Friday, March 20, 2009

Acara menonton teater secara solo


Kelmarin aku berkesempatan menonton teater Sirah Junjungan kat Istana Budaya. Selepas rasanya hampir sebulan aku mengajak rakan2 yang lain tapi sampai la kelmarin takder sape sudi nak temankan aku pergi tgk. So layan la aku sorang2 pergi tgk teater ni. Yerlaa...kena la juga biasakan diri. Suatu hari nnti kita akan ditinggalkan juga kerana rakan-rakan semua akan berkeluarga. Wahhh...ayat merajuk ker haper :p. Aku beli tiket pun sehari sebelum pementasan. Budak yang jaga kaunter aku nk beli tiket tuh pun pelik aku beli tiket untuk seorang, sampai dia cakap, "ish...ish...ada jugak yer orang nak tgk sorang-sorang". Hampehkan?? :p. Tapi aku pedulik apa. Asalkan aku dapat tgk sudehhh.

Aku sampai 8.25mlm. Bajet masuk panggung jer, pementasan pun mula la kunun. Tapi pementasan mula agak lewat. Rasanya pukul 8.40 rasanya mungkin sbb menunggu ketibaan tetamu vip. So sementara tuh termangu-mangu la aku keseorangan. Orang lain semua dok bersembang ngan member masing2. Nasib baik dok tepi. Kalo dok tgh, lg la mcm org bodoh :p. Ramai jugak yang menontonnya, walaupun masih ada kerusi2 kosong. Antara tetamu vip semalam ialah Datuk Dr Mashitah dan keluarga, Datuk Mukhriz dan isteri dan juga pihak media. Dalam panggung sebelum pementasan nampak Faisal Tehrani kalau tak silap. Lepas pementasan kat lobby nmpk Rosyam Nor pulak.

Pementasan bermula dengan alunan suara Siti Nurhaliza. Wahhh...sungguh lunak merdu. Seat aku barisan no 2 dari depan dan paling tepi sekali. Jd, mula pementasan tuh Siti tak muncul pun kat pentas tapi dia nyanyi kat bawah jer, area orkestra. Dari tmpt aku ddk mmg direct nmpk dia nyanyi kat bawah. So, aku tak dapat nak fokus kat apa yang berlaku atas stage sbb nk tgk Siti :p. Sehingga pertengahan persembahan pembukaan tuh baru la aku berkata pada diri sendiri, "Hoi, aku nk tgk citer neh la, Siti sat2 lagi boleh tgk!". Haha. persembahan pembukaan tuh juga ada pelakon yang datang dari belakang iaitu dr bhgn belakang penonton terus ker stage. Ingatkan awal2 persembahan jer mcm tuh kot nak buat gimik. Tapi sbnrnyer sepanjang persemabahan ada kejutan2 pelakon yang dtg dr tempat penonton. Ada sekali tuh , ada pelakon yang pakai jubah putih dtg dr belakang terus ke sebelah aku. Wahh...tekejut hakak tau.

Scene dimana orang-orang Quraisy seksa kaum muslimin mmg real laa. Ader sorang tuh kene pijak perot betul2. Aku pulak yg rs senak ms tgk tuh. Yang perempuan pulak kene tarik betul2. Seb baik aku bukan pelakon :p. Kemudian babak Abu Jahal and the gang tgh pikir cara nak memusnahkan Rasulullah SAW, ada setan2 yang keluar menari2, mengelilingi api dan menghasut Abu Jahal and the gang. Waktu tuh aku rasa, agaknya mcm ni la setan menari2 bila kiter buat benda yang tak baik. Mmg rasa aura kejahatan pd babak tersebut. Babak saat kewafatan Rasulullah SAW adalah babak yang sungguh menyedihkan. Taktau la pd orang lain, tp pada aku sungguh terasa. Mmg boleh buat mengalir air mata. Narrator pun sebak bila cerita psl kewafatan Rasulullah SAW ni. Siapa yang tak kasihkan Rasulullah SAW kan?

