Wednesday, September 30, 2009

Thehehehe

Mood nak tuka theme blog dah jumpa, tinggal mood nak taip entry baru jer blom jumpa.

Wednesday, September 16, 2009

Cerita post-puasa dan pre-raya

+ Puasa paling letih aku rasa :p
+ Setiap hari wajib kesesakan trafik, pergi dan balik kerja....sighh
+ Bazaar Ramadhan Danau Kota tak best langsung ... tapi itula tmpt tiap hari beli mknn.
+ Takder gerai yang mknn nyer aku leh ingat smpi mati....semua stendet tak sedap sgt.
+ First time tak bershopping raya di jalan TAR. Hehe. Malas giler nk keluar bila dah smpi rumah.
+ Tak shopping kat jln TAR tapi sempat jer shopping ke uptown semalam. Haha. Lepas habis citer Minority Report lebih kurang kul 1, zasssss...keluar ke uptown sampai pukul 3 pagi secara solo. Gigih kann?? :p
+ Perbelanjaan raya yang lintang pukang tahun ni.
+ Satu-satunya tahun yang aku pos kad raya okehh. So sgt beruntung sape yg dapat kad raya tuh. Limited edition dari aku, 7 keping jer :p
+ Satu kad raya jer aku sempat buat tahun ni. Last minute, tak cantik :p.

Oklah. Esok aku dah mula bercuti. Akan pulang ke kampung tengahari esok sbb kene tunggu adik aku yang masih ada kelas sampai pukul 12.30. Motif lecturernye tak paham-paham orang nak beraya. Takder mood dah nak study ok. Choii sgtz. Harus aku kegigihan ke jalan TAR esok :p. Selamat beraya yer kawan-kawan. Mintak maaf juga ;D.

Iftar dengan member semangkuk

Acara ni berlangsung pada Sabtu lepas di Bangkok House, Pandan Indah. Seperti biasa, janji pukul 6 sampai. Tapi sudah tentulah kami berempat, Aku, Eena, John n Dharani yang sampai dulu. Lima minit sebelum pukul 6 lagi tuh. Ini semua sbb masing2 ingat jalan jem. Aku kuar rumah kul 4.30 nak ke rumah Eena kat desa pandan tuh sbb takut jalan jem. Alih-alih...lengang okehhh. Dah la balik dr Mydin sebelum tuh kul 3 baru sampai rumah. Huhu. Pastuh gegas keluar balik untuk acara ini. Kemudian kat rumah Eena, tunggu Dharani n John pick-up kitorang. Diorang pun keluar awal sbb takut jem. Tapi nan ado jem pon. Choii. Jadilah kami berempat manusia terawal sampai.

Khusyuk makan

Kemudian diikuti oleh penganjur iaitu Shahril dan seterusnya Amy dan keluarga. Amy tahun lepas bawak sorang jer anaknya. Tahun neh dua orang. Tahun depan?? Yaa...kita tunggu jer yer kawan-kawan :p. Pastuh host aka Kak Sal yang gigih sms cakap pukul 6 pulak sampai pukul ... err.... sampai jer terus azan bersma tunangan. Hampeh :p.

Kehadiran tahun neh kurang dari tahun lepas. Tapi muka aku, Eena ngan John wajib ader la tiap perjumpaan. Jemu aihh :p. Haha. Makanan mmg sedap. Tapi pricey sekit la...tp yg penting sedap dan dpt jumpa member2.

Monday, September 14, 2009

Sudah temui cinta hati baru ...

Sabtu lepas aku join Nany n Co untuk menemani anak-anak yatim membeli-belah keperluan raya yang dianjurkan oleh PPZ Wilayah kat Mydin Subang. Neh first time neh nak pegi Mydin Subang, selalu dgr Kak Sue ngan Kak Sha jer citer Mydin Subang best :p. So pergilah kami, Aku, Nany ngan Mak Nany ker Subang pagi-pagi tuh. Lebih kurang kul 8 kot bertolak.

Sampai ajer, tak lama kemudian anak-anak yatim dari 2 buah rumah sampai dengan 2 buah bas. So aku duduk jer ngan Mak Nany memula. Yerla, sbb aku ingatkan nak ikot jer Nany. Saje temankan dia belikan baju budak-budak neh. Nak dgr briefing pun aku bukan orang PPZ, tak tersenarai pun nama :p. So pas derang briefing bagai, aku pun tgk Nany bawak 3 orang budak laki.



Aku dah pelik. Aii, kata nak amik budak perempuan, sbb budak perempuan senang jer brgn yang nak dibeli. Tiga psg baju kurung, 3 tudung, 3 ank tudung dengan kasut dan stoking sepasang. Yang budak lelaki punya leceh list brgnnya. Dengan kemeja, seluar slack, seluar jeans, tshirt, tali pinggang. Uih...mmg byk laaa. Untuk 3 orang pulak tuh. Huhu.

