Wednesday, April 30, 2008

Lagu ini sungguh layannnn~~~~~

Letakkan matahari itu kembali

I caught you crying
Trying to hide your tears away
And all the while
I never knew you felt this way
I've loved you from the start
How could we let this come apart ?

We've got to put
The sun back in our hearts

Through the alleyways
The avenues and dreary days
Your schoolyard eyes
Hypnotizing every time
When we kiss in the dark
Emotion tearing us apart

We've got to put
The sun back in our hearts

Down the cinder path
And through the hedge
Climbing up to the window ledge
Throwing lockets to make a scene
I can't explain, you know what I mean

I caught you crying
Trying to hide your tears away
But your crippled smile
Will always give the game away
Are we falling apart ?
Are we just walking in the park ?

Monday, April 21, 2008

Beijing Olympic Torch Fun Run

Aku kesengalan keototan kekakian. Smlm p masuk larian Olympic Torch Beijing Fun Run kat Dataran Merdeka. Byr 15 hengget, dpt tshirt yg comel. Larian start pukul 7.30. Nani pikap aku kt jln genting klang. Kul 6.30 pg aku dah kuar umah. Awal gilerrr. Sampai2 wat la warm up yg mcm suam2 kuku ajer. Sbb cam segan jer. Yerlaa....org len smer professional. Yg kitorg neh br festime nk msk larian. Tuh pon sbb Chan ajak masuk. Kalo tak...takder la aku nk msk. Pastuh nk start tuh br la nmpk bdk2 opis aku.

Bersama2 rakan MyTeam Runner ...wehehe

Huhu. Derang neh dah bese msk larian2 neh. Runner paling hebat of cos adalah Chan dengan rekod 1km = 5 minit. Voley??? Larian smlm 5km. So Chan suppose abis lam stgh jam ajer. Dan mmg die abehkan lam setengah jam ajer. Dia dpt Top 23 okehhh. Aku ngan Nani abehkan lam ms kurang sejam. Dlm 50 menet cemtuh kot. Ms on da way dah nak dekat finishing line tuh...kitorg siap dah nmpk org bawak balik hadiah...tp kitorg tak sampai2 lg...ahahahah. Tp kira ok la kan.....untuk org festaimer msk lari2. Janji tak last. Gila jauh 5km tuh rupanyaaaa. Aku giler tak larat. Rs nk wat pengsan jer bila nmpk ambulance :p. Pastuh kalo nmpk ader motor\kete lalu, rs cam nk tahan ajer...nk tumpang. Hahaha. Giler tak larat. Air 100 Plus atau Livita Femina tak dapat membantu pon. Ahahaha. Tp kagum la ngan makcik2 dan pakcik2 yg tua2 yg boleh lari lg cepat dr kitorg :p.

APe kes bdn kelelakian?? Muka kewanitaan?? Hehe

Tp mmg seronok jugak masuk larian neh. Pasneh insyaAllah la nk msk lagi larian2 camneh. Sbb aku pon sejak keje neh, kesihatan sgt tidak memuaskan. PAstuh dok opis asik mkn, mkn dan mkn ajer. Pastuh mkn berminyak lak tuh. Bak kata Chan, OILY!! :p.

Spt bese, ader sesi snappy2 syok sendiri :p

Jd rakan2, moralnya entry aku ini adala:

Marilah bersama2 mengamalkan gaya hidup sihat!!

Wednesday, April 16, 2008

Syok Sendiri











Egege...ini gbr2 yg aku tangkap sendiri dan yg aku suka. :D. Syok sendirikan?

Monday, April 14, 2008

Ahhaaaaaaa

Sbtu lepas g pesta buku. Aku rembat 4 buah buku jer. Sbnrnyer nk beli byk...tp faktor kewangan sangat tidak mengizinkan. Jd terpaksa la aku mengawal nafsu membeli. Tiga empat kali aku kuar masuk pesta buku tuh, sbb tak pueh ati tadapat beli buku....hehe. Aper yg aku beli?? aku beli buku Salju Sakinah, Laskar Pelangi, Kopi Susu Sepatu Biru dan Surat Ungu untuk Nuha. Salju Sakinah aku dah baca sikit. Baru baca skit dah mula pikiran dok melayang2. Sbb rs cam ader kene mengena jerk :p



Ms kat Book Fair arituh ader pelancaran buku Faisal Tehrani...Detektif Indigo Kembali. DIlancarkan oleh Datuk A.Samad Said



Mlm plak g perabih duit g karaoke. Sblom tuh g mkn kat NZ. Sambil mkn2 layan AF.



