Tuesday, February 26, 2008

Saya chantek tak??

lagu neh best. Aku suker lirik dia. Penghargaan untuk wanita ..... mcm saya. Lalalallalallalalalal



Altimet Feat Adeep Fabulous Cats - Chantek

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju


chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

Acara mkn kek secara berganti-ganti

Sbnrnyer mls nk update, tp update gak ler sbb nk tayang gbr ms besday aku arituh

Memula perjumpaan ngan Pza dan Mun. Gbr kt bawah amik kt Nando's dengan kek yg diataj oleh Pza. :D


Gbr bawah ni amik kt Masjid Jamek...voley gituhhhh??? Kat masjid pon nk snappy2 gituhhhh. :p



Pastuh smlm Ila my housemate buat kezutan. Ader kek and hadih. Tengkiu kak ila. :P Heh...aku ingatkan aper benda la die buat kt dapor. Rupanya amik api nk psg lilin untuk kek besday aku. Gbr hadiah lupa nk snappy...hiks.



Kesempatan ni aku nk ucapkan byk2 terima kasih atas ucapan2 selamat dan doa2 dari korang smer sempena hari lahir aku arituh. Nk listkan nama, byk sgt. Nnti satg aku lupa buh nama ader yg terase hati. Thanks guys.


Fakta:
Org yg pertama wished besday pada 24/2 tuh adalah dia! Yay! Happy banget gue.
Org last adalah...abah. :D . Abah call smlm sbb abah lupa sehari. Ehehehe.

Monday, February 25, 2008

Lelah

Aku sgt letih.

Sunday, February 24, 2008

It's my birthday

Bosan. Kene kerje. Dah kul 8.11 mlm...aku still kt office. Warghhhh.....kerja di hari ulang tahun. Sgt malangkan??

***

Smlm dah seleberet besday advance. Seleberet ngan pza dan mun. Seleberet besday derang skali la...together2. Pza nyer besday 03 Jan...Mun nyer besday 22 Feb. Pza belanja cheese cake yg sungguh yummy. Mun plak blanjer Nando's. Hik...hik... Thanks guys. Dulu ms final yr pun kitorg seleberet camni gak. Kat Ayamas Mid Valley. Time tuh beria ckp, neh la lastime kiter seleberet sesama. Ahaha. Skang pas 2 tahun...kiter still seleberet sesama :D.

Friday, February 22, 2008

Sape tau sape nyanyi lagu Cantik??

Rasanya aku tak akan lupa hari ulang tahun aku untuk tahun ini. Sbbnya? Sbbnya ada beberapa perkara/majlis penting juga berlangsung pada tarikh yg sama untuk tahun ini.

1. Hari penamaan calon pilihanraya.
2. Anugerah Oscar
3. AKU KENE KERJA.

Warghh...bosan. Kene kerja waktu orang lain sibuk bercuti hujung minggu. Ini semua sebab pilihanraya. Nanti 8 Mac, waktu kamu semua sibuk beratur mendaftar untuk mengundi/kamu sedang berfikir untuk memangkah parti apa/kamu sedang melaung2kan agenda parti yang kamu sokong/Izan tgh dok sebok bersanding kat Italy, aku juga akan sibuk...sibuk BEKERJA. Damn.

***

Arituh Izan msg2 ngan aku kt friendster, msg bgtau die nk kawen 8 Mac nnti. Kawen ngan jejaka Italy tau u'olls. I sgt jeles. Nama laki die Mirko. Kawen dan wat majlis kt sana. Nnti balik Malaysia br wat majlis kat sini. Hmm...geng member skolah aku, smer dah kawen. Aku sorang jer la belom kawen. Tobek dah kawen, Pok dah kawen, Umem dah kawen, Lin dah kawen,Izan dah kawen, Jammy dah kawen,Asse dah kawen, Ikin dah kawen, aku??...aku jer blom. Tensinyer. Classmate skolah pulak, rasenyer ader la 2 3 org yg belom kawen. Salah sorang Sha. Tp sha pon bakal g obersi jugak nnti. Kerja kat sana. Warghhh....nnti die pon kawen ngan omputeh jugak. Tinggal la aku sengsorg membujang. Adeh...nnti jd bujang lapok la aku. Haiyohhhh...this thing can turns me on suicidal laaa. Uhuhu. Anyway.....



