Friday, January 29, 2010

Malang atau lucu?

Aku sangat jarang guna perkataan lucu. Selalu aku akan guna perkataan lawak. Bila orang pakai perkataan lucu....aku rasa lawak. Tapi kali ni aku nk guna perkataan lucu...sbb macam comel :p.

Ok....berbalik kepada cerita sebenar yang aku nk cerita. Semalam lepas opis hour, aku pun plan nak pergi Pertama Complex cari barang untuk pegi Bekelah malam ni. Aku pun park kereta kat lrt Titiwangsa dan decide naik lrt jer nk ker Pertama tuh. Ini adalah perkara biasa yang aku buat kalau nk naik lrt atau monorail.

Setelah aku membuang duit di Campbell(kat pertama takder barang yang aku cari tuh) dan Sogo(ini pembuangan duit yang tiada dalam senarai)....aku pun pulang.

Sampai jer kat stesen lrt Titiwangsa tuh, aku nak pergi kat kereta, aku tgk kereta aku TAKDE!! Terus aku pikir....sah kene curi. Kene buat report neh. Tapi dalam masa lebih kurang 15 minit lepas tgk kete aku takder, aku masih dalam mode denial. Aku cuba cari kete aku sambil tekan kunci kete tuh. Sampai boleh aku terpikir,

Aku rasa mmg kat sini aku letak.
Ker aku letak tempat lain.
Ker aku mimpi?! <-- serius mmg aku ada terpikir

Tengah macam konpius cari kereta aku, aku nk keluarkan handphone aku nak call kakak aku yang sulung. Ini adalah tindakan pertama selalunya aku buat bila aku dilanda masalah. Tiba-tiba terjatuh la pulak handphone aku. Bab terjatuh tuh perkara biasa dah dengan handphone tuh, tapi tetiba tgk screen dah gelap jer. Apekah!!! Terus aku off dan on entah berapa kali nak bagi handphone tuh ok semula. Tapi mmg malang nasib aku semalam. Handphone tuh mmg dah sampai seru. Jadi bertambahlah masalah aku. No phone yang aku ingat just no rumah kat Ipoh dengan no handphone kakak aku yang second. Oleh sbb dah tak nampak screen, aku pun try tekan cancel byk kali dan try tekan no kakak aku yg second. dua tiga kali call, takder orang angkat. Aku rasa silap no kot. Pastu aku call rumah Ipoh. Pun takder orang angkat. Sah....mak abah aku keluar ngan kakak aku yang second.

Oleh sebab aku dah tatau nk buat aper. Aku terus tahan taxi dan mintak bawak ker balai paling dekat iaitu balai Sentul. Dalam taxi aku pun cerita kat abang taxi tuh, dari hal kete sampai hal handphone. Ini situasi bila kita ada masalah, kita mahu lepaskan sikit bebanan yang kita rasa. Sampai abang taxi tuh try antar msg kat kakak aku yang second....huhuhu. Kat balai sementara aku tunggu nk log report. Aku try lagi call kakak second aku. Then baru aku teringat, aku ada simpan no kakak aku yang sulung dalam purse aku. Ini pun ader kisahnya kenapa aku simpan no family members dalam purse.

[Kisahnya aku pernah kene copet kat jalan TAR masa zaman U dulu. Lepas perasan aku kene copet, aku log report kat balai Dang Wangi. lepas tuh pulanglah aku naik komuter kat Stesen Bank Negara. Sementara tunggu komuter tetiba aku dapat call dari kakak aku dan dia beritahu ada orang jumpa purse aku kat Globe. Aku pun pergi la Globe dan jumpa budak yang kerja Globe tuh. Dia cakap dia jumpa dalam timbunan baju kat situ. Kejadian ini sebenarnya rentetan dari kisah handphone aku kene curi masa kat U. Sbb tak ingat no telefon siapa-siapa kecuali no phone rumah Ipoh. Jadi ini la sebab aku buh no phone family members dalam purse.]

