Monday, July 9, 2012

Kempunan baju designer

Sabtu lepas, selepas ber-warehouse sale di Ampang terus ke Tesco Ampang. Misi utama adalah untuk beli baju kurung buat raya selain dari nak mengisi perut yang lapar.

Selepas makan tengahari kat Warung Santai yang sedap sekali makanannya sampai orang queue nak makan situ, terus zasss masuk dalam Tesco. Oleh kerana dah tau nak beli apa, terus je meluru ke bahagian pakaian wanita. Bila jumpa, dari perasaan excited jadi down terus. Baju saiz kak Suka nak hanya ada tinggal satu design jer yg mana design tuh kak suka tak berkenan pun.

Tuh la penangan baju rekaan Rizalman Ibrahim. Sedangkan baju tuh baru hari Sabtu tuh dijual di 20 cawangan Tesco. Boleh bayangkan tak....hari pertama dah hampir terjual semua dah. Yang tinggal 2-3 helai yang bukan saiz kak suka pun. Ada pulak 2-3 design yang dah sold out habis. Masa kak suka tgh tgk koleksi yang tinggal tuh dalam keadaan kempunan, ada sorang akak ni datang dalam keadaan tergesa-gesa. Then dia cakap, 'Saya pagi tadi pegi Tesco Mutiara Damansara, dah habis. Lepas tuh pegi Tesco Shah Alam pun habis. So this is my 3rd Tesco'. Kemudian beliau terus grab setiap satu design yang ada (beliau agak plum...so ada la saiz beliau. Huhuhu. Tapi tak pasti la kalau Tesco akan restock atau tak. Sebab dari facebook Rizalman sendiri ada tulis koleksi ni terhad. Hukhukhuk.

Kak suka sangat keciwa hokey. Bukan senang nak pakai baju Rizalman. Ni dah la harga agak berpatutan dari RM200 ke RM250 sepasang. Rekaan Rizalman lagi. Kalau beli baju manik2 penuh yang jual banyak-banyak kat booth dalam Tesco tuh pun harga lebih kurang jer. Rekaan Bandung ngan Ho Chi Minh jer. Hehe.

Tapi dah takder rezeki. Kalau  tak mesti kak Suka beraya dengan baju Rizalman gitu. Kerlassssssssssssss! :p .

Oh..kak suka suka ketiga-tiga design diatas ini. Yang kiri tuh dah sold out masa kak suka sampai. Huhuhu


Yang paling atas, ketiga-tiga nya cantik. Tapi sebab ianya macam kurung kedah, pendek dan tak tutup bumper kak suka yang macam terlebih baking powder, terpaksa rejek. Lagipun mmg dah takder saiz pong...huhuhu. Yang kiri bawah tu jer ada satu saiz kak suka. Cantik tapi colournya terang sgt dan sekali tgk macam baju renang pun ada :p. Yang bawah tengah, kak suka tak minat. Yang bawah kanan, kebaya lace. cantik kalau anda free hair. Dan seperti biasa, atas punggung. Reject~



Yang kiri juga sama gambar atas. Kebaya lace. Mmg cantik. Yang dot dot dah sold out masa kak suka sampai. Yang kanan tuh paling cantik, tinggal satu helai jer lagi saix XL. Huhuhu.




...
...
...




Tapi kak Suka baru dapat tau, Jovian Mandagie pun ada keluarkan koleksi raya ready to wear jugak. Wowowowwwww! Tapi mahal skit. Eh bukan skit...banyak juga. Ciss! :p




Himpunan koleksi raya dari Jovian Mandagie


***

Update 10/07 - Koleksi Jovian di jual di First Lady terpilih dan secara online oleh ZALORA

***

Update 17/07 - Aduhai....koleksi Jovian kat ZALORA pun dah habis. Tengahari tadi tengok ada tinggal 3 design saja lagi...hukhuk

Update 17/07 - Takper wahai kawan-kawan yang belum dapat baju raya dari Rizalman atau Jovian, marilah kita tunggu pula rekaan dari Radzwan Radzwill yang berkolaborasi dengan ThePopLook.....weeee :)

Sedikit teaser dari ThePopLook


Update 18/07 - official announcement dari JM facebook page

OFFICIAL ANNOUNCEMENT :
Yes, Jovian by JM will be released in few batch. 2nd Batch will be released on the 22nd of July ; ZALORA, FirstLady Boutiques Jalan TAR, SHAH ALAM, MALACCA, PENANG, & JB.
3rd Batch will be on the 29th of July. Which designs comes in which batch will not be informed. We want to keep on surprising you ;)
Keep on following us here for latest update! Have a pleasant evening everyone.

 



4 comments:

HaZiFah said...

koleksi Jovian Mandagie tu cam 70an->80an nyer bj~ :p

sukahati said...

masih suka rizalman sbb simple...tak extravaganza sgt...bleh pegi mana2 tanpa segan silu....tapi jovian pun cantik juga...tp nk bawak g keje ke macam tak sesuai

missgee said...

Baju aku byk rekaan dari Bandung..
Ntah bila nak pakai baju Rizalman..
Takpe arr layan nengok gambar aje
pun cukup kot..

sukahati said...

baju aku lagi la....rekaan jalan TAR jer~

 

Blog Template by YummyLolly.com