Friday, June 10, 2011

wa bukan gangster.....wa gangstarz jer :P

Akhirnya, selepas kecewa dengan Nur Kasih the Movie. Kekecewaan aku terubat semalam selepas menonton Kl Gangster.

Apa yang aku suka tentang KL Gangster.

Jalan cerita yang menarik
 - story line sentiasa menjadi fokus aku walaupun cerita ni tanpa Aaron Aziz sebagai peneraju.

Lakonan mantap dari pelakon
- except for me lakonan Sheera jer yang rasanya lakonan ala-ala jer. Shamsul pun lakonan dah bertambah baik. Takder lagi lakonan poyo2 macam hensem. Zizan juga berjaya bawak lakonan gangster lawak. Lawak pun sangat sesuai. Sofi Jikan mmg tidak dapat dinafikan bawak watak apa pun boleh.

Aaron Aziz ...hihihi
- Selain mmg aku minat beliau, apa yang saya suka adalah bagaimana watak Malek itu di gambarkan.  Ini bukan bias sbb wa minat beliau...ok. Ini kenyataan sebab watak Malek tu sgt plain. Gangster yg plain. Plain maksudnya tanpa imej ganas, muka takder poyo macam jahat, tanpa mekap. Its so plain-lahhh. Watak malek tu sangat biasa-biasa. Beliau gangster yang bertindak pada tempatnya. Awek2 mesti ramai suka gangster macam Malek ni....hihihi.

Aksi
- Dari awal sampai habis, gaduh gaduh gaduh, pukul pukul pukul. Aksi bergaduh pun sgt menarik. Wa sukaaaaa! Yaa auw auw.

Dialog menarik
- banyak line2 dialog yang menarik dalam filem ni tapi mungkin kene tgk 2 3 kali baru boleh tangkap line yang menarik kot sebabnya filem ni banyak sangat aksi nak dikejar sampai terabai nk pikap line :p.

Yang tak suka tentang KL Gangster

- Watak ibu Malek. Tak memberi kesan sgt.
- Babak kejar2 dekat jalan TAR tuh. Aku rasa tak relevan maybe sbb aku dah lama dok kl ni, tak jumpa lagi aksi macam tu kat situ :p. Plus situ banyak polis dengan DBKL juga.
- Babak-babak 2 kumpulan bertemu. Perlulaa kereta2 parking betul2 cantik elok tersusun je? Aiyoo...parking lam kotak parking pun belum tentu masuk petak lagi okeh :p....haha. Tak gangster le parking betul2 :p.
- Boleh tak bila lawan tu bagi cedera  banyak sikit. Ni cedera sikit2 jer :p

Hahaha....apa yang aku tak suka semua yang remeh temeh jer. Boleh diabaikan. Aku bagi 4 bintang daripada 5. Menarik!



Next....tak sabar untuk Ombak Rindu~~~. Auw..auw..auw!

5 comments:

HaZiFah said...

cam best aje~

sukahati said...

mmg best~~ :D

missgee said...

Suma orang ckp best..
tapi yang pasti
ombak Rindu mesti lagi best :)

lily lotus said...

kompem best! dah 11juta..huhu

sukahati said...

missGee - Ombak rindu novel first jer best...lepas2 tuh tak relevan. Filem? Best sbb ada Aaron Aziz :P

Lily - yup...mmg best! Tidak syak lagi :D

 

Blog Template by YummyLolly.com