Wednesday, March 26, 2008

Kejiwangan



Ku Merindu
by Ella Shah

Shah:

Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu



Ella:

Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintaku



Ku selalu, merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku



Chorus:

Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu



Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu



Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu...



****

Lagu ini ditujukan untuk.....erm.....dia :D

Tuesday, March 25, 2008

Percaya Diriku





dalam kegelapan gerhana melimpahku
ku berseorangan melayari laut yang biru
menanti detik indah yang kupasti tiba
waktuku menuju kearah yang bahagia
kerna kulupakan kisah dusta

*
ku percaya diriku
tentukan demi masa depan
ku percaya hatiku sendiri oh..

ku percaya diriku
walaupun adanya cabaran
ku percaya hatiku sendiri yeah..

dalam kesesakkan dan kesuntukan masa
ku hadapi rintangan barulah ku cari jawapan
adakah ini demi mengejar mimpi yang dicita
usah ku berlawan namun ku melepaskan
kerna ini hanya kisah dusta

ulang *

Monday, March 24, 2008

Foya-foya

Weekend lepas adalah hari berfoya-foya. Nak cerita tp mls. Biar aku buat summary ajer.

Sabtu
-Ingat nk kuar, tp hujan lebat + sakit perot tak hengat. Jd dok bilik, tido, sambil tv tgk aku.
Ahad
-Pagi ke tengahari g umah Azarul kt Puchong. Untuk update kat rumah Azarul, Nani dah updatekan. So korang g jer blog nani nk tau citer. Hehe.
updated : Nani, Zam
- Dr umah Azarul vrooom g shah alam layan ABPBH07 roud tour. Aku tgh tunggu Zam update sbb zam rajin update panjang. Kan zam kannnnn. So nnti korang leh baca kat blogdie ajer. Aku tayah update pepanjang. Haha. Nani pon ader citer gak, ringkas.
updated :Nani, Zam
- Kul 7 berambos dr shah alam ke stadium negara. Nk tgk Hits 1. Hik hik. Neh pon tunggu Zam atau Pza update jugak. Update weh update!!
updated:Zam



Oh abang Jebat

Kenapa Jebat tewas?

DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.

Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.

Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.

Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.

Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain “politik selamat” apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan. Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.

Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau “Jebat” mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan “Jebat” yang berani melontarkan pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap.

E-mel: kuseman@pc.jaring.my atau cp@galaxystudio.tv

sumber


****************************


Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.

Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat Syaiban al-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”.

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya.

Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untuk seseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia buta dengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahu hakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semua di hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorang pemimpin.

Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutan akan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demi kepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, maka mereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpi indah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indah sahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan buta hakikat sebenar rakyatnya.

Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yang cantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya boleh menghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Mereka meminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malam raja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka.

Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil, sebaliknya hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap: “jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya, saya nampak, alangkah cantiknya”.

Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengaku perkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yang dijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkan secara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memuji keindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang.

Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan mulut ternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. Tiba-tiba beberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang bertelanjang”. Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu oleh ‘taukeh-taukeh’ tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun masa telah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.

Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam dunia politik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan oleh rakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya, kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dan sukakannya.

Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang buruk, jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘dua puluh lima persen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orang yang dinasihati itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati dengan para penasihat kalian!”.

Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila Khalifah ‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan ‘fitnah’ seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauan atau hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebah dengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201).

Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Jangan pemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata. Tangisan rakyat dan tidak puas hati mereka selalu tidak sampai ke telinga seorang pemimpin jika dia hanya dikelilingi oleh manusia-manusia pengampu dan mencari kemewahan semata.

Jika seseorang ingin menjadikan jawatan kepimpinan sebagai tempat ‘makan angin’ dan santai maka dia seorang yang sangat fasik dan jahat. Pemecah amanah lagi khianat. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.

Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Jangan hanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka dan derita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, maka ianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Maka api fitnah akan merebah, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara.

Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuat pembohongan dengan menyiarkan temubual insan-insan yang terpinggir dari realiti sebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas mereka menyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih-sayang antara rakyat dan pemimpin akibat perbuatan para pengampu.

