Showing posts with label Me Me. Show all posts
Showing posts with label Me Me. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Tensi ker?

Lately ni keadaan wa tak seperti selalu-selalu.
Sistem perkumuhan tak lancar.
Sistem period pun pelik.
Jerawat pun riang gembira.
Hormon nak membeli-belah tak terkawal.

Adakah wa stress dengan apa yang berlaku?
Rasa macam tak, tapi ada la juga fikir mengenainya.
Tambahan pulak keadaan sekarang macam semakin genting.

Mungkin wa stress kot.


***


Ape wa tulis sampah ni?!

Tuesday, March 8, 2011

Pokok petai bersama saya

Kalau pokok petai pon boleh menangis, apatah lagi saya manusia yang lemah ini. Rupanya saya tak menangis sendirian :p. Selagi namanya kita ini makhluk Allah, pasti punya hati dan perasaan :p. Kan ada orang cakap, kalau kita bela pokok sentiasa kena cakap2 dengan pokok tu supaya pokok tuh tumbuh subur :D


Kalau pokok petai menangis, air mata dia bau petai tak? :p

****

Ok...sebenarnya emosi aku dah stabil. Hahaha. Jadi marilah bergembira semula. Jadi ayuh layan lagu ini :p

Sunday, March 6, 2011

Pemulihan

Semalam baru saja aku kehilangan henfon. Buat kali kedua.
Tapi kali ini, perasaannya lebih macam....sedih kot.
Atau mungkin lebih kepada kecewa. Ntah laaa. Tapi ada suatu perasaan yang macam takleh nak describe.

Jadi hari ni, hari untuk aku berkabung.
Pagi-pagi bangun, pergi pasar tani beli makanan, makanan, makanan.
Dalam keadaan begini, hanya makanan yang dapat mengembirakan.


jadi hari ini, aktiviti aku adalah
makan, masuk bilik, fikir-fikir, tertido, bangun
pastu
makan, masuk bilik, fikir-fikir, tertido, bangun
sambung lagi
makan, masuk bilik, fikir-fikir, tertido, bangun

dan ini berlangsung sampai sakit kepala
sampai ketika entry ini ditaip pun, kepala masih sakit.
huhu.

rasanya, aku masih dalam recovery mode.
orang kata kalau tengah bersedih atau nak melupakan sesuatu, cari projekk.
tapi aku pilih untuk bersendirian, untuk bertenang dan muhasabah diri.

kebetulan ada pulak rakan fb yang kongsi artikel di bawah ini
yang aku rasa angat kene dengan apa yang berlaku
sekurang-kurang ia memotivasikan aku pada tika ini

Jangan-ditangisi-apa-yang-bukan-milikmu

dan

Air-mata-tidak-selamanya-abadi


:)

Monday, February 7, 2011

After a long break

Selepas cuti selama 9 hari, hari ni hari pertama bekerja dalam bulan Februari. Sesungguhnya saya langsung tiada mood untuk bekerja apatah lagi membuat kerja walaupun kerja ada jer tak siap-siap lagi.


Hari ini dimulakan dengan saya terlupa password email akaun office. Hebat!!
Kemudian adik praktikal di sebelah ni dok tgk2 saya, mungkin nak tanya pasal kerja. Tapi saya takder mood, jadi saya buat tak tau sahaja.
Kemudian ada manusia yang dok lalu lalang belakang saya 2 3 4 kali membuat saya yang tiaad mood jadi lebih rimas. Tolong la duduk diam-diam.
Kemudian dah 2 kali tergeliat urat belakang badan. Sakit dol....itu pun balik semalam naik ETS. Kalau drive....harus mc kot arini :p
Ketika saya sedang menaip entry ini saat ini, saya tengah bersedu-sedu. Nak membesar lagi agaknyer :p.

Dah nak habis seharian di office.....mood masih tak datang. Jadi dengan ini saya berharap mood akan datang esok hari

Sekian untuk hari ini.

Monday, December 20, 2010

Pantang

Bila bukak facebook rakan2 yang dah berkahwin....kemudian tgk pulak gambar mereka bersama anak2....ada yang anak dah masuk 2 ....yang konfem aku tak terkejar punyer...sgtlah menensikan diri aku. Rasa sgt tercabar okeh.

Sgt tercabar tgk cemana derang bleh jadi lebih kurus daripada sebelum kawen....dengan anak yang dah masuk 2, 3, 4 dan seterusnya. Aku belum kawen pun tak mengurus lagi ni...

Aiyark......tertekannyer saya.....perlu ker aku berpantang gak neh?? :p

Tuesday, June 22, 2010

Sesuatu yang dah lama aku nak buat

Selepas 28 tahun bernafas di muka bumi, baru hari ni aku layak serta berjaya menderma darah :D. Apakah maknanya itu kawan-kawan?

