Friday, January 28, 2011

Oziah Rudin :)

Alahaiii....terharu. Walau tak pernah bersua muka, walau tak pernah berbicara lewat talian. Tapi budi yang diberi kepada saya oleh hamba Allah ini tak terbalas oleh saya. Hanya bermula dengan forum dan kemudian blog, saya rasa dekat dengan beliau. Benarlah, orang yg baik-baik ini, disukai dan disayangi ramai. Auranya terasa :D. Begitulah yang saya rasa mengenai beliau. Orang kata kimia mungkin :p.

Jika kamu semua masih ingat entry ini dan ini, beliaulah yang telah menaja tiket saya ke konsert itu sempena harijadi saya yg ke23 :p. Aduii duii duii....tak sangka saya beliau membelikan tiket itu. Hanya bergurau di FB, manakan saya menduga ada juga hamba Allah yang walau tak pernah bersua tapi tetap memberi hadiah kepada saya. Huhuhu. Walau sudah mengucapkan terima kasih, tapi masih terasa ucapan itu tak tertanding dengan nilai hadiah dan keikhlasan beliau.

Kali ini pula beliau memberi pula saya barangan spt dibawah ini. Aduhaiii...hanya terima kasih lagi sahaja yang mampu saya ucapkan. Jika saya ada seorang abang, akan saya kenenkan dengan beliau. Hahaha. Bertuah la kepada sesiapa yang dapat beliau sebagai menantu. Kepada makcik2 yang inginkan menantu yang baik hati, sopan dan anggun, beliaulah yang makcik cari :D.

Info : Kepada kawan2 yang dok tanya saya apa itu amplnag. Tuh keropok bulat2 macam makanan ikan tuh la amplang :D.







Benarlah kata orang, hutang budi di bawa mati. Takkan ada apa2 dapat membalas pemberian Cik Oziah Rudin ini kepada saya. Hanya Allah dapat membalasnya.


Kepada Cik Oziah Rudin, terima kasih banyak banyak banyak! :)

Seribu boyfriend boleh dicari,tapi seorang sahabat susah dicari *ok tipu sgt ayat...sbb aku sorg boyfriend pun susah nak cari! Dem! :p

Thursday, January 27, 2011

Remuk

Kecil
Tetap menghiris

Lali
Tak bermakna kebal

Kerana hati itu fragile

Friday, January 21, 2011

Bebola Cat

Ini cerita sudah lama. Dua minggu lepas kot. Sekarang baru ada mood nak update. Tuh pun seb baik ada...kalo takder....harus smpi bila2 tak update. Huhu

Ini aktiviti join opis Hanani punya kawan. Jadi kebanyakanya first time cuba main. Memula sampai aku tgk derang dgn otfit mcm professional. Dah mula cuak dah time tuh. Tapi bila instructor tanya sape first time main....mostly angkat tgn. Cehhh....buat wa kecut jer tgk outfit derang. Style jer lebih derang ni. Hihi. Nasib baik style tidak mempengaruhi gaya bermain :p.

Tgk...outfit aku paling sempoi. Yang lain semua hebat2 :p.


Jadi ini second time aku main paintball ni. First time baper tahun sudah dengan ofismate lama ;) . Tapi dulu pun main speedball. Tapi kali ni layan woodsball plak kat TourBunkers. So banyak la bestnyer main woodsball ni. Satunyer sbb baju konpem kotor kene tanah bagai :p...main speedball baju bersih jer...kotor pun sbb kene kaler peluru, dua; konpem ko hempas je badan ko kat tanah...pastuh dah balik baru ko rasa sakit sana sini :p ....speedball boleh meluncur jer...huhu. Tapi yg pelik, aku main woodsball ni, lebam kene peluru tak serius pun. Lebam sehari dua dah hilang. Masa dulu lebam dah la besar....seminggu plak tuh baru nk hilang. Adakah sbb usia? :p. Ok...takder kaitan :p.

Berapakah peluru yang berjaya terkena tubuh saya. Mungkin 5 atau lebih. Sebab dekat kepala jer dah 3. Tepat plak tuh atas kepala. Giler sakit kene kepala. Kene jer terus caci maki keluar :p. Sbb kitorg main kene kepala baru dikira mati. Jadi sah2 orang target kepala jer :p.

Oklah. Dah. Sekian. Sudah tiada modal nak gebang apa lagi :p. Semoga bertemu kerajinan saya lagi di masa akan datang :p.

Friday, January 7, 2011

A week after 2011

Hoihh.....dah 2011. Sudah seminggu pun berlalu. Perlu ke nak recap 2010?? Tak perlu kot. Thn 2010, semuanya biasa2 sahaja. Mungkin juga boleh dikatakan kurang dari biasa2. Status pun masih bujang. Huhu.  Cuma skang sudah dipegang oleh Aaron Aziz.....hahahahahaa. Terpaksa amik Aaron Aziz jer sebab kene bg Ashraff Muslim pada Pza sempena birthday dia yang lalu. Jd mak redha jerr :p. Hehe. Selain itu kehidupan sosial semakin menurun.

Aktiviti berlari hampir tiada.
Aktiviti ke konsert juga....hampir tiada.
Aktiviti teater masih konsisten, cuma sudah tak update kat blog.
Aktiviti menulis blog...merudum2 jatuh :p.
Aktiviti ke air terjun .... meningkat naik.


