Selasa lepas sempat layan tgk cerita Ketika Cinta Bertasbih kat tv9. Aku tak pernah baca bukunya. Tapi dari segi filem, mmg banyak pengajaran yang best untuk kita ambil iktibar walaupun hero dan heroinnya tak hensem dan cantek pun. Tapi basically kesimpulan dari cerita ni mmg pasal jodohlah. Jodoh?! Yaa....itu yang aku suka....hihihi.
Pertama, filem ni mengajar kita untuk mencari jodoh yang baik-baik walaupun rasa macam terdesak je...LOL :p. Contohnya dalam satu scene dimana ibu Khaerul Azzam cakap yang dia dah nak sangat tgk Khaerul Azzam kahwin. Kemudian Khaerul Azzam balas, calon yang dia pilih iaitu Rina dan Eliana semua ibunya tolak sbb tak berkenan. Rina perangainya lepas subuh tidur balik *danggg. Eliana pulak tak pakai tudung. Jadi ibunya menolak kedua2 calon ini walaupun nak sangat menantu. Scene ini nak mengajar kita bahawa walaupun kita terdesak untuk berkahwin, kita masih perlu untuk memilih pasangan yang baik-baik. Bukan tangkap muat je asalkan kahwin. No No No okeh!
Pastu pengajaran kedua, kalau mahu jodoh yang baik-baik, maka carilah agen yang baik-baik juga. Contohnya Khaerul Azzam telah memilih Kiai Lutfi untuk mencarikan jodoh untuk beliau dan akhirnya, dapatlah beliau Anna AlthaFunnisa yang bijak dan baik itu.
Pastu pengajaran ketiga, sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya walaupun kejadian itu buruk. Balik sahaja Khaerul Azzam dari rumah Kiai Lutfi dengan maknya, diorang terlibat dengan kemalangan di mana ibu Khaerul Azzam telah meninggal dunia. Khaerul Azzam pulak cedera, patah tulang kaki kot. Tapi kejadian ini menjadi sebab untuk Vivi berkahwin dengan orang lain. Dengan kata lain, dah memang diorang berdua takder jodoh. Begitu juga perceraian Anna dan Furqan. Kalau difikirkan, takkan anak seorang Kiai , alim dan bijak pun bercerai berai. Tapi itulah sebab untuk Anna dan Khaerul Azzam berjodoh.
Pengajaran yang akhir sekali, sejauh mana kita berlari atau ceruk mana sekali pun kita redah untuk mencari jodoh tapi Allah kata belum, maka kita tetap takkan jumpa. Khaerul Azzam tuh memula suka Anna. Tapi Anna dah dipinang Furqan. Kemudian Eliana dan Rina, ibu dia plak tak suka. Kemudian kenal adik ipar kepada kawan adik dia, tapi mak perempuan tu pulak tak bagi anak dia kahwin dengan anak sulung. Kemudian kenal Vivi, dah bertunang pun, tapi Khaerul Azzam terlibat eksiden. Mak bapak Vivi plak terima lamaran orang lain sbb kunu Khaerul Azzam lambat sembuh. Tgk...berapa banyak Khaerul Azzam telah kecewa demi untuk mencari jodoh. Tapi akhirnya jodoh dia dengan Anna jugak. Mengapa ini semua terjadi kawan-kawan? Yaa.....kerana jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia mengetahui. Usaha itu hanya suatu sebab. Jadi tak payah la penat-penat mencari jodoh yer rakan-rakan seperjuangan sekalian...hehe. Ini bercakap dari pengalamn sendiri ni. Setelah letih berkejar-kejar, pada suatu tahap kita akan berhenti mengejar. Kemudian kita tunggu dan redha. Huhuhu. Dah penat!
BAHAYA BERLEBIHAN DOS SUPLEMEN OMEGA-3
7 hours ago
5 comments:
Aku dah tahap terakhir..
"Berhenti untuk mengejar"
Malas arr kasi serabut otak..
Single tapi bahagia
tue lebih baik dari kawen
tapi hidup menderita..
P/s: Tapi yang tak bestnyerrr
kekadanghati itu terusik jugak..
hurmmmmm...
hati terusik tuh macam selalu jer....tapi hidup kene kuat! :p
"Love is like a butterfly, it settles upon you when you least expect it."
nokk mak pun baru tgk citer tu kat channel Pelangi...pastu terus pasang niat nak subscribe pelangi...kerana cerita ni.....
Mak suka la citer2 indon gini..terbuai2 rasanya kan..btw...jgn la sedih2 nok tgk citer ni.....ko tgk watak2 hensem je k ...
Tul tu...jodoh xpayah dicari....xsemestinya kita akan berkahwin dgn org yg kita...Allah dh tetapkan sapa yg terbaik utk kita...:)
Post a Comment