...
...
...


Yaaaa.....maknanyer aku dah gemuk ler :p.....huhuhu......walaupun sebenarnya takder makna sgt sebab aku adalah dalam golongan penerima universal.


Monday, April 19, 2010

Nostalgia kanak-kanak

Mula-mula dulu aku rasa kes budak Halimaton yang nak kawen tuh macam tak bleh blah. Aku pun mula compare aku ngan dia time aku umur 15 tahun. Mana ada pikir nak kahwin-kahwin ni. Tapi rupanya, aku lagi advance dr budak Halimaton ni. Aku masa darjah 3 dah bersanding! Hahahahaha.


Baru-baru ni aku terjumpa kawan masa sekolah rendah yang dah baper belas tahun tak jumpa dalam fb. Sembang punya sembang dalam fb, tiba-tiba dia ingatkan aku memori lama. Dia cakap,


'weh...ko ingat tak kita pernah main sanding2 dalam kelas masa darjah 3?'.


Apekah!!!! Demmit. Tiba2 plak dia ingatkan kenangan yang tak bleh blah itu. Ok. Aku mmg ingat ada adegan bersanding dalam kelas. Siap ada cikgu lg time tu. Tapi tak blajar masa tu. Aku ingat ada org jd pengapit. Tapi serius aku tak ingat aku adalah org yang disandingkan itu! Yang aku ingat aku mcm bz kesana kemari dengan sebuah buku di tangan. Kemudian dia menguatkan lagi dakwaan bahawa yang lawaknya aku bersanding sambil baca buku pend islam!!!


Lagi sekali, apekah!!!! Sungguh tidak boleh diterima!!! Hahahahaha!!! Rasa nak terjun bangunan jer bila memikirkan semula. Demm! Apesal la aku boleh terjebak dengan kegiatan tak bermoral ini di waktu usia 9 tahun? Mmg tak bleh blah. Haha.


Tapi ok whattt~~~!. Sekurang-kurangnya bila orang tanyer penah bersanding? Aku bleh cakap penah :p. Hehehe.


Sweet dan seronoknya menajdi kanak-kanak. Hmmm.... :D



p/s: entry ini di taip khamis lepas :D

Wednesday, February 24, 2010

Thanks friend ;)

Alhamdulillah. Hari ni genaplah aku 23 thn aku berjaya mengharungi pancaroba kehidupan ini dengan izin Allah. Jadi disini aku nk berterima kasih kepada kawan-kawan diatas ucapan selamat dan doa korang pada hari lahir aku hari ni.  Tak kisah la melalui sms ker, FB ker, email ker....atau direct sound :p. Terharu sangat rasanya u'olls. Hik hik. Juga tak lupa kepada Celcom, Lina Jobstreet dan Kurnia Insurance yang juga tak lupa birthday aku tiap tahun. Hahaha.

Yang bagi aku hadiah....(ader ker??).... terima kasih juga. Aku tak mengharap pon sebab aku jarang terima hadiah. Cabutan bertuah pun tak penah nak dapat. Kesiankan? :p. Hadiah yang paling aku nak sekali dari korang adalah doa dalam lewat solat korang semoga aku sentiasa dipjgkan umur, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal serta kerberkatan hidup dunia dan akhirat. Amin.


Tahun neh hadiah paling best adalah seperti dalam gambar dibawah ini :D. 


Huhuhu...sungguh terharu rasanya. Walaupun terpaksa layan sorang-sorang sbb sahabat aku tuh jauhhhhhhh nun disana, tapi aku akan tgk bagi pihak dia. Hehehe. Kepada "you know who you are"....orang cakap....orang berbudi, kita berbahasa. So selepas "you know who you are" berbudi dgn bagi hadiah ini pada aku, aku rasa harus aku berbahasa dengan "you know who you are". Jadi...terimalah ucapan terima kasih banyak-banyak ini. 


Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. 

Cukup banyak tak?? Cukuplah yerk...kalau tak cukup, roger aku. Nnti aku buat entry khas :p.  Juga terima kasih kepada unit RND yang tiap tahun bagi kad dan kek :D. Sweetkannnn??? Hihihi. Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi dan lagi :D.


