Wednesday, October 28, 2009

Pewwwitttt

Malam pas tgk Cuci the Musical, ader orang roger aku ajak pergi Music Ara Fest Vol 2 dekat Bukit Kiara Equestrian. Memula cam malas sebab saye seorang yang malas nak drive. Tapi bila pk ader Search, gigihkan jugak pergi sebagai ganti sbb tadapat tgk Konsert Search di Awan Biru Ogos lepas...hehehe.


Aku rasa event ini lebih kepada KL International Bike Rally. Music fest tuh sebagai sampingan jer kot. Penuh ni u'olls kat padang tuh dengan motor-motor. Macam-macam motor ada. Dari Harley ker vespa. Dari superbike ker kapchai. Kira macam gathering family-family motor laaa :p.


Aku sempat layan SilKhannaz, Lan n Typewriter dan yang ditunggu-tunggu, Search! Yeehaaaa......sgt berpuas hati okehhh dengan performance Search. Lepas jugak kempunan tak dapat tgk diorang bulan 8 harituh. Hehehe. Mmg layannnnnn laaa. Terbaekk wokkkkkkk.


Tapi yang mencuit hati aku bila...paham-paham jer la kan bikers camne. Semua rock beb. Dressing mmg habis rock laaaa. Jiwa rock beb....ROCKKKKK!! Hati keras punyerrr. Layan pulak SilKhannaz kannnn. Lagi laaaa. Pastuh Search bagi pulak lagu Pawana, Isi dan Kulit. Tiba-tiba bila lagu Isabella...

...

...

...

Semua berubah jadi jiwang tangkap leleh. Siap keluarkan lighter neh beb, hand waving bagaiiii. Hehehe. Tahan-tahan aku nk gelak ;)). Statement neh bukan nak kutuk rockers. Gua pun rockers gak beb :p. Tapi sebenarnya gua nak cakap, rockers pun cute dan sweet jugak kadang-kadang :D.

Untuk rockers and bikers sekalian.....Layannnnn~~~~ ;)

Si Kacak

Buka paper, dan terus terpandang.....


Kacakkkknyerrrrr....haha :D

Monday, October 26, 2009

Mencuci di hujung minggu

Apakah pendapat saya mengenai teater ini???
Ohhhh.....Hans Isaac sgt handsome!! Erk....komen pasal teater pulak....sgt best okeh u'ollssssssssssss. Harus pergi tengok!! Book ticket anda sekarang di Axxess ticket counter :D.


Apakah yang menyebabkan saya pergi menonton teater ini??
Bukan sebab si kacak Hans Isaac. Bukan jugak kerana bulatnyer perut Afdlin. Tetapi adalah kerana production team-nya yang diterajui oleh Datuk Zahim Al-Bakri. Yaaaa. Serius...kalau bukan pengarahnya beliau, mmg aku macam malas-malas jer nak tgk sbb filemnya pun aku tak tgk. Citer tuh tgk kat tv sungguh tak menarik dan mengantuk dan terus membuatkan aku tak tgk. Tapi ini Cuci the Musical diklasifikasikan sebagai wajib tonton.

Lagu dalam teater neh best tak?
Ok. Memula aku tengok iklan kat tv, aku rasa, "Macam tak best jer. Lagu pun tak best". Tapi bila dah tengok, wahhhhh....best jugak lagu-lagu dalam pementasan teater ini. gabungan Douglas Lim dan Pacai menghasilkan lagu-lagu yang agak menarik. Lagu yang aku suka lagu antara Adibah Noor dan Awie yang sedang dipanah cupid dan juga lagu AC nyanyi kat warung, tajuknya Dua kot, sbb aku dgr perkataan dua jer banyak :p. Dari segi vokal, sudah tentu la Adibah Noor the best. Awie dan AC pon best. Afdlin boleh laaa. Suara Hans, dimaafkan kerana kehenseman beliau. Haha. Suara Vanida sgt halus dan sedap didengar. Ailaikkkk.



Set cemana pulak?
Set rekaan dari Raja Maliq yang pernah juga buat set untuk produksi PGL :D, maka, yaaaa....setnya menarik. Pentas di gunakan keseluruhan sampai kat depan orchestra tuh ditambah lagi. Selalu kat depan tuh kita nampak palang jer dan nampak orchestra main muzik. Tapi kali neh tmpt orchestra ditutup. So nampak sikit jer laa kepala musician :p . Set, prop dan layar skrin background mmg akak suka. Menghidupkan setiap babak.


