Smlm, 20 January 2009 telah kembalinya seorang sahabat aku ke rahmatullah... :( ..huhu. Agak mengejutkan sbb aku tahu pun melalui forum jer.
Yer, aku kenal arwah melalui chatroom jer. Tp walaupon kenal dr chatroom jer, aku rapat juga dengan arwah dan isteri yang juga aku kenal melalui chatroom. Sejujurnya, aku tak pernah tahu nama arwah, cuma tahu nama isteri arwah jer. Maklumlah, women talk selalunya lebih intim. Aku panggil arwah pakcik je :) . Pada usia 32 tahun, dia bukan la tua untuk aku panggil dengan panggilan tu. Arwah pulak akan panggil aku anak sedara. Aku selalu bergurau dengan arwah psl Samy Vellu. Kununnya Samy Vellu tu ayah angkat arwah, sbb arwah duduk di Sg. Siput :) . Aku pernah jumpa arwah sekali; dengan isterinya, Kak As serta anak-anaknya, Khadijah dan Adam. Masa tu aku final year. Jumpa bukan saja-saja tapi jumpa sbb aku nak jual spycam yang aku guna untuk tesis kepada arwah. Arwah belanja aku nasi ayam, dekat food court Mid Valley. Masa tu arwah duduk di Klang, sambung belajar. Semasa arwah di Klang la, arwah dan isteri aktif berchatting :D.
Habis belajar, arwah dan keluarga pulang ke Sg Siput dan bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina. Mula arwah mengajar, aku dan arwah serta isteri jarang2 dah berhubung. Cuma ada la sekali sekala arwah online dan bertanya khabar, juga sms dengan isterinya. Tiap kali dia online, pasti ada satu soalan yang arwah akan tanya aku. Arwah akan tanya, "Ko bila nak kawen Sue?". Aku pun kemudian akan menjawab dengan bengangnyer :p. Aku tahu dia saje nak buat aku tensi. Last aku contact arwah mungkin bulan 6 atau 7 tahun lepas. Untuk jemput arwah dan keluarga ke kenduri kahwin kakak aku. Itu adalah komunikasi terakhir kami.
Tadi, aku hubungi Kak As. Ucapkan takziah. Mendengar suaranya, dia seorang wanita yang tabah. Sungguh tenang. Kalau aku di tmpt dia, belum pasti sama ada aku cukup kuat untuk menerima dugaan sebegini berat. Dari cerita Kak As, arwah kemalangan motosikal pd bulan 8 yang lalu. Selepas tu, arwah dah tak boleh bercakap dan bangun. Mengangkat tangan pun tak boleh. Cuma mata arwah saja mampu untuk melihat apa yang berlaku. Sehinggalah semalam menjadi hari terakhir arwah bersama kak As.
Sejujurnya, aku sgt sedih dengan perkabaran ini. Walaupun keakraban kami tak nmpk secara zahir dan fizikalnya, tapi rasa hormat serta boleh menerima gurauan2 antara satu sama lain yang mengikat keakraban kami. Simple word, kami serasi untuk berkawan. Dan kini aku kehilangan seorang sahabat yang baik. Benarlah rupanya, orang yang baik-baik, disayangi Tuhan kan? Orang yang baik-baik, kehilangannya dirasai. Bila dah tiada, orang akan mengingati dan mendoakan yang baik-baik juga.
Arwah meninggalkan seorang isteri yang cantik dan tabah, serta 3 orang cahaya mata; Khadijah, Adam dan yang kecil, Amar. Kawan-kawan yang aku sayang, aku minta sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah. Juga doakan isteri serta anak-anak arwah sentiasa tabah. Walaupun kamu tak mengenali arwah, tetapi sahabat aku tentulah sahabat kamu jugakan...
Al-Fatihah...axl_neo
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
al-fatihah
tq incik 13may.
Post a Comment