Thursday, November 25, 2010

Tademud II

Susulan entry tademud di bawah ....

...

Wa rasa nak nangis tak bleh blah dah ni.
Jadi wa perlukan seseorang untuk wa mengadu sebelum air mata neh turun laju.
Selalu kalo bab pms-ing ni....wa mengadu kat Hanani.
Sbb dia pun kadang2 mengadu perkara yang sama.
Tapi oleh kerana Hanani tiada di Malaysia untuk beberapa waktu.
Wa perlu mencari pengganti yang lain untuk wa mengadu.

Wa cari kawan karib wa yang online.
Ada.....tapi lelaki.
Tapi sbb kitorang karib....wa tak kisah mengadu dengan beliau.

Wa pun cakap....wa nak nangis.
Dia tanya kenapa
Wa cakap xder apa.....wa cuma sedih
Dia tanya sedih kenapa....byk fikir ker
Wa cakap lagi....xder apa....pms kot
Dia cakap lagi.....kalau ada apa2 masalah cerita jer pada dia


Wa dah rasa macam tak bleh blah. Rasa nak nangis dah bertukar jadi *why at the first place wa mengadu kat lelaki pasal neh??*. Kemudian terbitlah entry pasal ni :p.

Betul la....tak semua benda boleh cerita kat lelaki. Cakap pun tak membawa makna apa2 sebab diorang bukan paham. Sighhhh. Dan they keep on asking why why why, dan kita pula dah tentu takda jawapan untuk persoalan yang kita sendiri tak paham kenapa aku nak sedih dan menangis secara tetiba macam baru lepas clash??!!


PMS itu memang misteri....

Tademud

Wa tulis ni kat fb "tademud! Perlukan percutian paling koman 3h2m ke tmpt yang boleh buat kulit wa tinted lebih 80%".

Pastuh wa teringat2 pulau2 dengan air laut membiru, teringat2 bunyi ombak, teringat2 terapung kat laut....

Tetiba wa rasa nak nangis. Apekah??!!!


...
...
...


PMS adalah misteri.....

Tuesday, November 16, 2010

Kaki wa kejung

Hadoi.....kaki wa sakit sgt neh. Akibat aktiviti naik tangga Batu Caves. Pastuh dengan poyonyer buat 2 round tanpa warm-up terlebih dulu. Hebatkan??!!!! Akhirnya rasakan tempiasnya. Terasa urat keras2....kejung. Huhu.

Nampak sgt aku dah lama tak exercise. Yerla....lari pun dah tak join.....nak jogging hujung minggu pun malas....nak panjat2 bukit pun selalunyer pikir 2 3 kali. Kali ni rasakan. Terkejut terus urat2 demok kat kaki aku. Harus kurus urat2 demok pasneh :p. Semalam jalan maintain lagi....hari ni jalan dah terhencut2. Adess...

Monday, November 15, 2010

Pejam mata dan dengar

Aaaa....ini entry untuk share ngan korang lagu yang sgt best *bagi aku* ini. Jumaat lepas layan event Malam Puisi Riong di Laman Beringin IB bersama Hanani dan Peminat Cik Ana. Walaupun tujuan utama hanyalah untuk temankan Peminat Cik Ana ini layan performance Cik Ana sahaja.....tapi bila ptg sebelum kejadian tgk balik list performer, ada Taheera Rosheeda.....aku terus excited nak layan sbb dgr lagu beliau di reverbnation sgt best.

It is a soothing and relaxing music. Sila bayangkan anda duduk di kerusi malas, sambil pejam mata dan dengarkan lagu ini dengan tiupan angin dari laut bersama bunyi ombak...hihihi. Bestkan?? :p. Bagi aku agak jarang lagu puisi dapat dilagukan dengan sedap. Lagu ini adalah puisi Rindu Ibu nukilan A Samad Said.

 

p/s cemana nak dapat suara best camni?? suara yang bila didengar....sedap jer :p

Thursday, November 11, 2010

Ada sesiapa merindui saya??


Haha. Dua bulan blog ini tiada update. Adakah masih relevan lagi blog aku ni?? Huhu. Dah makin malas nk update sekarang ni. Kadang2 rasa berkobar nak update. Tapi bila nak taip.....tak tau apa nak cerita....tak tau nak karang ayat macam mana.

Mungkin sebab jiwa pun tiada kacau bilau......maka aku lebih suka diam. Atau mungkin sbb facebook dah menjadi pengganti untuk aku....huhu. Atau mungkin sbb blog ni dah ramai sgt tahu kewujudannya?

Ok...tak payah ber-atau-atau la Cik Sue!! Cakap jer la kamu makin malas!! Haha

Ok dah...cukup setakat ini entry kemunculan terbaru! Haha...nntikan kemunculan seterusnya. Mungkin 2 bulan lagi? Hehehe :p
 

Blog Template by YummyLolly.com