 




Friday, February 12, 2010

Clumsy Day

Hari ni hari Jumaat.
Jalan clear jer pagi tadi.
Aku sampai awal walaupun menyinggah isi petrol dan pegi bank.
Tapi sesampai ajer aku kat ofis, baru aku sedar henpon tertinggal kat rumah.
Maknanyer aku kene balik semula ke rumah sbb petang ni nak balik terus ke Ipoh.
Ok, takper.
Cek email dulu.
Wohh....ader kerja kene dibereskan.
Tapi g breakfast dulu :p.
Balik dari breakfast, settle kan kerja.
Settle kerja...kunun buat research sikit untuk memudahkan kerja.
Tapi research macam tak jalan sangat sebab aku tak paham.
So kita bukak facebook.
Layan komen dan message kat facebook.
Dah pukul 1.
Aku pun gigih keluar nak balik rumah ambil henpon.
Di sini bermulalah ketensi-nan gua.
Jalan jem tak hengat.
Pukul 1.20 aku stuck kat bulatan pahang lagi.
Ok takper...amalkan konsep sabar.
Dalam perjalanan aku dah plan baekkk punyer.
Nak singgah kat kedai makcik yg banyak lauk tuh, dan nak lepak kat rumah.
Dalam pukul 2.30...baru balik ofis.
Setibanya aku lagi 5 minit jarak nak sampai rumah, baru aku teringat.
Kunci rumah aku tak bawak!!!
Macam mana nk masuk rumah??
Time neh aku mengamalkan konsep redha.
Aku teruskan perjalanan, singgah kedai makcik byk lauk dan berharap housemate aku ada kt rumah.
(Sorang daripada housemate aku cuti hari ini).
Sampai kt rumah tgk kereta dia takder.
Dem....sah dia dah balik kg.
Huk huk huk.
AKu pun patah balik ke ofis.
Ajaibnyer, time aku patah balik ker ofis, jalan clear!
Syukur alhamdulillah.
Sampai ofis, aku terus amik kunci dan keluar semula.
Terus menuju ke rumah.
Sampai rumah terus amik henpon.
Kemudian keluar balik terus menuju ke ofis semula.
Otw balik ofis, jalan mulai macam siput.
Takper....sabarrrrrrr.
Kemudian sampailah aku ke ofis.
Park kereta, terus keluar.
Dan aku jalan dengan penuh konfiden.
Kemudian baru terperasan sesuatuh.
Aku pakai selipar!!
Dem....patah balik ke kereta dan tuka kepada kasut emas aku :p.
Haihhhh....sekian.


Neh aku baru nak makan....huk huk

Monday, February 8, 2010

Karma

Orang puteh cakap, what u gives u get back. Aku rasa ada sesuatuh yang aku pernah cakap dulu....sekarang dah kene kat aku balik.

Dulu, masa sekolah aku ada kawan nama Zack (dia perempuan okeh). I used to called her 'Kak Bun' sebab pipi dia licin dan gebu macam bun kacang aku beli kat kantin sekolah.Pernah jugak panggil dia si pipi pau.

Sekarang ni, aku rasa benda neh dah balik kat aku. Pipi aku semakin naik pulak....macam di letak serbuk penaik. Huk huk. Aper nak buat ni??!

Friday, January 29, 2010

Malang atau lucu?

Aku sangat jarang guna perkataan lucu. Selalu aku akan guna perkataan lawak. Bila orang pakai perkataan lucu....aku rasa lawak. Tapi kali ni aku nk guna perkataan lucu...sbb macam comel :p.

Ok....berbalik kepada cerita sebenar yang aku nk cerita. Semalam lepas opis hour, aku pun plan nak pergi Pertama Complex cari barang untuk pegi Bekelah malam ni. Aku pun park kereta kat lrt Titiwangsa dan decide naik lrt jer nk ker Pertama tuh. Ini adalah perkara biasa yang aku buat kalau nk naik lrt atau monorail.

Setelah aku membuang duit di Campbell(kat pertama takder barang yang aku cari tuh) dan Sogo(ini pembuangan duit yang tiada dalam senarai)....aku pun pulang.

Sampai jer kat stesen lrt Titiwangsa tuh, aku nak pergi kat kereta, aku tgk kereta aku TAKDE!! Terus aku pikir....sah kene curi. Kene buat report neh. Tapi dalam masa lebih kurang 15 minit lepas tgk kete aku takder, aku masih dalam mode denial. Aku cuba cari kete aku sambil tekan kunci kete tuh. Sampai boleh aku terpikir,

Aku rasa mmg kat sini aku letak.
Ker aku letak tempat lain.
Ker aku mimpi?! <-- serius mmg aku ada terpikir

Tengah macam konpius cari kereta aku, aku nk keluarkan handphone aku nak call kakak aku yang sulung. Ini adalah tindakan pertama selalunya aku buat bila aku dilanda masalah. Tiba-tiba terjatuh la pulak handphone aku. Bab terjatuh tuh perkara biasa dah dengan handphone tuh, tapi tetiba tgk screen dah gelap jer. Apekah!!! Terus aku off dan on entah berapa kali nak bagi handphone tuh ok semula. Tapi mmg malang nasib aku semalam. Handphone tuh mmg dah sampai seru. Jadi bertambahlah masalah aku. No phone yang aku ingat just no rumah kat Ipoh dengan no handphone kakak aku yang second. Oleh sbb dah tak nampak screen, aku pun try tekan cancel byk kali dan try tekan no kakak aku yg second. dua tiga kali call, takder orang angkat. Aku rasa silap no kot. Pastu aku call rumah Ipoh. Pun takder orang angkat. Sah....mak abah aku keluar ngan kakak aku yang second.

