Alahaiii....terharu. Walau tak pernah bersua muka, walau tak pernah berbicara lewat talian. Tapi budi yang diberi kepada saya oleh hamba Allah ini tak terbalas oleh saya. Hanya bermula dengan forum dan kemudian blog, saya rasa dekat dengan beliau. Benarlah, orang yg baik-baik ini, disukai dan disayangi ramai. Auranya terasa :D. Begitulah yang saya rasa mengenai beliau. Orang kata kimia mungkin :p.
Jika kamu semua masih ingat entry ini dan ini, beliaulah yang telah menaja tiket saya ke konsert itu sempena harijadi saya yg ke23 :p. Aduii duii duii....tak sangka saya beliau membelikan tiket itu. Hanya bergurau di FB, manakan saya menduga ada juga hamba Allah yang walau tak pernah bersua tapi tetap memberi hadiah kepada saya. Huhuhu. Walau sudah mengucapkan terima kasih, tapi masih terasa ucapan itu tak tertanding dengan nilai hadiah dan keikhlasan beliau.
Kali ini pula beliau memberi pula saya barangan spt dibawah ini. Aduhaiii...hanya terima kasih lagi sahaja yang mampu saya ucapkan. Jika saya ada seorang abang, akan saya kenenkan dengan beliau. Hahaha. Bertuah la kepada sesiapa yang dapat beliau sebagai menantu. Kepada makcik2 yang inginkan menantu yang baik hati, sopan dan anggun, beliaulah yang makcik cari :D.
Info : Kepada kawan2 yang dok tanya saya apa itu amplnag. Tuh keropok bulat2 macam makanan ikan tuh la amplang :D.
Benarlah kata orang, hutang budi di bawa mati. Takkan ada apa2 dapat membalas pemberian Cik Oziah Rudin ini kepada saya. Hanya Allah dapat membalasnya.
Kepada Cik Oziah Rudin, terima kasih banyak banyak banyak! :)
Seribu boyfriend boleh dicari,tapi seorang sahabat susah dicari *ok tipu sgt ayat...sbb aku sorg boyfriend pun susah nak cari! Dem! :p
MENGAPA SERANGAN GOUT BERULANG?
5 days ago
2 comments:
Aiyaa..
Mau seminggu lebih baru
perasan ada citer best utk
Oziah Rudin yg memang super best :p
hahaha..
Anyway,
Hal kecik je beb..
Jgn terasa terhutang budi..
Budi tue didatangkan secara ikhlas..
Dari kawan untuk kawan..
Semoga kita terus berkawan :)
yer...semoga terus berkawan walau tak bersua :D
Post a Comment