Saturday, January 31, 2009

Misi mencari Dr Dimas

Malas sungguh la nak update blog. Biasala...takder cerita nak diceritakan pun. Last week balik kampung, kunun nak rehat. Tapi tak rehat pun. Rumah penuh dengan adik beradik dan keluarga AyahCu serta opah dan atuk. Rumah tak payah cakap la. Mmg disaster! Maklumlah, ada geng bas sekolah(Anak2 AyahCu ngan ank sedara aku).

***

Hari neh kunun plan nak pergi Times Square, Tiba-tiba hujanlah pulak. Terus kensel. Layan Slumdog Millionair. Pehhh....best giler citer neh. Citer psl cemana hero neh bleh dapat jwb semua soalan dalam rancangan "Who wants to be a millionair". Tgh layan citer neh, Eena msg ajak keluar mkn mlm. Aku punon jer la. Lgpun mmg nak makan pun. So pas maghrib siap-siap dan tunggu Eena datang ambil. Mula-mula cam nak ronda Putrajaya, tp mcam dah lambat jer so terus decide makan dekat Chop n Steak Kg Baru. Penuh tuh beb. Tapi nasib baiik kitorg tunggu dalam 5 minit camtuh untuk dpt tempat duduk, tetiba diorg bukak tempat yang tertutup tuh. So aper lagi, zasss terus masuk n order. Orang first order tapi dapat nyer lambat dr orang lain. Voley?!

***

Tadi tgk cerita Isteri Untuk Suamiku. Kenapa la Dr Dimas itu sungguh hensem. Tgk muka dia jer, aku jatuh cinta. Tgk muka jer jatuh cinta. Adehhh. Oh...berbunga-bunga rasa hati bila tgk dia senyum. Tapi nk dapatkan dia konfem la mustahil kan? Tiba-tiba aku terfikir. Dgr citer, ada 7 orang yang muka sama dalam dunia neh. Jadi ada lagi 6 orang mempunyai muka yang sama seperti Dr Dimas. Dimana mereka?? Sekarang, misi aku adalah untuk mencari mereka yang mpyi muka serupa dgn Dr Dimas. Haha.

***

Esok nak jogging kat FRIM. Dah lama giler tak jogging okeh. Sejak larian kat Tmn Rimba Kiara tuh, mana ada aku lari2 dah. Haiyohh....kene training neh. Next week ada cross country 6km.

Thursday, January 29, 2009

Tiada motif

Kenapa sukahati tak update blog?

I. Kerana sukahati malas
II. Kerana sukahati takder cerita nak goreng
III. Kerana sukahati busy giler
IV. Kerana sukahati tgh susahhati

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I dan III
D. I,II,III dan IV

Wednesday, January 21, 2009

Belasungkawa

Smlm, 20 January 2009 telah kembalinya seorang sahabat aku ke rahmatullah... :( ..huhu. Agak mengejutkan sbb aku tahu pun melalui forum jer.

Yer, aku kenal arwah melalui chatroom jer. Tp walaupon kenal dr chatroom jer, aku rapat juga dengan arwah dan isteri yang juga aku kenal melalui chatroom. Sejujurnya, aku tak pernah tahu nama arwah, cuma tahu nama isteri arwah jer. Maklumlah, women talk selalunya lebih intim. Aku panggil arwah pakcik je :) . Pada usia 32 tahun, dia bukan la tua untuk aku panggil dengan panggilan tu. Arwah pulak akan panggil aku anak sedara. Aku selalu bergurau dengan arwah psl Samy Vellu. Kununnya Samy Vellu tu ayah angkat arwah, sbb arwah duduk di Sg. Siput :) . Aku pernah jumpa arwah sekali; dengan isterinya, Kak As serta anak-anaknya, Khadijah dan Adam. Masa tu aku final year. Jumpa bukan saja-saja tapi jumpa sbb aku nak jual spycam yang aku guna untuk tesis kepada arwah. Arwah belanja aku nasi ayam, dekat food court Mid Valley. Masa tu arwah duduk di Klang, sambung belajar. Semasa arwah di Klang la, arwah dan isteri aktif berchatting :D.

