Tuesday, October 20, 2009

Destinasi Terlebih Bajet 2

Sambungan ... :p

Hari Ketiga


Hari ini adalah hari pembakaran kulit secara berleluasa yer kawan-kawan. Pukul 9, terus ke jeti Jesselton naik cab. Sampai-sampai, ader orang tegur kitorang untuk tawarkan pakej dia. Mula-mula kitorang buat bodo, tak layan. Lepas tuh termalu sendiri bila brader tuh ckp, "Dik, kaunter kat situ. Adik nak g mana??". Hahahah. Kan dah malu. Terus cakap nk g pulau dan brader tuh terus tawarkan harga yang agak berbaloi untuk pakej pulau yang kitorang nak pergi. Haaa....jangan tak tau. Kitorang terus nak pergi 3 pulau okeh. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Haloba sangat kan u'olls. Tapi tak kisahh...janji akak dapat bersnorkel sepuas hati.

Kitorang naik boat dengan satu family dari Penang, tapi diorang pergi satu pulau jer. Mula-mula, kitorang layan Manukan dulu. Tapi masa otw nak pegi Manukan tuh, brader neh tunjuk pakej2 sukan air yang dia ader offer. So aku tertarik nak buat satu sukan air neh. Hehe. Tanpa mengira wang yang ada.....zasss aku dan Nany bersetuju nak cuba... Parasaling.

Yaaa...sampai jer Manukan, kitorang buat parasailing dulu. Jd apekah perasaan saya bila melakukan aktiviti neh?? Yaa....syiokkkkk wooo. Tak puas rasanya. Sgt seronottt.

Gbr curik dr nany

Habis acara parasailing, brader tuh hantar balik kitorang ker Manukan untuk bersnorkel. Time neh, Nany dah mula nak muntah2, nak sakit perut. Choii sgt. Nak jugak tinggal souvenir kat Manukan neh :p. Pas dia memerut, kitorang pun bersnorkel tak hengat. Lepas Manukan ker Mamutik pulak. Pas Mamutik ker Sapi pulak. Haa....mmg tak hengat laa. Abis rentung2 dah kulit. Pulau yang best bagi aku adalah pulau Sapi. Sbb ikan dia kat tepi2 persisiran pun dah byk. Tapi tuh la, kat Sapi tak bersnorkel sbb brader tuh macam nk cepat jer. Manukan dengan Mamutik biasa jer. Coral pun tak cantik sgt, cuma ikan mmg banyak laa.


Lebih kurang pukul 3 lebih, kitorang pun pulang ker jeti Jesselton. Pas balik tuh tak tau nak pegi mana. Tgk map yang ada. Haa....jom kita pergi Sabah Tourism Centre. Sbb tgk macam dekat jer nak jalan kaki. Jalan-jalan dan terus jumpa. Amik la brochure2 dan peta KK untuk memudahkan perjalanan dan percutian :p.

Acara seterusnya, tgk map kemudian decide nak pergi Observatory Signal Hill. Dari tourism centre tuh dah boleh nampak...so decide jalan kaki walopon kat map mmg tanampak jalan masuk yg dekat. Selepas berpenat lelah jalan kaki.....tak nampak langsung jalan masuk. Dah dua-dua orang penat, terus balik ke hotel.

Malam, kita pekena seafood kat pasar area Filipino Market tuh. Pehhh...mmg best suasana kat situ. Pilih ikan, cari tmpt duduk, tunggu adik2 tuh bagi mangkuk untuk kita buat sendiri air asam untuk cicah dengan ikan bakar tuh. Mmg best lah. Murah pun murah. Kat sini jugak aku baru kenal anggur laut.


Usai makan, kitorang pergi jalan-jalan dekat pasar malam Sinsuran pulak. Lagipun pasar malam ni on the way balik ker hotel. Takkan jalan-jalan jer kan. Ader la membeli sikit2 buah tangan dan kemudian terus pulang.

Hari Keempat

Hari ni hari Ahad. Mmg dah plan nak pergi Pasar Tamu. Lebih kurang macam pasar minggu la kalau kat sini. Tapi yang bezanyer kat Pasar Tamu ni, semua benda ada. Kain, makanan sehinggalah ker binatang peliharaan campur semua sekali. Tgk anjing-anjing yang dijual comel giler. Kiut lah semuanyer. Tapi bau mmg tak boleh blah :p.