Jalan cerita sama ngan filem ker?
Eh noks, kan i dah cakap. I tak tgk filemnya, so tak tau sama ker tidak jalan cerita dengan filem. U'ollss pegi jer la tgk teater ni, baru u'olls tau. Lagipun mmg tak rugi okeh u'olls tgk. I gerenti okehhh :D. Satu yang i sgt pasti, sepanjang pementasan u'olls akan ketawa, ketawa dan ketawa dan ketawa lagi. Giler tak bleh blah sakit perut nak gelak memanjang =)). Dan aku rasa macam ada line yang ditokok tambah oleh pelakon kot, sbb aku perasan ada pelakon yang tak tahan gelak bila ader line-line yang mungkin ditokok tambah. Skrip pun sangat spontan. Keluar la kedai Sinma, DIGI-man semua :D.


Koreografi??
Mantopppp!! Choreographer-nya adalah Stephen Rahman-Hughes okeh u'olls, so harus mmg best la kan. Simple, tapi sharp dan fun :D.


Kesimpulan u'olls??
Wajib tonton. Best! Simpan ketawa korang untuk teater ini!!Berbaloi-baloi!!

Wednesday, October 21, 2009

Summary

Pengalaman di KK dan apa yang anda perlu tahu.

  • Peta adalah sgt penting bila bercuti atau berada di tempat yang anda tidak biasa :p.
  • Jgn minum susu di pagi hari kalau anda tak tahan. Nnti muntah2 dan nak memerut jer cam Nany. Haha.
  • Cab di KK menggunakan meter. Tapi sekali naik terus RM10. Jd meter tuh sebenarnyer sebagai kaverline atau perhiasan jer. Perjalanan dalam bandar mmg RM10 sekali naik. Airpot RM15.
  • Pertama kali jumpa anggur laut. Mmg enak dimakan sebagai ulam.
  • Percutian secara berjemaah lebih menjimatkan.
  • Setiap malam kitorang pergi pasar malam Sinsuran sbb jalannyer on the way balik ke hotel :D. Sampai dah kenal muka abang jual brooch kat situ. Haha.
  • Tiada yang menarik dalam percutian ke KK ini. Yang menarik jika pergi ke KK adalah mendaki Gunung Kinabalu dan scuba diving.
  • Dua kali kitorang jumpa Abg Sabri Fadzil(muka mcm pelakon tuh, taste Nany) masa makan seafood dan jumpa 3 ke 4 kali abang jual brooch. Jodohkah?? Hahaha...brader jual broochtuh akan ckp, "Dik, neh design baru". Choii sgt. Tiap kali aku g gerai itu jer dialog dia, ingat aku tak ingat ker muka dia. Cehh.
  • Lepas puas bersnorkel, tgk muka sendiri dlm cermin ingatkan Naomi Campbell...hahaha.
  • Ada insiden yang kasihan+lawak berlaku kat airport. Tapi aku takleh citer. Hahaha. Takper Nany, kita tunggu hasil kat Kluang tuh hidup ker tidak. Hehehe :D.
  • Setengah perjalanan dalam flight, bleh pulak perot aku sakit memulas-mulas. Tapi bukan rasa nak memerut. Rasa nak meraung jer. Tak bleh blah betul perut neh. Agak-agak la nak sakit. Tempat tak seswai :p.
  • Orang di Sabah cakap lembut-lembut jer :D (*wink kat missGee :D)

***

Baru perasan ader function bullet dalam post editor blog neh...hahaha :p

Tuesday, October 20, 2009

Destinasi Terlebih Bajet 2

Sambungan ... :p

Hari Ketiga


Hari ini adalah hari pembakaran kulit secara berleluasa yer kawan-kawan. Pukul 9, terus ke jeti Jesselton naik cab. Sampai-sampai, ader orang tegur kitorang untuk tawarkan pakej dia. Mula-mula kitorang buat bodo, tak layan. Lepas tuh termalu sendiri bila brader tuh ckp, "Dik, kaunter kat situ. Adik nak g mana??". Hahahah. Kan dah malu. Terus cakap nk g pulau dan brader tuh terus tawarkan harga yang agak berbaloi untuk pakej pulau yang kitorang nak pergi. Haaa....jangan tak tau. Kitorang terus nak pergi 3 pulau okeh. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Haloba sangat kan u'olls. Tapi tak kisahh...janji akak dapat bersnorkel sepuas hati.

