Ini entry sampah. Saja nak share ngan korang permainan yang aku pernah ada dan masih sgt merindui semuanya. Sebab baru lepas tgk mudah.com dan tgk bahagian hobby and collectibles. Wahhh.....mainan lama2 pun ada orang jual. Kalau aku tau...aku jaga elok mainan aku dulu dan tak bagi mak aku buang :p.
Haa...menatang ala ni aku rasa ramai yang ada. Sekarang pun masih ada lagi kot. Tapi ni adalah permainan yg aku tak layan sgt. Sebab tuh tak jadi pemancing berjaya sekarang ni....pancing pakwe pon failed!!!
Ni aku suka~. Sgt suka sbb boleh buat macam2 plus aku ngan kakak aku akan gunakan buat rumah untuk patung kertas :p. Tapi budak skang takder dah wooden block camni kot...semua dah plastik agaknyer.
Siapa kata aku tak reti main kereta ni semua? Aku ada jugak permainan kereta macam ni dulu yang diperbuat dari tin. Orang kata bleh cari kat Jonker Street lagi permainan ni. Tapi last time aku pi Jonker Street aku jumpa katak je yg dibuat dari tin dan ada kunci untuk bagi dia melompat.
Ni adalah permainan yang semua budak perempuan suka!!!! Paperdolls!! Dulu siap lukis lagi baju2 untuk paperdoll yang ada. Sekarang ni susah dah nk jumpa kot. Dan rasanya budak sekarang tak kenal pun apekah ini :p
Ini adalah lagi satu permainan useless yang aku pernah ada. Tapi aku punya dulu kaler putih biru dengan gambar2 superheroes. Cara main adalah dengan memusingkan tombol merah tuh dan kemudian gambar kat skrin tuh akan berpusing jer. Motip permainan??? Takder motip!! Choii.
Ini lagi satu permainan kegemaran budak perempuan. Main masak-masak...hehe. Dulu aku tak ingat aku ada berapa set alat mainan masak-masak ni. Banyak kot. Yang dari tin macam dalam gambar atas ni ada siap sekali stove, yang dari plastik ada, yang tea set jer pun ada. Kira dulu aku macam makcik2 yang kumpul pinggan mangkuk Arcopal-lahh~ :p
Benda ni sekarang pun masih ada lagi kan?? Tapi dengan warna yang perlbagai. Motip? Takder~
Ni permainan Tomy ni aku tak sure ada lagi ke tidak sekarang ni. Tapi yang aku ingat, lepas aku dapat mainan ni, Jojo adik beradik Tora tu terus keluar mainan macam ni jugak tapi versi kecik. Choii! Terus tak eksklusif dah mainan aku ni jadinyer.
Warghhhhhhhhhhhhh!! Ini paling suka suka suka!! Tolong la sesapa kalau jumpa belikan aku....hehe. Sangat suka kot. Lagi best dari belon getah biasa. Sebelum tiup kene licin kan guna air liur dulu....hahah. Pastuh baru tiupppppp. Time tiup kalau ada lubang boleh tuutp lubang tuh...haha. Serius cool belon ni. Pastuh nnti jadikan kecik sekecik2nya dan kemudian letupkan kat dahi orang lain sampai bunyi 'pop'! Serius best!
Siapa tak perna main permainan card diatas adalah looser....haha. Ni pun Best. Paling best Happy Family. Igat lagi tak family stone, Bone, Fillet? Hihi...dah dpt kumpul semua family members kene cakap apa?? One happy family at home~~~ :p
Ashkar2 ni aku ada jugak. Tapi tak banyaklah. Lagipun aku tak layan sgt pun ashkar2 ni. Sekarang ada lagi ker?
Ni aku suka! Sbb macam papan hitam. Boleh conteng-conteng. Kalau korang ingat dulu....ada buku yang boleh conteng jadi macam ni. Siapa ingat?!
