Showing posts with label Fun Run. Show all posts
Showing posts with label Fun Run. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Blog ko dah macam rumah hantu ok

Whats up with my title above?? Ahah......ada seorang manusia cakap kat aku semalam. Helloooo....baru seminggu lebih jer aku tak update okeh. Choiii :p

***

Apa cerita aku minggu lepas yer?? Ohh....last 2 week balik kamfong. Layan pergi kenduri Kak Sal kahwin. Jumpa member-member sekolah. Kenduri tuh dah jadi macam reunion pulak :p. Ada member yang aku dah tak jumpa hampir 15 tahun okeh. Haiyohh......tuanya hakak :p.

Habis kenduri kitorang plan pergi layan mandi sungai kat Intake pulak. Dalam pukul 5 camtuh. Tak semua yang join, yang single mingle jer join. Tapi yang bermandi manda haruslah jejans ajer. Yang gegurl semua layan gossiping dari masa kenduri sampai ke Intake. Gossiping never ending :p.

Tetiba hujan pulak, tapi gossip tak habis lagi neh. Terus la kitorang meneruskan sambungan aktiviti bergossip kat Giant sambil makan-makan sampai pukul 9 malam lebih. Giler tak bleh blah kannn? Sehari suntuk tak duduk rumah.


Apapun, tahniah kepada Kak Sal dan suami. Semoga perkahwinan diberkati-Nya.

***

Last week pulak tak tau hantu apa dah rasuk aku sehingga aku gigih gila pukul 8 dah keluar rumah, pickup Pza kat rumah then terus ker Putrajaya. Semata-mata nak tgk belon panas!! Tu diahhhh.....gila gigih. Pi keja pun tak segigih tuh bangun pagi.

Ok tak?? Pakwe baru :D

Sampai Putrajaya manusia dah ramai. Tgk belon, takder pun belon yang pelik2. Rupa-rupanya belon pelik-pelik terbang waktu petang jer. Hampess btol. So aku ngan Pza layan tgk belon untuk orang naik tuh jer....belon yang diikat tali ker ground. Huhuhu. Lepas jalan-jalan sekitar even. Best jugak acaranya, tapi kene kuar modal skit kalo nak merasa. Macam naik belon tuh, RM10....pastuh ada masuk bola besar guling-guling dalam air yang macam Biggest Loser Asia punya challenge yang Martha menang tuh. Ada acara naik helikopter. Pastuh berjalan-jalan lagi ke Monumen Alaf Baru. Memula tgk dari jauh ingatkan roket nak berlepas. Hehehe.....rupanya yang roket neh la monumennya :p.

Neh la Monumen Alaf Baru

Pastuh layan tgk budak-budak naik go-kart. Masa layan tgk tuh ada 2 kemalangan berlaku. Huhuhu. Ini la first time tgk accodent depan mata:p. Sampai ada sorang tuh kene naik ambulans laa.

Dah tengahari, kitorang pun berambos kehampaan sebab tak dapat tengok belon pelik-pelik :p.  Nak balik kalau dari Putrajaya haruslah kesesatan sampai masuk LDP ke Puchong sanun. Baper kali masuk tol ntah. Rugi duit bg kat tol :p.

Balik tuh lepak makan dekat Bangsar South. Pehhhh....hebat tak rumah Pza? Dekat ngan Bangsar South tuh beb. Jalan kaki jer. Di kesempatan ini sebelum terlupa, terima kasih cik Pza belanja saya makan Nasik Hayam :D.



***

Ahad pulak. Kita layan panjat tangga sebanyak 2000 lebih anak tangga sampai pancit. Ini kali kedua aku masuk Towerthon. Kunun bajet nak perbaiki prestasi tahun lepas. Tahun lepas catatan masa 40 minit. Tapi hampes! Tahun neh lagi buruk rekod yang dicatatkan iaitu 52 minit. Apekah??

Jadi aku mencari alasan bahawa rekod buruk sbb aku masih blom sihat sepenuhnya. Batuk dan selsema masih menghantui time aku panjat anak2 tangga tuh. Alasannnnn :p. Bleh tak aku rasa time panjat tangga tuh rasa....alahai...beratnyer bontot aku :p. Serius....badan makin berat. Huk huk.



***

Sudah 2 minggu hidup aku dipengaruhi dadah. Sampai bekalan pun dah habis. Tapi keadaan masih tak berapa baik. So aku telan jer dadah yang aku beli kat luar. Malas dah nak jumpa tokan amik dadah.

