Tuesday, March 30, 2010

Pewwiitttttttttttttt!!!

Yaaa......tibalah masa minggu lepas untuk aku menebus hadiah yang aku terima sempena birthday aku yang lepas....hik hik.

Kalo ikutkan mmg aku tak plan nak tengok konsert ni. Macam biasa....kalau konsert kat IB, tiketnyer tentulah sangat-sangat-sangat mahal berbanding teater. Sebab tuh korang selalu tengok aku layan teater jer sebelum neh kat IB walhal dalam hati meraung2 jugak nak layan konsert. Itupun sekarang rasa macam nak resign dari tgk teater. Teater Sri Mersing yang lepas aku dah melepas tak tengok.....budget lari punya pasal. Terpaksa tahan jer nafsu nak menonton :(....huk huk.

Tapi minggu lepas termakbul sudah hasrat hatiku untuk menonton konsert Amy, Suatu Masa. Terima kasih yer kawan yang menyempurnakan hasrat hatiku....cewahhh.

Macam biasa...aku sampai IB kul 8.30. Datang awal-awal pun buat apa. Aku lone ranger....satgi nnti sangap jer sengsorang kalo dtg awal. Tapi sebenarnya kalau ada geng pun aku mmg selalu sampai 8.30....hahahah.

Suppose konsert pun mula pukul 8.30 tapi mungkin sebab tunggu aku.....konsert start pukul 9 malam! Aku amik tempat duduk, upper circle bahagian tengah. Setengah jam tunggu, aku cam sangap jugak. Pandang keliling....buat-buat cool. Ok, sebenarnya ada debar dalam hati layan konsert ni sorang-sorang. Kalau teater takper laa....sbb teater mmg kita fokus tgk teater jer. Lagipun macam aku tak biasa tgk teater sorang2. Tapi konsert rasa macam seriau sebab nanti kalau orang lain headbanging....aku nak headbanging jugak ker??! :p. Nasib baik itu semua tidak berlaku :D.

Konsert dimulakan dengan lagu-lagu rancak. Amy muncul dengan rambut panjang ketak-ketak zaman dulu-dulu.  Konsep konsert neh bak kata paper yang aku baca ialah theatrical. Ada la monolog bagai siap ada dua watak yang pakai suit tuxedo dengan mask dan mengucapkan berapa line dialog di antara sela tukar lagu tuh. Tapi aku rasa konsep neh sangat tak kena. Aku rasa Amy sangat terbatas dalam pergerakannya membuatkan aku rasa penonton dan aku sendiri rasa sangat asing. Tak ada interaksi dengan penonton pun. Cuma pada lagu Kerja Gila, Amy buat kemunculan dari bahagian penonton dan berlegar-legar sekitar penonton siap baring atas penonton. Ini la baru aku rasa persembahan kemuncak dan aku tgk pada persembahan ini jugak, audiences sgt enjoy. Aku yang duduk kat atas pun rasa nak terjun ke bawah sebab Amy merayau macam orang gila kat bahagian stall siap baring-baring lagi. Baring atas penonton ok!! Mmg kerja gila!



Untuk persembahan lagu Gita Rama Sita pulak, siap ada penyanyi dengan penari India dengan pemain sitar sekali. Ditambah pulak dengan latar belakang Taj Mahal. Bagi aku sangat kene persemabahn lagu ni yang ada bunyi2 india sikit.. Sebab Amy macam berlawan nyanyi dengan penyanyi India tuh. I like! Antara lagu lain yang aku ingat dia nyanyi lam segmen pertama ni ialah Kongkang, Kepala Sotong, Malangkoli dengan Aku dah Bosan. Semua pun dari album solo. Pastuh penutup segmen neh baru la diberitahu bahawa dua watak yang muncul tuh adalah setan dan iblis. So kira konsert neh menunjukkan perjalanan seni Amy la kot di awal kemunculan beliau.



