chekgu Eena. Tak dilupakan juga, lemang keras over masak kak Sal. Sbb tuh agaknya lambat sampai, ter'over' bakar lemang :p.


Balik tuh masing-masing lah menapau. Ada yang masa datang bawak satu beg, bila balik hamekkk.... 2 beg terus. Erm, lagi aper ek nak citer. Eh, takder idea la nk taip aper lagi. Serius. Dah laa. :D

Thursday, October 1, 2009

Raya yang memenatkan

Hebat betul penangan raya tahun neh :p. Tak jumpa2 lagi mood nk buat entry baru lepas seminggu bercuti raya. Huhu.

Sbnrnyer nak cerita apa pun tak tau. Raya cam biasa ajer. Cuma tahun neh banyak soalan-soalan yang buat aku hangen di tanya. Choii betol.

Peringatan* - Untuk korang semua. Lain kali jangan nk add sepupu sepapat dalam fesbuk sbb nnti gbr2 korang boleh ditunjukkan kepada mak bapak derang yang juga makcik pakcik korang. Tapi kalau nk add jugak, tanggungla sendiri soalan-soalan yang boleh bikin korang tercekik makan kuih semperit.

Ok...summary sikit pasal raya.

Sebelum raya. Baru terasa letihs bila tinggal aku ngan adik aku jer kat rumah tuh untuk siapkan segala sbb dua orang kakak aku beraya rumah mertua. Tuh pun seb baik petang sehari sebelum raya tuh kakak aku yg sulung ada lagi untuk tolong mak aku buat rendang. Sebenarnyer takder la nk buat apa sangat. Tapi rs cam tak cukup jer masa. Tiap kali malam raya mesti tidur lambat. Yer la, mana nk tuka sarung kusyen, nk kemas rumah lepas geng bas sekolah tuh balik kampung, nak isi kuih raya, nak jahit manik kat baju :D, nk buat kek last minute dan nak kejar rancangan tv malam raya :p.

First day raya balik KL. Umah opah kat Kundang. Petang tuh balik Ipoh semula. Gigih kan?? :D

Raya kedua balik kampung abah pulak. Bila raya kampung abah dah tentu2 la sampai ke petang.

Raya ketiga dan seterusnya terpaksa jaga ank buah aku. Sbb pengasuh derang bercuti seminggu. Terpaksa la kakak aku tinggalkan ngan kitorang kat rumah sbb kakak aku dah start keje. Giler letih jaga budak2 tuh. Terus rs membuat kesimpulan bahawa menjadi surirumah lebih penat daripada bekerja :p .

Hari sabtu baru la berkesempatan nk beraya rumah kawan-kawan. itupun sbb Kak Sal jemput ke majlis pertunanganya dan juga jemputan open house rumah syikin. Dapat la jumpa kawan-kawan lama. Pastuh malam tuh balik KL.

Sekian citer raya. Bosankan??? :p

Wednesday, September 30, 2009

Thehehehe

Mood nak tuka theme blog dah jumpa, tinggal mood nak taip entry baru jer blom jumpa.

Wednesday, September 16, 2009

Cerita post-puasa dan pre-raya

+ Puasa paling letih aku rasa :p
+ Setiap hari wajib kesesakan trafik, pergi dan balik kerja....sighh
+ Bazaar Ramadhan Danau Kota tak best langsung ... tapi itula tmpt tiap hari beli mknn.
+ Takder gerai yang mknn nyer aku leh ingat smpi mati....semua stendet tak sedap sgt.
+ First time tak bershopping raya di jalan TAR. Hehe. Malas giler nk keluar bila dah smpi rumah.
+ Tak shopping kat jln TAR tapi sempat jer shopping ke uptown semalam. Haha. Lepas habis citer Minority Report lebih kurang kul 1, zasssss...keluar ke uptown sampai pukul 3 pagi secara solo. Gigih kann?? :p
+ Perbelanjaan raya yang lintang pukang tahun ni.
+ Satu-satunya tahun yang aku pos kad raya okehh. So sgt beruntung sape yg dapat kad raya tuh. Limited edition dari aku, 7 keping jer :p
+ Satu kad raya jer aku sempat buat tahun ni. Last minute, tak cantik :p.

Oklah. Esok aku dah mula bercuti. Akan pulang ke kampung tengahari esok sbb kene tunggu adik aku yang masih ada kelas sampai pukul 12.30. Motif lecturernye tak paham-paham orang nak beraya. Takder mood dah nak study ok. Choii sgtz. Harus aku kegigihan ke jalan TAR esok :p. Selamat beraya yer kawan-kawan. Mintak maaf juga ;D.

Iftar dengan member semangkuk

Acara ni berlangsung pada Sabtu lepas di Bangkok House, Pandan Indah. Seperti biasa, janji pukul 6 sampai. Tapi sudah tentulah kami berempat, Aku, Eena, John n Dharani yang sampai dulu. Lima minit sebelum pukul 6 lagi tuh. Ini semua sbb masing2 ingat jalan jem. Aku kuar rumah kul 4.30 nak ke rumah Eena kat desa pandan tuh sbb takut jalan jem. Alih-alih...lengang okehhh. Dah la balik dr Mydin sebelum tuh kul 3 baru sampai rumah. Huhu. Pastuh gegas keluar balik untuk acara ini. Kemudian kat rumah Eena, tunggu Dharani n John pick-up kitorang. Diorang pun keluar awal sbb takut jem. Tapi nan ado jem pon. Choii. Jadilah kami berempat manusia terawal sampai.

Khusyuk makan

Kemudian diikuti oleh penganjur iaitu Shahril dan seterusnya Amy dan keluarga. Amy tahun lepas bawak sorang jer anaknya. Tahun neh dua orang. Tahun depan?? Yaa...kita tunggu jer yer kawan-kawan :p. Pastuh host aka Kak Sal yang gigih sms cakap pukul 6 pulak sampai pukul ... err.... sampai jer terus azan bersma tunangan. Hampeh :p.

Kehadiran tahun neh kurang dari tahun lepas. Tapi muka aku, Eena ngan John wajib ader la tiap perjumpaan. Jemu aihh :p. Haha. Makanan mmg sedap. Tapi pricey sekit la...tp yg penting sedap dan dpt jumpa member2.

 

Blog Template by YummyLolly.com