Thursday, March 11, 2010

Kl City Day Fun Run

Pada tanggal 21 feb lepas, iaitu lebih kurang 3 minggu lepas kot (motif baru nk update? :p), aku join ini acara bertempat di Dataran Merdeka. Lari 7km jer, tapi penat tak hengat. Acara kali ni jugak aku pecah rekod sampai termuntah. Ceritanya malam sebelum larian tuh aku tak makan. Pagi tuh pun tak jamah apa-apa pun. Masa awal larian, aku dah tak larat. Dah rasa isi perot nak keluar separuh. Aku tunggu ambulans....tapi takde ok!! Mmg hangen btol sbb takder ambulans. Sbbnya aku mmg dah tak larat. Rasa nak muntah tuh tak tahan dah. Sampai dekat water station, aku bedal 100plus. Selepas jer bedal 100plus, aku pun memuntahkan isi perot yang kosong :p. Lepasss dah muntah tuh baru la rasa lega sikit. Boleh la berlari dengan sekuat hati :p. Tapi mmg kecewa la sbb awal-awl tuh aku banyak berjalan jer sbb nak tahan isi perut dari keluar. Huk huk.

Wednesday, February 10, 2010

Lari Malam

Ahahh.....sabtu lepas aku join acara Putrajaya Night Run. Ni firstime masuk acara larian malam-malam. Masuk kategori 7.7km jer.

Pukul 6.30ptg gerak ker Putrajaya. Dalam pukul 7 sampai dah kat sana. Tgh cari parking, Si Nani baru teringat dia lupa bawak Livita. Untuk pengetahuan semua, Livita adalah minuman wajib Nani kalau berlari. Kira Livita tuh umpama steroid bagi dia....hahaha. Aku? Aku takder rahsia kekuatan(kuat ker???) pun sbb aku malas nak pegang apa-apa kalau lari.

Jadi pergi la kami cari kedai pulak kat Putrajaya tuh. Susah betul nak cari kedai kat sini. taktau la kat precint berapa tah.....baru jumpa ada kedai mamak. Nasib baik mamak tuh ader jual Livita. Aku cadangkan 7E explore kawasan Putrajaya ni :p.

Lepas tuh kembali la kami ke kawasan Precint 3 dan terus cari parking. Pastuh terus gegas-gegas solat kat Masjid Besi yang baru tuh. Dekat jer. Best jugak masjid neh....sebab open air. Lanskap mmg menariklah waktu malam. Kematz and the gang boleh buat photoshoot kat sini nnti....haha. Tapi tempat ambik wudhu harus lah jauh. Soalan Trivia! Kenapa masjid2 kat Putrajaya tmpt amik wudhu dia jauh?? Tapi nasib baik ada escelator nak naik ker tmpt solat. Cuma nak cari tmpt letak selipar masa masuk tadi boleh bikin sesat. Huhu. Pastuh boleh pulak terjumpa kakak sepupu aku kat dalam masjid tuh. Sembang-sembang kejap pastuh terus chabut.

Time berjalan nak ker tmpt mula ni, dah dgr bunyi tembakan menandakan acara 42km dah mula. Sampai kat tmpt mula, acara 21km dah mula siap sedia nak berlepas. Ramai gile join acara ni. Yang 42km pun ramai, yang 21km pun ramai apatah lagi yang 7.7km!

Ada 2000 orang yg masuk acara 7.7km. Giler ramai okeh. Ingatkan tak ramai sebab ader acara 42km ngan 21km...tapi tgk-tgk lebih ramai dari biasa. Harapan nak dapat medal punah serta merta. Hahahaha. Giler penat larian kali ni. Mungkin sebab lari malam kot, atau sbb aku pening lari malam byk sgt lampu (aku rabun silau)....atau sbb mee rebus mak Nani yang aku bedal sebelum g Putrajaya......hahahah.

Ini baru masuk 7.7km dan pancit giler. Tapi kagum aku dengan budak-budak gunung ARC. Ada yang 42km...ada yang masuk 21km. Giler tak?? Mmg giler. Acara 21km derang bleh habis dalam masa 2 jam ajer. Hebat tak hebat diorng ni. Patut la masa naik turun gunung dengan beg ebrat tuh diorang bleh berlari-lari ajer. Kagumlah! Aku plak tamatkan larian dalam masa sejam lima minit jugak. Giler takder stamina. Banyak berjalan daripada berlari. Huhu.

Takperla...kira ini warm up untuk larian Hari KL minggu depan. Tapi minggu neh....kita bergembira dulu. Walaupun aku jeles Nani pergi Endau Rompin.....tapi aku redha jer. Aku pun akan bergembira balik kampung dan sambut CNY dengan aktiviti water rafting and caving. Yeehaaaaaaaaaaaaa :D



***


Opss....lupa nak bagitau. Hari Ahad bersambung pulak dengan aktiviti bermain futsal. Gigih giler kan? Tapi aktiviti futsal neh lebih kepada aktivity seronok-seronok. Macam biasa gaya main mmg marveles, tapi bola ntah kemana. Hehe. Snappy snappy lebih dari main bola. Haha. Tapi serius letihss gilerss. Dah la 9 orang jer yang join. Jenuh gak nak habiskan sejam. Kaki dah kejung-kejung. Siap perut pun kejung  :p.