Kitorang naik boat dengan satu family dari Penang, tapi diorang pergi satu pulau jer. Mula-mula, kitorang layan Manukan dulu. Tapi masa otw nak pegi Manukan tuh, brader neh tunjuk pakej2 sukan air yang dia ader offer. So aku tertarik nak buat satu sukan air neh. Hehe. Tanpa mengira wang yang ada.....zasss aku dan Nany bersetuju nak cuba... Parasaling.

Yaaa...sampai jer Manukan, kitorang buat parasailing dulu. Jd apekah perasaan saya bila melakukan aktiviti neh?? Yaa....syiokkkkk wooo. Tak puas rasanya. Sgt seronottt.

Gbr curik dr nany

Habis acara parasailing, brader tuh hantar balik kitorang ker Manukan untuk bersnorkel. Time neh, Nany dah mula nak muntah2, nak sakit perut. Choii sgt. Nak jugak tinggal souvenir kat Manukan neh :p. Pas dia memerut, kitorang pun bersnorkel tak hengat. Lepas Manukan ker Mamutik pulak. Pas Mamutik ker Sapi pulak. Haa....mmg tak hengat laa. Abis rentung2 dah kulit. Pulau yang best bagi aku adalah pulau Sapi. Sbb ikan dia kat tepi2 persisiran pun dah byk. Tapi tuh la, kat Sapi tak bersnorkel sbb brader tuh macam nk cepat jer. Manukan dengan Mamutik biasa jer. Coral pun tak cantik sgt, cuma ikan mmg banyak laa.


Lebih kurang pukul 3 lebih, kitorang pun pulang ker jeti Jesselton. Pas balik tuh tak tau nak pegi mana. Tgk map yang ada. Haa....jom kita pergi Sabah Tourism Centre. Sbb tgk macam dekat jer nak jalan kaki. Jalan-jalan dan terus jumpa. Amik la brochure2 dan peta KK untuk memudahkan perjalanan dan percutian :p.

Acara seterusnya, tgk map kemudian decide nak pergi Observatory Signal Hill. Dari tourism centre tuh dah boleh nampak...so decide jalan kaki walopon kat map mmg tanampak jalan masuk yg dekat. Selepas berpenat lelah jalan kaki.....tak nampak langsung jalan masuk. Dah dua-dua orang penat, terus balik ke hotel.

Malam, kita pekena seafood kat pasar area Filipino Market tuh. Pehhh...mmg best suasana kat situ. Pilih ikan, cari tmpt duduk, tunggu adik2 tuh bagi mangkuk untuk kita buat sendiri air asam untuk cicah dengan ikan bakar tuh. Mmg best lah. Murah pun murah. Kat sini jugak aku baru kenal anggur laut.


Usai makan, kitorang pergi jalan-jalan dekat pasar malam Sinsuran pulak. Lagipun pasar malam ni on the way balik ker hotel. Takkan jalan-jalan jer kan. Ader la membeli sikit2 buah tangan dan kemudian terus pulang.

Hari Keempat

Hari ni hari Ahad. Mmg dah plan nak pergi Pasar Tamu. Lebih kurang macam pasar minggu la kalau kat sini. Tapi yang bezanyer kat Pasar Tamu ni, semua benda ada. Kain, makanan sehinggalah ker binatang peliharaan campur semua sekali. Tgk anjing-anjing yang dijual comel giler. Kiut lah semuanyer. Tapi bau mmg tak boleh blah :p.

Dah ada kat sini, sudah tentu jalan-jalan sambil mengeluarkjan wang yg tak seberapa nak ada dalam purse sampai letih kaki berjalan. Dari hujung ke hujung pasar kitorang jalan :p. Dah habis jalan menghabis wang, lepak jap kat area depan pasar tamu tuh yang ader macam tmpt rehat2 sambil makan buah betik.