Dah ada kat sini, sudah tentu jalan-jalan sambil mengeluarkjan wang yg tak seberapa nak ada dalam purse sampai letih kaki berjalan. Dari hujung ke hujung pasar kitorang jalan :p. Dah habis jalan menghabis wang, lepak jap kat area depan pasar tamu tuh yang ader macam tmpt rehat2 sambil makan buah betik.

Seterusnya cari restoran untuk lunch. Lepas lunch, tgk map balik. Decide nak pergi semula Observatory Signal Hill yang tak jumpa semalam tuh. Sebelum tuh Nany tanyer budak kat restoran tuh, dia kata boleh jalan kaki. Kitorang pun gigih la jalan kaki. Jalan punya jalan punya jalan, tak sampai-sampai. sampai jalan dah lepas jeti, dah masuk jalan nak ke Likas nun. letihs punya psl, lepak kat bus stand yang ada sambil tunggu kot2 ader cab. Tapi nan ado, so aku suggest kat Nany patah balik ker jesselton amik cab. Kitorang pun patah balik. Sampai jesselton, pikir pagi. Nak pergi ker atau terus balik. Oleh kerana kami dah kepenatan ya amat dan juga kecewa sbb dah 2 hari cari Signal Hill tak jumpa-jumpa, kitorang decide balik jer. :D. Yaa....kamilah orang yg mudah berputus asa. Jgn contohi kami yer adik2 :p.

Balik, tidur-tiduran dan rehat-rehatan. Lepas Asar, zasss.....ker Filipino market sekali lagi. Ni final shopping. Beli apa yang tak beli lagi. Pas beli-beli, solat maghrib kat CentrePoint. Pastuh Nany nak cuci rambut lak kat saloon situ. Time aku cari takder lak jumpa saloon. Aku dah cuci rambut baru jumpa. Choii. Dinner sekali lagi seafood kat area Filipino Market situ. Pas makan, sekali lagi jalan ker pasar malam Sinsuran untuk acara membuang duit secara berleluasa ikut nafsu. Dah habis duit, terus balik.


Balik bilik, tgk benda yang dibeli. Pastuh tgk macam sikit jer barangnyer, tapi mana duit aku menghilang? :p. Malam tuh jugak kemas barang sikit-sikit.

Hari Kelima

Hari ni mmg takder aktivit ape2 yang di rancang. Bangun pagi, lepak bilik sambil kemas apa yang patut. Check-out pukul 12. Flight pukul 8. Jadi sementara nak tunggu pukul 8, kita lepak dulu. Letak bag kat opis hotel tuh. Pastuh jalan ker pasar sbb Nany nak beli buah terap. Dah jumpa buah terap baru aku nmpk orang jual kopi Tenom selepas terhidu bau kopi yang sgt wangi. So kitorang pun beli la kopi tuh. Pastuh taktau nak buat apa. Nany cadang tgk movie. Jadi, ayuhhhh tgk movie kat CentrePoint. Tgk citer SurroGates. Best weh citer dia walaupun hero tua :D. Dan yang best tuh, apesal murah tiket movie kat sana?? Rm5 jer weh. Habis SurroGates ingat nk tgk citer lain pulak, tapi takder yang ada sesuai ngan masa kitorang. Jadi lepak la kitorang berdua dalam CentrePoint tuh. TIme neh berpecah dengan Nany sbb Nany nak rehat dok melepak jer kat CentrePoint tuh, aku dok berjalan-jalan mencuci mata. Rembat la DVD 3 keping 10 hengget :p. Lebih kurang kul 6, ciao pergi airport dan terus kembali ke pangkal jalan KL.

***

Yess....akhirnya. Habis jugak aku mengarang. Sekian :D

11 comments:

KeMatZ said...

apakah ole ole untuk aku... :P

sukahati said...

Zam - xder aper2 pon. KK kan kampung :D

HaZiFah said...

ikan terubuk masin???

sukahati said...

Pza - Terubuk masin pun tak beli...sbb tak sama dengan terubuk masin Sarawak :p

nhanania said...

Nany : rasa nyesal x kalo x gi Observatory Hill?
Su : x nyesal.
Nany : dah jom blk hotel.

nhanania said...

alaa nape x amik gmbr 2 jejaka yg malas buat kuah cecah tu?

sukahati said...

Nany - haah...tak teringat nk amik gbr brader tuh :p

Mrs. Bee said...

su..
mcm bes jek parasailing tuh..hehe :D

sukahati said...

Daria - normmm...mmg best! Patut cuba! :D

Izan said...

aku suka gambo ko dikelilingi oleh ikan tu. syoknya...

sukahati said...

Izan - hehe...yaaa...mmg syiok

 

Blog Template by YummyLolly.com