Oleh sebab aku dah tatau nk buat aper. Aku terus tahan taxi dan mintak bawak ker balai paling dekat iaitu balai Sentul. Dalam taxi aku pun cerita kat abang taxi tuh, dari hal kete sampai hal handphone. Ini situasi bila kita ada masalah, kita mahu lepaskan sikit bebanan yang kita rasa. Sampai abang taxi tuh try antar msg kat kakak aku yang second....huhuhu. Kat balai sementara aku tunggu nk log report. Aku try lagi call kakak second aku. Then baru aku teringat, aku ada simpan no kakak aku yang sulung dalam purse aku. Ini pun ader kisahnya kenapa aku simpan no family members dalam purse.

[Kisahnya aku pernah kene copet kat jalan TAR masa zaman U dulu. Lepas perasan aku kene copet, aku log report kat balai Dang Wangi. lepas tuh pulanglah aku naik komuter kat Stesen Bank Negara. Sementara tunggu komuter tetiba aku dapat call dari kakak aku dan dia beritahu ada orang jumpa purse aku kat Globe. Aku pun pergi la Globe dan jumpa budak yang kerja Globe tuh. Dia cakap dia jumpa dalam timbunan baju kat situ. Kejadian ini sebenarnya rentetan dari kisah handphone aku kene curi masa kat U. Sbb tak ingat no telefon siapa-siapa kecuali no phone rumah Ipoh. Jadi ini la sebab aku buh no phone family members dalam purse.]

Ok. Berbalik pasal kereta aku tadi. Aku pun cari no kakaku aku dalam purse dan terus call dia. Tau tak macam mana feeling buat panggilan telefon tanpa nampak screen apa-apa. Rasa macam buta kejap. Nasib baik dapat dan aku pun mengadu ngan kakak aku. Time mengadu tuh giliran aku pulak untuk log report. So aku log report dulu. Sebelum log report aku tanya polis tuh, possible tak DBKL yang tarik. Dia cakap possible jugak. Pastuh dia tanyer aku parking pukul berapa. Aku cakap pukul 6.30 ptg. Pastuh dia cakap DBKL selalunyer tak tarik lepas opis hour. Dan ini juga apa yang aku pikir jugak masa parking kat situ. Jadi polis kata log jer la report. Tgh log report aku teringat nak call dbkl. Aku teringat si Nani ngan Kematz jer time neh untuk amik no DBKL kat internet. nak call Nani, aku ada 2 no dia dalam handphone aku. Jadi susah aku nak cari nama dia. Jadi aku cuba la call Kematz sbb aku tau dia ader tenet kat rumah dan aku ingat nama dia lam phonebook aku. Jadi berbekalkan ingatan button mana pada handphone akan pergi ke phonebook, aku pun taip nama 'ZAM' dalam handphone dan try call. Nasib baik dia angkat. Itupun asik tak dgr aku cakap. Sabar jerlah. Aku pun suruh dia cari no DBKL ngan mintak sekali no Nani. Habis call, puan polis tuh suh aku pegi jumpa Pegawai penyiasat oulak. AKu pun pergi laaa. Masuk bilik pegawai penyiasat tuh dia pun tgk laporan aku. Pegawai penyiasat yang sebelah lagi hensem okeh....kikiki. Sempat jer mata jeling :p. Pastuh tetiba pegawai penyisat tuh kata nak grant kereta. Aku pun try nak call housemate aku Wahid tapi aku tak ingat aku save no dia dengan nama apa. Aku call Nani dah suh Nani mintak no fon wahida dari kawan-kawan dia yang lain [untuk penerangan macam mana Nani kenal Wahid dan kenal kawan-kawan yang lain adalah lebih panjang. Malas aku nk ulas :p].

Aku pun tunggu Nani call aku balik untuk dapat no Wahid. tetiba aku teringat housemate aku lagi sorang si Saley. Aku pun call dia dan dia pun angkat tapi dia blom sampai rumah. Tapi aku mintak jugak tolong dia bawakkan grant. Lepas aku letak tepon, kakak aku call aku balik. Kakak aku dah call DBKL dan sah kete aku kene tarik dengan DBKL. Huhuhu. So aku pun buat la laporan kete dah jumpa. So close case kat situ.

Aku pun pulanglah kerumah naik taxi sambil bercerita ngan pakcik taxi tuh kes aku. Hahaha. Pakcik tuh pun cakap selalu DBKL tak tarik pas opis hour tapi mungkin sebab semalam ada raptai thaipusam. Tuh pasal derang kerja keras sikit. Balik rumah bercerita la kat housemate aku sambil gelak-gelak. Mmg rasa lawak tapi rasa malang pun ada tapi aku bersyukur jugak sebab kereta aku tak hilang kene curi. Alhamdulillah. Tapi mmg first thing ada dalam kepala otak aku masa tgk kete aku takde adalah balai polis.

