Ok. Marilah kita lupakan sebentar hal mengenai kerja aku neh.
***
Suppose entry ni aku nk update aktiviti aku 2 minggu lepas iaitu aktiviti main futsal, aktiviti kursus cak pong dan aktiviti layan Cik Ana Raffali punyer performance. Tapi macam dah basi....so aku pun malas nak update. Tapi untuk futsal, skang neh aku dah boleh kata ada team dah. So boleh layan futsal tiap minggu pun....kalau semua team member takder hal laa. Kikiki.
Gbr apa kat atas ni? Ni gambar kertas aku gunakan untuk berborak, bergossip dan mengumpat time kursus cak pong dengan Nany. Kira macam YM zaman kuno laaa...hahaha. Tenaga pengajar membebel kat depan, kitorang dok pas-pas kertas nk sembang :p.
***
Last week balik kampung. Selalu kalau balik kampung, aktiviti aku adalah berhibernisasi kat rumah jer. Malas nk keluar. Tapi last week sebab aku tukar plan, kene pegi pekan Ipoh beli tiket bas. Punya lama aku tak pegi Ipoh agaknyer. Aku rasa Ipoh neh bandar yang sgt olskool. Tapi olskool yang cantek :p. Patut la Yasmin Ahmad selalu shooting kat Ipoh. Sbb bangunan dia klasik. Terus teringat zaman-zaman sekolah dulu. Jalan kaki dari pusat tuisyen ker Super Kinta lalu kedai-kedai lama. Dulu Super Kinta tuh kira shopping mall terhebat laa. Setaraf Pavillion jugak :p. Dulu la tapi. Sekarang aku taktau la wujud lagi ker tak supermarket dalam tuh. Bangunan tuh mmg la ada. Pastuh lalu depan Yik Foong. Dulu kat Yik Foong ni time skolah teknik, pergi outing mesti pergi sini. Ada apa ntah aku pun taktau :p.
Ok. Aku dah mula melalut macam orang tua. Seb baik umur masih muda. Baru 22...pheww...lega. Ok next!
***
Aku tak prepare apa-apa pun untuk pergi Bekelah esok. Aiyakkk....harus malam ni sebok2 sms Nany tanya itu ini. Oh.....lupa nak cakap. Aku nak pergi Bekelah kat Maran untuk aktiviti mandi manda esok dan berkampung disana. Weeeeeeeeeeee :D.
7 comments:
mana update pasal kete?
otw :D
Futsal..
Berkelah..
Bahagia Hidup..
Hidup bahagia..
Hidup Orang Bujang!!!
hehehehehe..
missgee - bukan bahagia jer...ader musibah jugak. Itu la hidup :)
super kinta mane dew supermarket dah nok..dah tutup..yg tinggal pasor basah ngan kedei2 jual fresh flowers..(last aku gi taim nk btunang aritue lew)
erm..
keje macam puan wifey gak..
=)
Kak Sal - ek?? last aku pegi time lepas sekolah kot.....haha
Rizzo - yer ker?? tmpt dia ader kosong tak?? hehe
Post a Comment