Friday, May 27, 2011

Motip Nur Kasih?

Tiba-tiba aku bersemangat nak review pasal filem Nur Kasih. Hahaha. Aku tau...aku bukan seorang reviewer filem yang baik. Menonton filem pun ada la setahun 2 ke 3 kali. Itu pun kalau filem yang benar2 menarik minat aku ke panggung atau ada orang ajak tengok :p. Lain-lain aku lebih selesa menonton tv kot :p. Aku saje nak review sbb drama Nur Kasih merupakan sejarah dalam drama islami tanahair. Jadi aku pun nak jadi sebahagian sejarah juga. Hahahah. Yer la....kalo dah tiap minggu layan Nur Kasih, takkan mau ketinggalan pulak filemnya kan? :p. Lagi satu sebab ramai sangat yang cakap filem ni best, tapi aku pulak sebaliknya :p.

Terus terang, sebelum aku menonton filem neh lagi aku sudah rasa ianya bukanlah sebuah filem yang hebat. Kerana aku dapat rasakan ending cerita ini tetap Nur akan bersama Adam. Yer....cliche. Aku tak suka sesuatu yang cliche. Sesuatu yang lari dari kebiasaan, yang tidak dapat dijangka akan membuatkan sebuah cerita itu lebih menarik bagi aku. Ok...ini adalah masalah aku sendiri. Sebab tu aku tak suka spoiler apabila menonton filem atau drama atau baca novel. Kalau aku mahu membaca sebuah novel trilogi, aku takkkan baca buku kedua sebelum habis membaca buku pertama. Aku sanggup tutup telinga dari dengar orang cerita spoiler :p.

Awal cerita, aku bosan. Belum sempat aku rasa nak kesian kat Aidil sebab baru kehilangan isteri, terus Nur Amina spoilkan kesedihan aku dengan dugaan dia belum dapat zuriat. Ini betul-betul mengganggu. Pastu tiba-tiba dia mengandung pulak. Pastu gugur. Pastu pergi tanah arab. Pastu ...pastu...pastu. Byk sangat kejadian-kejadian tragik. Rentetan babak-babak ini bagi aku bergerak cepat sangat dan terlalu banyak. Sampai aku rasa bosan sebab aku tak sempat hadam perasaan aku tiap babak sebab dari satu babak ke satu babak terlalu laju dan banyak. Terus aku rasa cerita ni dah tak relevan. Hahaha. Aku rasa kalau babak aidil sedih dengan kematian isteri dikupas lagi dalam dan panjang berserta emosi anak2 beliau, cerita ini akan lebih syahdu. Ini tidak, emosi anak2 Aidil macam terlompat2 jer. Kemudian aku rasa lagu tema cerita Nur Kasih ni kurang dimainkan sepanjang cerita. Tak feeling Nur Kasih bila tgk citer ni.

Bagi aku filem ni taraf stok-stok telemovie jer. Pujian adalah dari sinematografinya. Tersangatlah cantik. Babak-babak kat padang pasir/tanah arab sangat cantik sampai aku terfikir, kalau dalam filem pun cantik sebegini, bayangkan kalau ada di depan mata. Subhanallah. Terus aku rasa nak melancong ke sana time tu jugak :p. Lagi satu aku rasa pujian adalah pada jalan ceritanya. Cerita ni keseluruhan adalah pasal cinta dan kesetiaan. Cinta islami. Cinta Aidil pada isterinya yang ditunjukkan pada babak awal di mana Aidil bersedih dengan kematian isterinya. Cinta dan setia Nur Amina pada Adam hingga mati. Setia Aidil yang berada dengan Nur Amina hingga tua. Dan sudah pasti juga cinta pada Tuhan. Dugaan datang melanda pun, redhalah dengan qada dan qadar-Nya. Kembalilah kita pada Tuhan bila ujian melanda. Kemudian cara pembawaan cerita ni boleh la juga diberi pujian. Kesan flashback2 tu.....ok la. Lain dari yang lain. Macam tgk citer Edward the Scissors Hand. Last2 Kim yang dah jadi tua menceritakan semula kisahnya. Cuma yang Nur Kasih ini, bukan Nur Amina yang cerita semula.

Cuma aku tak faham macam mana ada orang yang boleh menangis tengok cerita ni. Sbbnya aku tak menangis pun. Ok...mungkin aku yang ada masalah jiwa. Hahahah. Dari lima bintang, aku akan bagi dua bintang sahaja untuk filem ini. Satu bintang utuk sinematogafinya dan satu lagi bintang untuk jalan cerita serta lakoanan mantap pelakonnya. Aku adalah peminat tegar filem Khabir Bhatia. Dari Cinta, ke Sepi, ke Setem, semuanya aku suka cuma filem ini agak mengecewakan aku.

5 comments:

missgee said...

Aku kasi "Like" okeh..

P/s: Bila ko bersemangat menulis.. Cara penyampaian menarik.. Isi dihuraikan dengan jelas.. So aku bagi 5 bintang dari 4 bintang :)

HaZiFah said...

missGee: uwah~ 5bintang dr 4bintang?
nih bintang tuk Movie nyer ke? atau bintang tuk cikSuka yg mengulas panjang lebar~~yg kiranye xyah g tgk kat wayang dh tau jalan cter~ hehehe

Mama Adam-Maritza said...

aku tggu cite ni masuk astro first...nk donlod. hahahha... :P
sbb dulu merong pong kater kt panggung jer, alih2 masuk astro first gak. tp cite merong, lg mereng aku layan..sgt sejarah..adoi. patutla spm, sejarah aku dpt C3 :P

sukahati said...

MissGee - pehhh....sampai terlebih satu bintang ko bagi...hehe...bila ada mood berkobar nak menulis...time tuh jugak kene menulis...takleh tangguh2....kalo tangguh terus jadi malas

Pza - Aku rasa 5 bintang tuh ntuk remy ishak kot :p

Momma Muni - hah....dah anak tecit....tgk astro first jer ler...tgk wayang pun bukan best sgt pun citernyer :p

HaZiFah said...

sukahati: haha~lupa lak ada RemyIshak di situ~~ :p

Mama Adam-Maritza: best ar~~bleh rekod² hehe...ko rekod then bleh burn ke cd tak?..bg aku la satu copy wei~~~ :p

 

Blog Template by YummyLolly.com