Dari segi narrator pon best. Lakonan Vanidah terlalu sedikit dan dia pun berlakon balik tabir jer sbg Siti Khadijah. Lakonan Rebecca sbg Hendon, isteri Abu Sufian mmg harus diberi pujian. Watak Hendon yang oenuh dendam kesumat berjaya dibawa dengan baik. Best sgt. Cuma aku rasa, pelakon2 extra kurang pengalaman mungkin. Kadang2 nampak kaku dan kurang kemas. Tarian pun sama, tak kemas dan tak seragam. Set pula, tak gempak sgt la aku rasa. Tapi perlu paham lahkan, teater neh tak daoat sponsor. jd mungkin kekangan kewangan membantutkan. Dari segi nyanyian, apa perlu ke aku pertikaikan suara Siti Nurhaliza dan Salleh Brothers?? Tak perlu la kan sbb mmg best pon suara mereka. Pilihan-pilihan lagu pulak kebanyakan nyer tak silap aku adalah dr lagu2 Raihan. Aku sgt suka bila Siti menyanyi lagu 'Nabi anak yatim'. Tapi aku rasa mic tak berapa nk clear la. Aku kadang2 tak dgr butir apa yang Siti nyanyi. Atau mungkin aku terlalu dekat ngan orchestra. Disebabkan teater ini banyak menggunakan bayang2 dan kelibat, maka pelakon byk yang bersuara sedap. Yang jd Bilal tuh, bila dia nak azan dalam satu scene tuh...suara dia sedap sekali. Suara latar Rasulullah SAW pun best sekali.

Secara keseluruhan aku rasa pementasan ni mmg best.Tentang hal-hal kecil yang aku komen dia atas bukan la suatu isu kerana yang lebih penting dalam naskah islami ini adalah kisah riwayat Rasulullah SAW itu sendiri. Bila aku dah tgk, baru la aku nak ingat balik sirah2 yang aku belajar masa sekolah dulu. Dan betapa kadang2 kiter terlupa ttg perjuangan junjungan besar kita. Tahniah kepada Erma Fatima dan team Sirah Jungjungan kerana berjaya mengangkat riwayat Rasulullah SAW kesebuah pementasan. Pasti, untuk mementaskan naskah islami ttg junjungan besar ini adalah suatu tugas yang berat dan mencabar.

Kepada yang tak tgk, pergi la tgk. Masih ada 3 malam untuk pementasan. Tak rugi beb. Kalau takder kawan nak diajak, pergi jer tgk sorang2 mcm aku :p. Yer, tiket agak mahal. Lebih mahal dr Pramlee the Musical. Tapi perlu diingat lg sekali bhw teater ini tidak mendapat tajaan dari badan korporat.

Baju Siti sgt cantik :p


"Ketika Islam dicabar..Rasulullah S.A.W dihina. Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang diyakini."


Takder gbr Siti masa autograph session sbb orang dah kerumun2. Malas aku nk berebut. Jd tepek gbr neh sudehh.


Cantik pulak gbr time orang tolak aku neh...haha

7 comments:

missgee said...

Sue..
pasni ko ajak arr aku..
takde arr ko pegi sorang2 :p

Ermm..siti dah kurus??
tercabar aku weh..hehehe..

KeMatZ said...

sue awat tak ajak aku...

wahh ko snap gambar..
lawa sioot...
leh ajar aku....

sukahati said...

missgee - eh...ko kat semenanjung ker?? kalu kt semenanjung mmg aku hajakk

kematz - wait seminit...rsnyer dah berkali2 aku hajak
gbr tuh...ms aku klik ader org tolak aku la..hampeh jer

Izan said...

stakat ni aku tak pernah lak gi teater. tp cam best je aku nengok.

sukahati said...

izan - mmg best. Sekali pergi...nk pergi lagik

HaZiFah said...

fakta-fakta:
pd masa yg sama ko g tgk teater itu, cheSu pn ader sama kat sana...dia pn g tgk gak hari yg sama :P cuma korg x t'serempak je

sukahati said...

yer ker?? aku rasa cam tak jer...ku tgk gbr che sue kt fesbuk siti pakai baju lainn

 

Blog Template by YummyLolly.com