Dulu takder playdoh....tapi ada plastesin :p. Main buat macam2. Dari kuih ke binatang. Tapi bila warna dah bercampur2 jadi macam kaler taik....terus takmo main dah. Nnti lepas tukena marah ngan mak sebab lantai jadi melekit2 :p
Haa ni. Taktau nama apa. Tapi bukan lego. Murah punya. Benda ni selalu main buat rumah atau robot. Pehhh...tak sangka time kecik2 imaginasi aku dah hebat nk pikir buat robot :p
Ni useless punya permainan. Aku punya duku mickey mouse n friends naik kereta. On switch lepas tuh nnti mickey naik tangga satu satu....dan kemudian...wehooooooooooo....turun macam roller koster. Dan aku hanya tgk jer. Takder motip langsung!
Siapa ingat Juara lagu tahun bila tah....Opening lagu Yuna main piano kecik ni?! Ya...aku rasa piano ni pun ramai orang ada. Aku punya sebijik macam kat dalam gambar...warna biru. Aku warisi dari zaman kakak aku kot. Kira bertahan lama juga sehingga la kemunculan adik aku. Terus hancur!
Aa...ni aku dapat masa opah aku balik haji. Selain gelang mekah, kamera ni la aku dapat sebagai cenderahati. Tapi view gambar2 bangunan di mekah dan madinah laa :D.
Ni?? Ok ni dah moden sikit. AKu rasa aku ada benda ni zaman matriks kot? Ke sekolah menengah tah. Tamagotchi~. Pet digital. Orang cam aku sesuai ada benda ni sebab aku takut binatang bulu2. Tapi biasalah...dah nama pun digital. Kalau mampus pun tak kesah :p
Ok dah. Sekian. Rindunyer zaman dulu~. Budak sekarang kenal gameboy dengan playstation jer. Bosan. :p
Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Lagi cubaan menjadi orang seni ....konon!
Tengok gambar dibawah ...
Woahhhh....mahal~ :p
Jadi kita cuba buat sendiri :P
Tada~~~
Hahaha. Sebenarnya tak terfikir nak buat pun. Tapi Ahad lepas meronggeng sorang2 ke Jusco dan kemudian ke Festival City. First time pegi Festival City, best jugak mall ni. Pastuh ternampak satu kedai nama Kaison. Jual bunga, barang2 hiasan dan sbgnya. Bila tengok tu mula la syok sendiri. Tengok ni nak...tengok tu nak. Boleh meroyan sorang2 dalam kedai tuh. Pastuh dah tgk barang-barang yang comel-comel, tu yang datang idea kunun nak buat benda alah ni. Jadi sebagai cubaan pertama, kira boleh la. Cuma pemilihan bunga yang salah. Dah beli takkan nak membazir pulak. Jadi gunakan jerlah. Tapi takper....next time bleh cuba buat dengan bunga yang betul pulak yer :p.

Monday, December 5, 2011
Cubaan menjadi Jimmy Choo?!
Ini la kerja aku sepanjang raya korban yg lepas. Raya pun macam tak raya jer sbb dok sorang2 kat rumah. Maka cari kerja la nak buat. Bila nampak manik2 banyak kat rumah tuh....terpikir nak transform kasut yang patut dibuang lama dah ni. Sebab malas, aku buat teknik crumble jer la....hahahha....tak payah nk design2....dan jahit tersusun2. Bantai jahit jer ikut suka asal tak nampak lagi base warna ungu tuh. :p
Yang sebelah lagi tuh the next day baru siap...tuh pun macam terpaksa siapkan sbb sebelah dah siap. Takkan sebelah lagi taknak buat. Terpaksa la buat, tapi terlupa nk amik gbr. Apa pun kasut ni so not matching ngan tapak kaler ungu tuh....dan selepas menjadi realiti, kasut ni baru pakai sekali jer....hahaha...dan mungkin tak pakai dah kot. Baru perasan kaki makin besar :p

Friday, December 2, 2011
Ombak Rindu
Oh oh....selamat menonton filem ini semalam selepas menunggu setelah sekian lama. Overall aku bagi 3 bintang sahaja untuk filem ini. Seperti aku jangka, Maya Karin memang tak sesuai membawa watak Izzah dengan pelat yang beliau ada. Aku pun tak pasti pelat mat salleh atau pelat apa yang ada pada dia tapi yang penting butir bicara skrip beliau mencacatkan watak Izzah seorang gadis kampung. Tambahan pulak dalam filem ini Izzah adalah seorang ustazah yang mengajar mengaji *tiada dlm novel. Lakonan Aaron Aziz pula, biasa-biasa sahaja. Tiada yang menarik lakonan beliau dalam filem ini. KL Gangster masih merupakan lakonan terbaik beliau setakat ini, bagi akulah. Watak Mila Amylia yang dilakonkan oleh Lisa Surihani, bagi aku bolehlahh. Untuk Lisa Surihani yang kita nampak lembut, kira dia berjaya juga nak bawak watak perempuan yang agak garang camtu. Tapi itulah, bagi aku dia sekadar dapat membawa watak emosi tapi tidak pada personaliti. Sbbnya, Mila Amylia adalah seorang model terkenal, penggoda. Lisa Surihani sangat kurus untuk seorang model. Pakai baju seksi pun macam tak ada apa-apa :p. Tak nmpk macam model dan tak nampak gaya penggoda pun. Haihhh...