Habis belajar, arwah dan keluarga pulang ke Sg Siput dan bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina. Mula arwah mengajar, aku dan arwah serta isteri jarang2 dah berhubung. Cuma ada la sekali sekala arwah online dan bertanya khabar, juga sms dengan isterinya. Tiap kali dia online, pasti ada satu soalan yang arwah akan tanya aku. Arwah akan tanya, "Ko bila nak kawen Sue?". Aku pun kemudian akan menjawab dengan bengangnyer :p. Aku tahu dia saje nak buat aku tensi. Last aku contact arwah mungkin bulan 6 atau 7 tahun lepas. Untuk jemput arwah dan keluarga ke kenduri kahwin kakak aku. Itu adalah komunikasi terakhir kami.

Tadi, aku hubungi Kak As. Ucapkan takziah. Mendengar suaranya, dia seorang wanita yang tabah. Sungguh tenang. Kalau aku di tmpt dia, belum pasti sama ada aku cukup kuat untuk menerima dugaan sebegini berat. Dari cerita Kak As, arwah kemalangan motosikal pd bulan 8 yang lalu. Selepas tu, arwah dah tak boleh bercakap dan bangun. Mengangkat tangan pun tak boleh. Cuma mata arwah saja mampu untuk melihat apa yang berlaku. Sehinggalah semalam menjadi hari terakhir arwah bersama kak As.

Sejujurnya, aku sgt sedih dengan perkabaran ini. Walaupun keakraban kami tak nmpk secara zahir dan fizikalnya, tapi rasa hormat serta boleh menerima gurauan2 antara satu sama lain yang mengikat keakraban kami. Simple word, kami serasi untuk berkawan. Dan kini aku kehilangan seorang sahabat yang baik. Benarlah rupanya, orang yang baik-baik, disayangi Tuhan kan? Orang yang baik-baik, kehilangannya dirasai. Bila dah tiada, orang akan mengingati dan mendoakan yang baik-baik juga.

Arwah meninggalkan seorang isteri yang cantik dan tabah, serta 3 orang cahaya mata; Khadijah, Adam dan yang kecil, Amar. Kawan-kawan yang aku sayang, aku minta sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah. Juga doakan isteri serta anak-anak arwah sentiasa tabah. Walaupun kamu tak mengenali arwah, tetapi sahabat aku tentulah sahabat kamu jugakan...

Al-Fatihah...axl_neo

Monday, January 19, 2009

Respon dr tag Iszuanie

Saje mahu bg respon dr jwpn tag cik Iszuanie, tentang aku.

1. Aku memang kenal dia dari sek ren lagi... tapi dia ni baik dengan amy shafira, adriana ngan nasha... budak pandai tue....
- wahhhh...kagum aku ko ingat lagi nama geng aku ms skolah rendah neh. Yang aku masih kontek amy jer la, itupun sbb kitorg sama U n sama kolej. Nasha ngan Adriana dah lost contact tp dengar2 Adriana dah kahwin.

2. Memang pandailah kan sebab tue dari kecik aku rasa dia asik kelas no. 1 jer...
- errr...dah beso jd agak blur

3. Kelas Amanah dari form 1 sampai form 3
- yer benar

4. Kecik molek jer orang nyer...
- molek ker persoalannya?

5. Aku mula baik balik ngan dia ni bile aku jupe dia kat reunion bebaru ni kat vistana..
- yer...baru kontek semula :D

6. tengah carik keje baru.... cian sue bebanyak bersabar yek...
- ahaha...tau takper.

7. terror bab program memprogram nih... uish takut aku....
- terer la sgt. Terrorist jer aku tau.

8.aku rasa dia ni memang minat berfesyen sebab aku jupe dia ari tu mak ai... lilit berlilit tudung dia....
- Aaa...ko tak tgk lg aku selekeh. Sbg contoh tetiba jer rasa nak g Jusco; t-shirt, jeans, selipar jepun, tudung dengan tieknot kat depan. Sebijik cam makcik2.