Seterusnya cari restoran untuk lunch. Lepas lunch, tgk map balik. Decide nak pergi semula Observatory Signal Hill yang tak jumpa semalam tuh. Sebelum tuh Nany tanyer budak kat restoran tuh, dia kata boleh jalan kaki. Kitorang pun gigih la jalan kaki. Jalan punya jalan punya jalan, tak sampai-sampai. sampai jalan dah lepas jeti, dah masuk jalan nak ke Likas nun. letihs punya psl, lepak kat bus stand yang ada sambil tunggu kot2 ader cab. Tapi nan ado, so aku suggest kat Nany patah balik ker jesselton amik cab. Kitorang pun patah balik. Sampai jesselton, pikir pagi. Nak pergi ker atau terus balik. Oleh kerana kami dah kepenatan ya amat dan juga kecewa sbb dah 2 hari cari Signal Hill tak jumpa-jumpa, kitorang decide balik jer. :D. Yaa....kamilah orang yg mudah berputus asa. Jgn contohi kami yer adik2 :p.

Balik, tidur-tiduran dan rehat-rehatan. Lepas Asar, zasss.....ker Filipino market sekali lagi. Ni final shopping. Beli apa yang tak beli lagi. Pas beli-beli, solat maghrib kat CentrePoint. Pastuh Nany nak cuci rambut lak kat saloon situ. Time aku cari takder lak jumpa saloon. Aku dah cuci rambut baru jumpa. Choii. Dinner sekali lagi seafood kat area Filipino Market situ. Pas makan, sekali lagi jalan ker pasar malam Sinsuran untuk acara membuang duit secara berleluasa ikut nafsu. Dah habis duit, terus balik.


Balik bilik, tgk benda yang dibeli. Pastuh tgk macam sikit jer barangnyer, tapi mana duit aku menghilang? :p. Malam tuh jugak kemas barang sikit-sikit.

Hari Kelima

Hari ni mmg takder aktivit ape2 yang di rancang. Bangun pagi, lepak bilik sambil kemas apa yang patut. Check-out pukul 12. Flight pukul 8. Jadi sementara nak tunggu pukul 8, kita lepak dulu. Letak bag kat opis hotel tuh. Pastuh jalan ker pasar sbb Nany nak beli buah terap. Dah jumpa buah terap baru aku nmpk orang jual kopi Tenom selepas terhidu bau kopi yang sgt wangi. So kitorang pun beli la kopi tuh. Pastuh taktau nak buat apa. Nany cadang tgk movie. Jadi, ayuhhhh tgk movie kat CentrePoint. Tgk citer SurroGates. Best weh citer dia walaupun hero tua :D. Dan yang best tuh, apesal murah tiket movie kat sana?? Rm5 jer weh. Habis SurroGates ingat nk tgk citer lain pulak, tapi takder yang ada sesuai ngan masa kitorang. Jadi lepak la kitorang berdua dalam CentrePoint tuh. TIme neh berpecah dengan Nany sbb Nany nak rehat dok melepak jer kat CentrePoint tuh, aku dok berjalan-jalan mencuci mata. Rembat la DVD 3 keping 10 hengget :p. Lebih kurang kul 6, ciao pergi airport dan terus kembali ke pangkal jalan KL.

***

Yess....akhirnya. Habis jugak aku mengarang. Sekian :D

Destinasi Terlebih Bajet 1

Yaaa...saya kembali. Menghuru-harakan blog ini dengan cerita yang tidak berfaedah. Lately, sgt tiada mood untuk update blog sbb cerita semua dah basi. Time fresh, takde mood pulak nk menaip plus kekangan waktu :p.

Dua minggu lepas, bercuti ke KK dengan Nany. Berlepas pergi dengan Chan, Hamid dan Haizan sekali. Tapi aku dengan Nany jer yang bercuti. Jejaka bertiga neh pergi sana sebab ader Borneo Marathon.

