Tuesday, June 22, 2010

Sesuatu yang dah lama aku nak buat

Selepas 28 tahun bernafas di muka bumi, baru hari ni aku layak serta berjaya menderma darah :D. Apakah maknanya itu kawan-kawan?

...
...
...


Yaaaa.....maknanyer aku dah gemuk ler :p.....huhuhu......walaupun sebenarnya takder makna sgt sebab aku adalah dalam golongan penerima universal.


Wednesday, May 26, 2010

Diet

Sabtu 2 minggu lepas - KFC (Snack Plate)
Jumaat lepas - Pizza Hut (Spaghetti Meatball)
Ahad minggu lepas - KFC (Snack plate)
Semalam - McD (Nugget set)
Hari ni - KFC + Domino Pizza ( 2 ketul ayam dan sepotong pizza dan muffin 4 biji)


Ok fine. Aku takleh lagi salahkan peningkatan umur konon menyebabkan metabolism aku turun dan menjadikan angka pada penimbang macam makin naik dan naik tanak stop dah.


Cik sukahati....beringatlah sebelum terlambat!!!!

Friday, May 7, 2010

Prepare for trouble, make it double

Ok...aku bukan nak cakap pasal Team Rocket dalam citer Pokemon. Tapi nak cerita pasal malam kelmarin aku p layan Konsert Double Trouble 2010.....kikiki. Dalam sepatah perkataan, apa yang aku leh cakap adalah....terbaekkkkkkkkkkk!!!!!

Alkisahnya mmg double trouble betol aku nak membeli tiket sehari sebelum konsert. Hari jumaat sebelum masuk ofis, aku dah singgah kat IB nak beli tiket. Kaunter tiket mmg dah bukak pukul 9, tapi untuk konsert Double Trouble pukul 9.30 baru yang incharge datang. Ok fine, aku pun blah masuk opis dulu. Bajet lunch nnti baru nak kuar.

Bila lunch, aku pun kuar p IB. Tgk2 tutup plak rehat untuk solat Jumaat. Hampeh btol. Pukul 2.30 baru bukak. Aku pun pulang ke ofis dengan hampa. Try beli online, tak bleh pulak. Mmg hampeh sungguh. Pastuh balik dari ofis singgah lagi sebab malam tuh ader pementasan teater, kaunter mesti bukak sampai malam. Bila tanyer kat budak kaunter tuh, dia kata dah tak jual sebab derang dah buat kira2. Aku tgk kat tangan dia ader list tulis Double Trouble. Dah nak tutup kaunter ler tuh. Sakit jiwa betol aku. Dia suh aku p beli kat venue ajer. Sabau jer lah.

Jadi hari sabtu tuh, pukul 6 dah sampai sebab nk beli tix punyer pasal. Nasib baik ada lagi. Waktu sampai tuh dah hujan dahh. Tapi manusia tetap ramai giler. Parking pun kat tepi jalan dah jauh giler. Tapi memang semangat rockers kot, tak kisah dengan hujan dan kene jalan jauh. Tapi kitorang seb baik tak jauh sgt parking. Kira kalau jalan, lemak tak turun laaa....hehehe.


Crowd mmg mostly pakai baju kaler hitam. Dan ader yang time tuh gak gigih tukar tshirt DT2 yang ader jual kat gerai luar arena. Tapi tiba2 ader sorang awek pakai pink. Shocking pink ok. Siapa dia?? Aku ler tuh. Mmg rase macam sgt obvious kewujudan aku kat situ :p.

Pukul 7 kitorang dah masuk. Sbb dok kat luar pun hujan. Baik masuk ajer. Nak masuk segala macam benda kene tinggal. Air takleh bawak masuk. Ingatkan sebab buat indoor, sebab tuh organizer tak bg bawak air kot. Tapi kat dalam ada jer org jual air. Hempeh betol. Payung pun tak boleh. Nasib baik bukan payung aku, payung kematz......heheh. Terkorban la payung dia, time balik lupa nak ambik :p.

Pastuh nak masuk, tgn kene ikat dengan cable tie calit merah. Apekah?! Organizer takder bajet nak buat tag tgn macam konsert selalu2 tuh kot. Tapi gig kecik2 pon bleh pakai tag ok. Choi! Masuk arena, cari port. Pilih tempat ader kerusi.....agak belakang jugak lah. Tunggu punyer lama. Tapi kalo tak masuk awal2 nnti berebut pulak time nak start nnti. So menguap la ntah berapa kali sementara nak menunggu pukul 9.

Bila dah nak time, kematz n member p turun bawah...nak layan headbanging. Aku layan kat kerusi ajer dengan member2 kematz yang lain sbb aku takut nnti kene tolak2 kedepan....wahahaha. Walaupun ader kerusi...tapi tehtap berdiri sbb org depan dah berdiri. Berdiri atas kerusi lak tuh :p.