Terima kasih kepada balai polis Sentul kerana menyediakan layanan mesra dari abg polis kat pondok pengawal sampai la kepada pegawai penyiasatnya. Juga kerana ada pegawai penyiasat yang hensem....hahaha. Juga terima kasih kepada abg taxi dan pakcik taxi yang baik-baik yang saya jumpa semalam.

Pengajaran

1. Jgn parking di tmpt yang salah .....hihi
2.. Sentiasa ingat no phone penting dalam kepala otak!

Bila musibah datang macam ni, selalu kita akan muhasabah diri balik. Aku pun terfikir

Apa yang Allah nak tunjuk kat aku sebenarnya.
Adakah aku semakin jauh dengan Allah lately
Atau aku terlalu seronok nak pergi Bekelah hari ni
Atau sbb aku dah lama tak bersedekah ker

Soalan-soalan macam ni berlegar-legar jer kat otak masa nak tido semalam. Tapi bila pikir soalan-soalan macam ni, aku rasa takut pun ada juga. Takut ada dugaan yang lebih hebat. Even sampai skang hati masih ada debar.

Jadi pagi-pagi aku sudah ym Nani dan bgtau pasal hati saya yang masih tak keruan. Untuk release kan sikit apa yang aku rasa dalam dada.Time neh baru rasa nak nangis. Semalam aku ok jer. Masih relax. Siap boleh gelak-gelak lagi bila tau kete kene tarik dengan DBKL sbb rasa macam lawak giler. Bila dah sedih baru teringat satu posting Dr Asri yang dikongsi kat facebook. Seb baik aku ada simpan posting tuh. Ada bahagian ayat dalam posting tuh tulis macam ni,

"When something bad or embarrassing happens to you, just think that it could always be worse, remember the reward of patience, and thank Allah that it’s not worse than it is."

Thursday, January 28, 2010

Warghhhh

Gua busy giler (sbnrnyer aku tatau tang mana yang busy sgt tuh :p). Busy kejap-kejap jer sbnrnyer sbb bos aku nak blah dah. So ada la benda-benda yang kene handover kat aku. Dan benda-benda tuh maknanyer keseluruhannya part program skang tanggungjawab aku. Huhuhu. Tuh sebenarnya yang buat aku rasa macam busy. Mungkin bukan perkataan busy yang sesuai tapi lebih kepada serabut. Sebelum neh kerja aku buat benda-benda picisan ajer. Benda picisan pun masih ada problem yang aku kadang2 mintak bos punya logic selesaikan. Skang neh hamek ko, semua-semua benda aku yang pegang termasuk yang core punya. Banyak gak benda aku kene ingat. Adesss...serabut2. Itu belum hal kalo user complain itu ini. Huk huk. Ade kang yang terjun bangunan ni :p. Tapi takper, kene sabar sikit. Motivasikan diri sendiri. Takder aper yang nak dirisaukan dan sentiasa berpikiran positif....*tiba-tiba :p.

Ok. Marilah kita lupakan sebentar hal mengenai kerja aku neh.

***

Suppose entry ni aku nk update aktiviti aku 2 minggu lepas iaitu aktiviti main futsal, aktiviti kursus cak pong dan aktiviti layan Cik Ana Raffali punyer performance. Tapi macam dah basi....so aku pun malas nak update. Tapi untuk futsal, skang neh aku dah boleh kata ada team dah. So boleh layan futsal tiap minggu pun....kalau semua team member takder hal laa. Kikiki.





Gbr apa kat atas ni? Ni gambar kertas aku gunakan untuk berborak, bergossip dan mengumpat time kursus cak pong dengan Nany. Kira macam YM zaman kuno laaa...hahaha. Tenaga pengajar membebel kat depan, kitorang dok pas-pas kertas nk sembang :p.

***

Last week balik kampung. Selalu kalau balik kampung, aktiviti aku adalah berhibernisasi kat rumah jer. Malas nk keluar. Tapi last week sebab aku tukar plan, kene pegi pekan Ipoh beli tiket bas. Punya lama aku tak pegi Ipoh agaknyer. Aku rasa Ipoh neh bandar yang sgt olskool. Tapi olskool yang cantek :p. Patut la Yasmin Ahmad selalu shooting kat Ipoh. Sbb bangunan dia klasik. Terus teringat zaman-zaman sekolah dulu. Jalan kaki dari pusat tuisyen ker Super Kinta lalu kedai-kedai lama. Dulu Super Kinta tuh kira shopping mall terhebat laa. Setaraf Pavillion jugak :p. Dulu la tapi. Sekarang aku taktau la wujud lagi ker tak supermarket dalam tuh. Bangunan tuh mmg la ada. Pastuh lalu depan Yik Foong. Dulu kat Yik Foong ni time skolah teknik, pergi outing mesti pergi sini. Ada apa ntah aku pun taktau :p.