Hari pertama


Smpi KK tengahari. Lebih kurang pukul 2 kot. Sampai terus check-in dan berehat2. Kitorang duduk kat Api-Api Centre. Mmg best dok kat situ sbb mmg dalam pekan...so sgt mudah nk ke mana-mana. Petang tuh keluar makan sambil berjalan-jalan disekitar KK berdasarkan map yang diprint out :p . Jalan punya jalan nampak CentrePoint. So kita lepak kejap kat CentrePoint, cuci mata. Kebetulan masa jalan dalam CentrePoint tuh, nampak kaunter offer pakej nak pergi ker Kinabalu Park. So kitorang decide amek pakej tuh jer sbb sblom tuh dah tanyer pakcik teksi, berapa charge nak ker sana. So kira-kira macam amik pakej lebih berbaloi. Jadi terus zassss.....sedekah duit kat kaunter tuh. Kemudian keluar nak jalan keluar plak dan tgk2 terus sampai ke Filipino Market. Haha. Tererkan?? First day dah sampai sini :D.

Jadi acara di Filipino Market pada hari pertama adalah acara survey harga. Tahan dulu perasaan mahu membeli. Pastuh ader macam pasar malam pulak kat area Filipino market tuh, jadi jalan-jalan sambil membeli buah-buahan. Motif kan?? Pergi KK nak beli buah, macam kat sini takder. Hehe. Punya banyak buah kitorang beli, Tembikai separuh biji, betik, buah terap, pisang dgn jambu batu. Tak agak-agak borong :p. Nani first day dah beli cengkerang2 untuk akurium rumah dia. Haha. Agak-agak dah maghrib, kitorang pun pulang ke hotel.

Hari Kedua

Hari ni acara ikut pakej yang aku telah sedekahkan semalam iaitu ke Kinabalu Park dan Poring Hotspring. Pukul 8.30 bertolak dari KK. Ader 5 orang kesemuanya dalam rombongan ini. Destinasi pertama adalah Kinabalu Park. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Biasa la...kat sini adelah tempat nk tgk Gunung Kinabalu dengan lebih dekat. Pehhhh....mmg heaven tgk gunung tuh. Walopon aku dah serik nak daki gunung, tapi bila tgk Gunung Kinabalu dengan puncaknyer tuh, mmg berazam untuk mendaki gunung neh suatu hari nnti. Wahhhh....berangan tak bleh blah :p.


Kemudian selesai acara kat Kinabalu park, destinasi seterusnya adalah Poring Hotspring. Sejam perjalanan dari Kinabalu Park. Masuk jer Hotspring neh, kitorang mulakan dengan CanopyWalk. Masuk CanopyWalk kene charge RM5 untuk sebijik kamera. Choiii. Jalan habis Canopywalk, kitorang decide pergi tgk air terjun kecik dalam tuh. Kene jalan kaki 15 minit untuk sampai air terjun tuh. Tapi tak berbaloi pun berjalan sebab tak cantek mana pun. Choii. So terus lah kitorang ke air panas. Amik private room, RM15 per room/per hour. Lepak sejam dalam tuh. Kemudian barulah aktiviti makan-makan di restoran cina yang kitorang macam..... tawakal ajerlah.


Kemudian barulah pulang. On the way balik, tidolah setelah penat trekking dan mandi air panas bagai. Tapi pastuh bangun tak samapi-sampai lagi. Bontot dah sakit dah dok dalam van lama-lama. Bosan punyer pasal, aku dengan Nani main cari the latest no plet kenderaan. Haha. Mmg tak boleh blah.

Malam tuh, chan & the gang ajak aku ngan Nani makan seafood masa kitorang berdua on teh way ker Psr Malam Sinsuran. Tgh nak cari Chan, tiba-tiba pulekk ribut weh. Takut gak aku. Orang kedai pasar malam tuh siap pegang tiang khemah sbb keadaan angin luar biasa dan kemudian disertai dengan hujan. Huhu. takut-takut pun, aktiviti makan seafood di tepi laut tetap diteruskan juga. Kitorang makan kat Likas Highway Centre (aku taktau pun nama tmpt mkn ni, tp aku tgk blog nany update tulis nama neh :p).

Selepas acara makan-makan, acara buang masa. Sajer berjalan masuk dalam UMS. Diorang tgh konvokesyen, so ader la macam pesta konvo. Pastuh jalan ke Jesselton Point lak....iaitu jeti kat KK neh. Dapat la brochure menarik untuk aktiviti keesokan harinya. Lepas tuh kitorang pun pulang.


Baru hari kedua. Ader hari ketiga, keempat kelima lagi. Giler lahh. Esok2 la aku sambung. Haha.