Ok. Berbalik pasal kereta aku tadi. Aku pun cari no kakaku aku dalam purse dan terus call dia. Tau tak macam mana feeling buat panggilan telefon tanpa nampak screen apa-apa. Rasa macam buta kejap. Nasib baik dapat dan aku pun mengadu ngan kakak aku. Time mengadu tuh giliran aku pulak untuk log report. So aku log report dulu. Sebelum log report aku tanya polis tuh, possible tak DBKL yang tarik. Dia cakap possible jugak. Pastuh dia tanyer aku parking pukul berapa. Aku cakap pukul 6.30 ptg. Pastuh dia cakap DBKL selalunyer tak tarik lepas opis hour. Dan ini juga apa yang aku pikir jugak masa parking kat situ. Jadi polis kata log jer la report. Tgh log report aku teringat nak call dbkl. Aku teringat si Nani ngan Kematz jer time neh untuk amik no DBKL kat internet. nak call Nani, aku ada 2 no dia dalam handphone aku. Jadi susah aku nak cari nama dia. Jadi aku cuba la call Kematz sbb aku tau dia ader tenet kat rumah dan aku ingat nama dia lam phonebook aku. Jadi berbekalkan ingatan button mana pada handphone akan pergi ke phonebook, aku pun taip nama 'ZAM' dalam handphone dan try call. Nasib baik dia angkat. Itupun asik tak dgr aku cakap. Sabar jerlah. Aku pun suruh dia cari no DBKL ngan mintak sekali no Nani. Habis call, puan polis tuh suh aku pegi jumpa Pegawai penyiasat oulak. AKu pun pergi laaa. Masuk bilik pegawai penyiasat tuh dia pun tgk laporan aku. Pegawai penyiasat yang sebelah lagi hensem okeh....kikiki. Sempat jer mata jeling :p. Pastuh tetiba pegawai penyisat tuh kata nak grant kereta. Aku pun try nak call housemate aku Wahid tapi aku tak ingat aku save no dia dengan nama apa. Aku call Nani dah suh Nani mintak no fon wahida dari kawan-kawan dia yang lain [untuk penerangan macam mana Nani kenal Wahid dan kenal kawan-kawan yang lain adalah lebih panjang. Malas aku nk ulas :p].

Aku pun tunggu Nani call aku balik untuk dapat no Wahid. tetiba aku teringat housemate aku lagi sorang si Saley. Aku pun call dia dan dia pun angkat tapi dia blom sampai rumah. Tapi aku mintak jugak tolong dia bawakkan grant. Lepas aku letak tepon, kakak aku call aku balik. Kakak aku dah call DBKL dan sah kete aku kene tarik dengan DBKL. Huhuhu. So aku pun buat la laporan kete dah jumpa. So close case kat situ.

Aku pun pulanglah kerumah naik taxi sambil bercerita ngan pakcik taxi tuh kes aku. Hahaha. Pakcik tuh pun cakap selalu DBKL tak tarik pas opis hour tapi mungkin sebab semalam ada raptai thaipusam. Tuh pasal derang kerja keras sikit. Balik rumah bercerita la kat housemate aku sambil gelak-gelak. Mmg rasa lawak tapi rasa malang pun ada tapi aku bersyukur jugak sebab kereta aku tak hilang kene curi. Alhamdulillah. Tapi mmg first thing ada dalam kepala otak aku masa tgk kete aku takde adalah balai polis.

Terima kasih kepada balai polis Sentul kerana menyediakan layanan mesra dari abg polis kat pondok pengawal sampai la kepada pegawai penyiasatnya. Juga kerana ada pegawai penyiasat yang hensem....hahaha. Juga terima kasih kepada abg taxi dan pakcik taxi yang baik-baik yang saya jumpa semalam.