 
Suka gbr ni sebab very the Gol n Gincu :P

Tuesday, November 24, 2009

Saya tak mungkin mencapai berat 39kg lagi...tak mungkin

Sabtu lepas masa jalan-jalan kat MidValley dengan Nany n Pza, ada nampak booth untuk timbang berat dan body age which is actually booth to promote weight management product what so ever. Jadi kitorang cuba la kira berat masing-masing.

Secara rasminya berat aku sekarang adalah 48.5kg. Kenaikan sebanyak 3.5kg sejak puasa lepas. Apekah maknanyer ini??? Aiyarkkk......sungguh terkejut saya waktu nampak angka ituh. Nampaknya....saya perlu berusaha gigih untuk mengurang atau maintain kan angka tersebut. Bayangkan yer kawan-kawan, kaki saya lebih besar dari seorang ibu anak sorang (momma muni). Oh tidakkkkk!!

Tapi saya tak mungkin berdiet.  Sbb adalah suatu kerugian jika menolak makanan yang sedap-sedap :p. jadi saya perlu berusaha gigih untuk workout selalu iaitu dengan tidak malas untuk pergi jogging setiap weekend, sekurang-kurangnya.


Ok....mari kita lihat pula faktor lain penyumbang kepada kenaikan mendadak berat saya ini selain daripada bermalas-malasan mahu berjogging. Oooo....baru teringat, mungkin gambar dibawah menerangkan mengapa.


Yaaa....gbr di atas adalah hasil akibat daripada perut yang mengidam minggu lepas. Kuantitinya agak tamakkan?? Jd saya tahu sekarang, puncanya adalah perut saya yang suka mengidam macam-macam makanan.Sighhh.

Ok...lupakan tentang berat saya. Kita beralih ke topik lain pulak.

Oh...lupa nak cerita. Masa pergi MidValley tuh jugak, kebetulan jumpa dengan chenta hati saya :D, Adam. Nampak sangat mmg berjodohkan?? Hihihi. Tapi tuh la, kebetulan jumpa pun tengah jalan, tak sembang lama. Takper, maybe next time yerk Adam :D.

Saya dan Adam dan juga Momma Muni :p





Next!!!




Tadaaaaa. Cubaan pertama untuk rubber carving :D. Setengah jam untuk buat benda alah ni. Ni pun dibuat selepas keletihan berlari di lebuhraya DUKE. Ini cerita nanti :p.


Hasilnya boleh la kann. Agak berpuas hati laa untuk cubaan pertama. Lagipun aku punya tools pun tak lengkap macam pro.Cikgu seni boleh bagi B sekurang-kurangnya kann :p.



Ekor huruf 'S' tuh terpotong pulak. Huhu...jadi la 'S' tak berekor. huruf 'U' tuh pun terpatah tiang. Jadi kecacatan disitu.

Sekarang citer pasal Larian DUKE pulak. 'I'm one of the first to set foot on DUKE.' Begitulah ayat yang ada dekat sijil penyertaan larian ni. Aku dapat sijil jer. Belakang dari Nani dan Cik Kam sikit, tapi derang dapat medal. Sakit hati betul. Aku tak tau pun ada finisher medal sampai 100. Choii. Mmg saya dah gemuklah sebab Nani cakap, masa dia nk potong aku berlari arituh, dia tgk dari belakang aku macam gemuk....tapi tgk tudung macam betul aku. Bila tegur mmg betul orang yang gemuk itu adalah ..... saya :(.



Eh...balik-balik citer psl kegemukan saya. Demmit betul. Ok dahhh. Stop.


Tuesday, March 3, 2009

Cita-cita saya mahu menjadi Bionic Woman

Hari Sabtu lepas berpoya-poya secara solo. Pagi-pagi lagi, pukul 10 kuar dah dari rumah. Pusing2 sekitar KL tanpa tujuan. Huhu. Sbnrnyer tujuan aku nak window shopping, tp macam masih terlalu awal. Agak2 dah sejam pusing2, terus menuju ker Times Square. Pukul 11 kat Times Square apa yang ada? Kedai pun baru nak bukak. So pergi tgk muvi aper yang best untuk dilayan pagi-pagi ni. Tapi nan ado muvi yang best untuk dilayan. Jadi berjalan2 ajer la sekitar Times Square sambil membeli-beli benda yang menarik. Agak-agak dah penat berjalan, pukul 2 aku pun berambos dari situ dan menuju ker Jusco Wangsamaju pulak. Kat Jusco, jalan2 lagi sampai tak larat dalam 2 jam gituh. Pukul 4 baru reti nak balik.