Pas makan br g Red Box kat Sogo. Wahaha....2 jam dok nyanyi2. Balik kul 2 pagi. Voley?? Tak menahan tuh lagu dangdut pon nyanyik gakkk....dan paling best nk last tuh sempat nyanyi lagu Mika- Grace Kelly yg langsung takleh nk nyanyi...wehehe. Hmmm...saje jer g karaoke tuh...bosan dok umah. Huhu....kalo aku dok umah pon. Berangan ajer,pastuh nangis2.....ahahahahha. Giler.



Friday, April 11, 2008

Lagu ini syiok banget!!




Sempurna (Versi Andra and The Backbone)

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

[Reff:]
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

[Reff:]
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku


***

Ada Versi Gita Gutawa....tp bg aku tak berapa best. Best lg versi Andra and the Back Bone ni . :)

Isteri solehah perhiasan paling membahagiakan

Susunan Hashim Ahmad

SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Neraka pula rumah tangga yang hancur, suami isteri saling menyalahi, curiga, tidak saling mencintai dan jauh daripada rasa sakinah mawaddah dan rahmah.

Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah yang akan menjadikan rumah kita bagaikan syurga - baiti jannati.

Sejak perkahwinan sampailah ke akhir hayat, insya-Allah, isteri akan menjadi sahabat terbaik suami.

Dengannyalah suami berkongsi suka, duka, impian, harapan dan juga kecemasan. Ketika sakit, dialah yang akan merawat. Ketika memerlukan pertolongan, dia akan melakukan apa saja untuk suami.

Ketika berkongsi rahsia, dia akan menjaga rahsia itu dengan amanah. Ketika perlu nasihat, dia akan memberikan nasihat terbaik.

Dia juga akan selalu bersama suami. Ketika terbangun pada waktu pagi yang pertama suami lihat adalah isterinya. Dia selalu memikir dan berdoa untuk kebaikan suami dengan sepenuh hati dan suami ada dalam fikiran, doa dan hatinya.

Ketika tidur di malam hari, perkara terakhir yang suami lihat adalah dia. Suami dunianya dan dialah dunia suami.

Sebenarnya, hubungan antara suami isteri penuh dengan hal mengagumkan. Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata betapa rasa cinta, kasih sayang, keintiman, kedamaian serta kesejukan yang mengisi hati pasangan itu.

Penjelasan rasional semua itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t dan atas kehendak-Nya. Allah mengingatkan manusia yang mencari kewujudan-Nya bahawa satu daripada tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menjadikan rasa kasih dan sayang.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar Rum: Ayat 21)

Tetapi hati manusia bukan statik. Ia sangat dinamis. Perasaan dapat berubah setiap waktu. Cinta pun boleh terbang dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik.

Rumah tangga tidak dapat dijamin sentiasa bahagia. Perlu usaha daripada kedua pihak untuk saling memelihara rasa kasih dan sayang. Ibarat sebuah pohon, tanahnya perlu dirawat, dijaga dan dipupuk.

Bagi suami, mereka hidup dalam persekitaran sibuk dan melelahkan serta dikelilingi pelbagai tanggungjawab. Ada ketikanya dia tidak dapat meluangkan waktu bersama isteri dan terpaksa bersendirian dalam kesibukan kerja dan komitmen tugas.

Suami perlu pastikan keadaan itu tidak terjadi terus menerus. Cubalah sesekali luangkan waktu untuk melakukan kegiatan secara bersama dengan isteri anda.

Rasulullah pernah meluangkan waktunya untuk berlumba lari dengan Aisyah r.a.

Justeru, berjalanlah dengan isteri beriringan. Lakukan aktiviti bersama, mengunjungi teman bersama, berkelah bersama atau membeli-belah bersama.

Selalulah menjaga kemesraan dalam perhubungan. Kehidupan moden hampir mengubah kita menjadi robot atau mesin teknologi tinggi tanpa emosi.

Menunjukkan emosi dan perasaan yang dirasakan adalah perlu untuk menjaga ikatan perkahwinan daripada menjadi berkarat.

Jangan meremehkan hal penting yang nampak kecil seperti memberi isteri wang perbelanjaan, memicit bahunya atau membukakan pintu kereta dan sebagainya.

Ingatlah Rasulullah pernah menyediakan kakinya untuk membantu isteri naik ke atas unta.

Usahakanlah untuk menyediakan waktu solat berjamaah dengan isteri. Memperkuatkan hubungan dengan Allah adalah jaminan terbaik agar perkahwinan sentiasa kukuh.

Rasulullah memberi sanjungan sangat tinggi bagi pasangan bangun malam untuk solat bersama atau masing-masing membangunkan pasangan untuk solat sekalipun dengan memercikkan air di muka.

Lakukan usaha terbaik untuk isteri dengan kata-kata dan perbuatan.

