Mari bercerita pengalaman aku mendapat gastrik yang berlaku 2-3 minggu lepas. Ok aku tau....motif baru sekarang nk update kan. tapi like i care lahhhhh....sukahati la....ni blog aku! *sedang dalam mood emo...sorry.
Ramai yang tak tahu bahawa gastrik boleh berjangkit. Orang selalu cakap gastrik berlaku sbb tak makan jer. Masalahnya masa aku kene tuh, aku makan jer.
Ceritanya begini. Pada hari kejadian, aku tak makan breakfast. Tapi lunch aku makan jer. Kemudian pada waktu petang, sebelum aku balik dari ofis tiba-tiba aku rasa lapar sangat-sangat sampai mengigil rasanya. Jadi balik tuh terus mendapat kan nasi kukus ayam. Selepas beberapa ketika malam itu selepas makan Nasi Kukus Ayam, aku dah mula rasa tak sedap perut. Rasa macam nasi yang aku makan macam tak masuk perut. Rasa nak terkeluar jer. Rasa mual. Tapi aku relax je sbb aku fikir maybe sebab dah terlambat makan petang tadi. Angin dah masuk perut la tu. Kan sunnah Rasullullah kata, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Time aku lapar giler tu, aku tak makan terus kan.
Malam tu nak tidur pun tak boleh. Jadi sebelum tidur, nasi kukus pon mengeluarkan diri dari perut aku. Tak sudi agaknya nak duduk dalam perut aku. Mencih. Pastuh pukul 3 pagi lagi sekali aku bangun memuntahkan diri. Terus rasa macam ni dah macam gastrik je. Jadi pada pukul 3 pagi tuh, buat la air milo cicah biskut nak bagi perut relax sikit. Kemudian sambung tido, then bangun subuh muntah lagi sekali. Kali ni memang dah tak larat dah. Rasa nak melepek jer. Jadi mc-lah aku hari itu.
Pergi klinik yang tak biasa, sebab klinik biasa aku pergi bukak pukul 10. Sebab dah tak larat sangat, dah tak larat nak tunggu pukul 10. Biasalah, klinik dalam shopping complex, begitulah caranya. Klinik tak biasa ni, baru, doktor muda, sistem canggih tapi aku masuk tak samapai lima minit dalam bilik doktor tuh. Jadi tetiba rasa menyesal sebab tak pegi klinik biasa. Huhu.
Pada petang hari tu, aku sekali lagi muntah. Aiyark....dah makan ubat pun takder yang berkurang pun. Bertambah lagi ada. Petang tuh jugak bermula la episod ceriberi aku. Tiap lima minit aku berulang pergi toilet. Pehh....mencabar sungguh. Mmg melepek la jawabnya. Ceriberi ini berlarutan sehingga keesokan harinya. Jadi the next day aku amik EL jer sebab dah tak larat nak pergi klinik lagi semata nak amik mc.
Pada malam tersebut baru la aku tersedar bahawa apa yang aku alami adalah seperti adik aku kene masa CNY hari tu. Tapi dia kene sebab keracunan makanan. Kemudian time CNY kami telah pulang ke Ipoh beramai-ramai. Ini dikukuhkan lagi bila kak yong aku call, cakap bahawa Angah(my nephew) pun kene yang sama...muntah-muntah dan ceriberi pada masa yang sama aku kene jugak.
Esoknya aku pergi ofis macam biasa walaupun ceri beri tak setel lagi. Cuma dah tak kereap sampai 5 minit sekali.Balik dari ofis petang tuh aku pegi lagi sekali klinik. Kali ni pergi klinik yang biasa pergi. Then aku cakap kat doktor kebimbangan aku sebab anak sedara aku pun kene. Cerita la sikit sebanyak sejarah yang adik aku kene minggu lepas. Jadi dia pon cakap, gastrik ni boleh berjangkit sebenarnya. Ada sejenis bakteris nama H.Pylori yang boleh berjangkit. Kadang-kadang walau kita duduk dengan orang yang ada bakteris ni bertahun-tahun pun tak kena. Tapi ada setengah orang dia terus kena *aku la tuh. Jadi doktor tuh kata tak pelik.
So dia prescribed aku ngan antibiotik. Jadi hari seterusnya aku pun semakin pulih. Muntah dah takder, ceriberi pon semakin kurang. Selera makan kembali selepas seminggu kot. Tapi keseluruhannya memang ambil masa seminggu untuk aku pulih seperti sediakala.
Sekian.
Oh....tapi kesihatan yang baik tak dinikmati lama sebelum selsema merampas seminggu lalu. Hari ni sudah hari ke-9 aku selsema. Baru kelmarin pergi klinik. Sebelum tuh beli ubat kat kedai ubat jer. Huhu. Tapi semakin pulih dah.
Aku rasa aku perlu aktif semula. Kena banyak bersenam supaya penyakit tak mudah menyerang lagi. Dulu aku aktif pun sebab nak mengelak sakit menyerang juga. Huhu. Tapi kerajinan ni payah betul nak jumpa. Kerajinan menulis blog pun jarang sekali jumpa, inikan pula kerajinan untuk bersenam. Aiyarkkk!
p/s : agak sampah juga citer ni :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ok aje cter ni *w/pn pnjng*
tau la aku aktiviti ko~~hahaha
huhuhuh.....trimas kerna sudi baca :p
Post a Comment