Monday, September 14, 2009

Sudah temui cinta hati baru ...

Sabtu lepas aku join Nany n Co untuk menemani anak-anak yatim membeli-belah keperluan raya yang dianjurkan oleh PPZ Wilayah kat Mydin Subang. Neh first time neh nak pegi Mydin Subang, selalu dgr Kak Sue ngan Kak Sha jer citer Mydin Subang best :p. So pergilah kami, Aku, Nany ngan Mak Nany ker Subang pagi-pagi tuh. Lebih kurang kul 8 kot bertolak.

Sampai ajer, tak lama kemudian anak-anak yatim dari 2 buah rumah sampai dengan 2 buah bas. So aku duduk jer ngan Mak Nany memula. Yerla, sbb aku ingatkan nak ikot jer Nany. Saje temankan dia belikan baju budak-budak neh. Nak dgr briefing pun aku bukan orang PPZ, tak tersenarai pun nama :p. So pas derang briefing bagai, aku pun tgk Nany bawak 3 orang budak laki.



Aku dah pelik. Aii, kata nak amik budak perempuan, sbb budak perempuan senang jer brgn yang nak dibeli. Tiga psg baju kurung, 3 tudung, 3 ank tudung dengan kasut dan stoking sepasang. Yang budak lelaki punya leceh list brgnnya. Dengan kemeja, seluar slack, seluar jeans, tshirt, tali pinggang. Uih...mmg byk laaa. Untuk 3 orang pulak tuh. Huhu.

Neh la anak Nany merangkap ank aku jugak. Hehe. Elyas, 13, Aiman, 10 dan paling comel merangkap cinta hati baru aku, Johan 6 tahun. Ok, badan dia mmg tak macam 6 tahun okeh :p. Nampaknya Nany mmg pandai merancang keluarga. Ank-ank dia jarak 3 ke 4 tahun. Pandai pilih :p.

Elyas ntah hilang kemana masa amik gbr neh

So bermulalah sesi shopping mopping. Aku tatau la cemana yang kene jaga 3 orang sekali tuh. Sbb aku, Nany dan Mak Nany jaga 3 orang neh pun macam tak terkawal rasanya :p. Tuh blom masuk sorang lagi pekerja Mydin yang tolong kitorg dari awal sampai habis shopping.

Yang Elyas, dah besar. Boleh lepaskan pergi carik barang sendiri :p. Yang Aiman dan Johan 2 orang neh jer yang susah skit. Aiman, kejap-kejap hilang. Pastuh ikot sedap rasa dia jer amik barang tak tgk size :p. Tak ukur baju di badan sendiri orang kata. Yang Johan, dia tak jalan merata-rata, cuma nak cari baju/seluar size dia sgt la susah.

Mula-mula cari baju melayu, Nany layan si Johan. Lama giler okeh nak cari baju size dia. Smer seluar labuh dan lengan panjang sbb badan macam org besar. Aku dah cari sampin untuk Aiman dengan Elyas, Nany still lagik cari baju melayu untuk Johan. Aku dah kat tmpt kasut, dia still cari sampin size XL untuk Johan. Hehe. Seingat aku paling besar pun size L.

Tuh blom citer carik seluar lagi tuh. Give up jugak la aku mencari seluar size 29/30 untuk si Johan :p. Sian jugak dia sbb badan besar, nak beli kasut gambar BEN10 tak kesampaian sbb takder size. Huhu. Yerla...budak 6 tahun...kecik lg. Mesti la suka kartun-kartun tuh semua. Tapi apakan daya. Tapi takper, Nany dah pesan suh dia kuruskan badan taun depan. Dia jawab, 'OK'. Hahaha...mmg comella Johan.

Setiap sorang peruntukan RM300 seorang. Jadi mmg banyak balance, so balance tuh derang amik la baranagan-barangan lain cth cam toileteries. Si Johan neh walaupun umur 6 tahun tapi pandai amik brg toileteries dia. Dia amik body wash Dettol dengan shampoo Head & Shoulders botol besar dua-duanyer. Pandaikann :p.

Letih jugak bawak budak-budak neh shopping. Tp seronok. Dengan si Johan nak pegi toilet laa. First time ok aku kene tunggu dan pegang pintu toilet lelaki, sbb pintu tuh ketat nk bukak. Nasib baik takder orang. Bangla cleaner situ siap suh aku masuk lagi tandas tuh sbb dia kata takder orang. Mmg la takder orang, buatnya tiba-tiba orang masuk, tak ke naya. Tuh pun seb baik Johan dah nak keluar, baru ada orang nak masuk :p.

Panggil nk amik gbr, tanak tgk aku. Khusyuk main :p

Masa Nany tgh beratur kat cashier untuk kira, aku bawakla si Johan ni main game. Dengan ank sedara sendiri pun aku tak pernah bawak derang main benda neh, siap tuka2 token lagi :p. Tapi sbb masa on d way g toilet, Johan tanyer aku, 'Kak, nak naik tuh baper ringgit?'. So sgt kesian laa. Aku pun bawak la dia main. Tuh pun dia nk main kereta yang leh pusing dalam mall tuh, aku cakap tak muat :p. Serius mmg tak muat ok. Pastuh sambung tunggu si Nany kira kat cashier. Johan dok ckp, penat, lambat lagi ker. Maklumlah, budak2. Puasa pulak tuh. Pergi cari kerusi pulak. Suruh dia duduk. Dia duduk rapat-rapat dengan sorg budak. Tatau sape. Budak tuh pulak yang ketepi ketepi. Yang Johan selamber jer. Haha...serius sgt comel situasi itu :p.

Aiman n Johan si buah hati

Nak balik, masing-masing nak bawak trolley. Ok, aku biarkan tapi lam pengawasan la. Nany pergi cari maknya pulak. So turun la aku ngan 3 orang budak neh. Hamek ko, terjerit2 aku panggil Elyas atas eskalator sbb dah terlepas si Johan ngan trolley dia sbb nk kejar si Aiman dengan trolley yang macam nk langgar orang :p.

Akhirnya, semua selamat dan seronok. Budak-budak neh dah tentu la seronok dapat keperluan raya yang baru. Kitorg pun seronok jugak layan kerenah budak-budak neh. Serius... pengalaman yang menyeronokkan!!

8 comments:

KeMatZ said...

mesti ko seronok masuk toilet lelaki... choiii....

13may said...

dam dam dumm...bunyik mercun :D

selamat hari raya :)

sukahati said...

kematz - motif nk seronok masuk tandas...choii

13May - Selamat Hari Raya!!

eyswanie said...

comey giler si johan tu... hehehehehe

sukahati said...

eyswanie - yaaa.....sgt comel! :p

nhanania said...

berkat kesungguhan dan kesabaranku mencari sampin utk johan..aku jmp size XXL tau..ngam2 kt bdn die..die nak warna kuning, baju die kaler maroon pink..mn sesuai..

tp sies seronok..bln 12 cari utk baju sekolah plak nnt..aku nak join lagi..

sukahati said...

ader ek size xxl....haha....seb baik :p

Izan said...

weh, teringat lak kisah aku gi lawatn umah anak2 yatim kat melaka masa aku belajar kat uitm dulu. masa kitorang nak balik tu sedih sgt2. maklumla sehari suntuk kitorang kat situ. mcm2 xtvt kitorang wat.

ko tak nagis ke masa nak berpisah tu? aku beria2 la nangis. maklumla aku ni hati mudah cair.. :P

 

Blog Template by YummyLolly.com