Dari segi jalan cerita, kalau anda bukan pembaca novel tersebut maka filem ini boleh dikategorikan sebagai best la jugak. Tapi jika anda seorang pembaca novel Ombak Rindu, maka filem ini mungkin akan membuatkan anda sedikit kecewa. Diulang...hanya sedikit. Tapi jangan kecewa kerana kekecewaaan anda semua akan terubat dengan kehenseman Aaron Aziz :D. Terlalu banyak olahan pada jalan cerita yang tidak bersandarkan pada novel. Maka bagi aku jika dilihat filem ini sebagai suatu adaptasi novel, maka filem ini tidaklah berjaya sebagai sebuah filem adaptasi. Tapi jika dilihat dari sudut sebuah filem genre drama-cinta-airmata yang hanya mengambil sedikit jalan cerita didalam novel sebagai rujukan maka filem ini berjaya.
Filem ini juga banyak bergantung kepada soundtrack yang sangat membuai-buai. Ya...soundtrack filem ini sangat sesuai dengan jalan cerita dan jika diperhatikan liriknya juga bersesesuaian. Maka soundtrack filem ini berjaya membawa mood setiap babak.
Keseluruhannnya, adakah aku kecewa?? Rasanya tidak. Tidak sekecewa aku menonton Nur Kasih The Movie. Ya, filem ini masih boleh diberi peluang dan masih boleh berdiri sendiri tanpa bersandarkan pada status 'adaptasi novel'. Adakah anda memerlukan tisu? Err....aku bawak tisu tak guna pun. Hahahaha.....ada la part sedih. Tapi takder la menangis tersedu sedan. Sedih lite-lite sahaja. Tapi boleh la sediakan juga tisu jika anda seorang yang punya hati yang rapuh tak sekeras hati saya ...kot :p.Tapi Abang Aaron Aziz saya menangis berbakul-bakul dalam filem ini. Jika nk tgk Aaron Aziz mennagis...maka pergilah tonton :p. Tapi ada certain babak dan sekeras2 hati saya tidak pula membawa saya untuk ketawa pada babak yang tak perlu ketawa! Tapi ramai pulak penonton yang ketawa dan ....aku jadi pelik. Serius tak paham apa yang diorang gelakkan. Hmm
p/s : Suatu kenyataan yang perlu anda ketahui. Saya hanya minat Aaron Aziz sebab beliau hensem sahaja. Bukan dari segi lakonan. Bagi saya lakonan Remy Ishak, Zul Huzaimy lebih berkesan. Aaron Aziz?? Biasa-biasa sahaja. Jadi jangan ingat segala tentang Aaron Aziz saya akan puji. Contohnya drama 'Kekasih Awal dan Akhir' di tv9 arahan Aaron Aziz. Drama ini sangat tidak relevan dan rasional dan tah hape-hape. Dan saya tidak akan bagi lakonan Aaron Aziz 5 bintang hanya kerana beliau hensem. Sekian :p

Subscribe to:
Posts (Atom)