Thursday, December 10, 2009

Declare

Yer, hari ini, tanggal 10 Disember 2009, saya mengisytiharkan bahawasanya saya, Sukahati,  merupakan peminat Idola Kecil 4 eva n eva(gaya tulisan tulis kat dorm masa sekolah dulu :p)....hehehe. Daripada memula nama program ni Bintang Kecil, kemudian kepada Idola Kecil tahun lepas di mana aku penyokong Wada...hikhik....maka tahun ini, saya masih tetap menten menyokong Idola Kecil.

Lantak la peminat AF nak cakap apa pun (jeling kat Kematz). Motif dia cakap Idola Kecil ni boring?? Helloooo......AF tuh lagi boring okehh. Suara budak-budak Idola Kecil neh lagi hebat daripada Ebi atau Nonie (statement berani mati sgtz. Mati la akak kene kutuk ngan peminat kipas susah mati...tapi...ada akak kisahhhh??? hahahah)

Baiklah, siapakah pilihan hati saya untuk Idola Kecil musim baru ini?? Ada banyak yang aku suka. Paling aku suka budak nama Dayana ni. Peh.....suara mmg lemak merdu okehhh. Dah la cun...baru 10 tahun. Bila aku dgr dia nyanyi dan tgk dia, secara automatik aku dapat bayangkan dia akan ganti Tokti suatu hari nanti :p. Poyo tak ayat?? What ever lahhhhh....yang penting akak tehtappp suka dia. Kalau dekat Facebook, mmg akak click butang 'LIKE' :D.


Dayana

Kemudian di tangga kedua yang aku suka ialah Azzam.Mak aih budak neh....suara nyaring. Yang best tuh suara dia ader lenggok-lenggok tuhhhh. Macam M Daud Kilau. Tapi budak laki, biasalah. Suara belum pecah, satgi dah pecah lain pulak. Tapi takper, buat masa ini akak tetap menyokong u'oll Azzam. :D


Azzam


Kemudian Fienaz. Memula aku selalu konpius dia ni dengan Dayana. Dah lama-lama baru leh cam mana satu Dayana, mana satu Fienaz. Fienaz neh suara dia unik. Ader serak-serak sikit.


Fienaz

Kemudian last sekali adalah seorang Rock Chic, Ain. Mmg rock la budak neh. Suara serak dan lincah. I like. Kematz, sila search di youtube, ada persembahan Ain nyanyi lagu Mirage. Mungkin bleh usulkan Pesawat untuk duet dengan budak nih. Hehe :p.


Ain

Ini la top 4 yang aku suka. Tapi malam tadi aku tgk ulangan untuk minggu lepas punya sbb last week ada hal, tak dapat tgk. Aku baru nk jd peminat Sam, iaitu seorang budak lelaki berbangsa Cina. Dia menyanyi lagu Sudirman, Merisik Khabar, best giler okehhh. Tapi malang sekali bila dia undur diri dari rancangan ni, haiyohhh...sedih sgt u'olss. Mak tak puas hati sbb apesal Alif Satar tak tanyer reason kenapa dia nk keluar. Mak hanginnn sgt. Alih-alih terus keluar jer. Motif??


Sam


Tuesday, December 8, 2009

Natrah atau Nadra?


Setelah sebulan lebih aku beli tiket, akhirnya Ahad lepas berlangsung jugalah acara menonton teater Natrah dekat IB. Kali ni aku tak pergi secara solo lagi ... haha. Ada beberapa orang rakan yang join menonton sama iaitu Zam, Cikgu Eena dan kakaknya, Kak Lin, serta Shahril dan opismet beliau....err...tak ingat nama :p...sori.



Keseluruhannya, secara peribadi aku rasa teater ini tidak seperti yang aku harapkan. Aku rasa macam ada kekurangan pada persembahan jalan ceritanya. Macam ada yang kosong.



Boipren tak jadi MissGee....haha

Apa yang saya kurang berkenan :-
- Aku tak faham macam mana Che Aminah dan Natrah leh kenal Makcik Wok sbb katanya Natrah beria sgt nk jumpa Mansor Adabi.
- Watak-watak sampingan seperti Ahmad Ibrahim dan Burhanuddin Helmi bagi aku lemah dalam teater ini.  Sepatutnya aku rasa watak ini perlu jadi satu watak yang kuat dalam kisah ini.
- Lagu tak berapa best. Tak menyentuh emosi.
- Terlalu banyak monolog. Awal-awal lagi dah monolog meleret-leret smpi fikiran aku menerawang tmpt lain dah :p.
- Remy Ishak :p. 


