Hari sabtu lepas pergi kenduri kahwin Zul. Tapi pergi sebelah isteri dia, Shima dekat Seremban nun. Kunun nak berlepas dari KL pukul 10.30 macam tuh. Tapi terlambat pulak. Biasalaa...weekend kann. Paham2 sendiri sudehh :p. So berlepas pukul 12 dr kl selepas amik Pza dan Kak Tora. Kire ngam2 la sampai, pukul 1 lebih kurang. Pengantin pun tak sanding lagi. So kitorg terus ngap dulu. Abis makan jer, pengantin berarak nak bersanding. Pastuh sesi bergambar dan kemudian kitorg terus balik. Tak sempat pun nk tunggu pengantin sbb pengantin cam lambat jer. Itu belum mkn lg tuh, tgh bersanding. Kalo nk tunggu, makin lmbt la kitorg balik. Pengantin mkn dah la lambat :p.
Zul neh member seper'ym'. Haha. Tapi memula kenal dlm irc. Masa tuh aku dalam kelas OPAC kat library Um. Dia kat Jepang sanun. Bosan punyer psl, masuk mirc. Time tuh biasalah...nakal sikit. Sekarang aku baik giler (sila percaya atas risiko sendiri :p). Pastuh tuka2 ym sbb aku kt kolej pakai ym jek. So skang neh dah 6 thn aku kenal Zul neh dan beliau merupakan antara rakan se'chatting' yang rapat. Kalau nk mengadu domba, beliau merupakan salah seorang la rakan yg aku cari juga. Tapi nasihat beliau kadang2 kurang praktikal. Jadi selalunyer aku abaikan. Tapi sblom beliau kenal Shima, dia yg selalu mengadu domba kat aku psl skandal2 beliau. Aku sbg pendengar yg setia (sila muntah hijau), dengar jer la kan ... dan berlagak seperti aku ini Prof Izi Hj Ali memberi nasihat dan panduan hidup kepada beliau. Renung-renungkan dan selamat beramal~~~~~. Alhamdulillah kini beliau sudah menemui jalan hidupnya :p. Sambung balik. Aku juga selalu menjadi mangsa untuk beliau membebel tak tentu pasal seperti apabila rakan sepejabat beliau bermulut busuk dan memakai pakaian sexy yang menambah dosa beliau. Motif?Nak membebel kat aku?? Tapi itula yang selalu beliau lakukan. Walopon rapat, tapi kadang2 mulut beliau tak bleh blah jugak. Pernah la jugak aku terasa hati ngan beliau sampai tak memberi respon terhadap apa2 msg ym beliau. Ada la dalam 2 ke 3 bulan jugak. Tapi beliau gigih ym aku jugak. Haha. Dan sebagai seorang yang pemaaf(muntah biru pulak yer), lama-lama aku lupakan hal tuh jugak. Takkan nk putus kawan psl hal2 kecilkan??
Ms pegi kenduri hari tuh, aku macam tak percaya dia neh kawen. Hahaha. Sbb ada suatu rs cam, 'kawen jugak dia ni'. Rasa spt aku neh kakak yang baru jer tgk adik dia kawen. Hahahaha. Selain itu yang menariknyer hbgn chatting antara aku ngan beliau ini ialah, kitorang bleh diskas satu-satu headline dalam paper. Selain topik2 mengadu domba, topik2 headline dalam paper laa yg kitorg selalu sembang. Dr politik ke jenayah ke isu semasa. Isu hiburan agak kurang. Lagipun kalau isu hiburan aku carik kematz :p. Beliau ini kedekut kawan. Kawan aku, ramai yg dia kenal...iaitu Ila, Nany, Pza, Mun, Yan. Tapi antara 5 orang ini, belum tentu mereka mengenali masing-masing.
Pasangan beliau, Shima aku rasa merupakan yg terbaik untuk beliau (berdasarkan pemerhatian aku terhadap skandal2 beliau yg lepas). Yang lepas, stailo mailo. Yang ini, nmpk humble, jenis tak cerewet. Serius, sgt lain dr yang dulu. Mungkin beliau dah tua agaknya, semakin matang dalam membuat pilihan :p.
Jd kepada Zul & Shima, semoga perkahwinan korang berdua dirahmati Allah. Tak lupa juga, semoga berjaya la hendaknya berhempas pulas menyambung persekolahan di Jepang nnti.
Oklah. sekian sahaja kisah mengenai rakan aku. Sbnrnyer aku nk tepek gbr kawen dia jer kt entry ni. Hahaha.
***
Dr Seremban hantar Nino pulak balik rumah nyer kt Alor Gajah. Biasala, nak bersiap2 untuk rombongan Nek Esah ke Ampang :p. Sbnrnye rombongan kahwin abg si Nino pulak hari ahadnyer tuh. Hehe. Kul 4.30 aku pun pulang berdua ker kl bersama kak tora. Sepanjang perjalanan dr Melaka tuh hujan sampai kl. Siap jem lg dr bangi ker upm sbb air tasik upm tuh naik smpi atas highway. Kul 7 lebih baru aku sampai rumah.
***
Tak lupa juga kepada Riz aka Metalrizca yang juga melangsungkan perkahwinan pada ahad lepas kat seremban jugak. Tak dapek la den nak poie lagi. Ponek dah duduk atas jalan raya sepanjang hari ari sabtu lopeh. Jadi disini diucapkan semoga perkahwinan anda dan pasangan diberkati olehNya juga.
***
Soalan Trivia: Siapakah Nino?? :D.
Sape dapat jawab soalan ini aku akan belanja tgk American Idol live kat 8tv dirumah masing-masing :p.
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Nino.. bila dia ada nick baru..
aku cuba try test teka nengok...
PZA....
heheheh :P
Yaaa.....ayuhh aku belanja ko tgk American Idol malam ni....kt 8tv rumah masing-masing
Ermm..
kaler hijau??
Ikut tema ekk??
Bagus..bagus..
Cantek maa..
Sue??
Ko bila lagi??
hehehe
Aiyoh missgee...ikut tema khemah jer :p...pengantin baju kaler kelabu ungu. Soalan tuh hanya Tuhan yang tahu...wahhhhh :p
musim kenduri la yek kat msia. sana sini aku tgk org wat kenduri.. kenduri ko??? =) mesti ko bengang org tanya soklan tu...
izan - tau takper :p
oit2.....oiiiittt!! hampeh
Hahahaa
Post a Comment