Thursday, June 28, 2012

Nora Danish atau Rozita Che Wan?

Kerlaskan kak suka. Sekarang ni dah mula buat entry2 berbaur kecantikan. Cantik ker masalahnya uolss. Hehehe....sbnrnyer saje jer buat entry. Dah takder benda nk update. Lagipun kak suka sendiri kalau nk beli sesuatu produk akan cari review dari blog dulu sebelum membeli walaupun kadang-kadang banyak review untuk iklan ;p. Tapi walaupun begitu, kak suka tetap rasa macam review tuh semua betul. Orang pempuan la katakan. Itu semua alasan untuk nak membeli. Achoiiiii :p

Pakah produk yang kak suka ingin kongsikan dengan uols?



Tadaaaaa. Losyen baru yang baru dibeli. Produk dari Vaseline, healthy whitening with triple lightening uols. Kalau tak putih jugak macam Nora Danish...tak tau la nak kata hape....hahahhaha. Sebelum ni pernah pakai produk Vaseline yang petroleum jelly tuh jer la untuk bibir kering. Beli jelly tuh yang kecik boleh pakai bertahun-tahun. Kak suka amalkan sejak dari matriks lagi Vaseline tu. Tapi sekarang ni dah mula curang sebab jumpa produk lain yang lebih baik. Tapi nnti kak suka cerita kat entry lain naa.

Ok berbalik kepada losyen Vaseline ni. Baru 5 hari kak suka pakai. Belum transform jadi Nora Danish lagi...hehe. Baru 3 hari dah poyo nak review bagai. Tapi so far kak suka sangat suka dengan losyen ini. Teksturnya sangatlah ringan dan boleh dikatakan hampir tiada bau. So kalau pakai pun tak rasa macam pakai. Inilah yang losyen yang kak suka cari selama ini.

Sebelum ni pakai pernah pakai losyen Nivea whitening. Terpengaruh dengan kakak kak suka yang pakai Nivea. Tapi sejak dah bijak sikit sekarang ni, baru perasan tekstur losyen Nivea macam sangat berat. Rasa macam berminyak kalau kena air. Jadi bila dah hati macam tak suka, mula la ngelat untuk mengamalkan pemakaian losyen[*puii...sbnrnyer malas].

 Lepas tu pakai pulak body butter Bali Ratih. Indonesia mari. Beli ni pun sbb kawan datang dari jauh ke rumah kak suka semata nak promot produk ni. So sebagai kawan yang ingin membantu bisnes kawan lain, kak suka pun beli la body butter dengan  body mist Bali Ratih. Oleh kerana ianya adalah body butter, haruslah teksturnya sangat berat. Baunya pun sangat kuat. So kalau pakai body butter Bali Ratih ni, dah tak perlu lagi pakai perfume. Serius, anda sudah cukup wangi. Tapi ini la yang kak suka tak berapa suka. Bau wangi yang kuat lama-lama akan jadi busuk bagi kak suka. Kak suka ni orang yang suka bau wangi lite-lite jer. Beli wangian kereta pun, kalau baru beli mesti bau kereta sangat kuat. Kak suka akan buka tingkap bagi bau wangi tuh berkurang sikit. Kak suka sendiri sangat jarang pakai perfume :p. So body butter Bali Ratih yang telah tinggal suku telah kak suka sampah sarapkan. Maapkan saya[intonasi kartun alih suara].



Berbalik kepada losyen Vaseline tadi. Kalau pergi Watson ada banyak jenis dah lotion dari Vaseline ni. Walaupun belum habis sebotol lagi losyen Kak Suka, tapi hakak dah berazam untuk beli yang jenis Perfect 10, whitening and anti aging pulak lepas ni. Maklumlah....usia dah kertu kannnn. Yang Perfect 10 ni bertindak untuk menukar Kak Suka menjadi Rozita Che Wan :p. Melawan penuaan katanya. Tgk gambar bawah ni.  Sepuluh manfaat yang boleh diperolehi dari losyen Perfect 10 ni.



Oklah. Sekian sahaja segmen 'Cantik ke uols' bersama Kak Suka. Jumpa lagi di lain entry. Muahhhh.

XOXO,
Kak Suka


 p/s: bukan advertorial. Ini adalah self review ;)



Friday, June 15, 2012

Seindah Sakura

Eh...motif tiba-tiba nak post pasal drama Seindah Sakura yang endingnyer macam tak cukup filem? :p. Macam nk cepat2 habis. Matikan jer watak2 tak guna dalam satu episod akhir. Choii. Haha. Drama ni sebenarnya best la juga. Tambah part awal2 masa si Kira tuh orang susah. Lakonan Fasha sangat bagus yer.  Tapi part ending, macam choi sangat. Banyak sangat ke tidak logikkannya.  Pujian hanya part Anida mati sebab H1N1 jer. Itupun sebab lari dari drama melayu lain yg selalu cliche mati sebab eksiden :p.