Kakak angkat saya...haha

Yang saya suka:-
- Maya Karin. 
- Kostum ok. Sesuai ajer. 
- Set mmg menarik. Set nya mmg menangkap emosi sbg contoh patung Virgin Mary dan set gereja pada babak akhir pementasan. Memang berani.
- Lakonan mantap dari semua pelakon.


Pengarah

Keseluruhan aku bagi 2 bintang jer. Oklah...tambah lagi setengah bintang sbb lakonan Remy Ishak dan Maya Karin mantopp. So....2 setengah bintang untuk teater ini. Jatuh kategori 'Not Bad' :D.



Bukan pelakon utama :p

Wednesday, November 25, 2009

Aci kat kedai

Ini edisi menjawab tag dr Puan Norm. Dah lama takder orang tag aku kann?? :D
Jawapan kepada tag Norm adalah .... klik di sini. Hehehe...aci tak Norm?? :p. Soalan2 tuh aku dah buat sebelum neh, jadi aku linkkan ajer yerk walopon usia entry tersebut sudah setahun :D.

Tuesday, November 24, 2009

Saya tak mungkin mencapai berat 39kg lagi...tak mungkin

Sabtu lepas masa jalan-jalan kat MidValley dengan Nany n Pza, ada nampak booth untuk timbang berat dan body age which is actually booth to promote weight management product what so ever. Jadi kitorang cuba la kira berat masing-masing.

Secara rasminya berat aku sekarang adalah 48.5kg. Kenaikan sebanyak 3.5kg sejak puasa lepas. Apekah maknanyer ini??? Aiyarkkk......sungguh terkejut saya waktu nampak angka ituh. Nampaknya....saya perlu berusaha gigih untuk mengurang atau maintain kan angka tersebut. Bayangkan yer kawan-kawan, kaki saya lebih besar dari seorang ibu anak sorang (momma muni). Oh tidakkkkk!!

Tapi saya tak mungkin berdiet.  Sbb adalah suatu kerugian jika menolak makanan yang sedap-sedap :p. jadi saya perlu berusaha gigih untuk workout selalu iaitu dengan tidak malas untuk pergi jogging setiap weekend, sekurang-kurangnya.


Ok....mari kita lihat pula faktor lain penyumbang kepada kenaikan mendadak berat saya ini selain daripada bermalas-malasan mahu berjogging. Oooo....baru teringat, mungkin gambar dibawah menerangkan mengapa.



Yaaa....gbr di atas adalah hasil akibat daripada perut yang mengidam minggu lepas. Kuantitinya agak tamakkan?? Jd saya tahu sekarang, puncanya adalah perut saya yang suka mengidam macam-macam makanan.Sighhh.

Ok...lupakan tentang berat saya. Kita beralih ke topik lain pulak.

Oh...lupa nak cerita. Masa pergi MidValley tuh jugak, kebetulan jumpa dengan chenta hati saya :D, Adam. Nampak sangat mmg berjodohkan?? Hihihi. Tapi tuh la, kebetulan jumpa pun tengah jalan, tak sembang lama. Takper, maybe next time yerk Adam :D.


Saya dan Adam dan juga Momma Muni :p





Next!!!




Tadaaaaa. Cubaan pertama untuk rubber carving :D. Setengah jam untuk buat benda alah ni. Ni pun dibuat selepas keletihan berlari di lebuhraya DUKE. Ini cerita nanti :p.



Hasilnya boleh la kann. Agak berpuas hati laa untuk cubaan pertama. Lagipun aku punya tools pun tak lengkap macam pro.Cikgu seni boleh bagi B sekurang-kurangnya kann :p.




Ekor huruf 'S' tuh terpotong pulak. Huhu...jadi la 'S' tak berekor. huruf 'U' tuh pun terpatah tiang. Jadi kecacatan disitu.

Sekarang citer pasal Larian DUKE pulak. 'I'm one of the first to set foot on DUKE.' Begitulah ayat yang ada dekat sijil penyertaan larian ni. Aku dapat sijil jer. Belakang dari Nani dan Cik Kam sikit, tapi derang dapat medal. Sakit hati betul. Aku tak tau pun ada finisher medal sampai 100. Choii. Mmg saya dah gemuklah sebab Nani cakap, masa dia nk potong aku berlari arituh, dia tgk dari belakang aku macam gemuk....tapi tgk tudung macam betul aku. Bila tegur mmg betul orang yang gemuk itu adalah ..... saya :(.