Ok. Aku dah mula melalut macam orang tua. Seb baik umur masih muda. Baru 22...pheww...lega. Ok next!

***

Aku tak prepare apa-apa pun untuk pergi Bekelah esok. Aiyakkk....harus malam ni sebok2 sms Nany tanya itu ini. Oh.....lupa nak cakap. Aku nak pergi Bekelah kat Maran untuk aktiviti mandi manda esok dan berkampung disana. Weeeeeeeeeeee :D.

Thursday, January 21, 2010

Cakkkk!!

Cak cak cak <--- Azwan ali sgt kan noks :p

***

Kenapa aku tutup blog? Sbb aku takder benda nak update. Aku rasa makin lama makin sampah jer blog aku ni. Orang suppose makin lama makin matang :p. Lagi satu, aku tutup blog sbb angin meroyan aku sampai masa awal tahun arituh. Rasa macam tak bleh blah :p. Hangen tak menentu.

Memula ingat nk tutup seminggu jer...sampai angin aku reda. Tapi lepas angin reda....bos aku dah nak berenti pulak. Semakin serabutlah hidup saya. Biologikal pun aku rasa berubah disebabkan keserabutan ini. Selalunya tiap pagi memerut. Skang neh nak memerut pun baper hari sekali ntah. Eh...motif aku cerita pasal peperutan neh? Hahaha.Neh nak bukak balik blog. Ini pun taktau baper lama aku nk bukak sebelom meroyan aku dtg balik.

***


Sepanjang aku tutup blog ni, tak byk benda aku buat. Paling kurang pun lepak dengan member-member.

Minggu bila ntah, lepak dengan Cikgu Eena dan Liza ker jalan TAR. Sebenarnyer bukan lepaklah. Lebih kepada mengukur jalan TAR. Tapi tujuan utama temankan Liza beli kain untuk dia buat bisnes. Setakat jalan dari hujung ke hujung jalan TAR tuh aku dh biasa dah. Tapi kali ni bukan setakat hujung ke hujung. tapi tiap satu kedai kitorang masuk. Penat tak bleh blah. Sampai rasa nak collapse tgh pasar malam jalan TAR tuh. Jalan pun dah tak betul.

Tapi yang bestnyer bila keluar dengan geng-geng ni, boleh buat benda tak senonoh tanpa rasa segan. Contohnyer makan kentang putar goreng sambil jalan di pasar malam tuh dengan tangan berlemuih sos. Pastuh taktau nk cuci kat mana, pegi jalan kat orang jual air tin buh dalam icebox tuh. Sambil jalan, amik seketul dua ais ketul untuk cuci tangan. Hahaha. Jahat tak?? Mmg macam zaman sekolah dulu-dulu.

Pastuh balik dari jalan TAR lepak mamak NZ. Order makan dengan air sambil meluahkan masalah masing-masing(acara budak-budak pempuan bila berkumpul). The best part, agak-agak dah sejam lepak NZ, bleh plak Liza ajak pegi minum tempat lain pulak. Aku ngan Eena pun on ajer. Pi pulak lepak kat air buah keramat dan lagi sekali acara luahan perasaan berlangsung. Hahaha. Agak-agak nak maghrib, kitorang pun balik. Itupun kalau aku tak sakit kepala, ada yang kitorang pegi layan karaoke pulak malam tuh. Tapi sbb aku sakit kepala sangat dari pagi sampai maghrib bejalan tak hengat....acara karaoke di postpone sampai ke suatu tarikh yg akan diberitahu kelak :p.

***

Next day, pergi Putrajaya kenduri kawan aku, Siti. Bab jalan nk ke putrajaya mmg bukan kawasan akulah. So pergi lah aku ker Putrajaya naik ERL. Sgt kejakunan jugak aku nak naik ERL for the firsttime :P. Tapi paling best bila masa aku tgh tunggu tren nak ker Putrajaya tuh, ada sorang pakwe senyum kat aku :D....weeeeeeeeeeeeeeee. Tapi apelah makannyer senyum tapi tak amik no phone. Huhuhu. Mungkin sebab aku pakai baju kurung kot......so nmpk sgt sweet....hahahah...bleh?? LOL. Tapi mmg rasa sgt ayu berjalan-jalan dengan baju kurung. Apetah lagi di KL Sentral. Baju kurung ni aku pakai g keje jer atau pegi kenduri. Huhuhu.

