Lately ni, aku nak bangun pagi punya la malas. Bila dah terjaga tuh, aku
boleh golek2 selama sejam sebelum bangun betul-betul. Kat ofis pulak,
asyik dok mengantuk jer. Bila fikir-fikir balik, maybe sbb aku dah tak
mengamalkan makan spirulina lagi kot.
Ya, aku amalkan makan spirulina sejak dari universiti lagi.
Diperkenalkan oleh kakak aku yang time tuh jadi ahli cosway. Banyak
perubahan dapat dirasai masa makan spirulina cosway tu. Bangun pagi,
terjaga jer boleh terus bangun. Kulit pun glowing2 gitu. Selsema kurang
terjangkit. Sistem percernaan lancar. Tapi itu dulu la. Sejak cosway dah
tukar spirulina dia jenis baru, semua perubahan tuh tak rasa dah. Bila
dah beli byk2 botol tanpa rasa perubahan, aku pun dah tak konsisten beli
dan makan. Agak kalau period pain aku asyik datang berturut2 jer....aku
beli la balik spirulina cosway tu. Huhu.
Hasil carian di-google mengatakan bahawa, dulu cosway amik spirulina
dari US. Sama kompeni dengan Elken. Tapi lepas tuh spirulina baru ni
diambil dari kilang di India. Jadi aku rasa pasal tuh la spirulina
cosway tidak seperti dulu lagi. Bila aku tahu ni, aku google la pulak
pasal spirulina Elken. Homakaihhh....ratus2 gitu harganya. Oleh kerana
aku tak banyak duit lebih dari gaji...aku batalkan hasrat jer la :p.
Lepas tuh aku ada cuba spirulina dari 21st century. Sebulan jer try.
Harga lebih murah tapi hasilnya sama jugak. Lepas tuh datang pulak
musim blogger2 jual Virgin coconut oil capsules. Aku pun terjebak jugak.
Saja nak try kot kalau boleh menggantikan spirulina aku. Hasilnya? Sama
jugak tapi dengan tambahan, berat badan makin naik!! Damnnnn sgt. Mmg
aku rasa aku rajin makan time consume VCO tuh. Itu baru makan sebulan.
Habis jer sebotol, terus aku stop. Takkan nak merisikokan berat badan
sendiri untuk terus meningkat dengan gembirakann?!
Sebelum tuh, masa awal kerja pernah juga try evening primrose oil.
Orang kata bagus untuk perempuankan. Tapi entah la, aku makan tuh asyik
rasa nak muntah jer. Jadi selepas beberapa lama, aku rasa nak cuba
habbatus sauda pulak. Kalau google semua cakap bagus sbb ada hadis yg
mengatakan;
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus
Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali
mati ” ( Hadis riwayat Bukhari )
Tak pasti sama ada ini hadis
sahih ke tidak. So aku pun rasa nak try. Semalam singgah Mydin, dalam
tuh ada kiosk jual segala ubat2 tradisional ni. Aku pun try la beli
habbatussauda jenis Baraka. Kotak hijau. Ni baru 2 hari cuba telan gel
habbatus sauda ni. So far, mmg bangun rasa tak malas. Kat ofis
pun...kurang sikit mengantuk. tapi ada ras tindal balas awal yg kurang
menyenangkan. tak pasti sebab ubat atau sebab bulan mahu mengambang. So
aku dah kurang kan dos pengambilan. Skang nak try amik 1 bijik 2 kali
sehari. semalam aku makan 2 biji 2 kali sehari. mari kita lihat kesannya
selepas habis sekotak ni. kalau ok, mungkin akan bertukar kepada
habbatus sauda jenama halalgel pulak :p.
Friday, June 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
x makan ape2 supplement pun..hahaha
bagus..rajin2 la makan supplement..sbb supplement ni untuk org sihat, ubat plak untuk org sakit.. hehe...
Cik D - takper tak amik selagi selesa dengan tubuh diri sendiri ;)
mamaBosan - amboi ayat....ayat tokei supplement sgtt :P
Bagus rajin makan supplemen kan..cegah dulu sebelum sakit betul tak..tapi kalau dah sakit nak buat camne dah ketentuan tuhan..
saya pun suka makan supplemen,
Jom jemput baca dan singgah di blog saya..
http://aaisyahealthnbeauty.blogspot.com/
saya tengah mencari supplemen yang sesuai nie..huhu..rasanya nak cuba produk kesihatan cosway..
Sudi singgah di blog saya ya..
www.johorbahruhomestay.com
Assalammualaikum..dulu pun saya makan produl2 seumpama itu..cosway..elken. sejak 2 tahun lepas saya berhenti dan mula amalkan hbbsauda dan minyak zaitun. Alhamdulillah banyak khasiatnya.
Sebelum ini saya makan kapsul berasingan tetapi dah jumpa 2 in 1 lagi mudah berkhasiat dan jimat.
Jika berminat mengamalkan hbbsauda dan monyak zaitun dlm 1 kapsil boleh wassap saya 0162720174.
Good sharing, when talk about essential nutrients, we also talk about spirulina, an algae that is touted as a superfood rich in phytonutrients. Spirulina is lauded by the World Health Organization (WHO) as "Best Healthcare Product of the 21st Century". Elken Spirulina is not a medicine but a super nutritious health food. Therefore, it will not cause any harm if taken in large doses or taken together with other medication. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/benefits-of-elken-spirulina/
Spirulina brand apa yg paling bagus eh? Cosway atau elken? - azhan
Elken Highly Recommended 👍
Elken Highly Recommended 👍
Amalkan habatussauda. Hadis Bukhari mmg hadis sahih. Jgn lupa minyak zaitun... Wattiniwazzaitun.Zaitun antara buah yg disebut dlm quran
Salam puan blh sy thu apa nma supplemen hbhsaida dan mnyk zaitun sy puan amalkn
Sy tgh cari supplemen yg trbaik
Bukan semua jenama spirulina membekalkan faedah peningkatan kesihatan Yang sama. Proses menanam Dan memproses dalam penghasilan serta pengekalan kandungan nutrien spirulina adalah amat penting.
Elken spirulina 100% organic,100% semula jdi Dan 100% alkali..
Tidak sama dengan spirulina lain..
Pilihan saya elken spirulina..
Mahal tak jadi masalah Yang penting kesihatan Kita terjamin..
Ada insurance lagi..
Tapi kalau Mahal boleh ambik pakej bayar bulan-bulan..
Elken spirulina
Post a Comment