Monday, February 7, 2011

After a long break

Selepas cuti selama 9 hari, hari ni hari pertama bekerja dalam bulan Februari. Sesungguhnya saya langsung tiada mood untuk bekerja apatah lagi membuat kerja walaupun kerja ada jer tak siap-siap lagi.


Hari ini dimulakan dengan saya terlupa password email akaun office. Hebat!!
Kemudian adik praktikal di sebelah ni dok tgk2 saya, mungkin nak tanya pasal kerja. Tapi saya takder mood, jadi saya buat tak tau sahaja.
Kemudian ada manusia yang dok lalu lalang belakang saya 2 3 4 kali membuat saya yang tiaad mood jadi lebih rimas. Tolong la duduk diam-diam.
Kemudian dah 2 kali tergeliat urat belakang badan. Sakit dol....itu pun balik semalam naik ETS. Kalau drive....harus mc kot arini :p
Ketika saya sedang menaip entry ini saat ini, saya tengah bersedu-sedu. Nak membesar lagi agaknyer :p.

Dah nak habis seharian di office.....mood masih tak datang. Jadi dengan ini saya berharap mood akan datang esok hari

Sekian untuk hari ini.
 

Blog Template by YummyLolly.com