Sampai di Putrajaya, geng Cik Kiah dah tunggu aku. So sampai ajer....terus berdesup ker dewan presint berapa ntah. Makan-makan sambil bergossip dengan member-member matrix sambil tunggu pengantin. The next day masing-masing sakit perot....hahahaha.

Tuesday, January 5, 2010

Dua Puluh Sepuluh

Dah 2010.  Blog orang lain ucap selamat siap recap aktiviti tahun 2009. Blog aku neh macam tuh jugak. Apakah petandanya ini?? Adakah azam tahun baru untuk tidak aktif berblog lagi? Erm...mungkin juga....boleh masuk dalam list azam yang lain seperti untuk tidak aktif bersosial lagi dalam tahun ini :p. Percaya tak?? Aku pun cam kurang nak percaya.....tapi untuk minggu pertama dalam tahun baru ini memang saya  telah berjaya!! Hehe.

***

Saya puas hati sgt dengan keputusan Idola Kecil 2 :D.

***

Aku tgk ticker kat tv9. Aku ingat aku dah habis up to date dah bahasa-bahasa budak skang. Rupanya blom lagi beb. Tau tak budak skang tulis perkataan nombor/number macam ni : 6ber . Hebat tak hebat budak skang?? Atau aku yang terlalu tua sampai tak tau perkataan2 canggih macam ni?? Ok shut up! Aku tahu jawapan korang. Choi!

***

Monday, December 28, 2009

Kepada-Nya kita kembali

Al-Fatihah untuk datuk saya yang telah ke kembali ke rahmatullah Khamis, 24 Disember lalu sejurus selepas subuh.

Tuesday, November 24, 2009

Saya tak mungkin mencapai berat 39kg lagi...tak mungkin

Sabtu lepas masa jalan-jalan kat MidValley dengan Nany n Pza, ada nampak booth untuk timbang berat dan body age which is actually booth to promote weight management product what so ever. Jadi kitorang cuba la kira berat masing-masing.

Secara rasminya berat aku sekarang adalah 48.5kg. Kenaikan sebanyak 3.5kg sejak puasa lepas. Apekah maknanyer ini??? Aiyarkkk......sungguh terkejut saya waktu nampak angka ituh. Nampaknya....saya perlu berusaha gigih untuk mengurang atau maintain kan angka tersebut. Bayangkan yer kawan-kawan, kaki saya lebih besar dari seorang ibu anak sorang (momma muni). Oh tidakkkkk!!

Tapi saya tak mungkin berdiet.  Sbb adalah suatu kerugian jika menolak makanan yang sedap-sedap :p. jadi saya perlu berusaha gigih untuk workout selalu iaitu dengan tidak malas untuk pergi jogging setiap weekend, sekurang-kurangnya.


Ok....mari kita lihat pula faktor lain penyumbang kepada kenaikan mendadak berat saya ini selain daripada bermalas-malasan mahu berjogging. Oooo....baru teringat, mungkin gambar dibawah menerangkan mengapa.


Yaaa....gbr di atas adalah hasil akibat daripada perut yang mengidam minggu lepas. Kuantitinya agak tamakkan?? Jd saya tahu sekarang, puncanya adalah perut saya yang suka mengidam macam-macam makanan.Sighhh.

Ok...lupakan tentang berat saya. Kita beralih ke topik lain pulak.

Oh...lupa nak cerita. Masa pergi MidValley tuh jugak, kebetulan jumpa dengan chenta hati saya :D, Adam. Nampak sangat mmg berjodohkan?? Hihihi. Tapi tuh la, kebetulan jumpa pun tengah jalan, tak sembang lama. Takper, maybe next time yerk Adam :D.

Saya dan Adam dan juga Momma Muni :p





Next!!!




Tadaaaaa. Cubaan pertama untuk rubber carving :D. Setengah jam untuk buat benda alah ni. Ni pun dibuat selepas keletihan berlari di lebuhraya DUKE. Ini cerita nanti :p.


Hasilnya boleh la kann. Agak berpuas hati laa untuk cubaan pertama. Lagipun aku punya tools pun tak lengkap macam pro.Cikgu seni boleh bagi B sekurang-kurangnya kann :p.



Ekor huruf 'S' tuh terpotong pulak. Huhu...jadi la 'S' tak berekor. huruf 'U' tuh pun terpatah tiang. Jadi kecacatan disitu.

Sekarang citer pasal Larian DUKE pulak. 'I'm one of the first to set foot on DUKE.' Begitulah ayat yang ada dekat sijil penyertaan larian ni. Aku dapat sijil jer. Belakang dari Nani dan Cik Kam sikit, tapi derang dapat medal. Sakit hati betul. Aku tak tau pun ada finisher medal sampai 100. Choii. Mmg saya dah gemuklah sebab Nani cakap, masa dia nk potong aku berlari arituh, dia tgk dari belakang aku macam gemuk....tapi tgk tudung macam betul aku. Bila tegur mmg betul orang yang gemuk itu adalah ..... saya :(.