Balik rumah ajer, ape lagi. Harus la keletihan ya amat. Sampai sakit-sakit kepala. Telan paracetamol sebiji. Tak lega pun. Nak tidur pun, tak boleh nak tidur pulak. Adehh. Golek-golek dah pukul 6.30. Terus bersiap nak keluar untuk malam pulak. Mlm tuh dah janji dengan rakan-rakan sepersekolahan untuk sesi makan2.

Lepas maghrib, terus kuar jemput cikgu Eena kt Desa Pandan nun. Jem tak hengat dekat bulatan kg. pandan. Ader event aper ntah dekat restoren tepi simpang tuh. Sampai sesak kat jln Tun Razak. Orang parking tepi-tepi jalan. Sabor ajer la. Derang neh kalo tak menyusahkan aku tak boleh agaknyer. Huh.

Selesai menjemput, terus menuju ke lokasi yang telah dijanjikan kat Kg Baru. Sebab masih awal, senang la nak mencari parking kt Kg Baru tuh. Terus la calling2 Cikgu Feena pulak. Dia pun dah sampai. So terus menuju masuk ker restoren aper ntah. Aku tak ingat lah namanyer. Sembang-sembang sambil makan-makan sambil menunggu lagi dua orang lelaki kabaret iaitu John dan Dharani. Dr 8.30 sampai la pukul 10.30 kitorg dok tunggu. Pukul 10.30 baru diorang sampai. Hangen giler akak :p. Dah la aku nk balik awal. Esoknya nak bangun pagi untuk event seterusnya. So terpaksa la aku menangguhkan kepulanganku. Sembang-sembang, gelak-gelak pulak dengan John n Dharani. Dharani ini aku baru jumpa lepas habis sekolah ms form 3. Bygkanlah, dah 12 tahun baru jumpa. Dia sgt lain okeh. Dah semakin tinggi dan melebar. Harus la tak kenal kalau bertembung dekat mana-mana. Pukul 11.30, aku pun ciao dulu.

Balik rumah, selesai urusan dengan Tuhan terus nak lelap mata. Tak boleh tidur la pulak. Sgt tensi. Pukul 2 lebih jugak aku baru tidur.

***

Esoknya, pagi-pagi bangun nak pergi untuk Towerthon pulak. Entah aper aku fikir pagi tuh, sampai tersilap jalan. Mcm blur bangun pagi tuh. Nasib baik towerthon tuh start lambat. Aku masuk kategori media. Start pukul 9.30. Dilepaskan sama dengan selebriti ok u'olls. Haruslah aku pun berlagak diva bak selebriti :p. Tapi nnti kejap, sape eh selebriti yang ada. Erm, Yassin, Farhan, Bagio...err lain-lain...erm.....sorilah, akak tak kenal :p.

Aper perasaan naik tangga? Mcm nak pengsan! Tak bleh blah. Berhenti jer, rase panas naik. Mula-mula tuh aku naik bersama-sama Farhan. Siap senyum2 lagi. Lepas-lepas tuh aku pun tak tau, dia tinggalkan aku ker, atau aku tinggalkan dia. Haha. Penat tak hengat. Bila dan sampai atas tuh, ader suatu perasaan - unbelievable. Haha. Sungguh tak percaya aku mampu melakukannya. Yay! Bayangkan yerk kawan2, masa kat bawah tuh, pastuh tgk atas, tgk Menara KL tuh. Ko akan cakap pada diri sendiri, 'Mampu ker nak naik tangga ke atas tuh?'. Bila dah sampai, pehhh.....rs kagum dengan diri sendiri. Hehe. Setelah hampir setahun join larian2 ini, kali in baru la aku dapat medal. Tuh pun finisher medal ajer la. Tapi kire ok la...dapat jugak kan. Drpd korang, ader?? Nan ado kan? Haha...riak kejap. Hmm...aku rasa aku naik tuh dalam masa 40 minit kot. Lebih kurang la tuh. So aku rs berbaloi jugak lah kalo korang kene bayar RM38 nak naik Menara Kl tuh daripada korang kene naik tangga :p.

Sebelum

Selepas (Perbezaan: Perhatikan medal yang tersarung dileher masing-masing...haha)

Sampai ajer teros melepek


Dah balik rumah baru aku perasan botol neh berbentuk spt Menara KL. Patutlah sebelum tuh aku tgk orang ramai dok bergambar tayang botol neh. Apekah? :p