Berbicaralah kepadanya dengan baik. Senyum dan minta nasihatnya. Mintalah pendapatnya dan luangkan waktu berkualiti dengannya dan selalu ingat Rasulullah bersabda: “Yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik memperlakukan isterinya.”

Pasangan yang berjanji untuk saling mencintai dan menghormati sampai akhir hayat adalah sangat baik.

Tetapi hal ini tidak cukup. Suami harus mencintai apa yang dicintai isteri seperti keluarganya dan hal yang dia cintai harus menjadi kecintaan suami pula.

Rasulullah mencintai Khadijah, isterinya menemani baginda selama 25 tahun. Baginda terus menerus mencintai Khadijah dan mengingatnya.

Selepas kematian Khadijah beberapa tahun kemudian, Rasulullah tidak pernah melupakannya, bahkan sanak saudara dan teman Khadijah baginda utamakan yang kadang-kala membuat Aisyah cemburu.

Cintailah isteri tidak hanya sampai dia meninggal dunia tetapi tanamkan hasrat mahu terus bersamanya di akhirat kelak, insya-Allah.


******

source

Wednesday, April 9, 2008

Oh abg hensem

Sim kad aku kene virus. Ntah simkad ntah henpon. Tatau la. Tp smlm aku dpt miscall, pastu nk cek sape. Aku tgk no tak kenal, br nk taip mesej nk tanyer sape.....tetiba henpon aku hang. Demmit! Aku off henpon, pastuh on balik. tetiba henpon tak dpt detect sim card. Ok, takper. Aku ingat maybe celcom nyer hal kot. So aku biar dulu. Lgpon mcm biasa, mood aku tak berapa baik. Aku mls layan kerenah henpon aku. Pastuh aku tanyer Ila, dia ckp henpon dia ok jer. Sah la henpon aku ng ngok ngek. Pastuh try tuka2 simkad/henpon ngan Ila. Same jugak. Huh. Aper kes ntah. Tetiba jerk sim kad leh rosak. Misteri. Aku rs aper yerk ms tuh?? Nak kata bengang, tak jugak. Rs cam .... err.... ahhh....serabut. Sbb aku mls nk g Celcom walopon bangunan celcom neh sblh ajer ngan opis. Lg satu, abih la smer no2 manusia lam sim kad aku...sbb aku byk simpan no lam sim kad. Kunun2 ingat sim kad taleh rosak. Huhu.

So ari ni lunch g la menapak ke Celcom. Service bagus la cs2 celcom neh. Walopon tak senyum, tp ok la. So ms tgh tunggu turn no aku, aku ddk. Eh2, pastuh perasan abg cs yg dok depan aku inih sgt hensem. Hik hik. Ms tgh tunggu tuh no 2071, no aku 2075. Time tuh abg hensem tuh takder layan sape2. So lam ati kutuk la jap abg hensem tuh.

"Apa dia nih, tanak panggil org ker??"

Aku tak berniat nk kutuk, tp sbb aku nk cepat, lgpon no tuh cam jauh gak tuh sbb sorg pon dia nk layan mesti lama kan. Lgpon bukan ader no 2 ribu jer...no 4 ribu lebeh pon ader.Pastuh aku tgk die kesana kemari. Mula la buat aku takleh dok diam. Aku tgk kaunter sana sini. Bila la nk panggil aku. Tetiba bila turn aku.....cuba teka no i kat kaunter sape. Hik hik. Kaunter abg hensem tuh u'ols. Whoaa....syok banget. Hensem siot abg tuh. Sore pon macho. Nama pon sgt best...hehe...nama dia Zaharuddin Putra Yazid. Amacam...voley???. MMg la nama awal tuh cam org tua sket kan...tp i suke jer...sbb die hensem. Wahahahaha. Rs cam tak nyesal la pegi menara Celcom hari ni. Rs mcm nk pegi selalu ajer. Ok sape yg rs nk byr bil tuh, meh la suh aku. Aku sanggup g tolong byrkan. Whoaaa.....abg hensem ituh mengubat kelukaan hati ku. Ihiks.

Apa ni? Ntah!

Apa rasanya hilang sebuah harapan??
Sakit!

Apa yang perlu dilakukan??
Mati!

...

...

...

...

...

...

...


Matikan rasa itu.
Dan berdoalah.

Ya Rabbi...
Kembalikan kebahagiaan

atap GENTING atap rumbia

Tiada mood untuk update.
Tp nnti aku terus tak update plak psl poye2 ke Genting.
So last saturday p Genting.
Sejuk nk mampus ptg tuh. Sbb hujan...pastu g plak main Sungai rejang. Habis basah baju aku. Gigil2 rasenyer.

Gbr byk dan byk jugak gbr yg cantik2,tp aku nk post...terase mls sgt2. Mcm aku ckp mula td...tiada mood.
Dah.