Eh...balik-balik citer psl kegemukan saya. Demmit betul. Ok dahhh. Stop.


Wednesday, November 18, 2009

Edisi Twitter

Gua tak puas hati betol ngan Jusco Wangsamaju.

Last week pergi berkenan dengan satu handbag. Tapi tak beli sbb gaji belom masuk. Semalam pergi klinik, pergi jenguk kejap handbag yang gua berkenan tuh. DAH TAKDE!!. Grrrr.....bengang betul gua. Mana nak cari ni???!!!!

****


Lately saya susah mau tidur.

Baring atas katil. Pejam celik pejam celik. Otak ligat fikir itu ini. Apesal yerk? Semalam g klinik lupa nak bgtau doc...sighhh.

****

Kenapa tiba-tiba boleh ada 2 entry dalam satu hari??

Sedangkan rasanyer minggu neh tak perlu ada entry.

****

Asyik hujan jer skang. 

Pastuh ASTRO mula la takder servis. Dah la TV aku pun rosak. Jadi layan DVD jer la kejenya malam-malam. Hmm...


****

Jawapan untuk MissGee

Kehlass sgt MissGee sampai aku buat satu entry untuk soalan dia kat entry sebelum neh

missgee said...
Ahad tue..
Jadi tak nengok pameran??
Bagus arr
kalo dah ada kesedaran..
heheheheeh


Jawapannya : Dah tentu la pergi :p, walaupun mulanya tak jadi nk pergi. Sebabnya lepas tonton 'Pisau Cukur'(belanja diri sendiri) kat KLCC dengan Cikgu Eena, dah tak tahu nak buat apa. Jadi terus zass ker Pameran ituhh :p.Sian Kak Fin Fin sbb aku tersilap paham mesej yang dia bagi aku. Sori nyehhhh.

Wonder macam mana agaknyer orang skang manage kenduri diorang sbb masa aku pergi tuh....tgk semua benda masyaAllah mahal nak mampsss. Yer...saya seorang yang kedekut :p.

Kan bagus kalau majlis zaman sekarang masih mengekalkan macam dulu-dulu. Semua orang dapat bunga telur jer. Itupun dalam kotak :p. Kad kawen kertas A4 lipat empat. Kenduri buat rewang dan takder buffet-buffet :D. Majlis zaman sekarang mmg best, tapi kenapa mahal?Hehe...aku sepatutnyer kahwin masa 10 tahun  lepas laaa....senang. Kalau 10 tahun lepas maknanyer lepas SPM terus kahwin ...haha.

Tapi kawan-kawan, aku tak menolak kalau ada orang nak menaja majlis aku nanti ok. Sila hubungi saya di email untuk penajaan okeh!! :D. Eh...poyonyer saya verangan ...macam la akan ada majlis...choi sgt :p.

p/s : Knp aku buat entry ini?? Bukan sbb nk balas soalan missgee, tapi sbb minggu neh macam takder entry....hahaha. Korang pun layan jer kannn...choii :p

Friday, November 13, 2009

Apa aktiviti weekend ini?

  • Ada orang mahu belanja saya tonton 'Pisau Cukur'. Yay!! Tapi orang tu belum confirm lagi :( .
  • Ada orang lain mahu belanja saya tonton '2012'. Tapi saya dah tolak awal2 untuk tak pergi atas sebab-sebab keselamatan :p.
  • Sgt mahu tonton 'This is it'. Perlukah saya pergi jer layan sorang2??. 
  • Ada kenduri kahwin Yan di Bentong dan saya baru tahu bahawa Bentong tak jauh pun sebenarnya. Tapi saya tak tahu jalan. Perlu ker nak terjah ajer...hmm.
  • Ahad mungkin akan ke Pameran Pengantin bersama rombongan orang Tanjong :p. Saja survey untuk majlis yang akan berlangsung nnti :D....haha
  • Ada teater 'Bawang Merah Bawang Putih' dekat panggung bandaraya. Boleh layan neh walopon sorang-sorang :D.
  • Atau mungkin hanya berhibernisasi di rumah???