Monday, February 23, 2009

Letih-letih. Saya mahukan rehat

Hari Sabtu lepas aku menduduki Ujian-Kerjaya-Masa-Depan dekat Jln Peel sana nun. Malam sebelum tuh jenuh la aku dok pergi riki jalan sengsorang. Walaupun pernah lalu sekali, tapi haruslah tak ingat. Lgpun masa 'terlalu' arituh pun sebab tersesat akibat terlepas simpang nk balik dr Times Square. Dalam dok riki tuh pun, tersesat jugak. Tapi alhamdulillah....jumpa juga lokasi yang dicari. Rupanya belakang Jusco Maluri je (akak sukerrrr). Exam dari pagi sampai petang tuh beb. Awal2 exam, aku dah mengantuk gila. Rasa nak tidur jer time buat exam tuh. Mengantuk tak boleh blah. Lepas tuh, acara mengarang2. Haruslah mata tak sempat nak mengantuk sbb tangan lenguh dok menulis. Dah lama tak menulis, rasa macam jari2 dah krem :p. Oleh kerana lokasi aku buat exam tuh belakang jer Jusco Maluri, cuba korang teka apa yang aku buat lepas habis exam?? Hehe. Yaaaa....sudah pasti aku memcuci mata berwindow shopping bagai (gaji tak masuk lagi). Sambil2 nak mencari hadiah harijadi si-perempuan-mengandung. Sgt tak reti nak beli aper untuk hadiah harijadi org mengandung neh. Nak beli barang bayi, rsnya terlalu awal. Nak beli baju mengandung, nnti tak muat pulak. Akhirnya seperti biasa, pilihan terakhir adalah hadiah yang aku mmg suka nak bagi kat orang, tapi tak semua orang suka hadiah ni. Setelah letih bermarathon dalam Jusco Maluri tuh, sendiri mau ingat la untuk pulang ke rumah. Balik rumah terasa letih ya amat. Dari pagi pukul 7.30 kuar rumah sampai la pukul 6.30ptg baru balik. Mana tak letihs.

***

Hari ahad pulak, pagi lagi bangun nak bermarathon dekat Dataran Merdeka - KL City Day Run. 10km menanti. Dah la lari sorang2. Nany taknak join. Kununnya nak merehat dan melengkapkan diri untuk masuk office baru hari ni. Jadinya lari la aku sorang2 dengan budak opis aku yang lain pastinya. Catatan masa satu jam empat puluh minit. Sampai rasa nak pitam2 laa. Nasib baik kaki hari ni tak sakit sangat. Sengal2 biasa macam lepas berlari ajer. Hadui....top 100 pon tak dapat neh. Entah bila la aku nk dapat finisher medal neh. Kene lebih berusaha gigih dan cargas. Balik dari marathon tuh tak usah cakap la. Terus melepek dari pagi sampai ptg.


We are the champion. Champion ker??! :p

Me with Kak Liza n Kak Maznah. Aku tayang sijil jer laa...medal takdak

***

Malam pulak dah janji dengan Mama Mun si-perempuan-mengandung dengan Pza nak dating. Rasa macam nak kensel ajer, sbb aku sgt penat. tapi bila lagi nak dating2. Maklumlah, minggu depan si-perempuan-mengandung nak berpindah ke Penang. Lepas neh mungkin sukar sikit nak berjumpa selalu-selalu. So semalam kitorg jumpa dekat Mid Valley. Si-perempuan-mengandung belanja. Hehe. Mcm selalu2. Murah la rezeki baby dalam perut tuh. Dari kul 8 lebih. sembang punya sembang smpi aku tak perasan pun dah pukul 10. So aper lagi, snappy2 dan ucap selamatlah hendaknya si-perempuan-mengandung dengan kehidupannya di Penang nnti. Kemudian aku pun pulang ke rumah.

Saya bersama si-perempuan-mengandung. Yang mana satu mengandung neh? Haha

Kami!

Wednesday, February 18, 2009

Weekend update

Sabtu lepas, aku jumpa Fa. My long lost friend ;p. Ini adalah perjumpaan kami berdua untuk kedua kalinya. Selepas ...ermm....mungkin 4 ker 5 tahun. Serius, lama gila kan tak berjumpakan? Mula-mula berjumpa masa aku di tahun kedua pengajian. Selepas perjumpaan pertama dulu, kami sekadar bersms dan ym. Ym pon jarang-jarang sekali sbb makcik tuh jarang juga online.
Maybe korang terfikir, kenapa aku baru jumpa dia hanya sebanyak 2 kali. Sbnrnya aku kenal Fa neh melalui ym jer. Borak-borak, sembang-sembang dan terus kitorang rase mesra gitu dan dr situ mulalah perkenalan kami dan perjumpaan pertama kami :D. Rasanya masa tu dia baru graduate kot.