Sebenarnya entry ni untuk aku kongsi soundtrack yang aku sangat suka dalam drama ni. Hihihi. Yang paling bagus tentang drama ini hanyalah soundtracknya. Sangat terbaik. Walaupun ada yang kata cerita ni tiru cerita korea yang kejap-kejap ada lagu background. Tapi peduli apakann. Janji lagu best dan boleh nyanyi sama-sama sambil feeling-feeling abg fahrin depan mata :p sambil cakap "mari kita bina masjid". LOL. 

Soundtrack yang dipilih dalam drama ni bagi aku, adalah koleksi lagu-lagu yang catchy, sedap didengar dan korang boleh nyanyi sama-sama. Lagu pertama yang menangkap telinga aku adalah lagu Harapan nyanyian kumpulan HyperAct. Tak kenal pun kumpulan ni. Dan tak google pun. Yang penting aku sangat suka lagu ni.



Kemudian dah lama-lama layan drama ni, baru aku terasa lagu opening drama ni pun best. Opening track adalah lagu nyanyian Mafa (Bukan sekadar rupa) Ft Ronnie bertajuk 'Buatku di sana'. Tak tau Ronnie yang mana :p.



Lagu ketiga ni aku tak sangka Toi Af yang nyanyi. Hihi. Boleh tahan la. Part chorus tuh jer best. Tajuknya 'Lalilala'




Lagu last ni aku baru dengar semalam pada episod akhir. Gigih sambil tgk cerita tu semalam dok google. Rupanya lagu ni Toi juga yang nyanyi bertajuk 'Catatan Rindu'.




Sekian lagu-lagu yang aku dok feeling karaoke sorang-sorang dengan youtube :p


Friday, June 8, 2012

Supplement

Lately ni, aku nak bangun pagi punya la malas. Bila dah terjaga tuh, aku boleh golek2 selama sejam sebelum bangun betul-betul. Kat ofis pulak, asyik dok mengantuk jer. Bila fikir-fikir balik, maybe sbb aku dah tak mengamalkan makan spirulina lagi kot.

Ya, aku amalkan makan spirulina sejak dari universiti lagi. Diperkenalkan oleh kakak aku yang time tuh jadi ahli cosway. Banyak perubahan dapat dirasai masa makan spirulina cosway tu. Bangun pagi, terjaga jer boleh terus bangun. Kulit pun glowing2 gitu. Selsema kurang terjangkit. Sistem percernaan lancar. Tapi itu dulu la. Sejak cosway dah tukar spirulina dia jenis baru, semua perubahan tuh tak rasa dah. Bila dah beli byk2 botol tanpa rasa perubahan, aku pun dah tak konsisten beli dan makan. Agak kalau period pain aku asyik datang berturut2 jer....aku beli la balik spirulina cosway tu. Huhu.

Hasil carian di-google mengatakan bahawa, dulu cosway amik spirulina dari US. Sama kompeni dengan Elken. Tapi lepas tuh spirulina baru ni diambil dari kilang di India. Jadi aku rasa pasal tuh la spirulina cosway tidak seperti dulu lagi. Bila aku tahu ni, aku google la pulak pasal spirulina Elken. Homakaihhh....ratus2 gitu harganya. Oleh kerana aku tak banyak duit lebih dari gaji...aku batalkan hasrat jer la :p.

Lepas tuh aku ada cuba spirulina dari 21st century. Sebulan jer try. Harga lebih murah tapi hasilnya sama jugak. Lepas tuh datang pulak musim blogger2 jual Virgin coconut oil capsules. Aku pun terjebak jugak. Saja nak try kot kalau boleh menggantikan spirulina aku. Hasilnya? Sama jugak tapi dengan tambahan, berat badan makin naik!! Damnnnn sgt. Mmg aku rasa aku rajin makan time consume VCO tuh. Itu baru makan sebulan. Habis jer sebotol, terus aku stop. Takkan nak merisikokan berat badan sendiri untuk terus meningkat dengan gembirakann?!

Sebelum tuh, masa awal kerja pernah juga try evening primrose oil. Orang kata bagus untuk perempuankan. Tapi entah la, aku makan tuh asyik rasa nak muntah jer. Jadi selepas beberapa lama, aku rasa nak cuba habbatus sauda pulak. Kalau google semua cakap bagus sbb ada hadis yg mengatakan;

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari )

Tak pasti sama ada ini hadis sahih ke tidak. So aku pun rasa nak try. Semalam singgah Mydin, dalam tuh ada kiosk jual segala ubat2 tradisional ni. Aku pun try la beli habbatussauda jenis Baraka. Kotak hijau. Ni baru 2 hari cuba telan gel habbatus sauda ni. So far, mmg bangun rasa tak malas. Kat ofis pun...kurang sikit mengantuk. tapi ada ras tindal balas awal yg kurang menyenangkan. tak pasti sebab ubat atau sebab bulan mahu mengambang. So aku dah kurang kan dos pengambilan. Skang nak try amik 1 bijik 2 kali sehari. semalam aku makan 2 biji 2 kali sehari. mari kita lihat kesannya selepas habis sekotak ni. kalau ok, mungkin akan bertukar kepada habbatus sauda jenama halalgel pulak :p.
 

Blog Template by YummyLolly.com