Eh...balik-balik citer psl kegemukan saya. Demmit betul. Ok dahhh. Stop.


Wednesday, November 18, 2009

Edisi Twitter

Gua tak puas hati betol ngan Jusco Wangsamaju.

Last week pergi berkenan dengan satu handbag. Tapi tak beli sbb gaji belom masuk. Semalam pergi klinik, pergi jenguk kejap handbag yang gua berkenan tuh. DAH TAKDE!!. Grrrr.....bengang betul gua. Mana nak cari ni???!!!!

****


Lately saya susah mau tidur.

Baring atas katil. Pejam celik pejam celik. Otak ligat fikir itu ini. Apesal yerk? Semalam g klinik lupa nak bgtau doc...sighhh.

****

Kenapa tiba-tiba boleh ada 2 entry dalam satu hari??

Sedangkan rasanyer minggu neh tak perlu ada entry.

****

Asyik hujan jer skang. 

Pastuh ASTRO mula la takder servis. Dah la TV aku pun rosak. Jadi layan DVD jer la kejenya malam-malam. Hmm...


****

Jawapan untuk MissGee

Kehlass sgt MissGee sampai aku buat satu entry untuk soalan dia kat entry sebelum neh

missgee said...
Ahad tue..
Jadi tak nengok pameran??
Bagus arr
kalo dah ada kesedaran..
heheheheeh


Jawapannya : Dah tentu la pergi :p, walaupun mulanya tak jadi nk pergi. Sebabnya lepas tonton 'Pisau Cukur'(belanja diri sendiri) kat KLCC dengan Cikgu Eena, dah tak tahu nak buat apa. Jadi terus zass ker Pameran ituhh :p.Sian Kak Fin Fin sbb aku tersilap paham mesej yang dia bagi aku. Sori nyehhhh.

Wonder macam mana agaknyer orang skang manage kenduri diorang sbb masa aku pergi tuh....tgk semua benda masyaAllah mahal nak mampsss. Yer...saya seorang yang kedekut :p.

Kan bagus kalau majlis zaman sekarang masih mengekalkan macam dulu-dulu. Semua orang dapat bunga telur jer. Itupun dalam kotak :p. Kad kawen kertas A4 lipat empat. Kenduri buat rewang dan takder buffet-buffet :D. Majlis zaman sekarang mmg best, tapi kenapa mahal?Hehe...aku sepatutnyer kahwin masa 10 tahun  lepas laaa....senang. Kalau 10 tahun lepas maknanyer lepas SPM terus kahwin ...haha.

Tapi kawan-kawan, aku tak menolak kalau ada orang nak menaja majlis aku nanti ok. Sila hubungi saya di email untuk penajaan okeh!! :D. Eh...poyonyer saya verangan ...macam la akan ada majlis...choi sgt :p.

p/s : Knp aku buat entry ini?? Bukan sbb nk balas soalan missgee, tapi sbb minggu neh macam takder entry....hahaha. Korang pun layan jer kannn...choii :p

Friday, November 13, 2009

Apa aktiviti weekend ini?

  • Ada orang mahu belanja saya tonton 'Pisau Cukur'. Yay!! Tapi orang tu belum confirm lagi :( .
  • Ada orang lain mahu belanja saya tonton '2012'. Tapi saya dah tolak awal2 untuk tak pergi atas sebab-sebab keselamatan :p.
  • Sgt mahu tonton 'This is it'. Perlukah saya pergi jer layan sorang2??. 
  • Ada kenduri kahwin Yan di Bentong dan saya baru tahu bahawa Bentong tak jauh pun sebenarnya. Tapi saya tak tahu jalan. Perlu ker nak terjah ajer...hmm.
  • Ahad mungkin akan ke Pameran Pengantin bersama rombongan orang Tanjong :p. Saja survey untuk majlis yang akan berlangsung nnti :D....haha
  • Ada teater 'Bawang Merah Bawang Putih' dekat panggung bandaraya. Boleh layan neh walopon sorang-sorang :D.
  • Atau mungkin hanya berhibernisasi di rumah???

Tuesday, November 3, 2009

Dagu runcing

Ingin miliki dagu runcing???? Yaaaa.....sudah dapatkan benda alah ni last week. Harap benda alah ni dapat mengurangkan lemak2 di pipi dan dagu saya yang cumil gumuk ini!!


Camni bila dah pasang
Bagaimana ia berfungsi??? Begini ...

atau begini :D


Dapatkan di pasaran sekarang!!!Semoga tiada lagi lemak pipi dan dagu yang terlebih-lebih dari tudung :p. kalo pun tak dapat kurangkan banyak, lite-lite pun cukuplehhhhhhh :D.


 

Blog Template by YummyLolly.com