Kesimpulan 2010 saya....semuanya mendatar sahaja. Sekian.

***

Masuk 2011, tetiba kerja aku jadi mcm sentiasa ada sampai rasa nak bernafas pon tak sempat. Setel satu.....satu lagi mari. Belum setel satu.....satu sudah tunggu. Kdg2 baru nak relax sikit.....zass...terus ada lagi satu. Semua kene buat time tuh jugak pulak tu. Huhu. Walopon kecik2 jer...tapi kalo dah sentiasa ada....rasa letih juga. Tapi nak buat camner....terpaksa pasrah jer.

***

Hari pertama 2011 saya di mulai dengan acara berkampung di Bekelah, Maran...sekali lagi. Genap sudah 12 bulan....tak cukup setahun sbb tahun lepas pegi ujung bulan, kali ni pegi awal bulan. Kali ni pegi time hujan, jadi tiada apa yang menarik melainkan nyesal sikit2 :p.

Sepanjang perjalanan dr KL-Maran adalah hujan lebat. Sampai Maran pun masih hujan. Subuh, hujan mulai reda. Amaran penduduk kampung, bahwa sungai agak berbahaya sementelah sudah 2 hari hujan di Maran. Kalau hari tuh hujan juga, maka adalah sgt berbahaya untuk kitorg naik. Berbekalkan tawakal...kami pegi jugalah. Lori suppose dtg pukul 7....pukul 8 lebih kot baru sampai.

Trekking kali ni 2 jam sahaja sbb join ngan budak2 gunung UIA yg semuanya fit2 belaka. Jadi mahu tak mahu....trpaksa la mengagahkan diri juga. Kalau tak mmg ketinggalan. Jadi aku bersama2 Cik Kam yang bukan kaki gunung berjalan berdua sambil stop juga mana2 yg patut. Kalo ikut budak2 ni....giler tak berehat. Derang berehat time nak meniruk(*aksi terjun tiruk) jer. Sampai camp site, siapkan apa yang patut dan kemudian masak untuk tengahari. Tengah nak kumpul ration yg masing2 bawak sikit2 hari tuh, tetiba beras telah ditinggalkan oleh organiser di KL. Jadi sepanjang berkampung di sana kami hanya makan lauk jer. Cuma malam tuh jer sorg dapat makan nasik lembik sesudu sorang sbb beras ada 2 pack kecil jer...huhu. Tapi walaupun beras takder, mewah juga makanan sepanjang berada di sana. Ader bubur yang main diambil makin bertambah, ada ayam black pepper, ada sup sayur sepenuh2 periuk juga ada tomyam sosej.

Pas masak2....aksi menerjunkan diri di dada air....cewah. Mandi sampai lebam petang tuh....pehtuh terus masak untuk malam pulak. Lepas masak mkn malam, tibalah saat yang aku tak sabar2 nak siang. Malam tuh khemah kami ditenggelami air. Sebelum tuh sepanjang siang hari tuh cuaca cerah jer. Malam pulak boleh hujan. Huhu. Air hujan masuk serap ikut kain khemah tuh. So aku bg cadangan amik ground sheet yg aku nmpk tak guna untuk kaver atas khemah kitorg. Lepas amik ground sheet tuh dah buh atas khemah, ingatkan segalanya sudah ok. Jadi kami pun mula la nak beradu. Malang mmg tak berbau. Lama2 air dari luar plak dah bertakung masuk terus khemah kitorg sikit demi sikit. Mulai dari saat itu...bermulalah kesengsaraan kami. Kejap2 bgn tgk jam dengan harapan cepat2 la siang. Tak larat nak tido dalam air. Aku siap tido atas beg sambil mengecilkan diri supaya muat atas beg tuh. Kaki terpaksa cecah air sikit. Sleeping bag dah lencun dah mmg takleh guna. Huhu....malam yang sadis.

Pukul  5 pagi, Nani kerah kami suh bgn sebab dah rs tak bleh blah. Pagi tuh...kami angkut air dalam tupperware kitorg isi mknn untuk ramai2 yg bermaksud tupperware yg besar....mungkin separuh baldi punya saiz kot. Kami angkut air dr dalam khemah buang ke luar dalam 10 kali ada agaknya. Bayangkanlah, cemana kitorg tido dengan air byk tuh. Mmg tido sambil terapung.

Tgk...deras giler kan? dulu aku siap mandi tuh kat sini..huhu

Akhirnya siang muncul jua. Terasa sgt letih sbb tak cukup tido. Pagi tuh layan view kolam 7. Peh.....air besar dan deras giler. Mmg takleh mandi kat situ. Menurut group yg berkhemah kat atas tuh....malam masa hujan tuh, dua kali ada kepala air. Huhuhu. Lepas layan view sambil ada sesi berkenalan dengan sorg brader group lagi satu, turun bawah dan breakfast. pastuh organiser suh kemas2 sbb dah nak balik. Selesai kemas...terus turun kolam 6 layan mandi main2 air sementara tunggu yang lain siap berkemas dan balik.

first group sampai bawah :D
***

Begitulah laporan saya untuk kali ni. Sampai berjumpa lagi kerajinan saya di lain masa. :D.

p/s : Err....kali ni saya menang sbb MissGee blom update blog beliau untuk tahun 2011...hehe. Budget bz la tuh skolah baru bukak......cehhh :p.
 

Blog Template by YummyLolly.com