Neh la anak Nany merangkap ank aku jugak. Hehe. Elyas, 13, Aiman, 10 dan paling comel merangkap cinta hati baru aku, Johan 6 tahun. Ok, badan dia mmg tak macam 6 tahun okeh :p. Nampaknya Nany mmg pandai merancang keluarga. Ank-ank dia jarak 3 ke 4 tahun. Pandai pilih :p.

Elyas ntah hilang kemana masa amik gbr neh

So bermulalah sesi shopping mopping. Aku tatau la cemana yang kene jaga 3 orang sekali tuh. Sbb aku, Nany dan Mak Nany jaga 3 orang neh pun macam tak terkawal rasanya :p. Tuh blom masuk sorang lagi pekerja Mydin yang tolong kitorg dari awal sampai habis shopping.

Yang Elyas, dah besar. Boleh lepaskan pergi carik barang sendiri :p. Yang Aiman dan Johan 2 orang neh jer yang susah skit. Aiman, kejap-kejap hilang. Pastuh ikot sedap rasa dia jer amik barang tak tgk size :p. Tak ukur baju di badan sendiri orang kata. Yang Johan, dia tak jalan merata-rata, cuma nak cari baju/seluar size dia sgt la susah.

Mula-mula cari baju melayu, Nany layan si Johan. Lama giler okeh nak cari baju size dia. Smer seluar labuh dan lengan panjang sbb badan macam org besar. Aku dah cari sampin untuk Aiman dengan Elyas, Nany still lagik cari baju melayu untuk Johan. Aku dah kat tmpt kasut, dia still cari sampin size XL untuk Johan. Hehe. Seingat aku paling besar pun size L.

Tuh blom citer carik seluar lagi tuh. Give up jugak la aku mencari seluar size 29/30 untuk si Johan :p. Sian jugak dia sbb badan besar, nak beli kasut gambar BEN10 tak kesampaian sbb takder size. Huhu. Yerla...budak 6 tahun...kecik lg. Mesti la suka kartun-kartun tuh semua. Tapi apakan daya. Tapi takper, Nany dah pesan suh dia kuruskan badan taun depan. Dia jawab, 'OK'. Hahaha...mmg comella Johan.

Setiap sorang peruntukan RM300 seorang. Jadi mmg banyak balance, so balance tuh derang amik la baranagan-barangan lain cth cam toileteries. Si Johan neh walaupun umur 6 tahun tapi pandai amik brg toileteries dia. Dia amik body wash Dettol dengan shampoo Head & Shoulders botol besar dua-duanyer. Pandaikann :p.

Letih jugak bawak budak-budak neh shopping. Tp seronok. Dengan si Johan nak pegi toilet laa. First time ok aku kene tunggu dan pegang pintu toilet lelaki, sbb pintu tuh ketat nk bukak. Nasib baik takder orang. Bangla cleaner situ siap suh aku masuk lagi tandas tuh sbb dia kata takder orang. Mmg la takder orang, buatnya tiba-tiba orang masuk, tak ke naya. Tuh pun seb baik Johan dah nak keluar, baru ada orang nak masuk :p.

Panggil nk amik gbr, tanak tgk aku. Khusyuk main :p

Masa Nany tgh beratur kat cashier untuk kira, aku bawakla si Johan ni main game. Dengan ank sedara sendiri pun aku tak pernah bawak derang main benda neh, siap tuka2 token lagi :p. Tapi sbb masa on d way g toilet, Johan tanyer aku, 'Kak, nak naik tuh baper ringgit?'. So sgt kesian laa. Aku pun bawak la dia main. Tuh pun dia nk main kereta yang leh pusing dalam mall tuh, aku cakap tak muat :p. Serius mmg tak muat ok. Pastuh sambung tunggu si Nany kira kat cashier. Johan dok ckp, penat, lambat lagi ker. Maklumlah, budak2. Puasa pulak tuh. Pergi cari kerusi pulak. Suruh dia duduk. Dia duduk rapat-rapat dengan sorg budak. Tatau sape. Budak tuh pulak yang ketepi ketepi. Yang Johan selamber jer. Haha...serius sgt comel situasi itu :p.

Aiman n Johan si buah hati

Nak balik, masing-masing nak bawak trolley. Ok, aku biarkan tapi lam pengawasan la. Nany pergi cari maknya pulak. So turun la aku ngan 3 orang budak neh. Hamek ko, terjerit2 aku panggil Elyas atas eskalator sbb dah terlepas si Johan ngan trolley dia sbb nk kejar si Aiman dengan trolley yang macam nk langgar orang :p.

Akhirnya, semua selamat dan seronok. Budak-budak neh dah tentu la seronok dapat keperluan raya yang baru. Kitorg pun seronok jugak layan kerenah budak-budak neh. Serius... pengalaman yang menyeronokkan!!

Wednesday, September 9, 2009

sembilan haribulan sembilan dua ribu sembilan

Cantik tarikh hari ni.
Kosong sembilan kosong sembilan kosong sembilan.
Tapi takder yang menarik berlaku.

...
...
...


Ok, next!

