Saturday, June 25, 2011

Cinta pun bertasbih

Selasa lepas sempat layan tgk cerita Ketika Cinta Bertasbih kat tv9. Aku tak pernah baca bukunya. Tapi dari segi filem, mmg banyak pengajaran yang best untuk kita ambil iktibar walaupun hero dan heroinnya tak hensem dan cantek pun. Tapi basically kesimpulan dari cerita ni mmg pasal jodohlah. Jodoh?! Yaa....itu yang aku suka....hihihi.

Pertama, filem ni mengajar kita untuk mencari jodoh yang baik-baik walaupun rasa macam terdesak je...LOL :p. Contohnya dalam satu scene dimana ibu Khaerul Azzam cakap yang dia dah nak sangat tgk Khaerul Azzam kahwin. Kemudian Khaerul Azzam balas, calon yang dia pilih iaitu Rina dan Eliana semua ibunya tolak sbb tak berkenan. Rina perangainya lepas subuh tidur balik *danggg. Eliana  pulak tak pakai tudung. Jadi ibunya menolak kedua2 calon ini walaupun nak sangat menantu. Scene ini nak mengajar kita bahawa walaupun kita terdesak untuk berkahwin, kita masih perlu untuk memilih pasangan yang baik-baik. Bukan tangkap muat je asalkan kahwin. No No No okeh!

Pastu pengajaran kedua, kalau mahu jodoh yang baik-baik, maka carilah agen yang baik-baik juga. Contohnya Khaerul Azzam telah memilih Kiai Lutfi untuk mencarikan jodoh untuk beliau dan akhirnya, dapatlah beliau Anna AlthaFunnisa yang bijak dan baik itu.

Pastu pengajaran ketiga, sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya walaupun kejadian itu buruk. Balik sahaja Khaerul Azzam dari rumah Kiai Lutfi dengan maknya, diorang terlibat dengan kemalangan di mana ibu Khaerul Azzam telah meninggal dunia. Khaerul Azzam pulak cedera, patah tulang kaki kot. Tapi kejadian ini menjadi sebab untuk Vivi berkahwin dengan orang lain. Dengan kata lain, dah memang diorang berdua takder jodoh. Begitu juga  perceraian Anna dan Furqan. Kalau difikirkan, takkan anak seorang Kiai , alim dan bijak pun bercerai berai. Tapi itulah sebab untuk Anna dan Khaerul Azzam berjodoh.

Pengajaran yang akhir sekali, sejauh mana kita berlari atau ceruk mana sekali pun kita redah untuk mencari jodoh tapi Allah kata belum, maka kita tetap takkan jumpa. Khaerul Azzam tuh memula suka Anna. Tapi Anna dah dipinang Furqan. Kemudian Eliana dan Rina, ibu dia plak tak suka. Kemudian kenal adik ipar kepada kawan adik dia, tapi mak perempuan tu pulak tak bagi anak dia kahwin dengan anak sulung. Kemudian kenal Vivi, dah bertunang pun, tapi Khaerul Azzam terlibat eksiden. Mak bapak Vivi plak terima lamaran orang lain sbb kunu Khaerul Azzam lambat sembuh. Tgk...berapa banyak Khaerul Azzam telah kecewa demi untuk mencari jodoh. Tapi akhirnya jodoh dia dengan Anna jugak. Mengapa ini semua terjadi kawan-kawan? Yaa.....kerana jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia mengetahui. Usaha itu hanya suatu sebab. Jadi tak payah la penat-penat mencari jodoh yer rakan-rakan seperjuangan sekalian...hehe. Ini bercakap dari pengalamn sendiri ni. Setelah letih berkejar-kejar, pada suatu tahap kita akan berhenti mengejar. Kemudian kita tunggu dan redha. Huhuhu. Dah penat!


Sunday, June 19, 2011

Hati-hati

Kita tak mungkin pernah dapat menebak apa yang terkandung didalam hati-hati insan

Tawanya mungkin terkandung duka
Diamnya mungkin terkandung marah
Tangisnya mungkin terkandung gembira

Yang didalam hati itu ....aneh sifatnya

Friday, June 10, 2011

wa bukan gangster.....wa gangstarz jer :P

Akhirnya, selepas kecewa dengan Nur Kasih the Movie. Kekecewaan aku terubat semalam selepas menonton Kl Gangster.