Untuk lebih lanjut...sila ke sini, sana atau sinun

Friday, April 4, 2008

Maaf


Mohon apologi ... kawan2 >>



OK. aku rs bersalah. Sblom aku perjelaskan smer nyer, aku mintak maap bebanyak. Bukan niat aku untuk mengecewakan korang smer. Sbnrnyer........sbnrnyer.............bukan aku yg bertunang. Waahhahahahhahahah. Kakak aku yg bertunang. Hehe. Okok.Sblom korang smer hempok aku. Biar aku explain :D.

Korang tak bleh salah kan aku. Sbb aku tak penah ckp aku dah bertunang...hehe. Dan aku tak penah ckp pon majlis tuh adalah majlis aku.

"Next entry br aku citer psl majlis pertunangan yerk" - aku tak ckp majlis sape
"shoutbox jaydee:erk...dah bertunang yer?" - aku jawab...yer..dah bertunang (tp aku tak mention sape...dan aku tak ckp aku yg bertunang :p)
"komen zam :wah ko dah tunang..... " - zam wat assumption sendiri, aku tak ckp pon aku tunang dan ko pon tak tanyer aku
"sms zam: ye lah, org dah bertunang" - org tuh maksudnyer sape?? general kan?? sbb kiter smer org :p
"thiyen: congrate sue... wah... ko senyap2 erk... x ade angin tetiba bertunang" - aku tak cakap aper2 :p
"azarul: selamat bertunang" - aku balas, sape yg bgtau ko neh?

Jd kesimpulannya, korang takleh salahkan aku. Aku tak ckp aper2 pon. Korang jer memandai buat andaian sendiri tau. Tak baikkkkkk. :p

Walopon aku tak bersalah, aku ttp la nk mintak maap. Kan bagus bermaa-maafan :D. di ari baik bulan baik neh...marilah kiter bermaaf-maafan. Sesungguhnya aku tak bermaksud pon untuk melukai dan mengecewakan korang. Jd untuk menghilangkan kedukaan korang,kebetulan sekarang ni bulan april. Anggap jer la ini April fool dr aku...ehehehheheh...walopon aku bukan lah seorang yg menyambut hari april fool.

Aku tak sangka korang percaya, hehe. Mcm tak kenal aku jerk. Aku kalo tunang ker kawen ker.....akan bgtau korang punyer...insyaAllah. Kalopon aku tak jempot, aku akan bgtau. Hehe.

Lagi sekali....aku mintak maaf banyak2. :D. Kepada Cik Uni yang siap merajuk2 lagik ngan aku, ampun dan maap dipinta.

Sekian...larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :p



Thursday, April 3, 2008

Gbr hantaran ajer

Ini gbr hantaran ajer ms bertunang arituh.
Sini

Gbr sarung cincin smer takder sbb photographer yg pegang kamera aku sebuk pegang handycam lak time tuh. Gbr sarung cincin smer kt pakcik aku sbg photographer rasmi. Huhu.

Majlis kawen selewat2nya bulan 8 neh...so korang tunggu jer la ek. :D

Tuesday, April 1, 2008

Aku mahu wang

Bulan neh kewangan berada dlm keadaan kritikal. Byk benda nk buat bulan neh.
Weekend neh nk g poye2 lagi kt genting. Next week plak nk g pesta buku. Dalam list dah macam2 buku nk beli neh. Mampos la sayer. D dah siap promot buku 'Andai itu takdirnya' kelauaran buku Prima. Boss die jd penulis. Die plak jd editor tak rasmi. Huhu. Minggu berikutnyer nk g Perhentian plak. Whoaaaa. Bz nyer sayer. Esok plan nk g beli tiket P.Ramlee The Musical. Pastuh nk cr kasut. Nk cari running shoes. Memula ingat nk beli sneaker ajer....tp tetriba rs baik aku beli running shoe sbb pasneh plan nk ikot chan masuk lari2. Hik hik. So sabtu neh g genting korang tgk la kasut baru aku yerk ....wahahahaha (perhatian untuk pza,zam,nani)Td pon chan ader ajak. 27 april neh kt dataran merdeka, tp time tuh aku g perhentian. Pastuh die bg borang 13 april...kt the curve....tp aku bg alasan jauh sgt. Dh la kene lapor diri 6.30 pagi. Pastuh kene marah ngan die :p. Byk alasan bla bla. Ahahahhaha. Mmg nk msk, tp tuh la...ssh nk g sana. :p

Next entry br aku citer psl majlis pertunangan yerk :D. Gambo tak bawak plak arineh. Next entry tuh time aku rajin ler maknanyer. Kepada kengkawan...sori tak ajak. Kenduri kekecik ajer. Nnti kawen aku ajak yerk.
 

Blog Template by YummyLolly.com