Friday, April 23, 2010

Single ladies

Weekend yang lepas adalah minggu berjimba ria bersama all the single ladies :D

Sabtu-Day

Hari sabtu. Bangun seawal-awal pagi untuk temankan Ya beli barang kahwin kat jalan TAR. Pukul 10 sampai rumah Cikgu Eena,  pikap depa dua orang dan terus berdesup ke jalan TAR. Dari pukul 10.30 sampai pukul 3petang aktiviti ini berlangsung. Punya la letih. Dua kali round jalan TAR tuh. Siap hantar barang ke kereta dulu sebab tangan semua dah penuh.

Pastuh balik tuh roger Cikgu Feena plak, plan nak berkarok kat Wangsa Walk. Tapi sebelem karok kita layan dulu perut dengan Popeye. Sedap giler bun kat Popeye ni. Selalu kalo kat KFC bagi bun, aku tak makan pon. Ni siap habis licin kesemuanya :D.


Lepas kenyang perut, terus sesi karok. Ok gak karaoke kat Wangsa Walk ni dan rupanya ada 2 pusat karok dalam Wangsa Walk neh. Layan la sejam setengah berkarok. Dari rock kapak ke dangdut. Dangdut ke Lady gaga?! Hahaha.

Amacam. Trio tuh beb :D

Maghrib...terus ciao sebab ahadnya tuh ada plan lain seawal pagi.

Ahad-Day

Ini acara yang ditunggu2. Sebulan sudah dah plan baek punyer. Seawal pagi, pukul 8.30 dah siap. Ingatkan Kak Lijah nak pikap aku, rupanyer derang terus ke rumah Cikgu Feena tinggalkan aku. Huhuhu. Tapi seb baik pastuh derang semua terus ke rumah aku untuk ambil aku dan terus bersarapan. Oleh kerana aku tak pernah bersarapan diluar, jenuh gak nak mencari port nk breakfast. last terus decide breakfast kat OldTown jer. Layan nasik lemak oldtown. Charre gak.



Habis layan nasik lemak  dah snappy-snappy terus ciao ke Sunway Lagoonnnnnnnn.....yay!! Sampai lebih kurang pukul 10. Beli tiket, sewa locker dan tukar uniform. Luckily pergi hari ahad....tak ramai orang sangat. Mmg best giler. Bleh layan main gelongsor berkali-kali tanpa beratur!!! Semua permainan air kitorang layan. Permainan kat Amusement Park lagi mencabar. Naik 'Pirates Revenge' yang pusing 360 darjah.....serius sgt scary!! Jerit tak payah cakap la. Siap pejam mata tuhhh bila nak pusing 360 darjah tu. Tak berani beb~~~~~~. Ingatkan macam kat Genting, pusing 180 darjah jer. Huhuhu. Lepas main mende alah tuh, permainan scary lain kitorang dah tak berani dah macam Tomahawk ker....sebab takott~~~ :p. Wildlife park pon layan gitu2 jer. Maklumlah, kami tak minat sangat binatang2 :p



Habis layan semua, pergi layan mandi2 lagi. Sampailah pukul 4 baru bersiap nak pulang. Hasilnya, muka aku merah giler pas mandi. Memang rentung giler muka. Neh dah start mengelupas dah. Seb baik tak gatal-gatal. Tapi tak sempat muka aku nk putih macam Snow White, malam ni nak pergi Tioman pulak :D. Akhirnya jadilah saya si budak hitam :D.

Lepak makan pas kelaparan main air


Tapi sangat seronok minggu lepas hang out dengan all the single ladies. Seronok berganda.



p/s : quick update before off to Tioman :D

Thursday, April 22, 2010

Buah epal di luar pagar


Renungan untuk rakan-rakan seperjuangan....hahahahah


Juga ini .... klik klik klik

Monday, April 19, 2010

Nostalgia kanak-kanak

Mula-mula dulu aku rasa kes budak Halimaton yang nak kawen tuh macam tak bleh blah. Aku pun mula compare aku ngan dia time aku umur 15 tahun. Mana ada pikir nak kahwin-kahwin ni. Tapi rupanya, aku lagi advance dr budak Halimaton ni. Aku masa darjah 3 dah bersanding! Hahahahaha.