SELAMAT PENGANTIN BARU IZAN & MIRKO
"Congratulazioni, vi auguro che l'incanto del giorno delle vostre nozze sia solo la premessa di una felice vita insieme"


(ok...korang jgn tanyer aku aper maknanyer ayat yg aku tulis kat atas. Sbbnyer aku pon tatau. Ahahahaha. Aku copy paste jerk dr internet. :p)

Monday, February 18, 2008

Aku tgh layan lagu neh sampai lebam




Grace Kelly
by Mika

I wanna talk to you. The last time we talked Mr Smith you reduced me to tears. I promise you it wont happen again.

Do I attract you?

Do I repulse you with my queasy smile?

Am I too dirty?

Am I too flirty?

Do I like what you like?



I could be wholesome

I could be loathsome

I guess I'm a little bit shy

Why don't you like me?

Why don't you like me without making me try?



I tried to be like Grace Kelly(mmmm)

But all her looks were too sad(uhhh)

So I tried a little Freddie(MMMM)

I've gone identity mad!



I could be brown

I could be blue

I could be violet sky

I could be hurtful

I could be purple

I could be anything you like

Gotta be green

Gotta be mean

Gotta be everything more

Why don't you like me?

Why don't you like me?

Why don't you walk out the door!



How can I help it

How can I help it

How can I help what you think?

Hello my baby

Hello my baby

Putting my life on the brink



Why don't you like me

Why don't you like me

Why don't you like yourself?

Should I bend over?

Should I look older just to be put on the shelf?



I tried to be like Grace Kelly(mmmm)

But all her looks were too sad (uhhh)

So I tried a little Freddie(MMMMM)

I've gone identity mad!



I could be brown

I could be blue

I could be violet sky

I could be hurtful

I could be purple

I could be anything you like

Gotta be green

Gotta be mean

Gotta be everything more

Why don't you like me?

Why don't you like me?

Walk out the door!



Say what you want to satisfy yourself

But you only want what everybody else says you should want



I could be brown

I could be blue

I could be violet sky

I could be hurtful

I could be purple

I could be anything you like

Gotta be green

Gotta be mean

Gotta be everything more

Why don't you like me?

Why don't you like me?

Why don't you walk out the door!



I could be brown

I could be blue

I could be violet sky

I could be hurtful

I could be purple

I could be anything you like

Gotta be green

Gotta be mean

Gotta be everything more

Why don't you like me?

Why don't you like me?

Walk out the door!



Ka-ching

Monday, February 11, 2008

Super Lazy!!

Selalu, duduk dalam bas aku tertanya.
Bila jalan genting klang ni tak jem??
Aku tanya dalam hati jer.
Sekarang aku dah dapat jawapan untuk persoalan aku sendiri.
Selain dari musim cuti penggal sekolah, cuti tahun baru cina juga menyaksikan jalan genting klang lancar selancarnya.
Yang menakjubkan lagi, hari ini pun masih lancar.
Hari ni aku keluar pukul 8, naik bas pukul 8.15 dan sampai Titiwangsa jam 8.28.
Jam 8.40 aku dah punch card. Hebat!!

Selalu aku keluar 7.40, 8.30 pun belum tentu aku boleh sampai Titiwangsa.

