Oh oh....selamat menonton filem ini semalam selepas menunggu setelah sekian lama. Overall aku bagi 3 bintang sahaja untuk filem ini. Seperti aku jangka, Maya Karin memang tak sesuai membawa watak Izzah dengan pelat yang beliau ada. Aku pun tak pasti pelat mat salleh atau pelat apa yang ada pada dia tapi yang penting butir bicara skrip beliau mencacatkan watak Izzah seorang gadis kampung. Tambahan pulak dalam filem ini Izzah adalah seorang ustazah yang mengajar mengaji *tiada dlm novel. Lakonan Aaron Aziz pula, biasa-biasa sahaja. Tiada yang menarik lakonan beliau dalam filem ini. KL Gangster masih merupakan lakonan terbaik beliau setakat ini, bagi akulah. Watak Mila Amylia yang dilakonkan oleh Lisa Surihani, bagi aku bolehlahh. Untuk Lisa Surihani yang kita nampak lembut, kira dia berjaya juga nak bawak watak perempuan yang agak garang camtu. Tapi itulah, bagi aku dia sekadar dapat membawa watak emosi tapi tidak pada personaliti. Sbbnya, Mila Amylia adalah seorang model terkenal, penggoda. Lisa Surihani sangat kurus untuk seorang model. Pakai baju seksi pun macam tak ada apa-apa :p. Tak nmpk macam model dan tak nampak gaya penggoda pun. Haihhh...
Dari segi jalan cerita, kalau anda bukan pembaca novel tersebut maka filem ini boleh dikategorikan sebagai best la jugak. Tapi jika anda seorang pembaca novel Ombak Rindu, maka filem ini mungkin akan membuatkan anda sedikit kecewa. Diulang...hanya sedikit. Tapi jangan kecewa kerana kekecewaaan anda semua akan terubat dengan kehenseman Aaron Aziz :D. Terlalu banyak olahan pada jalan cerita yang tidak bersandarkan pada novel. Maka bagi aku jika dilihat filem ini sebagai suatu adaptasi novel, maka filem ini tidaklah berjaya sebagai sebuah filem adaptasi. Tapi jika dilihat dari sudut sebuah filem genre drama-cinta-airmata yang hanya mengambil sedikit jalan cerita didalam novel sebagai rujukan maka filem ini berjaya.
Filem ini juga banyak bergantung kepada soundtrack yang sangat membuai-buai. Ya...soundtrack filem ini sangat sesuai dengan jalan cerita dan jika diperhatikan liriknya juga bersesesuaian. Maka soundtrack filem ini berjaya membawa mood setiap babak.
Keseluruhannnya, adakah aku kecewa?? Rasanya tidak. Tidak sekecewa aku menonton Nur Kasih The Movie. Ya, filem ini masih boleh diberi peluang dan masih boleh berdiri sendiri tanpa bersandarkan pada status 'adaptasi novel'. Adakah anda memerlukan tisu? Err....aku bawak tisu tak guna pun. Hahahaha.....ada la part sedih. Tapi takder la menangis tersedu sedan. Sedih lite-lite sahaja. Tapi boleh la sediakan juga tisu jika anda seorang yang punya hati yang rapuh tak sekeras hati saya ...kot :p.Tapi Abang Aaron Aziz saya menangis berbakul-bakul dalam filem ini. Jika nk tgk Aaron Aziz mennagis...maka pergilah tonton :p. Tapi ada certain babak dan sekeras2 hati saya tidak pula membawa saya untuk ketawa pada babak yang tak perlu ketawa! Tapi ramai pulak penonton yang ketawa dan ....aku jadi pelik. Serius tak paham apa yang diorang gelakkan. Hmm
p/s : Suatu kenyataan yang perlu anda ketahui. Saya hanya minat Aaron Aziz sebab beliau hensem sahaja. Bukan dari segi lakonan. Bagi saya lakonan Remy Ishak, Zul Huzaimy lebih berkesan. Aaron Aziz?? Biasa-biasa sahaja. Jadi jangan ingat segala tentang Aaron Aziz saya akan puji. Contohnya drama 'Kekasih Awal dan Akhir' di tv9 arahan Aaron Aziz. Drama ini sangat tidak relevan dan rasional dan tah hape-hape. Dan saya tidak akan bagi lakonan Aaron Aziz 5 bintang hanya kerana beliau hensem. Sekian :p
TAHAP KERADANGAN TERLALU TINGGI
18 hours ago