Pengajaran

1. Jgn parking di tmpt yang salah .....hihi
2.. Sentiasa ingat no phone penting dalam kepala otak!

Bila musibah datang macam ni, selalu kita akan muhasabah diri balik. Aku pun terfikir

Apa yang Allah nak tunjuk kat aku sebenarnya.
Adakah aku semakin jauh dengan Allah lately
Atau aku terlalu seronok nak pergi Bekelah hari ni
Atau sbb aku dah lama tak bersedekah ker

Soalan-soalan macam ni berlegar-legar jer kat otak masa nak tido semalam. Tapi bila pikir soalan-soalan macam ni, aku rasa takut pun ada juga. Takut ada dugaan yang lebih hebat. Even sampai skang hati masih ada debar.

Jadi pagi-pagi aku sudah ym Nani dan bgtau pasal hati saya yang masih tak keruan. Untuk release kan sikit apa yang aku rasa dalam dada.Time neh baru rasa nak nangis. Semalam aku ok jer. Masih relax. Siap boleh gelak-gelak lagi bila tau kete kene tarik dengan DBKL sbb rasa macam lawak giler. Bila dah sedih baru teringat satu posting Dr Asri yang dikongsi kat facebook. Seb baik aku ada simpan posting tuh. Ada bahagian ayat dalam posting tuh tulis macam ni,

"When something bad or embarrassing happens to you, just think that it could always be worse, remember the reward of patience, and thank Allah that it’s not worse than it is."

9 comments:

Sal Abdul Rahman said...

astaqfirullahalazim..nasib baik x kene curi sue! thank god!

tu lah kita mmg kene hafal kn nok family nye numbers..senang! cam aku, at least aku hafal no mak & akak aku yg kt kl nie..so ape2 hal, aku leh cepat2 kol derang (selain tunang aku lah)..

but, sbb dah baca story ko nie..maka aku pon nk wat gak lah satu list no phone family boh lam wallet! better be prepared kan?

eh btw, napew ke dbkl tarik kete ko? ko parking kat luar petak ke?

KeMatZ said...

mcm mana kalau grant kereta ada kat bank... erkkk.... :-?

Ummi said...

bagus ayat penutup tu..cite kak som ni walupon panjang..banyak pengajaran n berjaya buat saye bace sampai abesss..

missgee said...

sue..
orang sabah tak panggil 'Lawak'
Tapi 'Lucu'..
Tapi aku guna dua2 sekali sebab aku tak lucu dan tak lawak..hahaha

Kejadian ini 1 pengalaman..
Bleh jadi pengajaran utk
tidak berulang..

Hp rosak tue rasa lain mcm..
Kali nie turn ko untuk diduga..

1 je aku terkilan..
Patutnya kenyit2 mata sket
ngan penyiasat yg hansem itu..
mana tau?? sapa tau?? ada peluang..
hahahaha..

P/s: Ayat2 Dr.Asri wat aku Terkedu.. Insaf Kembali..

HaZiFah said...

pengajaran di sini adalah: sila park kete d'tmpt spttnyer..heeeee :D

dh nk kat ayat2 last thread ko ni aku ader la terasa keinsafan di situ. TQ share ayat t'sbt ;)

dh amik lom kete ko?

Unknown said...

kita amik iktibar..
ada hikmah disebalik nyer..
=)

sukahati said...

Kak Sal - tuh la...kene hapal no phone pasni :p....kete kene tarik sbb park kat bukan tmpt park...haha

Kematz - copy grant atau policy insurance pun boleh

Umi - nnti aku kongsi posting tuh

MissGee - hati tak keruan....cemana nk kenyit...choiii :p

Pza - dah amik :D

Rizzo - Yer :D

nhanania said...

pengajaran lain..set speed dial kt phone anda utk hal2 kecemasan. langkah letak no. fon next of kin juga adalah cara yg terbaik.

ingat no. fon dalam kepala hotak mungkin x membantu sbb dlm keadaan panic..byk hal bleh dilupakan..kadang2 ape perlu dibuat juga mungkin tidak terfikir.

wahhh mungkin abg taxi yg baik tu jodoh ko kot sue?

sukahati said...

nani- idea yg baik :D

 

Blog Template by YummyLolly.com