9. aku rasa dia ni dok dekat jer ngan aku dia kat area putrajaya aku kat serdang tapi tak pernah dah nak jupe after reunion ari tu
- Ahaa...neh aku rs kotersilap orang neh. Ko silap antara aku ngan syikin. Syikin yang dok kat Putrajaya. Aku dok setapak lah. :D

10. aku rasa dia ni pun single cam aku gaks... tapi hati dia adalah tu... mana aku tau... cuber explain sket... hehehehhee
- Gua menten single...heheh


***

Woahh....gua capek bangat neh. Smlm seharian berjalan2. Pagi pegi warehouse sale. Rembat Flavetes Vitamin C 5 kotak sepuluh hengget. Murah kan? Pastuh pegi Digital Mall smpi petang. Masih tak jumpa yang menariks. Balik dr rumah P-za siap gigih tolak 4 bijik kereta. Then lepas tuh berdesup g Low Yatt. Bila dah jumpa yang berkenan kat Low Yatt, tokei tuh kata server down pulak. Tak boleh nk instal bla bla bla. Jam dah pukul 7. Kene balik sbb nak tgk AJL. Oh...Wada....akak peminat u tau. Hik Hik. Abis AJL, tutup tv, tidur. Tapi takleh tidur pulak. Terus verangans2, sedar dah pagi. Pagi kene tolak kereta sebijik lagi. Adehhh. Tapi gue rs sgt seronot kerana bos dah berambos ke estet. Yay!

Thursday, January 15, 2009

Lump sum tag

haa...nk jwb tag2 dr Aja, Eys ngan Zam.

10 perkara mengenai orang yang tag saya.

Erk....byk nyer nak smpi 10...adess.Sakit kepala den nak pikir nyer.

Aiza
1. Kenal masa form 1. Mula-mula kenal rasa dia neh very the kekwat sgt u'olls :p. Ms tuh br masuk form 1. Budak skolah methodist ngan sek keb mana kamceng. Hehe.
2. Bersekolah rendah di Sek Keb Tg 'Nephelium lappaceum'.
3. Tunangan seseorang.
4. Pengawas merangkap pengganas sekolah. Tak silap dr form 1 sampai form 5 kot.
5. BFF kepada kak sal.
6. Tak silap laa, ms skolah dulu minah ni rumah kuning. Betul ker aja?? :p
7. Ahli kelab puteri islam.
8. Cita-cita dulu nak jadi duta. Hehe...firsttime aku dgr mmg kagum gila ada org jawab nak jd duta. Hebat2!
9. Kelas amanah dr form 1 sampai form 5.
10. Err...tak tercapai akalku dah nk jwb yg ke-10 neh :p

Iszuanie
1. Sek ren di sek methodist.
2. Aku kenal dia dr skolah rendah lg.
3. Kelas Bestari dr form 1 sampai form 3 jer aku tau. Lepas tu aku tuka skolah lain, tak tau la pulek kalo ader tuka kelas ker idak.
4. Neh ahli PBSM tertinggi jugak rasanya. Jawatan Sarjan kot...ye ke?
5. Bujang tapi rasanya hatinya sekarang sedang edan kasmaran :p.
6. Dulu orang panggil dia manja. Rasanya sekarang pun ada yg panggil manja :p.
7. Wanita yang cumil dan putih melepak.
8. Rapat dengan Laili.
9. Anak pakcik Elias.
10. Sekarang sambung study kt UPM.

Zam
1. Ahli Ebi fc dan Nadia Fc
2. Pemain bowling terulung.
3. Pengumpul brg2 coke.
4. Sabah mix Johor :D
5. Mempunyai suara yg agak best...kot :p sbb selalu masuk audition2.
6. Fanatik AF.
7. Seorang yg sgt gigih pergi ker mana-mana gig/show/performance artis.
8. Masih bujang.
9. Anak bongsu.
10. Salah seorang housemate dia aku kenal. Iaitu Prince...haha.

Soalan kedua drpd tag zam.

