Friday, April 15, 2011

West End Stars in Concert

Hihi...semalam dapat tgk West End Stars in Concert kat Istana Budaya. Kalau nk tgk sendiri mmg sah tak dapat. Jadi sbb ada tiket free dari housemate aku, aku pun tak melepaskan peluang walaupun West End tuh aku baru jer google .....hahah. Untuk pengetahuan kawan2 yang macam aku, West End tuh adalah satu produksi teater muzikal terkenal di London. Jadi 3 orang bintang yang hadir membuat persembahan di IB ini adalah bintang2 hebat dari West End Theather iaitu terdiri daripada Stephen Rahman Hughes(dia jer yang aku kenal :p), Simon Bailey dan Ramin Karimloo.


Persembahan bermula pada pukul 8.45 lebih kurang kot. Yang best, aku tengok untuk persembahan preview untuk media. Jadi boleh snappy-snappy ambil gambar tanpa rasa bersalah. Cuma segan jer sebab cameraman lain bawak camera hebat, tetiba aku keluarkan kamera murah aku. Oh sedih. Tapi takper. Wa bolayankan ajer perasaan malu ini sebab bukan sennag nak tgk West End Stars buat persembahankan? Nak pergi London memang tak tau la dapat jejak kaki ker tak...huhu.

 Oh si kekar~~~

Ok...permulaan persembahan, aku agak bosan. Sbb apa?? Sbb mereka menyanyikan lagu-lagu yang diambil daripada pementasan teater mereka di West End sana. Jadi aku yang tak tahu apa-apa tentang West End agak blur disitu :p. Simon dan Ramin terlibat dalam pementasan hebat Phantom of the Opera kat sana while Stephen Rahman pulak nyanyi lagu dari pementasan Bombay Dreams.Walaupun agak bosn pada mulanya, vokal mereka memang tak dapat nak dikomen. Sangat best!

From left: Ramin, Stephen and Simon :)

Pada pertengahan persembahan, Stephen Rahman ada menyanyikan sebuah lagu melayu ciptaan Adnan Abu Hassan kalau tak silap. Tajuk pun aku tak ingat. Tapi mak aihhhh..........aku terus terbuai-buai dengan suara lemak merdu beliau dengan lagu tersebut. Terus aku berpaling kearah housemate aku dan berkata, bestnyer dan beliau pun setuju. Terus kami mempersoalkan kenapa lagi Sedetik Lebih OST dr filem Merong Mahawangsa tidak dinyanyikan sahaja oleh Stephen Rahman sendiri. Pasti lebih menarik. Oh ya, antara mereka bertiga ini, aku lebh suka suara Stephen Rahman sebab suara beliau lemak merdu mendayu-dayu, kemudian suara Ramin dan last sekali baru Simon. Tapi Ramin hensem :p.

Aku rasa detik beliau menyanyikan lagu ini merupakan detik yang aku dah tak bosan :p. Lepas tuh Stephen Rahman nyanyi pulak berduet dengan Jaclyn Victor untuk lagu OST Puteri Gunung Ledang the Musical, Puncak tertinggi. Oh oh.....aku lagi suka Tiara yang nyanyi lagu ni. Lagu ni ada jiwa, tapi bila dinyanyikan oleh Jac, aku rasa tak best dan tak rasa apa-apa. Jac ada vocal yang kuat, tinggi....tapi nyaring. Aku rasa tak sesuai. Tapi siapalah aku nak komen banyak2....haha. Kemudian Jac berduet pulak dengan Simon dan Ramin secara berasingan. Jangan ditanya lagu apa yang derang nyanyi sebab aku tak tahu.....hahahah.

Kemudian barulah persembahan sesi lagu-lagu rancak pulak. Time ni mmg aku dah panas. Diorang nyanyi lagu kumpulan Queen which is familiar dengan telinga aku iaitu We will Rock you , We are the champion dan beberapa lagi lagu. Jadi aku boleh enjoyyy :p.

They sing Fantasia Bulan Madu!

Tapi persembahan paling best adalah persembahan penutup. Ketiga-tiga mereka termasuk Jac menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu!! Sangat hebatttttt!! Nampak seperti mereka tidak kekok langsung menyanyikan lagu berbahasa melayu. Benarlah mereka ini profesional dan terbaek!! Persemabahan itu aku kira merupakan suatu persembahan yang tidak boleh dilupakan :).


Sekian :)

Friday, April 1, 2011

La Tahzan

Saja mahu share video ini. Saya suka puisi. Ustaz Asri ni pun ada buat puisi juga. Suka juga puisi yang beliau tulis. Boleh rujuk di web beliau untuk puisi-puisi beliau. Dalam ceramah ini, beliau seakan-akan berpuisi juga. Jadinya ceramah ini jadi indah. Tapi lebih indah jika kita menghayatinya setiap bait bicara beliau :) .



Ramai orang
tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta
dengan faktor kekayaan
walau itu boleh menjadi penyumbang
tapi itu bukan segala galanya
betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar
tidur diatas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak
atau lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang kadang dia lebih lena daripada kita
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang kadang
dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka,
Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
Semua orang sangka
Kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh ditahan dengan apa apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan
yang mana jalan jalan manusia tak sangka,
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
Kita tengoklah dunia ini,
Kadang kadang,
Manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia
Kadang kadang macan dia hilang segala-galanya
Berapa banyak dalam hidup kita, telah kita melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita didalam keperitan,
Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita
Dan berada kita dalam keadaan baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata “Habislah aku kali ini..”
Tetapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan
Dan menikmati kurniaan kehidupan ini
Ketika kita kata
“Ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah..”
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang kadang untuk bersyukur
Diatas pelbagai ranjau hidup
Yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini
Satu nikmat yang besar
Kata Hamka
“Yang ada ini sudah harapan kita”
Tetapi insan,
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
Tetapi jangan lupa yang telah ada
Sebab itu
Sebahagian dari para sarjana menyebut
Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
Tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
“Ya Allah, apa sahaja yang aku alami,
daripada nikmatMu
daripada kurniaan
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan,
bagi Engkaulah pujian,
bagi Engkaulah kesyukuran”
Subhanallah
Insan ,
Jika dia hendak menghitung nikmat Allah
Dia tak terdaya.
Ketika orang orang yang kafir itu mengeluarkan dia,
Ketika dia salah seorang daripada dua,
Dia dan Abu Bakar (Yakni Nabi dan Abu Bakar)
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
“Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!”
 

Blog Template by YummyLolly.com