***

Pagi ni, aku tak buat apa2. Makan gaji buta. AKu lompat dan lompat dan lompat dr satu blog ke bog lain ke blog lain ke blog lain sampai aku letih. Jumpa semula alamat blog yg 'MIA' dua tiga menjak ini, dan juga jumpa blog2 baru yang entry2nya aku suka baca. Ada yang aku letakkan link blog itu disebelah, ada jugak yang aku simpan hanya dalam bookmark. Aku jumpa blog2 kartunis (Gayour, Bawang dll). Aku jumpa Myspace Fakhrul Anour :) (Dulu aku minat cerita dan lukisan dia. Untuk pengetahuan kamu, dia editor majalah Gempak. Lagi seorg kartunis yang aku suka dalam Gempak ialah Puppeteer. Luksan dia memang gempak! Dan aku jugak sgt2 suka lukisan Puppeteer :D. Untuk pengetahuan kamu juga, dulu aku pembaca dan pelanggan tegar majalah Gempak.Tp itu dulu. Ok, aku sudah mengarut)

***

Aku perasan, Cik Jaydee aka cik Mastura adalah member yang selalu jenguk blog aku neh. Satu pertanyaan untuk Cik Jaydee aka cik Mastura, tak mahu berblog jugak ker beb? Member len dah berblog, walopon ader yang just sign up ntuk buh gambar jer :p. Hehehehe.

***

Pagi tadi aku buka friendster, ader 'New Message'. Aku Klik 2 kali pada link. Ada mesej dr org jauh, Ijan. Cuba teka apa mesej Ijan pada aku. :)

***

Aku lapar. Nk mkn. Lunch at 2pm. Like always. Daa

Monday, February 4, 2008

Malas dan Busy menghambat

Lama tak update, 1 sbb malas, 2 sbb busy, 3 sbb takde benda nk update. Aku bukan macam zam yg hidupnyer penuh dgn aktiviti2 berpoya2 :p

***

Last week mmg busy banget. Khamis ptg baru free.

***

Minggu neh pon akan bz jugak. Rabu neh kene standby lg smpi kul 12. Bosanyerhhhh nk melayan kerenah makcik2 dan pakcik2 neh nnti. Tp bagus jugak buat ari rabu, sbb ramai dah cuti. So harap2 tak la busy banget. Sbb kene standby smpi kul 12, terpakse la aku balik ipoh pagi kamis tuh. Rasanya selagi blom election. aku mmg akan busy. Hurmmmm

***

Article neh aku baca dr utusan. Just wanna share ;)

Tanpa sekolah ‘Salina’ masuk universiti

SEBELUM lebih banyak tisu menjadi mangsa air mata, saya segera menghubungi Salina di negeri bawah bayu Isnin lalu. Melalui e-mel beliau, saya begitu tersentuh dengan pengalaman pahit hidupnya. Namun beliau amat cekal. Setiap kepayahan, penderitaan, kesusahan sejak kecil menjadi cabaran untuk menjadi manusia berguna.

Kegigihan Salina payah ditandingi, sukar dicari. Dia umpama sebutir mutiara di lautan. Usaha yang tidak kenal putus asa akhirnya membuahkan hasil. Dari anak miskin sejak kecil bersama nenek tuanya dan tinggal di pondok buruk, beliau berjaya ke menara gading dan memegang jawatan tertinggi. Dia sedar hidup tak bermakna tanpa ilmu.

Ketika berbual di telefon Salina berkata, kepayahan, penderitaan dan kesusahan hidup yang dilaluinya membuatkan dia berazam mahu bersekolah. Dan setelah dewasa, ruangan DCCK menjadi inspirasi kepadanya untuk terus berusaha di samping memahami bahawa hidup ini memang banyak dugaan dan cabaran. Kerana itu dia membuat buku keratan DCCK yang menjadi koleksi setianya. Untuk cerita seterusnya sila ikuti cerita Salina di bawah ini.

‘‘Merenung koleksi kisah DCCK setiap minggu banyak memberi kekuatan kepada saya untuk mencoretkan pengalaman pahit untuk dikongsi bersama pembaca. Saya tersentuh membaca luahan hati suami yang mencintai isterinya. Cerita Surya yang kental emosinya melawan badai dek kebencian mentua. Kisah penyu menangis, NorElyna yang berperang dengan biras, Sazwahaney yang dilanda masalah dengan suami dan sebagainya. Natijahnya, kisah-kisah itu menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita.

