Kerlaskan kak suka. Sekarang ni dah mula buat entry2 berbaur kecantikan. Cantik ker masalahnya uolss. Hehehe....sbnrnyer saje jer buat entry. Dah takder benda nk update. Lagipun kak suka sendiri kalau nk beli sesuatu produk akan cari review dari blog dulu sebelum membeli walaupun kadang-kadang banyak review untuk iklan ;p. Tapi walaupun begitu, kak suka tetap rasa macam review tuh semua betul. Orang pempuan la katakan. Itu semua alasan untuk nak membeli. Achoiiiii :p
Pakah produk yang kak suka ingin kongsikan dengan uols?
Tadaaaaa. Losyen baru yang baru dibeli. Produk dari Vaseline, healthy whitening with triple lightening uols. Kalau tak putih jugak macam Nora Danish...tak tau la nak kata hape....hahahhaha. Sebelum ni pernah pakai produk Vaseline yang petroleum jelly tuh jer la untuk bibir kering. Beli jelly tuh yang kecik boleh pakai bertahun-tahun. Kak suka amalkan sejak dari matriks lagi Vaseline tu. Tapi sekarang ni dah mula curang sebab jumpa produk lain yang lebih baik. Tapi nnti kak suka cerita kat entry lain naa.
Ok berbalik kepada losyen Vaseline ni. Baru 5 hari kak suka pakai. Belum transform jadi Nora Danish lagi...hehe. Baru 3 hari dah poyo nak review bagai. Tapi so far kak suka sangat suka dengan losyen ini. Teksturnya sangatlah ringan dan boleh dikatakan hampir tiada bau. So kalau pakai pun tak rasa macam pakai. Inilah yang losyen yang kak suka cari selama ini.
Sebelum ni pakai pernah pakai losyen Nivea whitening. Terpengaruh dengan kakak kak suka yang pakai Nivea. Tapi sejak dah bijak sikit sekarang ni, baru perasan tekstur losyen Nivea macam sangat berat. Rasa macam berminyak kalau kena air. Jadi bila dah hati macam tak suka, mula la ngelat untuk mengamalkan pemakaian losyen[*puii...sbnrnyer malas].
Lepas tu pakai pulak body butter Bali Ratih. Indonesia mari. Beli ni pun sbb kawan datang dari jauh ke rumah kak suka semata nak promot produk ni. So sebagai kawan yang ingin membantu bisnes kawan lain, kak suka pun beli la body butter dengan body mist Bali Ratih. Oleh kerana ianya adalah body butter, haruslah teksturnya sangat berat. Baunya pun sangat kuat. So kalau pakai body butter Bali Ratih ni, dah tak perlu lagi pakai perfume. Serius, anda sudah cukup wangi. Tapi ini la yang kak suka tak berapa suka. Bau wangi yang kuat lama-lama akan jadi busuk bagi kak suka. Kak suka ni orang yang suka bau wangi lite-lite jer. Beli wangian kereta pun, kalau baru beli mesti bau kereta sangat kuat. Kak suka akan buka tingkap bagi bau wangi tuh berkurang sikit. Kak suka sendiri sangat jarang pakai perfume :p. So body butter Bali Ratih yang telah tinggal suku telah kak suka sampah sarapkan. Maapkan saya[intonasi kartun alih suara].
Berbalik kepada losyen Vaseline tadi. Kalau pergi Watson ada banyak jenis dah lotion dari Vaseline ni. Walaupun belum habis sebotol lagi losyen Kak Suka, tapi hakak dah berazam untuk beli yang jenis Perfect 10, whitening and anti aging pulak lepas ni. Maklumlah....usia dah kertu kannnn. Yang Perfect 10 ni bertindak untuk menukar Kak Suka menjadi Rozita Che Wan :p. Melawan penuaan katanya. Tgk gambar bawah ni. Sepuluh manfaat yang boleh diperolehi dari losyen Perfect 10 ni.
Oklah. Sekian sahaja segmen 'Cantik ke uols' bersama Kak Suka. Jumpa lagi di lain entry. Muahhhh.
XOXO,
Kak Suka
p/s: bukan advertorial. Ini adalah self review ;)
Thursday, June 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Request utk up coming segment 'Cantik ke uols: pasni kak suka tlg wat review pasal produk tuk mendapat'n muka seperti TokTi atau Fazura lak yer...
otsukaresama desu~!!!
akak memang suka Vaselin ....tapi malas pakai maka jadi lah sampah sarap..
Pza - nak cantik macam tuh mudah je....berkat mengambil wuduk~
Kak Ezah - Kak suka pun ada time juga...time rajin satu badan tonyoh...time malas nak pandang pun tamau :p
kak suka, kita pon guna vasline perfect 10.. so far ok la..
Post a Comment