Alahai....kesiannya aku dengan sorang pempuan kat fb neh....hanya sebab dia ade tulis hinanya sebuah negeri....dia dikutuk macam dia buat perkara yang jijik.
Aku kesian gila ngan dia. Kadang-kadang, status kita update tuh kita tak maksudkan, tapi org luar interpret lain. Penggunaan perkataan hina, bagi aku sekarang ni ada dua. Kadang2 aku guna gak perkataan hina ntuk menunjukkan betapa teruk tetapi sekadar ntuk bergurau.....bukan bermaksud hina itu sememangnyer hina yang jijik.Cthnya aku tulis, "Hinanya opis ko, bakul sampah pun takder". Ayat ni bukan bermaksud aku nk ckp opis tuh hina....tapi sekadar menjustifikasikan opis itu mcm ayat ni "aper la opis ko, bakul sampah pun takder".
Ntah siapa la yang menjadi punca membawa perkara ni jadi besar. Dah la nama penuh perempuan tuh ada, kemudian dengan gambar sekali. Dah kira mengaibkan orang dah tuh. Hal ni dah tersebar seantero network dan seterusnya bila search wujudla plak page fb bagi mengecam perempuan ni. Dan lebih menyedihkan aku, orang yang join page tuh pulak mengecam dan mengutuk perempuan ni dengan perkataan2 yang aku rasa sungguh tak sesuai macam 'perempuan haram jadah', 'perempuan gampang' hanya kerana sebab kecil. Dan kalau dilihat....semua yang menulis tu adalah kaum sebangsa aku. Sedihlah tgk. Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran orang kita.
Mungkin ada orang yg tak setuju dengan aku. So bg yang tak setuju....tapayah baca apa yg aku tulis dan sila move on dengan kehidupan korang. Aku hanya bg pandangan saja. Pandangan korang, sila buat dalam blog sendiri.
Thursday, August 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)