‘‘Seperti Surya, saya juga percaya kekuatan mental dan emosi mampu membantu menangani masalah, insya-Allah! Yang penting, kita berusaha mencari kekuatan melalui pembacaan, nasihat dan pengalaman mereka di sekeliling kita. Itu yang saya praktik ketika diselubungi 1,001 masalah.

‘‘Seorang rakan kaunselor pernah berbisik. Katanya, alangkah cantik dan adilnya Allah menyusun kehidupan, tapi kita tidak mahu melihatnya dari sudut sepatutnya. Sesungguhnya jika Allah menutup satu pintu, percayalah pintu rahmat lain masih terbuka. Jadi mengapa kita masih terpaku di depan pintu yang tertutup dan menyesali segala yang tidak menjadi milik kita lagi?

‘‘Saya anak yatim tinggal dalam asuhan nenek setelah ayah berpindah bersama keluarga baru. Sebelum itu saya dipelihara ayah dan ibu tiri yang amat kejam selama empat tahun. Tiada sehari pun hidup saya tidak dimaki hamun dan dipukul. Ayah juga memukul saya kerana termakan hasutan ibu tiri.

‘‘Seluruh badan penuh kesan luka dan parutnya kekal sampai hari ini. Kerana tak tahan, saya lari dan tinggal bersama nenek. Ayah tidak membantah. Ibu tiri bersorak riang. Dia dapat segala harta ayah.

‘‘Keperitan hidup tidak membolehkan saya bersekolah, darjah 6 adalah pendidikan tertinggi saya. Pondok buruk adalah satu-

satunya harta nenek. Kami bercucuk tanam di belakang pondok untuk makan harian, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Habis darjah 6, saya dijadikan ‘pembantu rumah’ oleh saudara-mara.

‘‘Berpindahlah saya dari satu keluarga ke satu keluarga lain. Pelbagai jenis kerja pernah saya lakukan, mencuci pakaian, menjaga anak, menimba dan memikul air dari perigi, membelah kayu, menoreh getah dan menarah di ladang, dari kecil hinggalah anak dara. Terseksa begitu pun ada kala dapat makan kadangkala tidak. Itu sudah biasa dalam hidup saya. Lebih teruk tiada gaji malahan dimarah dan disindir jika kerja tidak selesai. Mahu mohon bantuan keluarga lain? Tidak mungkin kerana tiada seorang pun yang simpati.

‘‘Saya kembali ke pangkuan nenek tiga tahun kemudian. Dalam usia 15 tahun saya jadi buruh menebas dan menabur baja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM1.90 sehektar. Ketika itu, saya hanya ada dua helai baju baru, lima pasang baju kerja yang buruk yang saya pakai bersilih ganti.

‘‘Keluarga sebelah ibu ramai yang kaya tetapi tidak seorang pun menghulurkan bantuan. Neneklah insan yang memberikan kekuatan untuk saya bertahan. Setiap kali saya menangis dan mengeluh, hanya sabar keluar dari mulut nenek.

‘‘Bila saya luahkan keinginan mahu bersekolah semula, jawapan nenek hanyalah sabar dan sabar. Saya tahu dia sedih, tapi jiwa saya memberontak untuk belajar. Saya ambil upah jual kuih, jemur ikan dan sebagainya. Wang gaji yang tidak seberapa, saya tabung dan berharap dapat ambil peperiksaan persendirian.

‘‘Saya tahu hasrat itu mustahil kerana saya tidak ada asas belajar di sekolah menengah dan tidak ada buku. Mujur ada keluarga ambil saya kerja mengurus dan menjaga anak-anak. Tidak ada gaji, cuma diberi tempat tinggal dan ruang belajar yang selesa. Ketika itu usia saya menginjak 16 tahun.

‘‘Saya bernasib baik, ada jiran bersimpati sedekahkan buku-buku lama. Dua tahun lamanya saya belajar sendiri, tanpa guru dan kelas tuisyen akhirnya saya beranikan diri menduduki peperiksaan SRP pada usia 18 tahun dan berjaya.

