Thursday, July 5, 2012

Oh noooooo!!!!!!!!!!!!

Dem. Hari ni saya dah melakukan perkara yang seperti biasa..... SENGAL~. Tadi bos bagi borang untuk appraisal. Tgh nak isi, teringat nak cari borang tahun lepas. So gigih la dok mencari borang tahun lepas. Borang tahun ni dok letak tepi kejap.

Sedang gigih mencari, macam-macam la kertas kerja yang lama-lama atau dalam kata lain sampah sarap yang dah tak digunakan lagi dijumpai. So letak la kertas tuh atas meja untuk asingkan nak buang. Bila dah jumpa borang tahun lepas, aku pun dengan konfiden tgk atas meja banyak kertas sampah yang perlu dibuang. Jadi terus srappppppppppppppppppppppppppp.....koyak dan buang dalam bakul sampah.


Gambar atas ni sebelum koyak. Konon-konon nak amik nak tunjuk betapa setianya aku kat kompeni ni. Lima tahun sudahhhhhh :p.


Lepas tuh kemas2 balik fail dan segala kertas yang ada. Kemudian nak isi la borang untuk tahun ni. Cari-cari tak ada. Ayokkkkk.....adakah saya telah membuangnya? Cepat-cepat tgk dalam bakul sampah. Yaaaaa......di situ ia. Dalam keadaan terkoyak dua. Adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

 Tu diaa....selamat sudah dikoyakkan...huhuhu.

Inilah masalah kak suka. Bila kelam kabut atau nak cepat, mesti terkeluar sifat clumsy dalam diri. Huhuhu. Gabra juga masa tuh. Matilah aku kata hati aku. Pastuh tetiba datang idea Ting! Ting! Ting! Aku telah men-selotape kan borang tuh dan kemudian fotostet balik semula. Terpaksa la gigih selotape satu-satu dan fotostet satu-satu.  Walaupun hasil dari fotostet tak sama dengan original, tapi masih nampak elok. Cuma yang fotostet ada garis-garis sikit je. Huhuhu.

 Yang sudah berjaya ditampal. Yang ats tuh dah tampal bahagian belakang. so tak nampak la kesan selotape :p



Sekian entry hari ini. Inilah namanya takder kerja cari kerja.




2 comments:

» NAJA « said...

tudiahhhh tarikh kenaikan April uolsss...wah masyukk...cemerlang ok rekod cuti uolssss...kalau tengok aku punya mesti pitam muhahaa

sukahati said...

tak masyuk pun sbb kenaikan ala2 je...huhuhu.

rekod cuti org bujang camnila. org beranak kecik lainnn ~ ..tak sama liga :-D

 

Blog Template by YummyLolly.com