Apa yang aku suka tentang KL Gangster.

Jalan cerita yang menarik
 - story line sentiasa menjadi fokus aku walaupun cerita ni tanpa Aaron Aziz sebagai peneraju.

Lakonan mantap dari pelakon
- except for me lakonan Sheera jer yang rasanya lakonan ala-ala jer. Shamsul pun lakonan dah bertambah baik. Takder lagi lakonan poyo2 macam hensem. Zizan juga berjaya bawak lakonan gangster lawak. Lawak pun sangat sesuai. Sofi Jikan mmg tidak dapat dinafikan bawak watak apa pun boleh.

Aaron Aziz ...hihihi
- Selain mmg aku minat beliau, apa yang saya suka adalah bagaimana watak Malek itu di gambarkan.  Ini bukan bias sbb wa minat beliau...ok. Ini kenyataan sebab watak Malek tu sgt plain. Gangster yg plain. Plain maksudnya tanpa imej ganas, muka takder poyo macam jahat, tanpa mekap. Its so plain-lahhh. Watak malek tu sangat biasa-biasa. Beliau gangster yang bertindak pada tempatnya. Awek2 mesti ramai suka gangster macam Malek ni....hihihi.

Aksi
- Dari awal sampai habis, gaduh gaduh gaduh, pukul pukul pukul. Aksi bergaduh pun sgt menarik. Wa sukaaaaa! Yaa auw auw.

Dialog menarik
- banyak line2 dialog yang menarik dalam filem ni tapi mungkin kene tgk 2 3 kali baru boleh tangkap line yang menarik kot sebabnya filem ni banyak sangat aksi nak dikejar sampai terabai nk pikap line :p.

Yang tak suka tentang KL Gangster

- Watak ibu Malek. Tak memberi kesan sgt.
- Babak kejar2 dekat jalan TAR tuh. Aku rasa tak relevan maybe sbb aku dah lama dok kl ni, tak jumpa lagi aksi macam tu kat situ :p. Plus situ banyak polis dengan DBKL juga.
- Babak-babak 2 kumpulan bertemu. Perlulaa kereta2 parking betul2 cantik elok tersusun je? Aiyoo...parking lam kotak parking pun belum tentu masuk petak lagi okeh :p....haha. Tak gangster le parking betul2 :p.
- Boleh tak bila lawan tu bagi cedera  banyak sikit. Ni cedera sikit2 jer :p

Hahaha....apa yang aku tak suka semua yang remeh temeh jer. Boleh diabaikan. Aku bagi 4 bintang daripada 5. Menarik!



Next....tak sabar untuk Ombak Rindu~~~. Auw..auw..auw!

Saturday, June 4, 2011

Is it me or what ...?

Kali ni aku nak membebel pasal taste aku. Haha. Sebab selepas buat review Nur Kasih, aku dapati aku punya masalah untuk meminati suatu karya.

Contoh yang nyata sebelum ni adalah cerita Nur Kasih The Movie-lah yang mana rata-rata mengatakan filem ini menarik. Tapi bagi aku takder yang menarik pun filem ini. Tapi aku nak cakap pasal novel skang ni.

Ada sesiapa pernah baca novel 'Andai itu takdirnya'?? Novel ini sangat popular dan kalau di-google, hampir tiada kot manusia yang cakap novel ni tak best. Jadi sekarang aku nak memecah tradisi dengan mengatakan novel ni TAK BEST. Dangggggg!!!! Mati la aku kene rejam dengan kipas susah nak mati Siti Rosmizah...penulis novel novel tersebut :p.

Buku ni telah dikhabarkan pada aku sangat best oleh adik aku. Kemudian Kematz pun ada cakap novel ni best. Jadi aku terpengaruh untuk membaca novel ni walaupun selepas baca sinopsis di belakang novel tersebut firasat aku mengatakan novel tu tak best. Imajin, dua orang lelaki yang cakap novel ini best. Jadi aku rasa mungkin benar la novel ini best kot. Sedangkan lelaki pun cakap best kannnn. Jadi aku buang jauh firasat aku yang menyatakan novel ni tak best.