Tuliskan novel kesukaan kamu
Terlalu banyak novel yg aku suka. Tapi kebanyakannya adalah novel penulis-penulis spt Ramlee Awang Murshid, Sharifah Abu Salem, Faizal Tehrani, NoorSuraya dan Fauziah Ashaari.
Konsep novel pulak aku suka novel yang menceritakan kegigihan dan kecekalan seorang wanita.

Listkan 5 benda yang kamu sayang
Ssh nak listkan 5 sbb semua benda yang aku beli guna duit aku sendiri, mmg aku syg.

Tuesday, January 13, 2009

An escape to PD...lagi??

Escape drpd apa??
Drpd masalah dengan manusia2 selfish!Heh.

Ok. Last weekend tanpa dirancang, tiba2 my housemate; cik ila; menjemput aka mengajak saya berambos dari kesibukan kota metropolitan ini di suatu tmpt nan indah (indah ker??????) iaitu, Port Dickson lagi.

Oleh kerana saya pun tak ada apa2 perancangan minggu lepas, jd saya tanpa berlengah terus mempersetujui cadangan beliau. Oleh kerana ini cuti-cuti tak dirancang, harus la semua benda pon tetinggal. Towel tak bawak, toiletteries tak bawak. Kire bawak diri dan pakaian ajer serta berbekalkan sedikit wang ringgit.

Kitorg sampai PD pon dah lewat, kire pukul 3 lebih kot kalu tak silap. Pastuh round2 seluruh PD untuk mencari tmpt penginapan. Setelah round- round mary go round, kitorg tlh terjumpa sebuah condo istirehat yang sesuai dengan bajet kami dan persekitaran yang tidak ramai manusia. Jd kami terus ajer decide ntuk menginap di Tanjung Biru Condo. Harga mmg murah la bagi aku, sbb dengan harga RM200 semalam, dapat apartment 2 bilik fully furnished dengan katil yang sgt byk. Kira2 ada 8 katil n tilam.






Sampai jer, solat2 bagai dan terus menuju ker pantai dan bedebushhhh....mandi manda walopon air seperti biasa tak la bersih sgt :p. Ok gak la pantai neh sbb tak ramai orang. Agak2 nak maghrib dan air pun dah pasang, kitorg baru reti nak balik ke apartment.



Waktu air pasang

Next day, air surut tak bleh blah

Mlm, layan seafood kat Restauran Jimat. Mmg jimat la....sbb kitorang makan berempat hanya rm23 hengget jer. Murah kan?? Mmg la murah, sesuai ngan kuantiti yang dia bg jugakk....ciput jer. Nasib baik perot2 kami semua kecik :D. Lepas mkn, terus pulang dan layan cerekarama...hahaha.

Esoknya, pagi2 lagi aku dan Cik Ila dah bangun. Sbbnyer nak berendam lagi. Hehe. Oleh kerana semalam dah layan laut di pantai laguna biru, so decide pagi tuh nak tgk pantai cermin pulak. Jln kaki, dekat jer. Sampai2.....terbentang luas la pantai nan indah dan bersih. Mmg aku rs cantikdr pantai laguna biru tuh cuma aku tgk takder orang mandi. So mcm takut la pulakkan nk mandi. Takut dalam ker, ader binatang ker buas ker kan...hehe. So kitorg patah balik ker pantai semalam dan terus.......layannnnnn. Pagi tuh sbb awal lg air belum surut sgt lagi. Tapi tgahri dah nk balik tuh....air surut sgt2. Lepas layan mandi pantai.....layan mandi kolam pulak. Haha. Bygkan dr kul 9.30 g pantai....smpi la pukul 12 lebih kitorg dok berendam main2 air.

Selesai berendam, kami pun bersiap2 untuk pulang semula ker kota metropolitan inih :p. Seronok jugak bercuti-cuti tanpa perancangan neh. Kepala otak tak terbeban untuk pikir sape yg jadi pegi, nk ddk kat mana dan sbgnya.

Terima kasih yer kawan2

Spt biasa, snappy2 sblom balik

Demm, hitamnyer sayerrrr


Monday, January 5, 2009

2009??

Eh...dah 2009?? Tak perasanlah :P


 

Blog Template by YummyLolly.com