Wahai pemimpin, bukalah ruang seluas-luasnya untuk setiap orang mendapatkan haknya. Mudahkanlah jalan untuk sampai kepada kebenaran tanpa gangguan dan tekanan. Jangan pula hanya yang berharta boleh menuntut hak mereka, sementara yang miskin dan susah terpaksa merintih untuk mendapatkannya. Kata Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201)

Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang kerahmatannya dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: “Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Jangan pula pemimpin hanya jadi godfather kepada taukeh-taukeh besar yang menjadi pengampu dan tidak mengambil pusing tangisan insan-insan bawahan. Apabila anda memimpin sebuah negara, maka seluruh rakyatnya adalah di bawah tanggung jawab anda. Jika tidak jangan mengidam jawatan kepimpinan. Wujudkan saluran yang ikhlas agar suara orang bawahan sampai ke pendengaran anda. Hapuskan para pembodek yang membohongi anda sehingga garam dikatakan gula, pasir dikatakan beras, tangisan rakyat diberitakan sebagai senyuman.

Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapat diperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek dan pengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakap benar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami.

Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementara golongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagi mewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku dari rakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’.

Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yang sedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana. Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akan jatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka, pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yang mengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletak jawatan.

Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangai syaitan seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya) (Sikap kaum munafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!“(Surah al-Hasyr: 16).

Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya” (Surah al-Anfal: 48).

Ya Allah! Daku telah menyampaikan!!.

sumber


********************************

Kalau betullah mereka2 yang sedang merebut jawatan MB ini seorang wakil rakyat yang menjadi wakil kpd rakyat kerana mahu menjaga agama dan bangsanya, aku rasa tak timbul isu perebutan jawatan di negeri pantai timur itu. Tapi yang berlaku sekarang, berebut2kan jawatan sehingga menderhaka kpd sultan. Nampak sgt yang kamu jd wakil rakyat bukan kerana agama dan bangsa tapi kerana sbb2 lain.

Dulu kamu kata si cina itu menderhaka kerana mahu memulaukan majlis diistana, sekarang kamu sendiri mengikut perlakuan cina itu. Haha. Kamu jilat ludah kamu sendiri. Dan media2 mainstream juga tak menyentuh langsung soal derhaka??!

Kerana itu saya mencari sumber berita dan cerita dr blog2. Kemudian kamu juga mahu mendekatkan diri dengan saya dan pemilik2 blog dengan mahu berblog juga. Suka hati kamuLah. Kalau kamu ada blog, boleh juga saya baca waktu2 terluang begini. Tp hei, saya tidak bodoh untuk merpercayai semua blog. Sayai juga tahu menapis cerita2 atau berita2 yang sayai rasakan boleh dipercayai. Kerana saya tidak BODOH!

Sunday, March 9, 2008

Selamat pagi...new malaysia!

Whoaa....arini keje. Seronok jugak keje time ni. Riuh rendah psl result pilihanraya. Tp letih la nk menunggu. Aku dah ngantuk dah ni. Tuh psl wat entry neh. Huhu. Aku tak mengundi pon. Bila tgk byk result [ihak pd pembangkang, cam gerun jugak. What will happen to Malaysia????Tunggu dan lihat!

***

Aku jd bunga dikalangan kumbang kt sini

***

Minggu lepas kesihatan sgt teruk. Memula kene selsema. Pastuh batuk. Dah 4 5 ari br g jumpa doktor. itu pun lepas rs semput n tercungap2 tarik napas. Doc ckp aku kene brochitis. Macam gerun jer dgr kan?? Mmg agak menggerunkan pon sbb bronchitis neh leh menyebabkan pneumonia. Sampai arini keadaan kesihatan masih tak berapa elok. Batuk dah ok. Selsema tinggal sikit2. Cuma aku perasan tgn aku still gigil2. Tatau la naper. RS leltih bila gigil2 ni. Maybe sbb kesan ubat bronchitis ni. Sbb doc dah ckp, ubat tuh akan buat jantung aku degup cepat. Memula tuh aku mmg mkn sebiji, Tp pastuh takleh tahan. Rs penat sgt, Sbb jantung dap dup dap dup kencang. Pastuh br mkn separuh jer. Letih.

***

Aku dah mengantuk nih. Camne nk tunggu sampai esok neh. Skang dah 3.10am.

***

Rs cam time blaja dulu plak. Bleh tak tido...chatting. Haha. Ataupun mlm sebelum exam. Kompom tgh ligan baca buku. Huhu. Dah lama tak stay up camni. Sejak keje, kul 10 11 dah mula nk tido. Skang kul 4.32am

***
 

Blog Template by YummyLolly.com