‘‘Kemudian saya berazam ambil SPM. Sambil bekerja siang hari, malamnya saya belajar. Memang perit belajar tanpa guru, hanya kekuatan semangat jadi bekalan. Ketika itulah Z anak sulung majikan balik bercuti dari luar negara, pada dia saya dapatkan panduan subjek SPM yang perlu saya ambil. Tetapi persahabatan kami berjalan cara rahsia. Dia memang dari keluarga berada tetapi tidak pentingkan darjat.

‘‘Z banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Dia mengajar saya erti kesabaran, keyakinan, kekuatan jiwa dan erti kasih sayang. Melaluinya saya merasakan manisnya cinta pertama. Katanya, hanya pelajaran dapat membantu hidup. Setiap minggu dia mengutus surat dengan kata perangsang dan cinta. Itulah yang menjadi tunjang kekuatan jiwa dan semangat juang saya.

‘‘Untuk bayar yuran SPM sebanyak RM100 sebagai calon persendirian dua tahun kemudian, saya terpaksa gadai satu-satunya subang pusaka ibu. Saya bersengkang mata belajar setiap malam. Saat menunggu keputusan, saya dapat berita memilukan, Z pulang ke tanah air untuk bertunang dengan anak seorang datuk orang berada.

‘‘Ketika itu bumi terasa seakan berhenti berputar. Saya tanya mengapa? Jawapan yang diberi mencengkam jiwa hingga kini – saya tidak memiliki ciri-ciri wanita yang dihajati. Saya keliru! Apa hajat Z? Kata-katanya menjadi racun dan benteng untuk saya menerima cinta lain hingga kini.

‘‘Katanya saya tidak cantik, tak berpelajaran, anak yatim. Dia ungkit pondok buruk tempat saya berteduh bersama nenek. Latar belakang saya tidak memungkinkannya menikahi saya. Dia juga minta saya bakar semua surat dan apa juga pemberiannya supaya tidak diketahui keluarganya.

‘‘Saya sedar saya tidak cantik, miskin dan tidak berpendidikan. Tapi saya ada maruah dan perasaan. Untuk menambah luka, dia bawa tunangnya menemui saya. Memang tunangnya cantik jelita dan anggun. Untuk menandingi kakinya saja, saya tak mampu.

‘‘Saya bertekad belajar dan melupakannya. Kejayaan peperiksaan SPM menjadi ubat ajaib. Saya keluar dari rumahnya dan bekerja jadi kerani sementara. Saya berhajat ambil STPM. Dalam masa dua tahun saya lulus cemerlang, tetapi rezeki ke U belum tercapai. Empat tahun berturut-turut saya terus ambil STPM, keputusannya juga cemerlang. Bukan tak yakin, tapi supaya tak mahu melupakan pelajaran saya. Akhirnya saya berjaya masuk U, saya tinggalkan nenek dan tanah air tercinta demi cita-cita.

‘‘Kematian nenek ketika menuntut di perantaun menambah derita. Setelah tamatkan kajian, saya dapat tawaran kerja. Ketika itu walaupun penderitaan hidup semakin berakhir, derita baru bertambah bila teman pejabat sering menyindir ketika saya bertugas bersama suami orang. Saya dituduh mahu isi borang jadi calon isteri kedua.

‘‘Saya tepis sindiran dengan lembut, saya katakan tiap hari saya berdoa agar Allah berikan saya suami bujang. Tidak ada wanita mahukan suami orang sebagai teman hidup, namun jika itu berlaku, tentu ada sebabnya. Ketika menziarahi pusara nenek dan melihat kampung yang banyak mempalitkan warna hitam dalam hidup saya, saya terdengar fitnah Z sekeliling kampung, mendakwa kononnya saya tidak kahwin kerana masih menunggunya.

