Thursday, February 18, 2010

Kong Hey Kong Hey!!

Cuti CNY yang panjang, aku amik sehari untuk join Syikin dan rakan-rakan atas anjuran Kema (adik Syikin) join buat water rafting kat Gopeng. Kebetulan aku balik Ipoh, so boleh la join sekali. Ini adalah percubaan pertama untuk try water rafting bagi aku. Budak-budak lain yang join, ramai yang dah pernah try.

Hari Sabtu, pukul 8. Syikin jemput aku kat rumah. Kemudian ke Simpang Pulai amik Dini dan terus ke Gopeng. Sampai pekan Gopeng, tunggu angkatan rakan-rakan yang lain yang terdiri daripada Kema dan rakan-rakan.

Pastuh tunggu brader yang akan jadi guide kitorang untuk tunjukkan jalan nak ke tmpt parking kereta yang sesuai. So kitorang ikot brader tuh, Amy; terus ker Kem Murni untuk park kereta. Dari situ kitorang naik 4x4 brader tuh nak ker hulu sungai untuk memulakan water rafting.

 
Poyo forever!


Sampai ajer amik la peralatan yang disediakan dan ada sedikit penerangan. Time ni dada aku berdebar-debar jugak. Almaklumlah....first time katakan.

'Forward!' 'Backward!' 'On the job!', 'Hold on!','BomBom!'

Pastuh turunkan bot dan terus naik bot. Debar dah kurang. Tapi rasa syiok pulak sbb kene air. Haha. Start ajer dah ader jeram yang kire mencabar jugak. Double pulak tuh. Bila dah lepas jeram tuh......eh....tak la takot pon. Syiok jer. Seronok lagi ada la. Ramai jugak yang buat water rafting arituh. So kene tunggu satu-satu boat nak lepas jeram.

Yang tak bestnyer....silap perhitungan. Pergi time musim panas....air memang cetek. So tak berapa nk mencabar minda sgt. Tersangkut ngan batu jer banyak. Overall mengambil masa dalam 3 jam jugak rasanya. Hanya ada 2 3 jeram jer mencabar....yang lain-lain kurang mencabar. Standard lah sbb Sungai Kampar ni untuk beginners and intermediate.

Samapai Kem Murni, lepak dan solat. Kemudian terus ke Gua Tempurung untuk aktiviti seterusnya. Sampai gua tempurung, kita makan dulu. Lapo wehhh berendam. Makanan makcik kedai tuh mmg sedap jugak. Pastuh terus buat aktivit caving. Aktiviti neh just melawat ajer sampai tower tertinggi dalam gua tuh. Bukan pakej adventure. Kalau pakej adventure mmg mencabar gak ikot kata Syikin yang pernah join. So kali ini aktiviti leisure jer. Masing-masing pun dah penat. Tapi mmg menakjubkan tgk ciptaaan Tuhan. Hebat!!

 
Tak nampak? Sila suluh dengan torchlight :D


Ini second time aku masuk gua. First time aku masuk gua tokong mana ntah. Zaman sekolah rendah. Ada rombongan g tokong :p. Dalam tuh ada patung Budha besarrrrrrrr gila. Time tuh terpikir cemana diorang bina patung besar tuh dalam gua!



Habis tuh...pulanglah kami ker rumah masing-masing. Mengantuk dan penat dan rasa nak cepat-cepat mandi :p. Sbb kitorang pakai baju basah masa main water rafting tuh. Tak tukar baju bersih sbb ingatkan masuk gua kene kotor2.



Kalau ada next time, nak cuba water rafting kat tmpt yg mencabar pulak. Kat hulu selangor atau tunggu time hujan :P dan juga nak explore gua tempurung dengan pakej adventure pulak.



p/s : Package included white water raftin, caving, lunch+tea for RM170 nett.

4 comments:

KeMatZ said...

dammed... mcm mana nak ke gua tempurung tu... one place yang aku memang nak xplore.... pergi tak ajak..... choiii

missgee said...

Baru aku perasan..
Aku sorang je takde
watpe time cuti CNY..
Aku dok umah je..

P/s:Owhh!! Rupanya aku sibuk jadi 'Penunggu umah".. Mesti mak aku bangga ngan aku kan?? :P

HaZiFah said...

wah~~~
best..bagus btl...time cuti penuh ngan aktiviti2...

sukahati said...

Kematz - sah-sah la ko balik Southpark....perlu ker nak ajak?? baik aku assume ko tanak join jer :P. Tapi nnti kita pergi nak?? amik adventure package :D

MissGee - Ala....ko duduk rumah ader sebab. Nak tunggu orang pinang kann??? eh..ader tak yang pinang?? :D

Pza - Penuh aper...sehari jer. Hari-hari lain penuh dengan menonton citer cina dan animal planet jer :p

 

Blog Template by YummyLolly.com