Aku baca dari satu helaian ke helaian yang lain. Aku baca dari satu bab ke satu bab yang lain. Baca. Baca. Baca. Hampir suku novel, aku dah gelisah. Mana part yang best ni? Aku tak jumpa lagi. Perlu ker aku sambung baca atau stop jer kat sini? Ok...novel tu tebal la jugak. Jadi bila baca novel yang tebal dan tak jumpa lagi part yang best, ada suatu perasan....nak stop jer. Tak...tak. Aku perlu baca sampai habis. Maybe blom sampai climax cerita lagi. Jadi aku baca lagi...sehelai....sehelai....se-bab.....se-bab. Sampai habis.

Nak tau apa aku rasa selepas habis satu novel tu? Rasa nak terjun bangunan jer. Demmmm. Rasa nak marah semua orang yang pengaruh aku suh baca novel tuh. Sampai ke-helaian terakhir aku rasa.....ape ni??!! Sampai habis aku tak jumpa mana part yang best.

Cerita kahwin-kahwin paksa ni mmg tak taste la bagi aku. Sbb dah terlalu banyak sangat novel pop yang jalan ceritanya sebegini. Cliche. Aku rasa permulaan trend untuk jalan cerita kahwin paksa ni bermula dari novel 'Ombak Rindu' karya Fauziah Ashaari. Sebenarnya sebelum Ombak Rindu ada lagi satu novel Fauziah Ashaari yang temanya kahwin paksa juga bertajuk Pergilah Sepi. Tapi novel ni tak hot sangat macam Ombak Rindu. Novel Ombak Rindu jer la yang aku layan untuk tema kahwin-kahwin paksa ni. Selepas tu kalau ada novelkahwin paksa, aku macam rasa....alahhhh, takder cerita lain ker and end up aku takkan beli atau baca buku tu. Kesinambungan novel Ombak rindu untuk nvel kedua ngan ketiga pun bagi aku dah tak relevan dah jalan ceritanya. Apa pun aku tetap nak tunggu filem Ombak Rindu ni keluar kat pawagam sebab ada Aaron Aziz. Weehoooo!!!!

Bercakap pasal Aaron Aziz pulak, aku rasa kebanyakan hero2 dalam novel pop wataknyer mmg sesuai sgt bagi dekat Aaron Aziz. Kebanyakan watak dalam novel pop dan tema kahwin paksa ni lelakinya harus; hensem giler dan kaya. AA sgt sesuai watak sebegini. Even kalau tak dibuat drama atau filem pun, mmg AA lah yang dibayangkan oleh perempuan2 yang baca novel. *tetiba terfikir, kalau lelaki baca novel macam ni, siapa yang mereka bayangkan?*

Tengok jer lah penangan cerita Nora Elena. Personally bagi aku, jalan ceritanya tak best. Biasa-biasa ajer.  Well, tema kahwin paksa lagi. As i said earlier, aku kan mmg dah tak suka jalan cerita kahwin2 paksa ni so memang tak layanlah novel Kasih Yang Suci tu. Tapi sebab aku layan cerita tu hanyalah kerana Aaron Aziz. Kalau ZulHuzaimy yang pegang watak Seth Tan tuh....harus aku layan gitu2 ajer.

Lambakan novel-novel pop dipasaran membuat aku memilih dalam membeli/membaca buku. Perkara pertama aku akan tengok adalah siapakah penulis novel itu. Aku ada beberapa penulis yang aku gemar antaranya, Sharifah Abu Salem, Faisal Tehrani, Salina Ibrahim, Noor Suraya dan bbrapa orang lagi. Tapi skang ni banyak sgt  novel pop smpi kadang2 aku tgk penulis kegemaran aku pun dah mula buat cerita-cerita yang kurang menyengat dah. Mungkin ini juga salah satu faktor aku dah kurang membaca sekarang. Atau mungkin ini masalah diri aku sendiri. Huhu.

Ok, aku dah ngantuk. Ape benda tah aku bebel2 ni. Sengal!
 

Blog Template by YummyLolly.com