Persembahan bermula pada pukul 8.45 lebih kurang kot. Yang best, aku tengok untuk persembahan preview untuk media. Jadi boleh snappy-snappy ambil gambar tanpa rasa bersalah. Cuma segan jer sebab cameraman lain bawak camera hebat, tetiba aku keluarkan kamera murah aku. Oh sedih. Tapi takper. Wa bolayankan ajer perasaan malu ini sebab bukan sennag nak tgk West End Stars buat persembahankan? Nak pergi London memang tak tau la dapat jejak kaki ker tak...huhu.
Oh si kekar~~~
From left: Ramin, Stephen and Simon :)
Aku rasa detik beliau menyanyikan lagu ini merupakan detik yang aku dah tak bosan :p. Lepas tuh Stephen Rahman nyanyi pulak berduet dengan Jaclyn Victor untuk lagu OST Puteri Gunung Ledang the Musical, Puncak tertinggi. Oh oh.....aku lagi suka Tiara yang nyanyi lagu ni. Lagu ni ada jiwa, tapi bila dinyanyikan oleh Jac, aku rasa tak best dan tak rasa apa-apa. Jac ada vocal yang kuat, tinggi....tapi nyaring. Aku rasa tak sesuai. Tapi siapalah aku nak komen banyak2....haha. Kemudian Jac berduet pulak dengan Simon dan Ramin secara berasingan. Jangan ditanya lagu apa yang derang nyanyi sebab aku tak tahu.....hahahah.
Kemudian barulah persembahan sesi lagu-lagu rancak pulak. Time ni mmg aku dah panas. Diorang nyanyi lagu kumpulan Queen which is familiar dengan telinga aku iaitu We will Rock you , We are the champion dan beberapa lagi lagu. Jadi aku boleh enjoyyy :p.
They sing Fantasia Bulan Madu!
Tapi persembahan paling best adalah persembahan penutup. Ketiga-tiga mereka termasuk Jac menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu!! Sangat hebatttttt!! Nampak seperti mereka tidak kekok langsung menyanyikan lagu berbahasa melayu. Benarlah mereka ini profesional dan terbaek!! Persemabahan itu aku kira merupakan suatu persembahan yang tidak boleh dilupakan :).
Sekian :)
1 comments:
ya...walaupun aku peminat tegar anuar zain, aku tetap harus akui bahawa lagu OST Hikayat Merong mahawangsa pasti lebih lemak sekiranya dinyanyikan oleh Stephen Rahman.
Post a Comment