Thursday, July 12, 2012

Beng Hock

Dah lama aku tak update pasal teaterkan? Biasa la, mood baru nak aktif berblog dah kembali. Tapi aku pasti mood ni  sekejap jer. Selepas ni aku akan kurang mengadap internet, jadi dah pasti mood berblog akan hilang kembali :p.

Sabtu lepas aku telah menonton Teater Beng Hock di KLPAC. Ini adalah teater kedua aku untuk tahun ini. Dah lama jugak sebenarnya tak menonton teater. Istana Budaya pun aku rasa tak ada teater yg benar-benar best untuk tahun ni. Teater pertama aku tonton tahun ini adalah teater 'Rompakan Bersepadu' kat Stor DBP yang aku tak tulis pun entrynya sbb time tuh mood berblog hilang entah kemana. Tapi dalam satu ayat, aku akan katakan teater 'Rompakan Bersepadu' adalah best dan tak sabar nak tunggu sambungannya sebab ia adalah teater trilogi :D. Menarikkan?

Ok, berbalik semula ke cerita mengenai teater Beng Hock. Teater ini mengambil kisah tragis mengenai kematian Teoh Beng Hock. Teater ini dikatakan dibuat berdasarkan laporan dari Suruhanjaya Diraja inkues kematian Beng Hock. Jadi teater ini sangat menarik untuk ditonton. Tapi dari segi jalan cerita sama ada ianya tepat atau tidak dengan laporan Suruhanjaya Diraja, aku sendiri tak pasti. Sebab aku pun tak pernah baca laporan tersebut.


Kalau dilihat dari sudut politik, maka aku akan katakan teater ini adalah berat sebelah. Sepanjang babak untuk watak Beng Hock, watak tersebut hanya memberi body language dan facial expression sahaja. Tapi watak-watak penyiasatnya sahaja yang mempunyai dialog. Ianya suatu babak persembahan yang menarik bagi aku. Aku rasa babak itu dibuat sebegitu untuk memberi fokus hanya kepada tindakan yang telah penyiasat2 tersebut lakukan terhadap Beng Hock. Tapi  seperti aku katakan tadi, jika pandang dari sudut politik maka ianya berat sebelah.

Apapun aku lebih suka untuk melihat teater ini sebagai sebuah fiction.Yang mengambil suatu watak sebagai subjek penceritaan. Tapi oleh kerana subjek kali ini adalah suatu subjek yang berkaitan dengan politik, aku rasa agak kurang pasti jika penonton dapat melihat teater ini sebagai sebuah fiction. Bagi aku secara peribadi, teater ini sebuah persembahan yang agak menarik. Walaupun persembahan hanya mengambil masa 45 minit, tapi  ada masanya terasa macam lama. Mungkin kerana babak-babak yang berulang kali mungkin. Pelakon-pelakonnya iaitu Ameerul Affendi dan Aloy Paradoks bukanlah nama asing dalam teater indie. Jadi keberkesanan lakonan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ok dah. Takde idea dah. Sekian.







1 comments:

twinscraftlife said...

HI~ this is twinscraftlife!^^ 안녕하세요^^ We sell purely handmade items^^ pls visit our blog^^ 감사합니다, 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

 

Blog Template by YummyLolly.com