Kemudian kita layan segmen lagu mellow-mellow marshmallow. Memula lagu Suralaya Dalam D Major. Lagu ini adalah salah satu lagu favourite aku. Tapi aku sangat kecewa bila lagu ni hanya dengar suara Amy jer. Atas stage yang ado hanyalah penari sahajo. Tak puas hati betol. Aku bayar tix mahal-mahal nak tengok Amy, bukan nak tengok penari! Persoalannya......aku ker yang bayar tiket? Lu pikirlah sendiri...hehe. Tapi serius....aku tertunggu-tunggu jugak. Dah la opening lagu tuh dia ulang tah berapa kali. Bikin dada aku debar. Tapi bila dia start nyanyi....dari awal sampai habis lagu Amy tak muncul-muncul. Pehhh...rasa nak terjun je! :p
 Then Amy keluar nyanyi Suatu Masa sambil baring dan tido lite-lite atas katil.Ok....props katil dengan kerusi cleopatra tuh sangat cantik okeh. Serius! Dan lagu...tak payah cakap la....mmg syahdu habis. Habis lagu Suatu Masa, Amy nyanyi lagu medley dengan tajuk nama-nama wanita. Dimulai dengan Rozana, Nigina, Laila Namamu Teratas dan Isabella. Pada nyanyian medley neh baru aku rasa audiences layan sekali nyanyi sama-sama. Siapa tak tahu lagu2 nama perempuan neh. Hebatkan perempuan? Perempuan bukan sahaja bisa menggoncang dunia u'olls. Tapi buat lagu dengan tajuk nama perempuan pun, lagu boleh top! :p
Segmen neh bagi aku nak menunjukkan kehidupan Amy dalam alam kejiwangan sehingga akhir segmen beliau kemudian mengenal cinta Ilahi di mana diakhiri dengan lagu Tiada Lagi. Mmg sesuai lagu ni.



Pada segmen ketuhanan ni, baru la keluar orchestra yang sebelum-sebelum nih dok menyorok saje kat belakang. Aku suka keadaan stage time neh. Dengan orchestra yang duduk bertingkat, kemudian ada lampu bulat-bulat. Lampu tuh nampak macam cahaya-cahaya kemimanan gituh :p. Amy mulakan dengan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Kemudian disusuli dengan salah satu lagu favourite akak juga iaitu Kalimah Cinta. Pastuh lagu Kepadamu Kekasih. Peh.....lagu neh mmg syahdu. Dan last sekali Amy lagukan Asma Ul-Husna versi Siti Nurhaliza. Memula aku dengar , aku mmg tahu Siti penah nyanyi. Tapi aku konfiden ingat dalam teater Sirah Junjungan yang aku pergi tahun lepas. Tak lama tuh baru aku ingat, Asma Ul-Husna versi Siti neh ada dalam album Tahajud Cinta. Huhu.



Kemudian konsert pun habis. Berlangsung dalam masa 2 jam jugaklah. So far aku rasa puas jugaklah tapi macam tak berapa nak lawas :p.

Aku rasa kalau takder konsep theatrical tuh lagi best kot. Sbb Amy boleh berinteraksi dengan penonton. Penonton pun bleh enjoy. Pastuh aku rasa Amy tak perlu penari-penari segala macam tuh sebab dia seorang duduk atas pentas tuh pun dah cukup memukau. Aku expect macam konsert M.Nasir yang kat IB tahun lepas. Semua crowd bangun, menyanyi dan menari sama-sama. Kemudian aku rasa kalau ada segmen artis jemputan pun tak apa. So boleh la Amy jemput artis2 yang pernah berduet dengan dia macam SM Salim atau Sasi the Don untuk lagu Suatu Impian atau lagu favourite aku, Syurga dan Neraka yang Amy duet dengan Bienda.

Apapun, Amy tetap terbaek!. Maybe dia nak buat perubahan kot. Tapi percubaan yang bagi aku, berjaya tapi kurang enjoy. July nanti ada konsert Double Trouble pulak. Adakah aku akan pergi layan?? Sama-sama kita nantikan :D.

p/s : all pictures credit to Incik Mohd Azali Tangkap Gambor. Terima kasih. Gambar aku amik semua blur dan jauh sebab tak bawak kamera. Guna hp jer....apa yang nampak :p.

4 comments:

HaZiFah said...

henpone canggih~~~

sukahati said...

kalo canggih....mesti la gambar aku amik cantek jer....ceh

missgee said...

Wehh..
Perlukah aku jeles??
hahahaha..

Phewiiwittttt...

sukahati said...

hehe...perlu2x.... sila jeles :P

 

Blog Template by YummyLolly.com