Tuesday, March 3, 2009

Cita-cita saya mahu menjadi Bionic Woman

Hari Sabtu lepas berpoya-poya secara solo. Pagi-pagi lagi, pukul 10 kuar dah dari rumah. Pusing2 sekitar KL tanpa tujuan. Huhu. Sbnrnyer tujuan aku nak window shopping, tp macam masih terlalu awal. Agak2 dah sejam pusing2, terus menuju ker Times Square. Pukul 11 kat Times Square apa yang ada? Kedai pun baru nak bukak. So pergi tgk muvi aper yang best untuk dilayan pagi-pagi ni. Tapi nan ado muvi yang best untuk dilayan. Jadi berjalan2 ajer la sekitar Times Square sambil membeli-beli benda yang menarik. Agak-agak dah penat berjalan, pukul 2 aku pun berambos dari situ dan menuju ker Jusco Wangsamaju pulak. Kat Jusco, jalan2 lagi sampai tak larat dalam 2 jam gituh. Pukul 4 baru reti nak balik.

Balik rumah ajer, ape lagi. Harus la keletihan ya amat. Sampai sakit-sakit kepala. Telan paracetamol sebiji. Tak lega pun. Nak tidur pun, tak boleh nak tidur pulak. Adehh. Golek-golek dah pukul 6.30. Terus bersiap nak keluar untuk malam pulak. Mlm tuh dah janji dengan rakan-rakan sepersekolahan untuk sesi makan2.

Lepas maghrib, terus kuar jemput cikgu Eena kt Desa Pandan nun. Jem tak hengat dekat bulatan kg. pandan. Ader event aper ntah dekat restoren tepi simpang tuh. Sampai sesak kat jln Tun Razak. Orang parking tepi-tepi jalan. Sabor ajer la. Derang neh kalo tak menyusahkan aku tak boleh agaknyer. Huh.

Selesai menjemput, terus menuju ke lokasi yang telah dijanjikan kat Kg Baru. Sebab masih awal, senang la nak mencari parking kt Kg Baru tuh. Terus la calling2 Cikgu Feena pulak. Dia pun dah sampai. So terus menuju masuk ker restoren aper ntah. Aku tak ingat lah namanyer. Sembang-sembang sambil makan-makan sambil menunggu lagi dua orang lelaki kabaret iaitu John dan Dharani. Dr 8.30 sampai la pukul 10.30 kitorg dok tunggu. Pukul 10.30 baru diorang sampai. Hangen giler akak :p. Dah la aku nk balik awal. Esoknya nak bangun pagi untuk event seterusnya. So terpaksa la aku menangguhkan kepulanganku. Sembang-sembang, gelak-gelak pulak dengan John n Dharani. Dharani ini aku baru jumpa lepas habis sekolah ms form 3. Bygkanlah, dah 12 tahun baru jumpa. Dia sgt lain okeh. Dah semakin tinggi dan melebar. Harus la tak kenal kalau bertembung dekat mana-mana. Pukul 11.30, aku pun ciao dulu.

Balik rumah, selesai urusan dengan Tuhan terus nak lelap mata. Tak boleh tidur la pulak. Sgt tensi. Pukul 2 lebih jugak aku baru tidur.

***

Esoknya, pagi-pagi bangun nak pergi untuk Towerthon pulak. Entah aper aku fikir pagi tuh, sampai tersilap jalan. Mcm blur bangun pagi tuh. Nasib baik towerthon tuh start lambat. Aku masuk kategori media. Start pukul 9.30. Dilepaskan sama dengan selebriti ok u'olls. Haruslah aku pun berlagak diva bak selebriti :p. Tapi nnti kejap, sape eh selebriti yang ada. Erm, Yassin, Farhan, Bagio...err lain-lain...erm.....sorilah, akak tak kenal :p.

Aper perasaan naik tangga? Mcm nak pengsan! Tak bleh blah. Berhenti jer, rase panas naik. Mula-mula tuh aku naik bersama-sama Farhan. Siap senyum2 lagi. Lepas-lepas tuh aku pun tak tau, dia tinggalkan aku ker, atau aku tinggalkan dia. Haha. Penat tak hengat. Bila dan sampai atas tuh, ader suatu perasaan - unbelievable. Haha. Sungguh tak percaya aku mampu melakukannya. Yay! Bayangkan yerk kawan2, masa kat bawah tuh, pastuh tgk atas, tgk Menara KL tuh. Ko akan cakap pada diri sendiri, 'Mampu ker nak naik tangga ke atas tuh?'. Bila dah sampai, pehhh.....rs kagum dengan diri sendiri. Hehe. Setelah hampir setahun join larian2 ini, kali in baru la aku dapat medal. Tuh pun finisher medal ajer la. Tapi kire ok la...dapat jugak kan. Drpd korang, ader?? Nan ado kan? Haha...riak kejap. Hmm...aku rasa aku naik tuh dalam masa 40 minit kot. Lebih kurang la tuh. So aku rs berbaloi jugak lah kalo korang kene bayar RM38 nak naik Menara Kl tuh daripada korang kene naik tangga :p.

Sebelum

Selepas (Perbezaan: Perhatikan medal yang tersarung dileher masing-masing...haha)

Sampai ajer teros melepek


Dah balik rumah baru aku perasan botol neh berbentuk spt Menara KL. Patutlah sebelum tuh aku tgk orang ramai dok bergambar tayang botol neh. Apekah? :p



13 comments:

Unknown said...

hebat, hebat..
tepuk tangan..
*clap* *clap*

gila aktif minah ni..
salute..

KeMatZ said...

wahh tiba tiba terasa...
tapi aku ada ajhe meddle...
wakakka...
tapi sport lain lahh
bowling...

sukahati said...

riz - tengkiu2 :D

kematz - alahh....nk eksen jugak tuh. Bg la can aku nak eksen pulak. Asik ko jerk...huh :p

Iszuanie Che Ilias said...

x adil tau wat mini gath tak jumput kiter pun nyampah tul....

sukahati said...

eyswanie - hehe...aloh..aku tatau kontek no korang lah

en_me said...

tahniahhhh..

sukahati said...

en_me - tahniah ajer?? :D

nhanania said...

hahah kt blog chan aku da nmpk bentuk botol tu..hahah

sukahati said...

nany - aku serius tak perasan bentuk botol...smpi la dah balik rumah :p

kasut-gombak said...

ini bukan spam yek/virus/MLM (eii) atau skim cepat kaya.
ni untuk akhirat nih.

Jualan Amal Salam 2009.

Yayasan Salam Malayia akan mengadakan Jualan Amal Salam di Amcorp Mall pada 11 dan 12 April. Kami sedang mengumpul barang untuk dijual.
Kami perlukan bantuan anda.
layari http://www.salam.org.my untuk maklumat lanjut.

terima kasih..

sykn's said...

dasat tuu.....

wooo..gi berkampun baru tak ajak pong ..:P

sykn's said...

dasat tuu.....

wooo..gi berkampun baru tak ajak pong ..:P

sukahati said...

sykn - aik...bukan eena atau feena ader kontek ker??

 

Blog Template by YummyLolly.com