...
...
...
Inilah dia....
...
...
...
NINA-chan!!!
Budak ni tersangat-lah adorable!! Bijak pulak tu. Anak campuran Amerika dan Jepun. No wonder-lah kan. Tapi sebenarnya budak ni lebih dari kiut... tetapi juga bijak sangat~.
Aku sebenarnyer kenal Nina ni sbb ada orang share video beliau kat facebook. Lepas tuh seperti biasa aku pun tengoklah dan berkata dalam hati....comelnyer budak ni~~~~!! Kemudian setelah digodek-godek...rupanya ada satu channel khas beliau di-youtube iaitu Nina In Japan. Channel ni dibuat oleh ayah beliau 6 tahun yang lalu. Bermula dari Nina ni bayi sehinggalah umur beliau 6 tahun. Mula2 ayah Nina upload untuk sanak saudara serta rakan kat US jer, tapi akhirnya video2 tuh mendapat sambutan ramai. September baru ni.....adalah video terakhir beliau sebelum masuk ke sekolah. Jadinya pada saat aku kenal Nina, ayah beliau tidak akan lagi upload video Nina di youtube....huhuhu.
Sedih kot bila tahu takder lagi video Nina ni lagi sbb takder satu video pun yang aku tak terhibur. Kalau baca komen2 orang lain kat youtube pun...sangat sedih sbb takder lagi video Nina. Cuba la korang layan video2 beliau. Sangat best~~~~. Aku rasa setiap hari kot aku bukak channel tu dan layan video Nina tu walaupun berulang-ilang. Rasa rindu kat budak comel ni. Boleh? :p
So inilah video terakhir Nina....video kompilasi Nina dari bayi sehingga 6 tahun.
Will miss you Nina!!!