Friday, February 12, 2010

Clumsy Day

Hari ni hari Jumaat.
Jalan clear jer pagi tadi.
Aku sampai awal walaupun menyinggah isi petrol dan pegi bank.
Tapi sesampai ajer aku kat ofis, baru aku sedar henpon tertinggal kat rumah.
Maknanyer aku kene balik semula ke rumah sbb petang ni nak balik terus ke Ipoh.
Ok, takper.
Cek email dulu.
Wohh....ader kerja kene dibereskan.
Tapi g breakfast dulu :p.
Balik dari breakfast, settle kan kerja.
Settle kerja...kunun buat research sikit untuk memudahkan kerja.
Tapi research macam tak jalan sangat sebab aku tak paham.
So kita bukak facebook.
Layan komen dan message kat facebook.
Dah pukul 1.
Aku pun gigih keluar nak balik rumah ambil henpon.
Di sini bermulalah ketensi-nan gua.
Jalan jem tak hengat.
Pukul 1.20 aku stuck kat bulatan pahang lagi.
Ok takper...amalkan konsep sabar.
Dalam perjalanan aku dah plan baekkk punyer.
Nak singgah kat kedai makcik yg banyak lauk tuh, dan nak lepak kat rumah.
Dalam pukul 2.30...baru balik ofis.
Setibanya aku lagi 5 minit jarak nak sampai rumah, baru aku teringat.
Kunci rumah aku tak bawak!!!
Macam mana nk masuk rumah??
Time neh aku mengamalkan konsep redha.
Aku teruskan perjalanan, singgah kedai makcik byk lauk dan berharap housemate aku ada kt rumah.
(Sorang daripada housemate aku cuti hari ini).
Sampai kt rumah tgk kereta dia takder.
Dem....sah dia dah balik kg.
Huk huk huk.
AKu pun patah balik ke ofis.
Ajaibnyer, time aku patah balik ker ofis, jalan clear!
Syukur alhamdulillah.
Sampai ofis, aku terus amik kunci dan keluar semula.
Terus menuju ke rumah.
Sampai rumah terus amik henpon.
Kemudian keluar balik terus menuju ke ofis semula.
Otw balik ofis, jalan mulai macam siput.
Takper....sabarrrrrrr.
Kemudian sampailah aku ke ofis.
Park kereta, terus keluar.
Dan aku jalan dengan penuh konfiden.
Kemudian baru terperasan sesuatuh.
Aku pakai selipar!!
Dem....patah balik ke kereta dan tuka kepada kasut emas aku :p.
Haihhhh....sekian.


Neh aku baru nak makan....huk huk

5 comments:

HaZiFah said...

tidak setiap hari adalah hari bertuah kita :D
kadang2 akan ader sehari dua yg slack hehehhe

Unknown said...

pengalaman hidup..
=D

missgee said...

Patut ko mandi air bunga..
Kasi hilang penyakit clumsy
ko tue.. :P

bias® said...

ler? ye ker?

sukahati said...

Pza & Riz - yer...betol tuh :D

MissGee - aku tgh plan jugak ni...nak mandi bunga :p

Bias - Iyerrrr :D

 

Blog Template by YummyLolly.com