Wednesday, October 7, 2009

Kerna Terpaksa

Ini entry yg terpaksa di buat. Sbb hari nih last aku ber'online' dalam minggu nih. So kerana tak nak korang rindu-rinduan kat aku, aku terpaksa mengagahkan diri buat entry sampah ini :p. Wahhhh....feeling divana sgt macam ramai peminat kannn :p.

***

Aku bukak blog budak SMKUK, tapi apesal sorang pun tak update pasal Potluck Raya kita arituh rakan-rakan sekalian?? Aku baru nak cedok sikit idea dari entry korang. Tapi choiii sorang pun tak hapdet. Hampehh. Aku pun dah kurang nak ada nafsu dengan blog skang neh. Mengapa yerk?

***

Ahad lepas bertempat di rumah Puan Aiza, berlangsunglah upacara PotLuck raya. Haaa....konsep baru okeh. No more open house. Tapi neh PotLuck. Suka sgt konsep neh ;p.


Jd berkumpullah warga Semangkuk dengan riuh rendahnyer menggamatkan rumah Puan Aiza. Bukan setakat meriah dengan gelak ketawa dan gossip hangat, tapi juga meriah dengan makanan-makanan yang meletopss, air tangan budak Semangkuk yang lite-lite baru nak try masak :p. Tapi u'olss, semua mknn marveles okeh. Masih teringat2 rendang Kak Sal dan soto Puan Aiza dan Makaroni Chekgu Eena. Tak dilupakan juga, lemang keras over masak kak Sal. Sbb tuh agaknya lambat sampai, ter'over' bakar lemang :p.


Balik tuh masing-masing lah menapau. Ada yang masa datang bawak satu beg, bila balik hamekkk.... 2 beg terus. Erm, lagi aper ek nak citer. Eh, takder idea la nk taip aper lagi. Serius. Dah laa. :D

Thursday, October 1, 2009

Raya yang memenatkan

Hebat betul penangan raya tahun neh :p. Tak jumpa2 lagi mood nk buat entry baru lepas seminggu bercuti raya. Huhu.

Sbnrnyer nak cerita apa pun tak tau. Raya cam biasa ajer. Cuma tahun neh banyak soalan-soalan yang buat aku hangen di tanya. Choii betol.

Peringatan* - Untuk korang semua. Lain kali jangan nk add sepupu sepapat dalam fesbuk sbb nnti gbr2 korang boleh ditunjukkan kepada mak bapak derang yang juga makcik pakcik korang. Tapi kalau nk add jugak, tanggungla sendiri soalan-soalan yang boleh bikin korang tercekik makan kuih semperit.

Ok...summary sikit pasal raya.

Sebelum raya. Baru terasa letihs bila tinggal aku ngan adik aku jer kat rumah tuh untuk siapkan segala sbb dua orang kakak aku beraya rumah mertua. Tuh pun seb baik petang sehari sebelum raya tuh kakak aku yg sulung ada lagi untuk tolong mak aku buat rendang. Sebenarnyer takder la nk buat apa sangat. Tapi rs cam tak cukup jer masa. Tiap kali malam raya mesti tidur lambat. Yer la, mana nk tuka sarung kusyen, nk kemas rumah lepas geng bas sekolah tuh balik kampung, nak isi kuih raya, nak jahit manik kat baju :D, nk buat kek last minute dan nak kejar rancangan tv malam raya :p.

First day raya balik KL. Umah opah kat Kundang. Petang tuh balik Ipoh semula. Gigih kan?? :D

Raya kedua balik kampung abah pulak. Bila raya kampung abah dah tentu2 la sampai ke petang.

Raya ketiga dan seterusnya terpaksa jaga ank buah aku. Sbb pengasuh derang bercuti seminggu. Terpaksa la kakak aku tinggalkan ngan kitorang kat rumah sbb kakak aku dah start keje. Giler letih jaga budak2 tuh. Terus rs membuat kesimpulan bahawa menjadi surirumah lebih penat daripada bekerja :p .

Hari sabtu baru la berkesempatan nk beraya rumah kawan-kawan. itupun sbb Kak Sal jemput ke majlis pertunanganya dan juga jemputan open house rumah syikin. Dapat la jumpa kawan-kawan lama. Pastuh malam tuh balik KL.

Sekian citer raya. Bosankan??? :p
 

Blog Template by YummyLolly.com