So jumaat lepas tiba-tiba aku tgk makcik neh online. So aku ajak dia nonton GENG hari sabtu tuh. Lgpun dah lama tak jumpa. Dia asyik suruh aku datang rumah dia. Aku pulak tak biasa area rumah dia tu. So tak berani nk pergi sana. Jadi seperti yang dijanjikan, kitorg jumpa dekat Times Square. Wahhh...menakjubkan kerana makcik neh masih ingat muka aku....haha. Walaupun masa hari jumaat tuh dia tanyer aku thru ym, "Aku tak ingat nama ko". Hampeh kan :p. Tapi bila aku bgtau nama aku, sue, terus dia ingat nama penuh aku. Dan yang lg best, ms jumpa tuh dia ckp lagi, "Ko suka pakai sling bag kan??Masa jumpa dulu pun ko pakai sling bag".Hahaha...mmg masa zaman2 belajar dulu, kemana2 saja aku dengan sling bag. kebetulan pulak masa jumpa dia Sabtu lepas, aku pakai sling bag jugak. Bagus ingatan makcik Fa nih. Perkara-perkara macam ni nampak kecilkan? Tapi bagi aku, perkara2 kecil ini lah yang menunjukkan seseorang itu menghargai kita sebagai sahabat. Respek aku pada makcik Fa ni.

Banyak perkara yang dibualkan. Bayangkanlah, dr tenghari smpi ke malam. Dari hal kerjaya,hiking (Fa adalah ahli Latepackers, group yang aku join masa naik gunung batu putih dulu tuh) sampailah ke hal cinta. Wahhhhh...tak bleh blah :p. Sekarang dia seorang journalist sebuah magazine. Hebatkan?? Borak-borak baru aku tau yang Fa dah nak meniti umur 30 tahun ni. Wahh....mcm tak percaya sbb makcik neh kecik ajer dan muka pun nmpk still maintain muda cam aku. Haha. Thanks for the day Fa :D.

***

Ok. Cerita pasal cerita GENG pulak. Best giler cerita ini ok. Korang takder masa untuk bosan dan menguap. Tapi, aku rasa watak utama adalah Rajoo. SAPY....GO!!! Part lagu tuh, aku tak berapa suka sbb lagu tu tak best :D. Apa pun mmg bestlah.

***

Ahad pulak aku join cross country 6km di Taman Tasik Perdana dengan Nani. Selalu masuk yang larian 10km. So bajet yang ini 6km, kire boleh lagi la kan. Sekali, hamek ko. Naik bukit2, siap masuk hutan bagai. Aku start 7.45 sampai finishing line pukul 9.15, boleh?? Satu jam setengah. Hampeh.



***

Aku mula nak berjinak-jinak untuk bermain futsal. Hari jumaat arituh smpat main selama kurang dr 15 minit akibat sesat. walaupun begtu, 15 minit yang agak menyeronokkan. Rupa-rupanya, aku bukanlah seorang yang berkaki bangku. :D.

Monday, August 18, 2008

Larian Perpaduan Merdeka

17/08/08

Pagi-pagi lagi aku sms Nany. Jd ker nak pergi ker larian neh. Nany kata ok jer. Tapi badan aku mmg dah sakit2 akibat mendaki semalam. Pastuh bleh pulak selsema sebelah hidung. Peha mmg dah keras ajer. Hari masa mendaki tuh pon aku dah ckp pd Nany, aku cam tak larat jer nak pergi lari ni. Dah la 10KM. Tapi oleh sebab Nany sgt bermotivasi untuk pergi, aku pun pergi jugak la. Lagipun ader aperhal kan?? Kalo tak larat, naik la ambulans :p .

So larian dirasmikan oleh Pak Lah. Time tuh aku rs cam nak pergi jer kat Pak Lah dan cakap, 'Pak Lah, tolong letak jawatan please', heheheh. Start larian 7.30pagi. Dan kitorg abiskan larian pd pukul 9.15 pagi. So catatan masa aku 1 jam 45 minit. Satu catatan masa yang tak berapa best. Tapi serius, aku rasa jarak larian neh mcm lebih dr 10km. Terasa jauhhhhhhhhhhhhhh sgt.

Biasalah, kalau masuk larian2 neh ader la dpt goodie bag. Ader la dpt air mineral 2 botol, air revive satu tin, kuih muih, ubat gigi colgate 2 kotak dengan deep heating cream.



Masa tgh berehat2 tuh, layan la persembahan yang disediakan. Ader la artis2 af mcm Riz ngan Faizal. Riz ader la nyanyi lagu dia. Aku memula mcm, tapenah-dgr-pon-lagu-neh? Pastuh dgr2 mcm, ok-gak-lagu-dia-neh. :p . Faizal memula nyanyi lagu 'Airmata Kasih'. Tapi hampeh jer...tah aper2 jer nyanyi. pastuh dia nyanyi lagu 'Warisan' baru la best skit telinga aku dgr.