*****


Ahaaa....ahad lepas ader sesi berbuka puasa dengan member Matrix. Eh...tak...tak...bukan dengan Keanu Reeves yer tapi dengan kawan-kawan masa zaman matrix pilah dulu :p.

Seronot giler. Sbb kebanyakannyer mmg dah lama tak jumpa since habis matrix. Bayangkan laa, dah 7 tahun tak jumpa. Tapi perangai masih maintain gila-gila. Tuh yg seronot jumpa derang smer. Dan yg lagi best kebanyakannyer blom kahwen. Hahaha. Tuh yang aku telebih seronok tuh. Agaknyer tuh pasal jugak kepalawotak semua masih sama macam 7 tahun lepas :p. Budak perempuan kelas aku ade 12 orang jer. So yang hadir harituh 8 orang jer termasuk aku. Budak laki yang datang adala 4 orang, 3 orang bujang, sorang bapak budak :p.

Hehe. gbr yang paling aku suka. Linda neh seteru aku neh.
Apa jer aku buat, ade je dia nak lawan. Aku pun sama. Haha. Tapi semua gurau-gurau jer :p.

Zira & Ezna - also known as gossipers, mmg masih maintain mengekalkan gelaran tuh. Sampai kat surau pun sebok bergossip psl baju beli kat Bandung. Haha

Linda aka Cik Bandaq - maintain sebok berbisnes insurance. Pastuh nak balik salam aku bleh plak dia cakap, tak sembang banyak pun ngan hang...choii :p.

Aza - Maintain pendiam. ;D

Ct Odiey - Maintain mulut becok takder insurance smpi bg nama kat baju Ezna , baju kotak tissue. Hahaha.

Reen - Masih setia dengan gelaran cik kg juga, dan maintain blur :p.

The girls

Semua pun dah bekerja dengan jawatan-jawatan hebat belaka. Banyak jugak kerja dengan gomen. Hmm... harap-harap pas raya kita boleh jumpa2 lagi yerk kawan-kawan. Disbbkan ramai jugak yang belom kahwen, rasa macam nk buat trip bercuti jer secara berjemaah. Ok tak?? :D



****

Semalam birthday anak buah aku yang sulung, Nur Amirah Syafiqah yang ke-12. Kesian tak? Dah la birthday dalam bulan puasa, pastuh first day exam UPSR lak tuh. Huhu. Apa aku nk bg neh ek?? Tgh mencari hari yg sesuai untuk pergi tgk warehouse sale Toy'r'us kt PJ. Tapi macam takder masa jer. Wahhh...Mak Yang tetap nak bajet pegi warehouse sale. Hahaha. Harus laa kann, nak dekat raya neh. Baju raya aku pun blom beli.

Badan dia lagi besar dr aku okeh :p

****


End ;p

Tuesday, September 1, 2009

Jawab Tag Selebriti Romi Flizz

Ini adalah sesi menjawab tagged dr selebriti terkenal, Romi Flizz :p



STATE 5 INTERESTING THINGS ABOUT RomiZunaidi'

1. Gigih Liyana Jasmay
2. Gigih Liverpool
3. Gigih Zahiril Adzim
4. Gigih AF
5. Gigih Joker...hahahah

'TELL 8 things about myself'

1. Tak suka binatang berbulu terutama kucing (maafla binatang-binatang semua...bukan niat membenci). Dulu kat rumah ada photo album besar yang depannyer gbr kucing dan serius, aku takot dengan photo album tuh. Harus aku jauhkan dari pandangan aku. Aku rs kucing tuh tgk aku dan macam nak terkam. Huhu.
2. Hanya suka ikan (untuk dimakan atau dibela dan dibelai....wow....macam statement bela ank ikan jer...choii). Mungkin sebab aku berbintang Pisces?? Mungkinlah...
3. Tak suka menonton citer hantu. Nanti dok teringat-ingat jd lebih baik memeilih untuk tidak menonton langsung.
4. Semasa tingkatan 4, orang memanggil saya dengan nama Bitt :D. Nama ni kekal setahun jer, lepas tuh dapat nama lebih glemer :p.
5. Boleh migrain kalo masuk kedai buku. Tapi faktor masa dan wang membataskan nafsu membeli buku. Tahukah kamu buku masa beli di warehouse MPH tahun lepas dan pesta buku yang lepas masih ada yang belum habis di baca. Adesss.
6. Suka menonton The Nanny dan The Oprah. Selalu terfikir untuk menulis surat kepada Oprah dan meminta 2 3 ribu sebagai duit raya. Mesti dia tak kesah kannn?? Apa la sangat 2 3 ribu ringgit melaysia tuh :p
7. Ikan keli masak tempoyak dan sambal tumis ikan bilis mak saya adalah sesuatuh yang sungguh......HEAVEN :p
8. Sukakan laut, pantai,pulau,sungai dan seangkatan dengannya waima Sunway Lagoon pon walaupun kulit saya menjadi taruhan untuk bertukar seperti arang :p


Sekian ...
 

Blog Template by YummyLolly.com