Awal konsert banyak lagu dr album Double Trouble. So mmg la aku tak familiar.....ada 2 3 lagu jer yang biasa2 dok dengar.  Hahaha.....yer...aku bukan rockers sejati sbb tak tau lagu2 tuh semua :p. Tapi mmg terbaekkkkkk!!

Tapi part paling best bila Amy ngan Awie nyanyi medley lagu2 berhantu derang. Mula dengan Rozana,
semalam yang hangat, gadisku, rashidah utama, meniti titian usang, misteri mimpi syakilla dan last sekali nur nilam sari. Terbaekkkkk wokkkk. Mmg layan habisssss. Semua pakat nyanyi sama-sama. Ritual untuk lagu Isabella cam biasa la....semua dok bukak lighter :p. Mmg layan habisss.

Nak citer banyak pun tak guna sbb aku pun dah takder idea sbb event dah seminggu. Hahahah. Lately makin malas nak berblog :p.  Nah la....sape yang tak pegi tuh....aku bg korang tgk DT2 kat utube ajer :p




ok...tak cukup...neh pulak :D




Sekian. Juga terima kasih kepada penaja :D.

Friday, April 23, 2010

Single ladies

Weekend yang lepas adalah minggu berjimba ria bersama all the single ladies :D

Sabtu-Day

Hari sabtu. Bangun seawal-awal pagi untuk temankan Ya beli barang kahwin kat jalan TAR. Pukul 10 sampai rumah Cikgu Eena,  pikap depa dua orang dan terus berdesup ke jalan TAR. Dari pukul 10.30 sampai pukul 3petang aktiviti ini berlangsung. Punya la letih. Dua kali round jalan TAR tuh. Siap hantar barang ke kereta dulu sebab tangan semua dah penuh.

Pastuh balik tuh roger Cikgu Feena plak, plan nak berkarok kat Wangsa Walk. Tapi sebelem karok kita layan dulu perut dengan Popeye. Sedap giler bun kat Popeye ni. Selalu kalo kat KFC bagi bun, aku tak makan pon. Ni siap habis licin kesemuanya :D.


Lepas kenyang perut, terus sesi karok. Ok gak karaoke kat Wangsa Walk ni dan rupanya ada 2 pusat karok dalam Wangsa Walk neh. Layan la sejam setengah berkarok. Dari rock kapak ke dangdut. Dangdut ke Lady gaga?! Hahaha.

Amacam. Trio tuh beb :D

Maghrib...terus ciao sebab ahadnya tuh ada plan lain seawal pagi.

Ahad-Day

Ini acara yang ditunggu2. Sebulan sudah dah plan baek punyer. Seawal pagi, pukul 8.30 dah siap. Ingatkan Kak Lijah nak pikap aku, rupanyer derang terus ke rumah Cikgu Feena tinggalkan aku. Huhuhu. Tapi seb baik pastuh derang semua terus ke rumah aku untuk ambil aku dan terus bersarapan. Oleh kerana aku tak pernah bersarapan diluar, jenuh gak nak mencari port nk breakfast. last terus decide breakfast kat OldTown jer. Layan nasik lemak oldtown. Charre gak.



Habis layan nasik lemak  dah snappy-snappy terus ciao ke Sunway Lagoonnnnnnnn.....yay!! Sampai lebih kurang pukul 10. Beli tiket, sewa locker dan tukar uniform. Luckily pergi hari ahad....tak ramai orang sangat. Mmg best giler. Bleh layan main gelongsor berkali-kali tanpa beratur!!! Semua permainan air kitorang layan. Permainan kat Amusement Park lagi mencabar. Naik 'Pirates Revenge' yang pusing 360 darjah.....serius sgt scary!! Jerit tak payah cakap la. Siap pejam mata tuhhh bila nak pusing 360 darjah tu. Tak berani beb~~~~~~. Ingatkan macam kat Genting, pusing 180 darjah jer. Huhuhu. Lepas main mende alah tuh, permainan scary lain kitorang dah tak berani dah macam Tomahawk ker....sebab takott~~~ :p. Wildlife park pon layan gitu2 jer. Maklumlah, kami tak minat sangat binatang2 :p



Habis layan semua, pergi layan mandi2 lagi. Sampailah pukul 4 baru bersiap nak pulang. Hasilnya, muka aku merah giler pas mandi. Memang rentung giler muka. Neh dah start mengelupas dah. Seb baik tak gatal-gatal. Tapi tak sempat muka aku nk putih macam Snow White, malam ni nak pergi Tioman pulak :D. Akhirnya jadilah saya si budak hitam :D.

Lepak makan pas kelaparan main air


Tapi sangat seronok minggu lepas hang out dengan all the single ladies. Seronok berganda.



p/s : quick update before off to Tioman :D

Thursday, April 22, 2010

Buah epal di luar pagar


Renungan untuk rakan-rakan seperjuangan....hahahahah


Juga ini .... klik klik klik
 

Blog Template by YummyLolly.com