Kitorg sbnrnyer nak jer balik. Bukan nak sgt tgk persembahan2 tuh. Tapi kitorg nak tunggu lucky draw jer. Tunggu punya tunggu...takder lucky draw. Tapi hadiah diberi secara percuma ajer. Aper lagi...berebut la manusia2 inih pergi amik hadiah free. Sape takmau kannnn. Aku memula beratur...lama2 give-up. Maleh aku nk berebut2. Aku pun kuar barisan nak ddk smbil tunggu Nany amik hadiah tuh. Last2 sorg brother neh letak kerusi untuk suruh orang beratur depan kerusi tuh dan aku plak kebetulan nak amik kerusi tuh untuk nk ddk. Bila dia dah ckp suh beratur situ, aku pon terus la beratur situh. Hehehe, jadila aku orang pertama amik hadiah tuh. Wahaha......bukan hadiah aper pon. Barang2 AVON jer.



Hari ni...serius aku sakit satu badan. Dengan selsemanyer. Kaki tak payah ckp la. Tegang jer urat kaki nih. Nak solat punya la sakit. Adeh...ini la bahana terlebih guna kaki...wahaha.

Tuesday, July 8, 2008

Siemens Run

Event : Siemens Run
Venue : Dataran Merdeka
Distance : 10KM
Start Time : 7.30am
Finished Time : 8.45am
Time record : 75 minutes

Pencapaian agak baik. Last time Larian Bomba untuk 10km ambil masa dalam 105 minit. This time 10km boleh buat dalam 75 minit. Kira sgt baiklah :D. So ape yang aku dapat untuk larian kali ini?? Dpt voucher reebok n membership FitnessFirst seperti gambarajah dibawah :p


Gbr curik dr blog nani


Kepoyoan

Start n Finish Line


Kepoyoan 2


And the winner is ...

p/s : kuku ibu jari kaki aku sudah melekangggggg. Scarynyerrrrrr.



Monday, June 30, 2008

McDonald Olympic Day Run

Smlm, lari lagi. Aku lari mengejar Ronald McDonald. Huhu. Smlm berlangsungnya McD Olympic Day Run sejauh 7km di Dataran Merdeka. This is my third time joined this kind of running event. Time record tak berapa best lah. Sbb nani sampai dulu dr aku...hehe. Catatan masa lebeh kurang satu jam. So 60 minute = 7km. Bermakna 8.57minute/km. Kira ok laa. Sbb first time arituh 5km = 50 minutes yang menjadi 10minute/km. Kurang lah 1 minute lebeh untuk tiap km. Hehehe.

Giler ramai betul join larian nih. Smpi aku terwonder-wonder, bila nk surut org neh?? sbb slalu aku akan berada di belakang, dimana orang dah tak ramai :p . Nak kata aku kt depan, tak mungkinnn lah kan. Tgk2, smpi kesudah orangnye ramai. Pastuh starting larian tuh mcm tetiba ajer. Tgh sembang2 ngan nani, tetiba bunyik pistol. Eh, dah mula ker??? Huhu. Tp yang best adelah dpt cornetto, vitagen, ribena, milo free. I likeeee. Tp kitorg missed masuk lucky draw. Tak tau lak ader lucky draw.

Ader member baru join acara lari2 neh iaitu member Nani, si Zaid. First time masuk, tp smpi dulu dr Nani ngan aku. Voley?? Tak puas ati betol aku :p. Kene meningkatkan usaha pasneh supaya boleh menjd hebat. Spt bese, lepas acara larian, ader sessi snappy2 syok sendiri.

Mula


Abiss


Kegilaan selepas berlari...pheww


Alolo, comey betol kanak2 neh. Anak sapa la neh. Ini br betul2 kanak2 Ribena

p/s: Sesi snappy2 ini lebih penting dr acara larian. Hahaha.

Monday, May 12, 2008

Mengejar abang bomba...hikhik

Tempat : Dataran Merdeka
Jam : 7.30 pagi
Tarikh : 10 May 2008

Sabtu lepas, berlangsunglah acara mengejar abang bomba Larian Bomba yg ditunggu2. Tungguker??? LOL :D

Berdebar2 neh beb nak lari 10km!!! Bukan berdebar kegembiraaan, tp berdebar ketakutan. Hehe. Sbbnyer minggu lepas tak training pon sbb balik kg. Minggu sebelumnyer tuh pon tak training gak, sbb g company trip. Cam poyo jer ckp g training kan?? Mcm professional jer. Wahaha. Tetiba jer minggu baru lepas neh nak lari, 10Km plak tuhhhh. Arituh masuk 5km pon rasa cam jauhhhhhhhhhnyerrrrrrrrrrrrrrr.

Tp larian kali neh aku ok skit ler dr yg lepas. Takder ler baru mula lari,dh rasa penat. Kira jauh jugak la baru aku start berjalan :p. Memula lari tuh aku rs cam ankle aku sakit. Tp pas lari skit2, tetiba hilang plak sakit tuh. Ajaibkan?? Aku sbnrnyer tatau nk lari cemana. Nak lari laju, takot pancit cepat. Nak lari selow2, nnti tak terkejar plak org kat depan. Perasan cam dpt kejar org depan jer kan?? Tanak la dpt jd last kan??