‘‘Fitnahnya membuatkan saya berazam untuk terus belajar, buku menjadi teman karib, akhirnya saya diterima melanjutkan pengajian sarjana di luar negara. Benarlah kata bijak pandai, terkadang kita lupa keadilan yang Allah berikan bila kita ada segalanya. Setelah menjawat jawatan yang baik, rezeki pun bertambah. Ramai yang mengaku saudara. Keluarga yang dulu menyisihkan saya, juga kata bersaudara. Demikian juga ayah yang dulunya menyeksa saya, kembali menyayangi saya, tambahan setelah saya menjaga dan membawanya ke tanah suci. Kini ayah tiada berharta.

‘‘Ketika menghadiri seminar di negeri S, saya terserempak Z di lapangan terbang. Saya hampir tidak mengenalinya. Katanya, dia mengikuti perkembangan saya dan yang melucukan dia mengaku masih mencintai saya! Perkahwinannya goyah, dan dalam proses perceraian. Rumah tangganya tidak bahagia. Hidupnya terseksa dengan kerenah isteri dan mentuanya. Saya cuma dengar, tiada reaksi suka ataupun benci.

‘‘Sebenarnya, Z sudah mati dalam hidup saya! Kebetulan kami dalam satu penerbangan. Kesempatan itu saya gunakan mencatatkan nota ringkas “Let the gone be by gone”. Saya beri padanya ketika menaiki kereta, saya lihat dia menangis. Hakikatnya, hati saya dah beku!

‘‘Saya tidak berdendam dan jauh sekali membencinya. Malah saya berterima kasih dengan penghinaan dia dan keluarganya berikan. Demikian juga perlakuan saudara- mara yang lain tatkala saya dan nenek menderita dulu. Namun saya maafkan mereka semua. Kini saya reda dan sedar.

‘‘Saya bersyukur, kekuatan mental dan jiwa yang saya miliki selama ini adalah kurnia-Nya hasil nasihat, bimbingan, penghayatan, pembacaan dan melihat kepada penderitaan orang lain. Sesungguhnya apa yang kita lalui adalah dugaan dan perjalanan di dunia ini hanya sementara. Kepada mereka yang mengalami ujian, baik dalam keluarga, pekerjaan, perkahwinan, persekitaran atau sebagainya, nasihat saya yakinlah bahawa dalam kepahitan itu ada kemanisannya, hanya Allah yang maha Adil dan Penyayang tahu hikmahnya.

‘‘Jadikanlah cerita dan pengalaman orang sebagai penanda aras, bahawa bukan kita sahaja diuji Allah dengan derita, kesedihan, kesunyian, kesakitan, kemiskinan dan sebagainya. Ada orang lain lebih teruk.

‘‘Walaupun terpaksa melalui kehidupan tanpa suami, saya bersyukur beroleh kerjaya yang baik, teman-teman yang memahami. Dan kini saya dalam proses melanjutkan pelajaran lebih tinggi.

‘‘Namun saya tetap yakin dan berdoa, suatu hari nanti pengalaman saya ini menjadi dorongan dan semangat kepada mereka yang melalui dugaan Allah. Dan paparan kisah suka duka dalam DCCK seterusnya dapat membentuk jati diri atas piung-piung derita yang kini semua alami,’’ demikian cerita Salina panjang lebar.

Katanya, hingga kini bila melihat parut-

parut di tangan dan di kaki hatinya masih terasa pedihnya, teringat betapa deritanya hidup tanpa ibu. Wahai ayah dan ibu semua jadikanlah kisah Salina sebagai motivasi kepada anak-anak yang hidup senang-lenang tetapi suka ponteng sekolah.

Sebenarnya banyak lagi cerita Salina tidak dapat dimuatkan, bagaimana dia naik bas selama 9 jam setiap malam Jumaat untuk belajar luar kampus selama dua hari dan balik ke tempatnya pagi Isnin terus bekerja. Pelita dan lilin menjadi temannya mentelaah. Hajatnya kini ingin memelihara seorang bayi untuk dibesarkan dan dididik sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

- MAINUNAH

www.dcckmona.com

***

Kita boleh jika kita mahu!!
 

Blog Template by YummyLolly.com