Wednesday, February 10, 2010

Lari Malam

Ahahh.....sabtu lepas aku join acara Putrajaya Night Run. Ni firstime masuk acara larian malam-malam. Masuk kategori 7.7km jer.

Pukul 6.30ptg gerak ker Putrajaya. Dalam pukul 7 sampai dah kat sana. Tgh cari parking, Si Nani baru teringat dia lupa bawak Livita. Untuk pengetahuan semua, Livita adalah minuman wajib Nani kalau berlari. Kira Livita tuh umpama steroid bagi dia....hahaha. Aku? Aku takder rahsia kekuatan(kuat ker???) pun sbb aku malas nak pegang apa-apa kalau lari.

Jadi pergi la kami cari kedai pulak kat Putrajaya tuh. Susah betul nak cari kedai kat sini. taktau la kat precint berapa tah.....baru jumpa ada kedai mamak. Nasib baik mamak tuh ader jual Livita. Aku cadangkan 7E explore kawasan Putrajaya ni :p.

Lepas tuh kembali la kami ke kawasan Precint 3 dan terus cari parking. Pastuh terus gegas-gegas solat kat Masjid Besi yang baru tuh. Dekat jer. Best jugak masjid neh....sebab open air. Lanskap mmg menariklah waktu malam. Kematz and the gang boleh buat photoshoot kat sini nnti....haha. Tapi tempat ambik wudhu harus lah jauh. Soalan Trivia! Kenapa masjid2 kat Putrajaya tmpt amik wudhu dia jauh?? Tapi nasib baik ada escelator nak naik ker tmpt solat. Cuma nak cari tmpt letak selipar masa masuk tadi boleh bikin sesat. Huhu. Pastuh boleh pulak terjumpa kakak sepupu aku kat dalam masjid tuh. Sembang-sembang kejap pastuh terus chabut.

Time berjalan nak ker tmpt mula ni, dah dgr bunyi tembakan menandakan acara 42km dah mula. Sampai kat tmpt mula, acara 21km dah mula siap sedia nak berlepas. Ramai gile join acara ni. Yang 42km pun ramai, yang 21km pun ramai apatah lagi yang 7.7km!

Ada 2000 orang yg masuk acara 7.7km. Giler ramai okeh. Ingatkan tak ramai sebab ader acara 42km ngan 21km...tapi tgk-tgk lebih ramai dari biasa. Harapan nak dapat medal punah serta merta. Hahahaha. Giler penat larian kali ni. Mungkin sebab lari malam kot, atau sbb aku pening lari malam byk sgt lampu (aku rabun silau)....atau sbb mee rebus mak Nani yang aku bedal sebelum g Putrajaya......hahahah.

Ini baru masuk 7.7km dan pancit giler. Tapi kagum aku dengan budak-budak gunung ARC. Ada yang 42km...ada yang masuk 21km. Giler tak?? Mmg giler. Acara 21km derang bleh habis dalam masa 2 jam ajer. Hebat tak hebat diorng ni. Patut la masa naik turun gunung dengan beg ebrat tuh diorang bleh berlari-lari ajer. Kagumlah! Aku plak tamatkan larian dalam masa sejam lima minit jugak. Giler takder stamina. Banyak berjalan daripada berlari. Huhu.

Takperla...kira ini warm up untuk larian Hari KL minggu depan. Tapi minggu neh....kita bergembira dulu. Walaupun aku jeles Nani pergi Endau Rompin.....tapi aku redha jer. Aku pun akan bergembira balik kampung dan sambut CNY dengan aktiviti water rafting and caving. Yeehaaaaaaaaaaaaa :D



***


Opss....lupa nak bagitau. Hari Ahad bersambung pulak dengan aktiviti bermain futsal. Gigih giler kan? Tapi aktiviti futsal neh lebih kepada aktivity seronok-seronok. Macam biasa gaya main mmg marveles, tapi bola ntah kemana. Hehe. Snappy snappy lebih dari main bola. Haha. Tapi serius letihss gilerss. Dah la 9 orang jer yang join. Jenuh gak nak habiskan sejam. Kaki dah kejung-kejung. Siap perut pun kejung  :p.

 
Suka gbr ni sebab very the Gol n Gincu :P

7 comments:

missgee said...

Bukan main lagi..
Bola kaler kuning di kaki???
kaki bangku!!!! :P

P/s: Geng2 ko suma kaki lari ekk.. Nasib baik suma pipi tak tembam.. jgn marah sue..hahahaha...muahhhhh..

sukahati said...

missGee - aku tau ko jeles. Takper...ko main jer bola ngan murid2 ko kat padang sekolah...haha

HaZiFah said...

soklan1: merujuk pd gmbo 1st: napa ngan iedung Nani tu?

soklan2: ko dpt ranking nombor berapa masa lari2an tu?

soklan3: aku tgk ko xde la gemuk mana pn (erk...bukan ketegori soklan silap lak hahahha) dulu2 kata nk berat naik sbb kuruszzz~~~ hehehe

KeMatZ said...

hemm...
mana gambar ko ngan medal larian.. motif saving.... choii....

apa apa pun aku suka nengok korang posse di pintu gol tu... nice... :P
congrates....

sukahati said...

Pza -
1. dia tepek Breath Right....dpt free :p
2. takder ranking...haha
3. huihh...aku nk berisi pd tmpt2 tertentu jer....kat pipi, lengan, perot dan peha tanak gemok :p

Kematz - gbr ngan medal untuk simpanan sendiri...choii....mesti la santek grb tuh...sbb aku ader.... :P

Lelaki Autumn said...

baguslah sebab aktif berjoging..perghh

sukahati said...

Lelaki Luruh - saje nak luangkan masa jer :D

 

Blog Template by YummyLolly.com