So laluan 10km neh ikot Bukit Tunku, jln duta, jln parlimen terus balik ker dataran merdeka. Giler penat naik turun bukit wehh. Catatan masa 1 jam 45 minit bersamaan 105 minit. Sepatutnyer kalo ikotkan catatan masa lari 5km = 50 minit. Jd untuk 10km aku patut habiskan dalam 100 minit. Tp neh dah terlebih 5 minit. Cam trademark stacy....alamak...terlebih sudahhh!!!Tuh la korang, kurus keding cam aku bukan nyer lari kuat. Sbnrnyer tak kisah gemuk ker kurus ker, yang penting stamina. Org tgk aku mesti kuat lari, angin tolak jer dah smpi finishing line, tp sbnrnyer tidak kawan2!! Ader sorg minah india neh, badan besar boleh tahan, tp steady jer dia lari pelan2, tp non stop.

Tp bangga la jugak ngan diri sendiri, sbb dpt habiskan 10km. Hehe. Kaki lenguh la jugak skit2. Tapi yg pelik ibu jari kaki aku yg sakit. Kalo picit kuku ibu jari neh terase sakitnye.

Ms dah smpi tuh, aku dok tunggu ler si nani. Tunggu2 tapi die takder. Pelik lak aku budak neh. Rasanyer aku tinggalkan die tak la jauh sgt. Tapi sesungguhnyer nani lebih hebat dr aku. Dia rupanya nek ambulance. Bukan senang weh nak nek ambulance. Siap naik strecher. Hehehe. Seb bek dia tak nekad nek moto abg polis. Nek ambulance pon dapat jugak sijil penyertaan. Kalo aku tau, aku pon nak nek ambulance.





Gbr dicurik dr blog chan ...hehehe


Knp nani takder dlm gambar di atas?? Jwbnyer kerana nani tgh beramas mesre ngan abg bomba lam khmeah bantuan kecemasan. Hehehe. Sah kene bongok lg ngan nani neh kang. Wakaka

Monday, April 21, 2008

Beijing Olympic Torch Fun Run

Aku kesengalan keototan kekakian. Smlm p masuk larian Olympic Torch Beijing Fun Run kat Dataran Merdeka. Byr 15 hengget, dpt tshirt yg comel. Larian start pukul 7.30. Nani pikap aku kt jln genting klang. Kul 6.30 pg aku dah kuar umah. Awal gilerrr. Sampai2 wat la warm up yg mcm suam2 kuku ajer. Sbb cam segan jer. Yerlaa....org len smer professional. Yg kitorg neh br festime nk msk larian. Tuh pon sbb Chan ajak masuk. Kalo tak...takder la aku nk msk. Pastuh nk start tuh br la nmpk bdk2 opis aku.

Bersama2 rakan MyTeam Runner ...wehehe

Huhu. Derang neh dah bese msk larian2 neh. Runner paling hebat of cos adalah Chan dengan rekod 1km = 5 minit. Voley??? Larian smlm 5km. So Chan suppose abis lam stgh jam ajer. Dan mmg die abehkan lam setengah jam ajer. Dia dpt Top 23 okehhh. Aku ngan Nani abehkan lam ms kurang sejam. Dlm 50 menet cemtuh kot. Ms on da way dah nak dekat finishing line tuh...kitorg siap dah nmpk org bawak balik hadiah...tp kitorg tak sampai2 lg...ahahahah. Tp kira ok la kan.....untuk org festaimer msk lari2. Janji tak last. Gila jauh 5km tuh rupanyaaaa. Aku giler tak larat. Rs nk wat pengsan jer bila nmpk ambulance :p. Pastuh kalo nmpk ader motor\kete lalu, rs cam nk tahan ajer...nk tumpang. Hahaha. Giler tak larat. Air 100 Plus atau Livita Femina tak dapat membantu pon. Ahahaha. Tp kagum la ngan makcik2 dan pakcik2 yg tua2 yg boleh lari lg cepat dr kitorg :p.

APe kes bdn kelelakian?? Muka kewanitaan?? Hehe

Tp mmg seronok jugak masuk larian neh. Pasneh insyaAllah la nk msk lagi larian2 camneh. Sbb aku pon sejak keje neh, kesihatan sgt tidak memuaskan. PAstuh dok opis asik mkn, mkn dan mkn ajer. Pastuh mkn berminyak lak tuh. Bak kata Chan, OILY!! :p.

Spt bese, ader sesi snappy2 syok sendiri :p

Jd rakan2, moralnya entry aku ini adala:

Marilah bersama2 mengamalkan gaya hidup sihat!!
 

Blog Template by YummyLolly.com