Baru-baru ni aku terjumpa kawan masa sekolah rendah yang dah baper belas tahun tak jumpa dalam fb. Sembang punya sembang dalam fb, tiba-tiba dia ingatkan aku memori lama. Dia cakap,


'weh...ko ingat tak kita pernah main sanding2 dalam kelas masa darjah 3?'.


Apekah!!!! Demmit. Tiba2 plak dia ingatkan kenangan yang tak bleh blah itu. Ok. Aku mmg ingat ada adegan bersanding dalam kelas. Siap ada cikgu lg time tu. Tapi tak blajar masa tu. Aku ingat ada org jd pengapit. Tapi serius aku tak ingat aku adalah org yang disandingkan itu! Yang aku ingat aku mcm bz kesana kemari dengan sebuah buku di tangan. Kemudian dia menguatkan lagi dakwaan bahawa yang lawaknya aku bersanding sambil baca buku pend islam!!!


Lagi sekali, apekah!!!! Sungguh tidak boleh diterima!!! Hahahahaha!!! Rasa nak terjun bangunan jer bila memikirkan semula. Demm! Apesal la aku boleh terjebak dengan kegiatan tak bermoral ini di waktu usia 9 tahun? Mmg tak bleh blah. Haha.


Tapi ok whattt~~~!. Sekurang-kurangnya bila orang tanyer penah bersanding? Aku bleh cakap penah :p. Hehehe.


Sweet dan seronoknya menajdi kanak-kanak. Hmmm.... :D



p/s: entry ini di taip khamis lepas :D

Tuesday, April 13, 2010

JuMeo

Huiii....nak dekat 2 minggu tak update.Motif?! :p

****


Minggu lepas, hari aper ntah aku p layan tengok teater Ju & Meo. Teater ni budak Seni Persembahan UM punya naskah sebagai projek akhir student. Aku tenegok pun sebab ada orang cakap kat aku teater neh sedih. Jadi aku pun macam teruja nak tengok. Lagi-lagi bila tiketnya RM10 jer.


Aku pun roger Kematz. Dia kata on jer. So beli tiket malam tuh jugak. Tak risau sgt tiket habis sebab teater neh persembahan kecil-kecilan jer sebab pentas kat Lambang Sari.

Persembahan suppose pukul 8.30, tapi malam tuh start pukul 8.50. Ok takper....budak2 ader darah gemuruh kot nak start awal :p.

Ada 3 watak jer dalam teater neh. Ju, Meo dengan sorang lagi.....nama apa ntah...sebagai penglipurlara lebih kurang. Penghayatan watak dan suara memang best untuk watak utama. Tapi dari segi jalan cerita....aku  bagi 2.5 bintang jer dari 5 bintang.

Kisahnya diambil dari cerita Romeo dan Juliet. Kunun lepas mati....derang masih hidup bercintan cintun selama 500 tahun. Tapi dari segi pemahaman aku, ceritanya menyatakan lebih kurang tentang kehidupan suami isteri, sifat perbezaan lelaki dan wanita.



Persembahan neh habis dalam masa sejam. Bila dah habis baru aku perasan, aku tertipu rupanya. Takder adegan yang sedih pun. Hadehhhh......sabar jer la. Walaupun tagline teater neh 'Cinta Agung Melayu'...tapi aku tanampak tang mana yang melayu. Mungkin tang pelakonnya orang melayu atau sikap2 yang ditonjolkan dalam persembahan tersebut yang dikatakan melayu? Entah.

***

Lately aku perasan, teater yang aku tonton makin kurang menarik. Hmm. Last week jugak terlepas nak tonton lagi satu teater, 'Laksamana Do Re Mi'. Frust jugak sbb tgk review dalam paper cakap teater tuh best. Huk huk.
 

Blog Template by YummyLolly.com